Showing posts with label Doodles. Show all posts
Showing posts with label Doodles. Show all posts
Sunday, February 21, 2016
Thursday, December 3, 2015
Selfishh
Aku suka kerja aku. Tapi apa yang aku tak suka apabila ada orang yang macam dalam doodle di atas. Jenis yang pentingkan diri dan buat kerja sambil lewa.
Kalaulah kerja dia tak siap, tak mengganggu kerja aku takpelah jugak, dia jugak yang kena bertanggungjawab akhirnya.
Tapi ini kalau kerja dah la tak nak siapkan, lepas tu, kerja aku pulak yang pending kalau kerja dia tak siap. Last-last aku jugak yang kena lengkapkan kerja dia. Hangin tak?
Sebenarnya tahun sebelum ni aku dah kena buli dengan orang yang sama, cumanya aku tak perasan dan aku anggap takpelah tolong je la mana yang patut. Tapiiiiii, bila tahun ni aku tengok dia freeeeeeeeeeeeeee tapi dia suruh aku yang siapkan kerja dia, masa tu baru macam tersedar. Macam ni rupanya kerja kau kan.
Bila aku cakap taknak buat, tau pulak dia bengang dengan aku. Tapi lepas tu aku buat jugak untuk kelas dia sebab aku malas la nanti kerja aku yang pending disebabkan kelas dia je yang tak lengkap nanti.
Bila aku nak isikan data untuk kelas dianyaaa alih-alih tengok data pulak tak lengkap. Memang hangin satu badan lah aku. Dia dah la tak nak isi kan dalam sistem, suruh aku, pastu dah nak suruh aku tu, pandai-pandai la bagi data yang lengkap. Ni data pun tak lengkap, abis tu aku nak isi apa dalam sistem? Isi taik hidung?
Memang aku bengang sangat, aku tak boleh lah bekerja dengan orang macam ni. Lepas tu aku pulang kan je file kelas kat dia suruh dia lengkapkan baru aku nak isi. Dia cuba la jugak isi sendiri tapi tak lengkap pun akhirnya aku jugak yang lengkapkan. See?
Nak kata aku berkira? Dah tak terkira dah aku kena macam ni. Memang aku berkira la sebab kerja aku pun banyak, ada diorang nak tolong? Tolong tengok pun tak.
Disebabkan orang macam ni lah, dari niat kita ikhlas nak tolong terus takde dah ikhlas tu aku rasa. Lepas ni aku akan lebih hati-hati lah dengan orang macam ni. Memang menolong tu baik, tapi ada batasnya, ada limit nya sebab aku pun manusia biasa.
Lagi satu, cerita kawan sekerja suami aku. Al-kisahnya suami aku kena buat jadual oncall untuk bulan November di tempat kerja dia. Bila jadual tu dah siap, sorang kawan dia ni cakap dia nak berhenti kerja dah, sebab nak sambung belajar.
Masalahnya sekarang jadual dah dibuat, dia baru nak cakap dia nak berhenti. Notis nak berhenti kerja pun tak bagi. So sapa nak ganti slot oncall dia tu? Disebabkan bulan tu suami aku yang buat jadual, so suami aku terpaksa lah gantikan slot oncall mamat tu sebab tu je cara yang ada.
Bila suami aku cakap kat mamat tu kenapa tak bagitau awal-awal sebelum jadual keluar, boleh pulak mamat tu cakap, "Kalau nak ikutkan, aku boleh je terus taknak datang kerja." Jilake kan jawapan?
Disebabkan mamat ni lah suami aku stress sepanjang bulan lepas. Tak lalu makan dan sebagainya. Aku taip ni pun tak dapat menggambarkan apa yang suami aku alami, tapi aku sendiri tengok tau la memang dia jadi stress giler sampai gastrik (tapi isteri dia ni makin gemoks chubby) sebab kena oncall banyak kali.
