Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Gundah. Show all posts
Showing posts with label Gundah. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

Berisi.


Tengok tajuk entry aku tu korang dapat agak tak aku nak membebel pasal apa? Okay, kalau dah dapat agak, duduk diam dan baca senyap-senyap. Biar aku je cerita korang jangan menyampuk. Untuk makluman semua, aku ni tergolong la dalam kumpulan 'berisi', senang cakap gemuk la. Haish, nak taip gemuk pun susah. Tapi guna 'berisi' biar nampak sopan sikit ye dak?

Dan di sini aku nak kongsikan kepada semua golongan masyarakat situasi-situasi di mana ianya pernah menyakitkan hati aku sepanjang aku termasuk dalam golongan 'berisi' nih.


SITUASI 1:



Situasi pertama ni aku rasa ramai je pernah alami betul tak? Di mana ianya terjadi apabila korang terserempak dengan saudara-mara atau kawan-kawan lama korang yang sememangnya lama tak jumpa. (Okk..ter-skema ayat la pulak kan). Ye, situasi di atas sangat menge-kecikkan hati aku yang besar ni. Mane taknye, korang excited jumpe saudara-mara@kawan-kawan korang tu then tiba-tiba ayat pertama yang keluar dari mulut diorang;  "eh...makin berisi la ko nihh." 

Aku betul-betul tak tau ape aku perlu jawab kalau orang bagi soalan macam ni, so terpaksalah aku jawab; "Eh...biaselah tengah bahagie..". Sambil senyum-senyum. Hah. Yelah. Nampak je aku senyum kan, tapi dalam hati, tuhan je tahu. 



 SITUASI 2:



Situasi kedua di mana kawan-kawan korang yang obviously KURUS dari korang but still depan korang nak cakap dia tu gemuk lah, pipi tembam lah, betis kembung lah, etc. Hey...kemonlahh. Mane common sense korang? Kalau ye pun nak mengadu korang dah gemuk sikit, tolonglah mengadu dekat orang yang sama taraf tahap kekurusan dengan korang, bukan dengan aku. Korang tak terpikir ke ape akan aku rase?


SITUASI 3:


Situasi ketiga ni yang paling aku menyampah tahap gila babi!!! Kalau keluar ramai-ramai dengan kawan-kawan pergi shopping mall, and then bila ternampak je mesin penimbang berat badan, terus ramai-ramai pakat serbu. Aku tak kisah la kan kalau korang nak timbang, timbang lah, duit korang, bukan duit aku. Lagipun 20sen je kan. Lantaklah. Tapi yang menjadi masalahnya apabila korang dengan selambernye suruh aku timbang jugak. Well...hey??? Dah nampak aku macam mengelak tu tak perlulah nak paksa-paksa aku. Aku taulah dengan tau berat badan aku boleh lah korang ejek-ejek aku kan? Ingat aku tak tau niat dalam hati masing-masing. Rambut je sama itam, hati lain-lain.





**************************






Kadang-kadang aku pelik jugak kenapa manusia selalu je nak cari kelemahan orang lain. Dan kelemahan tu jugak lah yang dia nak highlight-kan sedangkan aku buat salah dengan dia pun takde. Contohnya adalah sorang makcik ni, masa dia datang kenduri kahwin kakak dan abang aku dulu, selamber je dia cakap kat mak aku; "Haaa... time Ani (aku) kahwin nanti kerusi kena letak yang tahan lasak sikit kalau tak roboh nanti." 

B*BI tak?

Padahal aku tak pernah pun nak mengata dia, mengata anak-anak dia. Jauh sekali aku nak sakitkan hati dia. Tapi dia selamber je hina aku.

Lagi satu yang situasi pertama tu, agak-agak la kalau jumpa kawan lama kan, tak payah la nak kecoh dia berisi or tak. Jumpa bukannye selalu. Esok-esok manelah tau tak sempat nak mintak maaf dengan aku cemana? 

