Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Wednesday, September 15, 2021

Asam Pedas Ikan Kembung


Aku suka resepi asam pedas ikan kembung dari link ni. Sedap resepi dia ni. Kena try. Cumanya aku tak letak biji sawi tu…sebab aritu aku tumis biji sawi tu dulu, merecik2 minyak panas tu macam tengah goreng ikan keli. Trauma aku. 😂



Aku buat kesimpulan ye dari video awesome di atas. Ada aku ubah-ubah sikit ikut kesesuaian diri sendiri.

Bahan kisar:
1. Bawang besar - 1
2. Bawang merah - 4
3. Bawang putih - 4
4. Kunyit hidup - 1 inci
5. Belacan - 1 inci
6. Cili kering - 10 tangkai (rebus dulu & tapis bijinya)

Cara masak:
1. Tumis bahan kisar.
2. Masukkan satu sudu besar gula dan separuh daun kesum.
3. Masukkan satu sudu kecil garam dan air asam jawa.
4. Kacau rata dan masukkan ikan.
5. Masukkan baki daun kesum dan bunga kantan.
6. Masukkan bendi dan tomato.
7. Biarkan mendidih dan siap!

😉😉😉




Saturday, November 7, 2020

Resepi roti sardin gulung

Assalammualaikum.

Saje nak share hari ni aku masak roti sardin gulung. Tak pernah buat pun sebelum ni. Selalunya aku buat roti telur atau roti sosej. Teringin nak makan roti sardin, jadi google resepi. Jumpa resepi dari sini. Best jugak sebab tengok mudah je caranya. Tambah pulak hari ni hujan memang best ler makan roti sardin. Kalau padankan dengan air coklat lagi ummpphhh. Tapi takdelah pulak air coklat 3in1 tuh. 

Resepi roti sardin gulung

Bahan-bahan:

  • Sardin tin kecik - 1
  • Bawang besar - separuh
  • Cili merah - 1 
  • Cili siam - 2
  • Lemon (limau kasturi pun boleh)
  • Garam
  • Telur - 2
  • Tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya adalah...maap la terlupa tangkap gambar setiap step. Jadi ada gambar hasil akhir kejadian roti sardin tu je. Kahkahkah.

  1. Buat inti sardin dulu. Hancurkan ikan-ikan sardin tu, lepas tu gaul-gaul dengan hirisan bawang besar, cili merah dan cili siam. Tambah garam sikit dan perah lemon sikit nak bagi kurang hanyir.
  2. Lepas tu lenyekkan roti gardenia tu guna penggelek. Kalau takde penggelek, guna cawan pun boleh. Lenyek sampai nipis sebab tak nak bagi berminyak banyak lepas digoreng. Lepas dah nipis, potong kepada dua bahagian.
  3. Masukkan inti sardin tadi dan gulung kan roti tu. Hujung roti tu, sapu tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air tadi, nak bagi melekat supaya tak terbuka.
  4. Lepas tu, celup dengan telur yang dah dipukul, goreng dalam minyak yang panas. Api bukak kecik je sebab takut hangit. 
  5. Sedia untuk dimakan! Hihihi.
Tadaa~~~

Nak tumis dulu sardin tu pun boleh. Tapi tadi aku malas, jadi takde tumis-tumis terus jadikan inti mentah-mentah. Kalau dalam sandwitch pun makan mentah-mentah je sardin ni kan? Jadi, takde masalah pun. Hehehe.

Okay, jumpa lagi! 💗

#paanisukamakan

Wednesday, January 19, 2011

Homemade Pizza


Okay. Hari ni aku nak share resepi membuat pizza. Semestinya orang yang membuatnye adelah kakak ipar aku, Porin. Aku selaku pembantu je. HAHA (sengaja meng-kantoikan diri ini). 

Okay mula-mula. Bahan yang diperlukan adelaaahhh seperti di bawah;


1. Bawang merah




2. Origano




3. Yis jenama mauri




4. Isi ketam



5. Tomato ceri, bawang yang dh siap dipotong bulat-bulat, tuna, chesdale




6. Sos barbe-q




7. Air sejuk





Yis mauri tadi kita ambil sebanyak seperti gambar di atas, kemudian kita bancuhkan yis tadi dengan air sejuk seperti di bawah.