Memang aku takkan maafkan mamat ni. Kau menyusahkan orang lain, kau ingat hidup kau akan senang ke? Yelah masa sekarang kau menyusahkan orang, lepas ni orang lain pulak akan susahkan kau. Kau ingat tu. Aku rase nak tumbuk-tumbuk je kau! Dan jangan munculkan diri kau depan aku!!
Wednesday, September 23, 2015
My family 2015
Aku dah mula cuti sekolah...maka, terhasillah lukisan seperti berikut:
p/s: Semua dah jadi kurus....wakakaka
Kasik can la nak kurus.
Wednesday, June 3, 2015
Sepanjang bulan Mei
Seperti yang kita sedia maklum (maklum ke?), bulan Mei adalah bulan favourite aku....tau kan sebab apa....huahuahua....yang pertama sebab bulan ni adalah bulan aku lahir dan yang kedua sebab bulan ni jugak la bulan sambutan hari guru.
My besday cake! Thanks to certain somebody yang bersemangat simpankan dalam peti ais nak sorok dari aku tapi kantoi sebab mak bocorkan rahsia......kehkehkeh penat aku nak berlakon yang aku taktau dalam peti ais tu ada kek. Gile tak reti okayh nak berlakon, sakit urat pipi aku duk tahan gelak je. Wakaka. Anyways sedap sangat kek tu! Siap ada bunga api, thanks Meorsoleh! Saya doakan awak semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat walafiat. Happy-happy selaluuuu...saya pon boleh tumpang gembira ye dok? Kikiki
Ni mak mertua i lukih... hehehe mak mertua memang berseni orangnya. Tq mama & papa!
Okay cerita pasal hari guru pulak..tapi takda apa cerita yang best sebab sambutan tahun ni hambar je... Serius tak seronok langsung, aku sendiri pun malas nak cerita. Tapi okaylah dapat sambut jugak dari takdak langsung kan?
Aku tolong kawan aku buat penanda buku sempena hari guru. Tolong tulis jeee hahaha
So sekarang, dah mula dah cuti sekolah...minggu pertama cuti ni aku nak habiskan dengan tanda kertas exam je sebab due date sekolah aku 6 Jun, so tinggal beberapa hari je lagi nih nak siapkan. Minggu kedua aku ada kelas tambahan (sehari je), dan hari-hari lain aku nak siapkan mana yang patut aku punya tesis tu..dan lepas settle semua tu baru aku, Meorsoleh dengan mak nak pergi jalan-jalan rumah kakak-kakak aku...hohoho... baru la nak merasa berjalan, orang lain dah puas dah berjalan cuti sekolah ni haa.
Banyak paper lagi tak siap ni weyyyyyy!
Okay itu saje untuk kali ni.
Assalammualaikum :)
Sunday, March 1, 2015
Banyak keroje
Hehehe bila dah buat keputusan dah tak nak amik upah melukis untuk orang lain lagi, time-time tu lah ramai(takde la ramai, saje poyo je lebih nak taip ramai padahal 4, 5 orang je kehkeh) tanya boleh tak tolong lukis. Tapi mintak maap banyak-banyak, dengan nak siapkan proposal, dengan kerja sekolah nya lagi, tak boleh dah bagi komitmen untuk kerja lain. T_T
Now. I'm wasting my precious time semata-mata untuk post entry ni. Okay bye!
Sambung stay up.
Sweet tak? Kehkehkeh.
Monday, February 16, 2015
Job vs Hobby
Dulu mase kecik-kecik cita-cita aku nak jadi arkitek kononnyaa... sebab hobi aku melukis, so pekerjaan yang aku tau berkaitan dengan melukis ni, arkitek je la. Nak jadi kartunis tak boleh sebab aku rasa aku tak berapa pandai express lawak dalam kartun. Haha. Now boleh lahh sikit-sikit kot.
Sekali bila masuk matrikulasi, masa nak apply universiti, mak dengan abah aku suruh jadi cikgu.