Haritu aku ade pergi reunion dengan Khay, Khal, ngan Ain. Diorang ni aku tak pernah jumpe sejak aku habis PMR. Bayangkan 8 tahun tak jumpa, bila jumpa kompem-kompem la diorang perasan yang aku dah berisi kalau nak dibandingkan dengan masa aku form 3 dulu. Tapi TAKDE sorang pun dari diorang yang cakap aku berisi or whatsoever. Aku ulang, TAKDE. Serius aku terharu. Tsk. Kawan baik aku pulak, Izzah lagilahhhh tak pernah/tak terlintas nak cakap aku berisi. Nama pun kawan baik kan?.

But, bukan semua kawan itu baik, ada jugak yang tak habis-habis menyakitkan hati kita. Aku terpikir jugak mak ayah diorang tak ajar ke tak baik mengata/sindir orang? Serius, kalau aku nak, aku boleh je bagi se-das kat sapa-sapa yang perli-perli aku; contohnya;


"Besar betul jerawat ko, susah nak beza ko dengan ikan flowerhorn."

"Habis semua oksigen kat sini kena sedut dengan lubang hidung ko yang besar tu."

"B*ntot periuk aku lagi putih dari kulit ko." 


(sorry jangan terasa dengan ayat-ayat di atas, sekadar contoh sahaja.)

See. Ayat aku pun pedas jugak jangan main-main. Tapi aku taknak cakap camni sebab mak ayah aku tak pernah ajar aku kurang ajar dengan orang. Tu sebab aku tak pernah pun cakap kat orang macam tu. Sebab aku tau kutuk ciptaan tuhan dan menyakitkan hati orang tu berdosa. Tapi kenapa orang boleh sesuka hati nak perli aku berisi?

Orang-orang yang suka perli aku tu kadang-kadang buat aku terfikir jugak, kemungkinan besar la before dia pergi sekolah mase kecik-kecik dulu, bapak dia pesan; "Haa..pergi sekolah tu kalau jumpa kawan yang gemuk, terus je cakap dia gemuk, jangan pendam-pendam."

Ada ke bapak ajar macam tu?
Takde kan.






Sedih ok....








And lastly soalan aku;






HINA KE ORANG GEMUK NI?




dan




SEMPURNA SANGAT KE ORANG KURUS?







Be careful of the words you say,
Keep them short and sweet.
You never know, from day to day,
Which ones you'll have to eat.

-anonymous



p/s: Aku minta maaf kepada semua kalau ade aku sakitkan hati secara sengaja/tak sengaja. :(







Labels

Abah (6) AgingBooth (1) Analogi (1) Anniversary (4) Assignments (1) Baby (4) Banner (1) Bff (4) Birthday (12) Bolat (6) Cartoon (6) Ceremony (4) Certain Somebody (2) Cikgu (7) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (4) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (69) Edit Pic (2) Email Grab (4) Emaressem Perndunk (6) Exam (3) Experiences (1) Facebook (1) Family (25) Father's Day (3) Feeling (2) Font (1) Freebies (10) Fwens (10) Gaji (1) Grrr... (9) Gundah (1) Hahaha (11) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (10) Hari Raya Haji (2) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (2) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (1) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Langkawi (1) Life (11) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Matrix (3) Meor Muizzuddin (2) Meorsoleh (6) Mepek (10) Mother's Day (4) Movies (6) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My Youth (3) MyVi (1) New Year (4) Novel (1) On the Road (1) Perihal Belog (1) Posting (1) Pregnancy (1) Ramadhan (1) Random (7) Resepi (4) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (4) Science (2) Sekolah (34) Seram (1) Sketches (2) SPM (1) Spontaneous Thursday (4) Sports Day (1) Spring Trip (7) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (1) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (1) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) UPSI (7) Vacation (13) Vector Images (1) Video (1) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (19) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...