Kacau-kacau yis tadi dengan air sejuk sampai la yis tu tak berketul dah.




8. Yis yang telah siap dikacau.




Tepung
Ambil lebih kurang 2 cawan atau lebih (bergantung kepada berapa banyak keping pizza yang anda nak buat, tapi 2 cawan ni boleh buat dalam sekeping je). Masukkan tepung tu ke dalam besen yang besau.



Sedikit susu pekat dimasukkan ke dalam tepung
Sedikit susu pekat dimasukkan ke dalam tepung tadi. Susu pekat ni dimasukkan supaya yis tadi dapat berkembang dengan baik dalam tepung tu nanti. (Bak kata Porin, susu pekat ni macam makanan la untuk yis tu, bile kite bagi yis tu makan, yis tu boleh la buat kerje dengan baik=>> kerja yis tu adelah kembangkan tepung tu).




Masukkan sesudu minyak masak, tak kisah la minyak ape, asalkan bukan minyak rambut.





Kemudian, sambil mengacau-ngacau tepung tu, kite masukkan air yis tadi yang kite dah bancuh tadi (gambar 8), dan masukkan sedikit demi sedikit dalam tepung tu.

Masukkan sikit-sikit air yis tu, dan kacau tepung tu secara membulat. Senang cakap, cam kacau mengikut arah jam. (aku tak reti la nak explain). Tengok gambar kt atas ni. Cam kacau arah membulat kan?? Okay, diam tanda setuju.




Pastikan tepung tu tak terlampau cair. Kalau terlajak letak air bancuhan yis tu tadi, kita tambah la tepung sikit. 




Lepas tu, kite lenyek lenyek tepung tu guna tapak tangan. Lenyek lenyek sekuat hati macam gambar atas ni. hehe cayalah porin.



Agak-agak dah lame melenyek tepung terbabit, kite pun biarkan dia dalam tupperware and letak dalam suhu bilik.




Selepas beberapa minit, tepung tu tadi akan membesar macam gambar atas ni. Besau tak??? Beso la tuuu.




Lepas tu, tibalah masa untuk meng-uli uli tepung terbabit. Macam nak buat roti canai tu, uli uli sampai macam gambar di atas. (tapi jangan la nipis sangat).



Letakkan dia dalam bekas untuk letak dalam microwave




Cucuk-cucuk sikit tepung tu dengan pisau di serata permukaan tu




Kita masukkan dalam oven sekejap supaya tepung tu masak dalam.




Then kite keluarkan balik tepung panas tu tadi untuk kite letakkan topping dia.




Letakkan sos, sebagai topping asas. (eh betul ke aku ni?)







Susunkan bawang2 tadi atas sos tu.




Letakkan tuna pulak.




And letak tomato ceri dan jugak isi ketam tadi. (kalau nak letak sosej pun boleh, bergantung la korang nak topping rasa ape).




Pastu letakkan sos barbe-q ke serata permukaan.




And tarukkan origano tu plak.(aku xsure betul ke tak eja origano ni)




Okay ini adelah chesedale, kalo guna mozarela lagi okay kak ipar aku cakap. Tapi yang ni pun sodap je.




Cubit cubit chesedale tadi dan tarukkan ke merata permukaan.



Dah siap so masukkan balik dalam oven.




Masukkan sampai dia masak, around 15 minit ke.
suhu 120 darjah celcius ke. Ikut la mane sesuai. HAHA




Sementara menunggu pizza tu masak, kita snap dlu gambar budak kecik ni. Si Aiyris Zarra yang baring tengok TV sambil makan donut. =.= hahaha siap ade botol susu kt sebelah.




Okay. Pizza tadi telah siap! Masa untuk memotongnyee!!!!! :D




Dipotong oleh Poli




Yumyummmmm. Seriyesss sedappppp.




Teringin tak???? 




Habisssss di makan oleh akuuuuuu. HAHA 

p/s: Sori la gambar malas nak rotate. :D

Thursday, March 11, 2010

Murtabak Maggi

RESEPI ORANG BUJANG

Ye tuan-tuan dan puan-puan, anda bersama saya, Chef anda, Carlos The Gut Gagliano dalam rancangan memasak yang paling digemari ramai tak lain tak bukan, 'THE BOMBASTIC RECIPES KEBABOMM'. Ye kali ini tuan-tuan dan puan-puan, atas permintaan ramai surirumah yang tak suke duduk diam, yang asik menge-sms saya. pada minggu ini, seperti yang dijanjikan, saya akan tunjukkan cara-cara memasak MURTABAK MEGI. Diulangi ye tuan-tuan dan puan-puan, MURTABAK MAGGI, bukan menternak gigi ye. Okay, tutup mulut tu.