Almaklumlahh dua-dua cikgu so nak jugak ada wakil anak diorang jadi cikgu. Aku masa mula-mula memang tak berapa nak minat la jadi cikgu ni pasal aku takut cakap sorang-sorang kat depan. Kategori darah gemuruh la aku ni kiranya. Tapi aku apply jugak la walaupun dalam hati aku ni tak berapa minat la der cikgu-cikgu nih. Sekali dapat tawaran UPSI untuk kos Sains Fizik...aku layankan ajela sebab masa tu aku sendiri pun taktau dah cita-cita aku ape sebenarnya.
Tapi now nak masuk tahun ke-3 dah jadi cikgu ni rasa best jugak kan...hehehe.. bila panas hati dengan student mesti akan ada student lain yang bagi sejuk hati, dan sebaliknya. Bila bengang je diorang tak bawak buku, keje tak siap, buku teks taknak balut, ponteng kelas dsb, masa tu rasa malas dah nak amik tau, nak buat derk je dengan diorang lepas ni dalam kelas, siap cakap lagi dekat diorang, "Lepas ni cikgu taknak dah amik tau pasal kamu, sebab kamu ponteng kelas cikgu." Tapi mulut je cakap macam tu, dalam hati sebenarnya tak berniat pon kan. Still jugak amik tau pasal student tu. Takde cikgu saje-saje nak abaikan student dalam kelas. Marah macam mana pun, hati mesti jadi lembut balik lepas tu dengan student. Itu aku la, aku taktau la orang lain cemana.
Dah terkeluar tajuk sikit citer pasal student. Hehe..sebenarnya nak citer pasal job vs hobby.
Now job aku adelah cikgu, hobi aku adelah melukis.
Betullah apa yang aku print screen dari citer Kdrama ni,
Jadikan perkara yang paling kita suka sebagai hobi dan perkara kedua yang kita suka sebagai pekerjaan.
Dulu aku penah amik upah nak lukis doodle kan?
Serius sepanjang aku amik upah ni, rasa sangat stress dan tension. Melukis dengan hati yang tak best.
Yelah, salah satu sebabnya nak kejar dateline customer kan. Tu stress dah satu sebab aku pun ada kerja lain bukan men-doodle semata-mata. Satu lagi sebab adalah, sikap aku yang tak berapa nak suka melukis disebabkan orang lain suruh atau kata lain 'upah'. Aku lagi suka lukis apa yang terlintas dalam otak aku, lukis sikit-sikit pasal kehidupan aku, or lukis doodle dengan kata-kata semangat (untuk diri aku sendiri sebenarnya, kadang-kadang bila rasa down, cari quote kat google then lukis doodle berdasarkan quote tu, sedih tak? Wakaka).
So bila aku kena lukis apa yang orang suruh (upah), so perasaan nak melukis tu tak berapa ceria/best/happy berbanding masa aku lukis untuk diri aku sendiri. So dari situ aku decide, mulai tahun 2015 ni, aku dah tak ambil lagi upah melukis doodle untuk orang. Aku nak jadikan melukis tu semata-mata sebagai hobi aku dan bukannya sebagai pekerjaan aku.
Harap sesiapa (yang berniat untuk upah aku) yang baca entry ni tak email aku lagi untuk upah dan sebagainya. I'm so sorry! Sorry sorry. Biarkan aku bahagia melukis tanpa paksaan. Hehehehe. Thanks!
:)
Thursday, February 12, 2015
Sunday, August 24, 2014
Sunday, July 13, 2014
Thursday, May 15, 2014
7 Mei 2014
Alhamdulillah umur dah genap 26 tahun.
Rasa tua pulak..kalau 25 tu still rasa muda...kehkehkeh...poyos..
Biasa-biasa je besday kali ni tapi lain sikit lah sebab dah ado laki kan.
Apa bezanya?
Sebab bila kita mintak hadiah dia cakap cenggini:
Aku: Awak mana hadiah besday saya? Heeeeee
Meorsoleh: Sayeeee lah hadiahnya. Seronok tak? Kikikiki *sambil buat gaya menggedik*
Aku laaa dia ni kannnnnnnn :)
Hihihi..esok pula hari guru..ada sambutan dekat sekolah..so sepanjang hari tak payah masuk kelas. Tu yg heaven tu kan. Pastu pulak ada jamuan makan. Memang melekat la aku kat situ lelama.
