Tuesday, December 17, 2013

Trip to Korea: Day 5 - Everland


Aku rasa aku kena jugak habiskan entry ke Korea ni dalam bulan 12 ni jugak. Kalau masuk tahun depan pun tak siap-siap lagi basi laaa citer aku.. Ni pun dah basi tapi pedulik la kan. Nak tulis jugak. 

Rabu, 27 Mac 2013.

Hari ni aku bawak korang ke Everland, Yongin. Jauh jugak Everland ni dari Seoul. Sebab aku sampai tertido-tido dalam bas tu haa. Sebab tu seharian Rabu ni dihabiskan untuk pergi Everland ni saje. Everland ni kalau kat Malaysia macam Genting Highland Theme Park laa. Tempat rekreasi untuk orang ramai. 


Before bertolak, makan dulu strawberi yang ibu buat. Ibu campurkan strawberi tu dengan gula + air lemon. Sedap gilos! Tapi perut gajah cam aku ni mane cukup makan strawberi je breakfast, haruslah kita tapau kebab yang sedap tu. Hehehe (rujuk entry yang lepas).

Mula-mula naik train.

Pastu turun kat station Gangnam. Oppa Gangnam style~~~~~ Kikikiki.

Inilah bandar Gangnam. 




Stoking Psy di Gangnam! Kahkahkah. Memang kena ah.

Okay, naik bas nombor 5002 ni ye rakan-rakan untuk ke Everland.



Dekat highway: Siap ada lorong just untuk bas je.

Bas 5002 tu tadi akan berhenti kat satu tempat ni, banyak-banyak bas lain, 
bas lain tu la baru angkut kita ke Everland, dekat dah masa tu.

Mari, mari beli tiket.


Ni harganya. Tak nampak? Besorkan sendiri.

Aku dan bunga.

Kak nony dan bunga.

Nampak tak bunga tu???

Tulips!!

It's spring bebeh!!!


Maap lah memang tak pandai posing.








Cantek takkkk? :)

Suka gila pokok niiii


Kalau masukkan tangan kat sini, nanti keluar bunyi kicauan burung-burung..
Macam suasana dalam hutan la gitu....heheheehehe



Aku rasa time minggu kitorang datang ni la, time tu Running Man wat rakaman kat sini... nanti tengok balik episod Running Man kat Everland...memang time musim ni lah. Hehehe..ruginya tak tau tarikh kalau tak, boleh buat-buat pengsan nampak Kang Gary oppa :P






Ramai beratur



Yang ni la macam DNA mixer kat Times Square kan? 
Tempat aku muntah dulu kat TS. Tak tahan main ni weh. Hahahahha.

Tempat kat Everland ni luas sangat, nak turun pun boleh naik mendalah ni. Tak tau nama. 
Naik atas pulak boleh naik guna cable car.




Masa ni naik kereta api dengan budak-budak kecik. Hehe







Nampak tak Honey Bee Band tu dok beratoq?

Okay, lepas turun dari train tu, duduk melepak depan Four Seasons Garden. Aku tak faham sebenarnya ada apa, tapi tengok ramai-ramai orang duduk, kitorang pun duduk lah..rupanya ada persembahan...betul-betul timing dia ja masa kitorang datang tu...kalau tak kena tunggu yang next session punya...lagi lambat. 

Hai! Awak semua kiut-kiut.

Oppa menari~~~

Queen bee menyanyi. Walau tak faham sepatah haremmm layankan aje.

Pengsan diaaa. Time ni diorang macam berdrama sambil menyanyi n menari la gitu... 
Ada videonya...mari layan~~ Tekan play :D


Lepas tu, dia panggil budak-budak menari kat depan. Sian ada budak tu nangis. Haha

Lepas layan Honey Bee Band tu...sambung jalan-jalan.



Suka gambar nihhh. Bunga dia lebat-lebat :P




Sian Kwangsoo Oppa sorang-sorang.











Haaa..yang ni kitorang main. Hehehe. Ramai betul beratur tapi kami gagahkan jugak tunggu turn.
Lepas tu main roller coster. Pastu main apa aku tak ingat dah. 



Sorry gambar blur sebab buat setting jadi night mode. Masa ni naik sampan.