Okay, ni adelah bahan-bahan masakan yang fofular ni mata saya. Iaitu sebiji telur ayam betina remaja dan jugak sebungkus megi kari bukan alagepas. Kalo boleh biar la perencah kari, kalo degil jugak nak guna megi perencah asam laksa lantaklah, kang tak jadi murtabak megi terus jadi mee jawa. Haa jawab.



Mula-mula, keluarkan megi terbabit dari plastik pembungkusnya yang menawan itu. Kemudian, rebuskan megi itu, dalam air panas, diulangi ye, AIR PANAS. Kalo nak rendam dalam air kolah pon boleh, tapi tu kena tunggu sampai doploh tahun kemudian baru lembut megi tuh.



Ni adelah teknik mengacau megi yang direndam tersebut dengan gaya yang betul dan unik iaitu menggunakan sudu. Jangan nak cari nahas dok kacau pakai jari. Jari tu simpan guna untuk korek idung je. Okay.



Then, bila megi tu dah lembut, TAPIS kan megi anda. TAPIS. TAPIS sampai takde setitik zarah air pon paham tak saya bebel ni? Pastu, letak la perencah kari tu and telur ayam tadi. Perencah kari tu letak separuh sudah. Kalo nak kencing masin, letak la semua. Tarak hal.



Amik sudu, kemudian, kacau sehingga sebati campuran megi lembut tadi, telur ayam remaja dan jugak separuh perencah kari terbabit. Bagi sebati okay. Nanti tak sedap jangan banyak bunyik.



Sediakan kuali leper seperti di atas. Kalo tak leper, boleh je guna. Ikot kan kreativiti masing-masing. Masukkan sedikit minyak masak yang dijamin halal dan suci, dan bila minyak tu panas, goreng sampai garing megi tersebut. Ratakan sampai jadi seperti dalam gambar :D



Apabila telah GARING, pusingkan murtabak megi anda. GARINGkan bahagian belakang pulak. Nak pusingkan kne ade skill tertentu, jangan serabutkan megi tu dah la, kire okay. (hahaha poyo je). Bila dua-dua belah dah garing, angkat dan tarok dalam sebiji pinggan yang cantek. Pinggan percuma bila beli ubat gigi pon boley.



Tada, setelah berhempas pulas di bendang, lalu terhasillah, MURTABAK MEGI. Makan dengan SOS CILI. Sangat sedap okay. Dah lah, penat i tau, Selamat mencuba. :)

p/s: Nisa?? sile buwat murtabak megi ni okay. HAHA.

Labels

Abah (6) AgingBooth (1) Analogi (1) Anniversary (4) Assignments (1) Baby (4) Banner (1) Bff (4) Birthday (12) Bolat (6) Cartoon (6) Ceremony (4) Certain Somebody (2) Cikgu (7) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (4) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (69) Edit Pic (2) Email Grab (4) Emaressem Perndunk (6) Exam (3) Experiences (1) Facebook (1) Family (25) Father's Day (3) Feeling (2) Font (1) Freebies (10) Fwens (10) Gaji (1) Grrr... (9) Gundah (1) Hahaha (11) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (10) Hari Raya Haji (2) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (2) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (1) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Langkawi (1) Life (11) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Matrix (3) Meor Muizzuddin (2) Meorsoleh (6) Mepek (10) Mother's Day (4) Movies (6) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My Youth (3) MyVi (1) New Year (4) Novel (1) On the Road (1) Perihal Belog (1) Posting (1) Pregnancy (1) Ramadhan (1) Random (7) Resepi (4) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (4) Science (2) Sekolah (34) Seram (1) Sketches (2) SPM (1) Spontaneous Thursday (4) Sports Day (1) Spring Trip (7) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (1) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (1) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) UPSI (7) Vacation (13) Vector Images (1) Video (1) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (19) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...