So aku nak wish Selamat Hari Guru untuk semua guru di dunia ni terutamanya arwah abah, cikgu pertama dalam hidup aku, mak aku, cikgu yang mengajar segala2nya, cikgu2 aku di Tadika Kemas, SKTSGJ, SMKSISII, MRSM Pendang, MRSM Taiping, Matrikulasi Perak, UPSI, SMK ******** dan tak lupa jugak untuk my makcik pakcik, my kakak, my mother n father-in-law.
Sedih pulak bila baca komen sorang cikgu ni yang pernah kerja dengan arwah abah. My father is a great teacher. Bukan nak bangga tapi tu lah ayat yang kawan-kawan ayah aku cakap dekat aku. Even pengetua dekat sekolah aku ngajar sekarang ni pun admire dengan cara ayah aku kerja.. tapi bila orang cakap camtu aku senyap je la, mampu senyum je sebab aku tak tau camna cara ayah aku kerja, camna komitmen dia, camna dia jaga hubungan dia dengan anak-anak buah dia, camna dia jadi seorang yang sangat bermotivasi dan camna dia tackle hati student. Aku tak sempat nak belajar dengan dia. Belum sempat abah turunkan ilmunya kat aku dia dah dipanggil menghadap ilahi.. Sedih hati ni Allah je tau. Terngiang-ngiang kat telinga aku masa arwah cakap; "Abah nak at least ada lah sorang anak abah jadi cikgu"...tapi abah tak sempat tengok pun..now kakak aku pun dah jadi cikgu..ermmm...kalau abah ada mesti abah bangga kan... :')
AL-FATIHAH
Bila dah jadi cikgu ni, banyak gilaaa menda yang aku nak tanya dia, banyak gilaaa menda aku nak belajar..tapi tak dapat la semua tu kan. Seriously takda kepuasan bekerja tu sebab banyak sangat kekurangan aku ni dan lepas tu aku taktau nak mintak nasihat siapa dalam bidang ni jugak :(
Takpelah..saje luah perasaan...heeee...ape-ape pon selamat menyambut hari guru esok! 16 Mei 2014
Labels:
Birthday,
Doodles,
Teacher's Day
Wednesday, June 5, 2013
Perihal air takda.
Seharian takde air, sekarang baru ada air kat rumah aku nih.. Aku sebenarnya lagi tensen takde air daripada takde karen (elektrik). Betul tak? Takde air nak bersihkan diri susah, nak masak susah, dan macam-macam lagi. Sila senaraikan sendirik.
Dulu masa aku sekolah kat Mrsm Pendang, selalu sangat la takde air. Kira macam perkara normal la takde air. Pulak tu duduk asrama, memang hazab la. Dekat sekolah aku tu dia ada dua jenis takde air tu. Jenis pertama jenis yang bila ramai-ramai dah guna air, dia akan amik masa setengah jam gitu untuk air naik tangki balik. So sapa-sapa yang bangun lambat tu memang akan jadi lagi lambat sebab nak tunggu air tu naik. Tu yang pertama.
Jenis yang kedua yang bebetul takde air. Sebabnya entahlah aku pun taktau mungkin samada diorang cuci tangki or whatsoever lah. Main pointnye takde air. Bangun nak mandi pagi tu nak gi sekolah, tengok-tengok takde air. Memang berdesup la pergi bawak baldi segala gi mandi dekat tandas blok akademik. Scary okayy, jalan la 2, 3 orang dengan member gi cari tandas yang ada air (air tangki). Kena cepat-cepat sebabnya ramai lagi member tak bangun. Kalau lambat kang air habis. Hahahaha.
