Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Grrr.... Show all posts
Showing posts with label Grrr.... Show all posts

Thursday, December 3, 2015

Selfishh



Aku suka kerja aku. Tapi apa yang aku tak suka apabila ada orang yang macam dalam doodle di atas. Jenis yang pentingkan diri dan buat kerja sambil lewa.

Kalaulah kerja dia tak siap, tak mengganggu kerja aku takpelah jugak, dia jugak yang kena bertanggungjawab akhirnya. 

Tapi ini kalau kerja dah la tak nak siapkan, lepas tu, kerja aku pulak yang pending kalau kerja dia tak siap. Last-last aku jugak yang kena lengkapkan kerja dia. Hangin tak?

Sebenarnya tahun sebelum ni aku dah kena buli dengan orang yang sama, cumanya aku tak perasan dan aku anggap takpelah tolong je la mana yang patut. Tapiiiiii, bila tahun ni aku tengok dia freeeeeeeeeeeeeee tapi dia suruh aku yang siapkan kerja dia, masa tu baru macam tersedar. Macam ni rupanya kerja kau kan.

Bila aku cakap taknak buat, tau pulak dia bengang dengan aku. Tapi lepas tu aku buat jugak untuk kelas dia sebab aku malas la nanti kerja aku yang pending disebabkan kelas dia je yang tak lengkap nanti. 

Bila aku nak isikan data untuk kelas dianyaaa alih-alih tengok data pulak tak lengkap. Memang hangin satu badan lah aku. Dia dah la tak nak isi kan dalam sistem, suruh aku, pastu dah nak suruh aku tu, pandai-pandai la bagi data yang lengkap. Ni data pun tak lengkap, abis tu aku nak isi apa dalam sistem? Isi taik hidung?

Memang aku bengang sangat, aku tak boleh lah bekerja dengan orang macam ni. Lepas tu aku pulang kan je file kelas kat dia suruh dia lengkapkan baru aku nak isi. Dia cuba la jugak isi sendiri tapi tak lengkap pun akhirnya aku jugak yang lengkapkan. See?

Nak kata aku berkira? Dah tak terkira dah aku kena macam ni. Memang aku berkira la sebab kerja aku pun banyak, ada diorang nak tolong? Tolong tengok pun tak. 

Disebabkan orang macam ni lah, dari niat kita ikhlas nak tolong terus takde dah ikhlas tu aku rasa. Lepas ni aku akan lebih hati-hati lah dengan orang macam ni. Memang menolong tu baik, tapi ada batasnya, ada limit nya sebab aku pun manusia biasa. 

Lagi satu, cerita kawan sekerja suami aku. Al-kisahnya suami aku kena buat jadual oncall untuk bulan November di tempat kerja dia. Bila jadual tu dah siap, sorang kawan dia ni cakap dia nak berhenti kerja dah, sebab nak sambung belajar. 

Masalahnya sekarang jadual dah dibuat, dia baru nak cakap dia nak berhenti. Notis nak berhenti kerja pun tak bagi. So sapa nak ganti slot oncall dia tu? Disebabkan bulan tu suami aku yang buat jadual, so suami aku terpaksa lah gantikan slot oncall mamat tu sebab tu je cara yang ada. 

Bila suami aku cakap kat mamat tu kenapa tak bagitau awal-awal sebelum jadual keluar, boleh pulak mamat tu cakap, "Kalau nak ikutkan, aku boleh je terus taknak datang kerja." Jilake kan jawapan?

Disebabkan mamat ni lah suami aku stress sepanjang bulan lepas. Tak lalu makan dan sebagainya. Aku taip ni pun tak dapat menggambarkan apa yang suami aku alami, tapi aku sendiri tengok tau la memang dia jadi stress giler sampai gastrik (tapi isteri dia ni makin gemoks chubby) sebab kena oncall banyak kali.

Memang aku takkan maafkan mamat ni. Kau menyusahkan orang lain, kau ingat hidup kau akan senang ke? Yelah masa sekarang kau menyusahkan orang, lepas ni orang lain pulak akan susahkan kau. Kau ingat tu. Aku rase nak tumbuk-tumbuk je kau! Dan jangan munculkan diri kau depan aku!!