Dalam ni dia tunjuk budaya ikut negara. Cara berpakaian, bentuk rumah etc.


Patung-patung tu bergerak-gerak lambai-lambai.. kalau tengok sorang-sorang ni seram jugak. Hehe

Sampan group depan kitorang.







Happy Feet~

Rehat jap makan kebab.



Turun pulak naik cable car. Hehe




Ok, now untuk Pororo 3D adventure la pulak.



Oppa ni cakap 99.9 % bahasa Korea...tak faham :(

Lepas oppa tu cakap-cakap, baru kami masuk panggung wayang ni.

Pun 99.9 % dalam bahasa Korea...so kami pun keluar tak sampai 10 minit dia berlakon :P

Lepas puas main game, makan, tangkap gambar dan jalan-jalan kami pun balik..boleh tahan jugak Everland ni~ Untuk yang suka nak release tension tu boleh la datang sini...hehehehe. Okay nanti sambung next entry pasal Nami Island :)




9 comments:

mieza said...

mcm best je tmpt ni..
korea plak tu.
heee

Ku Azniza said...

cantiknya bunga2. best la korea. bilala dapat smpai ni

Akal yang panjang said...

berkurun jugak ni. ahaha.

Siti Khairiyah said...

heee.. rindu kt sini....

best kan roller coaster kayu dia??

twinscraftlife said...

안녕하세요~hi we are twinscraflife! We sell handmade products such as phone cover, ear plug, pouch, bag, bookmarks! All are very unique and are customizable^^ 감사합니다~ please visit us at http://twinscraftlife.blogspot.com/

niedaida said...

asyik travel je..Xbwk nieda pun kan.huhuhu..*sebok je.he3*.Singgah lagi kakak tomei ^_^

Cik TeN10 said...

ahaa RM penah buat penggambaran kat sini. time musim salji skali time musim bunga skali kl xsilap aku la. lawa gila tempat dia. malangnya aku xpi pn sini. haha

wehh aku punya cerita korea dok dlm draft hagham xboh gambaq pn lagi. dh nk msuk setahun dh dok peram.kah3 apa nk jadi xtau

Cik TeN10 said...

macam mana ko tahu weh? ahaa actually aku dh perasan lama dh. tgk pic ko kt fb. hahahaha

tenku butang said...

wah bestnye dapat gi korea..

Labels

Abah (8) AgingBooth (1) AJL (1) Analogi (1) Anniversary (4) Article (1) Assignments (2) Baby (7) Baling (1) Banner (1) Bff (5) Birthday (13) Bolat (10) Car (1) Cartoon (9) Ceremony (7) Certain Somebody (2) Challenges (1) Cikgu (9) CNY (1) Contest (1) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (6) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (71) Edit Pic (3) Email Grab (8) Emaressem Perndunk (6) Emaressem Tepeng (1) Exam (7) Experiences (1) Facebook (2) Family (27) Father's Day (3) Feeling (10) Font (1) Formspring (1) Freebies (10) Fwens (17) Gaji (1) Grrr... (21) Gundah (5) hafiz af7 (1) Hahaha (18) Hani Mofa (2) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (13) Hari Raya Haji (2) Having Fun (8) Hello (1) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (5) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (2) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Kucing (1) Langkawi (1) Layout (2) Life (16) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Master (2) Matrix (4) Meor Muizzuddin (1) Meorsoleh (7) Mepek (41) Mimpi (2) Mother's Day (5) Movies (8) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My great day (1) My Youth (7) MyVi (1) Nenong (15) New Year (6) Novel (1) On the Road (1) Orders (1) Perihal Belog (3) Petua (1) PMR (1) Posting (1) Pregnancy (1) Print Screen (1) Ramadhan (4) Random (16) Resepi (2) Rumah (1) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (7) School (1) Science (3) Segmen (1) Sekolah (49) Seram (4) Sketches (2) SMKA Slim River (3) SPM (1) Spontaneous Thursday (5) Sports Day (1) Spring Trip (7) Stars (1) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (16) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (2) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) Umah Terbuka (1) Undi (1) UPSI (10) UPSR (1) Vacation (13) Vector Images (1) Video (4) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (20) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...