Yang tak bestnya, aku ni ingat dah antara golongan terawal la pegi mandi kat blok akademik ni. Sekali dah full pulak tandasnya. Terpaksa mandi kat tandas, semua orang yang duduk asrama aku rasa mesti pernah jugak kan? Jangan nak tipuuuuuu.
Tunggu turn mandi pun hazab jugak. Ingatkan kejap je la member sebelum tu mandi, sekali ada la dalam setengah jam la jugakk. Entah apa dia buat dalam tu, cuci pusat ker??? Aku kat luar yang tunggu punya lama ni naik hangin lah kan. Sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan.
Lepas tu pulak dengar dialog budak tu dengan kawan dia yang tengah mandi kat tandas sebelah;
"Wei.. Ko dah siap ker?"
Dia jawab; "Belum... aku tengah syampoo rambut ni sat".
Hangin tak?
Dah tau ramai orang beratur kat luar ni, air pulak takde, pakai air tangki, lagi kau nak syampoo??? Adeh lah. Memang berbulu je aku tunggu kat luar.
Pernah jugak lori tangki air datang hantar air. Semorang beratur bawak baldi memasing. Dia bagi air tapi tak penuh pun. Tensi. Memang jimat gila la guna air dalam baldi tu. Sapa yang batch sekali dengan aku, rasa mesti ingat masa pergi rompak air kat tangki asrama lelaki (dekat-dekat dengan kebun getah tu). Nak buat camne kan, nak hidup, kena lah berusaha. Hahaha. Ramai jugak pergi amik kat situ, sekali datang abang-abang senior jerkah sambil bawak baldi diorang, lintang-pukang lari semorang.
Tau takut. Hehehe
Labels:
Doodles,
Emaressem Perndunk
Saturday, February 16, 2013
Tikus
Tengah 'mengemas' folder-folder dalam laptop..terjumpalah kartun di bawah..
Yang aku lukis guna Paint, zaman dolu-dolu sebelum aku belajar guna Adobe Photoshop :P
Hahahaha!
Wednesday, January 9, 2013
Sunday, January 6, 2013
Transferred.
Disebabkan ramai kawan-kawan yang 'concern' nak tau kenapa aku kena transfer ke sekolah lain meh sini teman nak kabo. For your information, sekolah lama aku tu ada student berbilang bangsa, Melayu, Cina, India dan jugak Asli pun ada. And then, dekat kawasan tempat tinggal pelajar Asli ni, dah dibina sekolah menengah baru.. so for sure lah, diorang mesti la kena pegi sekolah yang dekat dengan rumah kan?
Bila sekolah lama aku ni dah tak amik pelajar Asli tingkatan 1 (sebab diorang attend sekolah yang baru buat tu), maka, jadilah lebihan guru. Pengetua aku pulak cakap, bilangan guru kena seiring dengan bilangan kelas yang dibukak, tak kira la mane2 sekolah pun sama je konsepnya. Bila student tingkatan 1 berkurang, kelas pun off cozlah berkurang, so cikgu kenalah 'dikurangkan'...atau erti kata lain ditukarkan ke sekolah-sekolah lain yang kosong...so aku antara golongan cikgu-cikgu yang bertuah ituuu...kehkehkeh..
Pulak tu bila aku dah masuk sekolah baru ni, memang aku ganti tempat cikgu Sains yang kosong..haaa memang kenalah sebab aku memang ngajor Sains..rezeki akuuu....yang bestnye aku ade jugak kena ajar Seni tingkatan 3! Hahahahhaa..dah lame aku nantikan saat iniiiii!!! Yeeeeeeeeeeeeehaaaaaa.
Itulah sebenarnye kronologi cerita tuu.. aku tak kesah pun kena tukar sebab aku dah mula suka sekolah baru aku nih! Hehehe :D I will do my best! Ganbateeee!!
Byeeeeeeeeeeeee :D
Friday, November 23, 2012
My Sister's Wedding Part I: Gerik
JUMAAT: 2 NOVEMBER 2012
Kakak aku, Poyu, ni kawen lagi seminggu sebelum cuti sekolah. 2 november nikah lepas asar.