Wednesday, August 19, 2015

Kompas


Alkisah kompas kena curi. Buat eksperimen dalam makmal pakai kompas. Kumpulan yang ada empat saje. Sekotak kompas, dalam tu ada 6 bijik kompas. Maka sensei-nya pun mengagihkan 4 bijik daripada kompas tersebut kepada setiap kumpulan. 2 bijik kompas lagi disimpan balik dalam kotak itu (lutsinar) dan diletakkan di meja sensei tersebut bersama alat dan radas lain.

Setelah eksperimen pun selesai, sensei tersebut memberi arahan kepada seorang pelajar perempuan untuk mengutip kesemua 4 bijik kompas yang telah diagihkan awal eksperimen tadi. Setelah sensei tersebut hendak menyimpan kembali 4 bijik kompas tersebut di dalam kotaknya...sensei tersebut sangat terkejut kerana 2 bijik kompas yang memang ada di dalam kotak itu telah tiada.

Sensei tersebut telah mengarahkan semua pelajar mencari di dalam makmal tersebut kut-kut la kompas itu tercicir kerana saiznya agak kecil berbanding kompas biasa. Dan kerana kompas itu TIDAK dijumpai, maka seluruh kelas itu kena bebel dengan sensei itu daaa....

Tiba-tiba, seorang pelajar lelaki, P (bukan nama sebenar) menjumpai kompas tersebut di sinki sebelah meja sensei itu. Padahal memang dah belek dah kat situ mula-mula takdak pun kompas tu. Jadi, macam mana pelajar P tu boleh jumpa kompas tu kat situ? Jeng jeng jeng.

Jumpa dah satu, tinggal lah lagi satu kompas tak jumpa.
Disebabkan kesuntukan masa, sensei tersebut telah membenarkan semua pelajar keluar rehat.
Semasa rehat, pelajar P tadi datang semula ke makmal dan memulangkan sebijik lagi kompas dengan mengatakan bahawa dia terjumpa di atas meja guru di KELAS dia. Logik kah? Baru sensei tu tau, kompas itu ada kaki rupanya................

Hmmm... kompas pun kau teringin kan.





Tuesday, April 14, 2015

Sembang-sembang


Haritu Meorsoleh cuti lama hampir sebulan jugak sebelum nak tunggu dapat posting mana. Alhamdulillah sekarang beliau dah dapat posting di sini jugak :) Walaupun beliau tak berapa berkenan sebab katanya nak kerja office hour, tapi tak dapek nak buat macam mana kan. Hehe keje la dulu 6 bulan ke pastu baru mintak tuko yeee..tapi dalam daerah jugak tau boleh ke? Muahaha.

Ni aku nak cerita kat sini dua cerita yang buat aku stress. Stress jugak la aku haritu menjawab pertanyaan orang.
Orang tu: Suami posting mane?
Aku: Belum tau lagi, bulan 4 ni rasanya (masa ni bulan 3)
Orang tu: Sekali dapat posting seberang laut, padan muka. Eh jahat lak aku.
Aku: .........................

Aku macam brrr...ko apehal nak mendoakan laki aku dapat keje tempat jauh dari aku? Aku dah la tengah risau, duk fikir jugak macam mana kalau laki aku posting jauh dari tempat tinggal aku...agak susah la jugak kan. Ni pompuan ni menambahkan lagi ke-stress-an aku... mulut memang puaka takde tapis punye. Aku memang perati je perangai dia ni kan.

Kau kalau takde mende baik yang nak diucapkan, baik ko diam je. Aku tak sakit hati, ko pun tak dapat dosa sakitkan hati orang.

Pulak tu kes kedua pulak dengan orang yang sama. Dia cakap nama panggilan aku ni maksudnya ba** dalam bahasa bangsa lain (tak nak mention-kan). Lepas dia bagitau aku, pastu cakap dia pun tak pasti sebenarnya dan suruh aku google.

Well, hello? Sape yang membawa cerita tu sebenarnya? Yang ko bagitau aku menda yang ko sendiri tak sure, tak pasti dan tak yakin betul atau tidak tu, kenapa? Patutnya ko la google kan dulu, confirmkan sendiri betul ke maklumat yang ko keluarkan dari jari kau tu untuk taip msg dan send msg dekat aku. Ni dia yang cerita, kita pulak yang nak confirmkan. Lagi satu kalau ko di tempat aku, tetiba orang reply msg ko bagitau maksud nama ko sebenarnya 'takde otak' (contoh), mesti ko hangin kan? Pulak tu ko sendiri tak dapat nak sahkan maksud tu betul ke tak.