Kendurinya 3 november esoknya, Sabtu.
Minggu tu jugak la aku kena pergi kursus PBS 3 hari. Tapi naseb baek lah kursusnya kat Gerik je.
Aku masa tu dah risau dah boleh ke aku balik awal kursus hari last tu.
Sebab habis kursus dalam jam 5 petang, kakak aku ni pulak nak nikah lepas asar.
Kalau aku balik tepat2 5 petang tu mesti tak sompek nak tengokkk.
Tapi alhamdulillah sempat jugak tengok sebab aku mintak balik awal sejam...HAHAHA
Baik sungguh penceramah itu..terima kasih daun keladi. Eh.
(apesal la bila nak taip kursus mesti tertaip 'kurus'..tapi aku kurusnye tak jugakkkkk whahaha)
So let's the picture do the talking! #kemain
Ni kakak aku sebelum nak ke masjid. Berdebo-debo lettewwwww..
Masjidnyer sebelah umah je.
Haaa..tu la bakal abang ipar aku (masa ni belum sah lagi..kehkehkeh now dah sah dah la :p)
Kami pun nak menyelit2 celah gambo pengantin. Yang baju biru tu pun kakak aku jugak, nama dia Pona.
Abang aku, Poli, yang baju melayu coklat paling hensem tu.
Pona and Porin (kakak ipar aku), bersama-sama Alia(baju purple) and Aiyris(baju kuning).
Anak-anak buah aku. Alia anak Pona, Aiyris pulak anak Porin :p
Alhamdulillah dah sah dah mereka jadi suami isteri :)
Masa ni memalu nak sarung cincin. Tapi apesal aku yang berdebar? Hehehe
Tak paham ape motif Pona kat bucu tu? Terkenang saat indah lettewwww....hahaharrrhaha
Pengantin dengan family abang ipar aku :)
Maka haruslah anak-anak dara yang posing dulu depan pelaminnnn...
Lepas ni turn yang baju merah tu pulakkk...lalalala
Poyu dengan pengapit beliau, Kak Atun yang sporting habis! :)
Kan? Dah kata dia sporting.
SABTU: 3 NOVEMBER 2012
Okay, now masuk pulak part kenduri hari Sabtu tu...hehe
Aku penat gila Jumaat malam Sabtu tu, dengan selesema nyer lagi, tak sedar bunyi loceng bangun pagi.
Pengantin yang kejutkan aku bangun hahhahahaha dasarrrrrrrrrrr..
Dan aku terlupa nak pakai inai! Aku suke inai! haish! sape suruh terlelap awal.
Tapi naseb baek bukan aku pengantinnye, so takpe la terlupa pakai inai....hehe
Ni bilik pengantinnya yang aku snap sendirik.
With my cousins :p
With Pona!
Mak comel tak harini? Tudung tu aku yang tolong pinkan..ngehngehngeh
Mak dengan abang, Poli. Sama tak muka?
With Porin! Baju kami memang beli sama corak. Dengan anak-anak buah aku sekali sama..
Tapi tak snap pulak pic dua orang budak kecik tu.
Serbu pengantin dalam bilik :p
Tengah tunggu kekanda sampai...auwwww :D
Sampai pun! Hehe..
Pengantin with familyyyyyy. Nampak tak anak buah aku dua orang atas riba pengantin.
Tengok baju diorang sama dengan kami. Kiut je diorang pakaiiiii.
Pengantin dengan adik-beradik mak. Yang perempuan je.
Pakcik2 aku pulak tak dapat dikenalpasti ada kat mana...haha
Dan malam tu upacara memotong kek dengan bukak hadiah..
Kalau ikut family aku, menda ni macam dah jadi tradisi..rasanya orang lain pun sama kan.
Bukak hadiah dan ada volunteer/paksa rela kena baca wishes dekat kad tu..
Selalunya, masa arwah ayah aku still ada, beliau akan suruh sepupu-sepupu aku bacakan kad tu.
Sorang-sorang beliau panggil pergi depan. Semua patuh pulak tu termasuklah aku pun kena baca HAHA.
Tapi haritu semua sepupu aku menyorokkkkk, malu nak bacaaa..Adoyyy.
Maka, CikTa aku volunteer untuk bacakan kad tu...so setel..
Malam tu semua pengsan depan tv.
Beramai-ramai layan cerita lepas tu sorang-sorang pengsan(tertidur) sampai esok.
Okay itu saje, nanti ada Part II, kenduri menyambut menantu pulak. Next entry yeee :D
Byeeeee.
p/s: Baru dapat sms dari Bolat! Dia dah sampai Malaysia! Seronoknyeeeee!!!
(tak reply lagi msg dia ni jap after aku publish entry ni.)
p/s 2: Poli, Pona, Porin, Poyu tu bukan nama sebenar, nama manja je gituuuu :DD
Labels:
Doodles,
Family,
Wedding,
Wedding Doodles
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
Abah
(6)
AgingBooth
(1)
Analogi
(1)
Anniversary
(4)
Assignments
(1)
Baby
(4)
Banner
(1)
Bff
(4)
Birthday
(12)
Bolat
(6)
Cartoon
(6)
Ceremony
(4)
Certain Somebody
(2)
Cikgu
(7)
Creative Thinking
(2)
Cuti2 Malaysia
(4)
Deco Kelas
(1)
Derma Darah
(1)
doctor
(1)
Doodles
(69)
Edit Pic
(2)
Email Grab
(4)
Emaressem Perndunk
(6)
Exam
(3)
Experiences
(1)
Facebook
(1)
Family
(25)
Father's Day
(3)
Feeling
(2)
Font
(1)
Freebies
(10)
Fwens
(10)
Gaji
(1)
Grrr...
(9)
Gundah
(1)
Hahaha
(11)
Hantu
(2)
Hari Guru
(3)
Hari Raya
(10)
Hari Raya Haji
(2)
Honeymoon
(1)
Hotel
(1)
Insaf
(2)
Interview
(5)
Ipoh
(1)
Japanese Drama
(2)
Kelas Menjahit
(2)
Kerja
(2)
Konvo
(1)
Korean Drama
(1)
Korean Variety Show
(5)
Krabi
(3)
Kuching
(3)
Langkawi
(1)
Life
(11)
Life Quotes
(3)
Mak
(4)
Maskot Rumah Sukan Kuning
(1)
Matrix
(3)
Meor Muizzuddin
(2)
Meorsoleh
(6)
Mepek
(10)
Mother's Day
(4)
Movies
(6)
MPH
(1)
Muslimah Cartoon
(4)
My Big Day
(2)
My Youth
(3)
MyVi
(1)
New Year
(4)
Novel
(1)
On the Road
(1)
Perihal Belog
(1)
Posting
(1)
Pregnancy
(1)
Ramadhan
(1)
Random
(7)
Resepi
(4)
Rumah Kuning
(2)
Rumah Nuri
(2)
Running Man
(9)
S Memo
(7)
Sad
(4)
Science
(2)
Sekolah
(34)
Seram
(1)
Sketches
(2)
SPM
(1)
Spontaneous Thursday
(4)
Sports Day
(1)
Spring Trip
(7)
Sukantara
(2)
T-Shirt
(3)
Tagged
(1)
Tazkirah
(2)
Teacher's Day
(2)
Teka-teki
(1)
Tenet Tenat
(1)
Top 5 lagu
(1)
Trip to Korea
(7)
Trip to Thailand
(2)
Tutorials
(2)
UPSI
(7)
Vacation
(13)
Vector Images
(1)
Video
(1)
Wedding
(8)
Wedding Doodles
(4)
Winter Sonata
(1)
Wonder Girls
(2)
Wootmedia
(1)
Wordless Wednesday
(19)
Yoo Jae Suk
(1)






















