Sekali bila di-google, ternyata apa yang dia cakap tu salah. Tu la, len kali jangan main cakap je. Sekarang ni maklumat semua kat hujung jari, nak cari senang je. Tolong jangan malas boleh tak?
Lepas aku dah confirm-kan yang dia salah, memang dia kena fire balik la dengan aku. Padan muka.

Bukan semua orang suka dekat kita dan kita pun bukan suka semua orang kan?
Aku harap kakak tu insaf.


Sunday, June 29, 2014

Selamat berpuasa


Firstly nak wish selamat berpuasa. Harini berbuka dengan mak je. Suami keroje. Patutnya arini beliau off. Tapi dapat call kena ganti orang. Haih. Kena la tunggu next week pulok. 

Semalam sampai parcel shawl yang aku beli online. Aku memang tiap gaji je mesti usha shawl kat instagram sorang ni. Memang selalu beli kat beliau la. Tapi nak cerita sikit ni pasal dah dua kali dah lepas aku order, bank-in duit, dah dapat bungkusan, mesti lepas tu ada sale. *gigit jari* 

Well, tak boleh ke orang tu cakap kat aku masa aku order tu yang pasni ada sale? Boleh la aku beli murah sikitttt. Shawl tu satu rm12 je. Tapi tima promo dapat la dalam rm10 satu. Aku beli 9 tau tak. Kan dah rasa ralat. Kok ye pun bagi la hint-hint sikit kata nak buat promo. Pas dah pos barang kat aku baru nak ada promo. Dua kali dah cheq terkena. Sobs.

Takpelah takda rezeki aku la tu nak dapat yang rm10 sehelai. *berkira*


Monday, November 19, 2012

Thursday, October 4, 2012

Sadis


Aku sebenarnya malu nih.
Punyalah tengah bengang tadi sampai boleh terlupa hari.
Duk ingatkan hari ni hari Rabu.
Tu la tetiba update blog wordless wednesday.
Booooo.

Okay. Berbalik kepada bengang tu tadi.
Punyalah aku pulun hias papan kenyataan kelas petang yang aku pegang.
Pelajar kelas aku pun semangat buat nota kecik2 nak tampal kat papan kenyataan tu.
Sekali bila dah siap, pelajar pagi (yang berkongsi kelas dengan pelajar petang) pegi cabut semua segala kertas2 kat papan kenyataan tu.
Dengan alasan diorang dah nak exam.
Cikgu suruh cabut.


Habis kosong!!


Well hello?
Yang kejadahnya pegi koyakkan kertas2 kat papan kenyataan kelas petang tu kenapa?
Dah macam esokkk je pulak korang nak exam.
Beriya koyak lepas tu buang macam tu je dalam tong sampah.
Serius sakit hati!!!

Dah la aku beli semua kertas2 tu pakai duit aku.
Sikit pun duit kelas aku tak sentuh.
Lepas tu semua dah terbungkus dalam tong sampah.
Bengang gila.



Kot ye pun korang dapat arahan koyakkan semua kertas yang ada kt papan kenyataan tu, takkan tak reti2 kot nak cabut elok2?
Lipat and simpan dalam almari kat depan kelas tu.
At least boleh la lagi aku pakai untuk  hias kelas tahun depan.

Itulah.
Nama je kelas pandai, kalau takde adab, takde moral, orang takkan pandang wei.
Sebelah mata pon taknak.

Aku sebenarnye takdelah bengang sangat tapi lebih kepada kecik hati.
Entah lah maybe aku still baru dengan keje ni so cepat kecik hati tu adalah perkara biasaa.
Tapi sape tak kecik hati kan, sebulan lebih kau siapkan menda tu alih2 one day kau masuk kelas tengok semua dah lenyap?
Rasa macam ada lubang dalam hati. Sobs.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wordless Wednesday: Sad.



Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, May 6, 2012

Badak Terbang


Pada suatu hari, aku dengan mak tengah makan. Masa tu lewat petang so banyak la nyamuk berterbangan. Dah tutup tingkap pun still masuk celah-celah mane entah. Bijok betul nyamuk generasi sekarang. Maka aku yang tengah makan tu kena kacau la dengan nyamuk tersebut.. Kalau sekor je yang gigit aku takpelah jugak, yang ni 2,3 ekor nyamuk gigit aku secara berjemaah. Cis.. Bertambah bengang la aku kacau aku tengah makan kan.

So dengan ala-ala amukan puaka aku pun cakap; 
"Nyamuk ni karang sumpah jadi badak karangg!!" 
*sambil tampar-tampar nyamuk tu*. 

Lepas tu tiba-tiba mak aku gelak... 
Beliau cakap; 
"Huuu, kalau nyamuk tu jadi badak, lagi la kamu tak lalu makan."











Err...betul jugak kan?
Nak makan pun seram.




Saturday, December 3, 2011

Tak marah pun...


Pagi semalam aku pegi pasar. Parking penuh masa tu. And then, mata aku yang tajam ni ternampak la satu parking ni. Maka, aku pun drive ke situ.. Namun, ade sebuah motor pulak kat parking tu. Dah la itu tempat parking kereta. Selamber mak cik tu je parking kat situ. 

Takpelah, sebab dia pun dah nak gerak. Aku dah bagi signal nak masuk parking tu, tunggu mak cik tu blah je.   Lepas tu, punya la tunggu lama dia nak cari kunci motor, dia nak susun duit dalam beg duit dia tu (sebab dia simpan kunci moto dalam beg duit tu, so mase nak keluarkan kunci habis duit dia tak tersusun<<--gila tajam tak aku memerhati?) 



yang hijau tu motor mak cik tu.


Dia nak start enjin tu pulak satu hal. Lame bebenor. Aku dah tak sabar dah ni. Sebab belakang aku dah ada kereta tak boleh nak gerak sebab aku dukkkk menunggu parking tu. At last, mak cik tu pun blah dari parking tu. Alhamdulillah.

Elok je aku nak masuk parking tu, nyiuuuuuuuuu.... laju je ade motor lain masuk parking kat situ. Aku dah macam nak memaki tapi aku tahan je la. Eiii..geram. budak pompuan ni aku silatkan jugak karanggggg.



kaler pink tu adelah moto budak itu.

Budak tu nampak macam budak sekolah. Duk parking kat situ, then terus keluarkan henpon balas sms. Siot. Ko tak nampak aku dok bagi signal nak masuk parking ni lahabau? And then ade ke parking tu nampak macam parking moto? Ade? Padahal parking untuk moto sebelah parking kete tu berlambak. Parking ni jugakkkk ko nak rebut dengan aku. 



Memang aku bengang tahap dewa!! So, nak lepaskan geram, aku tekan hon tak berenti sampai budak tu blah. Padan muka. Pedulik hape aku orang tengok. Yang penting aku dapat parking tu. Puas!!!!!!!!!!!!!!!!!!! HAHAHAHAHAHA

Iye. Aku tak marah pun. Just bengang je.








Labels

Abah (6) AgingBooth (1) Analogi (1) Anniversary (4) Assignments (1) Baby (4) Banner (1) Bff (4) Birthday (12) Bolat (6) Cartoon (6) Ceremony (4) Certain Somebody (2) Cikgu (7) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (4) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (69) Edit Pic (2) Email Grab (4) Emaressem Perndunk (6) Exam (3) Experiences (1) Facebook (1) Family (25) Father's Day (3) Feeling (2) Font (1) Freebies (10) Fwens (10) Gaji (1) Grrr... (9) Gundah (1) Hahaha (11) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (10) Hari Raya Haji (2) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (2) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (1) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Langkawi (1) Life (11) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Matrix (3) Meor Muizzuddin (2) Meorsoleh (6) Mepek (10) Mother's Day (4) Movies (6) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My Youth (3) MyVi (1) New Year (4) Novel (1) On the Road (1) Perihal Belog (1) Posting (1) Pregnancy (1) Ramadhan (1) Random (7) Resepi (4) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (4) Science (2) Sekolah (34) Seram (1) Sketches (2) SPM (1) Spontaneous Thursday (4) Sports Day (1) Spring Trip (7) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (1) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (1) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) UPSI (7) Vacation (13) Vector Images (1) Video (1) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (19) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...