**updated 3/5/2014**
Assalammualaikum.
Hai blog! Lama tak jenguk kamu.. Sekarang baru free sikit sebab dah habis final exam untuk semester ni. Sukan dekat sekolah pun dah habis hahahaha daku gumbira. Takde dah kena keluar hantar bebudak, duk kat tengah padang.
Entry kali ni special sikit..ececece. Nak tempek gambar kat blog segan pulak sebenarnya maklumlah kita tak cantekkkkk. Tapi seperti biase, walau tak cantek pun, hapdet tetap hapdettt! Mihmihmih. So mari kita ikut kronologi majlis perkahwinan aku ni...hihihi (gelak gedik)
21 Mac 2014, Jumaat.
Alhamdulillah..:)
Tarikh bermakna inilah aku sah menjadi isteri Meor Solehuddin bin Zainudin (skema giler ayat, bangga cikgu bm aku). Nikahnya lepas isyak, dekat masjid sebelah rumah aku je..dekat bebenor jalan kaki pun boleh.
Aku takde dah nervous tu hilang habis sebab aku duk melayan kaki aku kebas. Kebas giler weii..sampai picit tak terasa dah kaki aku tu...duduk bersimpuh punya pasal....hehehe
Ni la gambar after nikah. Memalu kucing lagi mase ni. Kekonon lah kan. Haha.
Snap after nikah jugak ni..lepas semorang dah kekenyangan. Sebelah aku tu, my mom :D
22 Mac 2014, Sabtu.
Okay tarikh ni, tarikh kenduri sebelah keluarga aku..pagi-pagi tu after make up, aku terus pergi photoshoot. Kiranya photoshoot dulu, baru kenduri...hehe...aku malas nak photoshoot time petang nanti terkejar-kejar plus tak dapat jumpa kawan yang datang lambat...that's why photoshoot awal-awal pagi. Cair make up pun cairlahhhh.
Apa-apa hal, selfie diutamakan. Wakaka.
Okay, 4 keping gambar seterusnya ni, aku rembat dari page Azlan Yusof Concept.. Gambar yang banyak-banyak tu belum dapat lagi, so aku upload la mane yang ade je dulu okay.
Ececece ada gaya Hang Tuah tak suami aku tu?
Isteri dia nak melompat sekali tak mampu lah kan...hehe
Cak! Tetiba ada helikopter.....jeng jeng jeng
I believeeeee I can flyyyyyyyyyyyy
Then, lepas siap photoshoot, ada la dalam 2 jam, then aku balik rumah aku, drive sesorang lak tu! Haha. Segan giler kat traffic light, kete sebelah tengok aku semacam. En Meor lak pergi tunggu family dia kat masjid. Sempat lagi beliau tido kat masjid tu.
Ni hiasan dalam bilik. Shantek tak? Aku suka betul lampu tu.
Sebelum kenduri mula, family aku jemput orang kampung buat marhaban sikit untuk baby-baby yang cumil-cumil dalam rumah ni... ada 4 baby kesemuanyaa... coklat-coklat tu makcik-makcik aku ikat kat buaian after majlis nikah aku semalamnya.
*updated*
Alia sempat lagi bergambar dengan aku, Mama dia pulak bz.
Ni lah pengapit aku..memperkenalkan Ijah! Hihihi sangat-sangat berterima kasih kat dia ni. Busy gila dia melayan akuuuuuuu. Thanks Ijah! Bila lagi kan nak ngada-ngada ngan ko...hehe lepas ni turn ko pulak.
Ni kawan-kawan aku dari kecik! Dari kiri, Ijah, aku, Yati and Yana
Ni kawan satu tempat kerjaaaa...cikgu Ema. Bukan Ema Maembong.
Kak Farihah and familyyyy..bawak student aku sekali...thanks kak!
Ini Tirah, jauh ni datang dari Penang. Mane Bai?? Takde lak dalam gambo.
Tirah, aku and Ijah
Ni pun kawan satu tempat kerja, Cikgu Shila and Cikgu Rubavathi..
Student aku! Tahun lepas je aku ngajor deme...hehehe..ni semua merempit ni dari Lawin.
and thanks sebab datang!
Cikgu-cikgi Smk ********. Dari kiri, Kak Idayu, aku, Ruba, Kak Fila and Kak Nik..
Now Ruba and Kak Fila dah tukar sekolah...sedih betul... :(
Okay then, jam 1 tengahari masa tu pengantin lelaki dah siap dah sampai...tapi slack dekat kompang la pulak, janji nak datang tapi depa tak datang...so disebabkan lewat dah kami menunggu kompang tu, rombongan lelaki pun sembahyang zohor dulu then baru berarak ke rumah aku...masa tu DJ pasang je kompang mp3..sonang...lepas berarak, naik pelamin kejap then terus gi makan beradap..aku dah kelaparan. Lepas makan beradap tu la, baru snap pic banyak-banyak.
With mama and papa in laws :D
Dengan adik-beradik suami..adik-beradik beliau semuanya lelaki..dia pulak bongsu..sama cam aku. :P
Family abang dia yang no.2, actually ada lagi gambar2 adik beradik dia and family tapi tu la, xdapat lagi softcopynyaaaaa.
Geng Ex-Mrsm Pendang!!!! Semua sporting habis lahhhh!!
Dari kiri (kecuali pengantin), Bai, Mai, Jaja, Khal, Tirah, Khay, Ijah and Ain.
Jauh ni datang, dari Penang, dari KL, dari Sungai Petani, dari Bangi.
Eeee...Suke suke sukeeeeeeeeeeeee
Thanks korang!!!!! Sorry tak dan nak borak banyak-banyak. Sob sob sob
My family pulak! Hihihi dengan babiess!!! Banyak tak?? Semua baby tu sebaya hokayyyy! :D
Ni la tulang belakang kenduri aku, semua ni geng-geng yang kepenatan gilaaaa...thanks korang!!!
Jasamu dikenang...hehehehe kenang je laaaaa :P
Malam kenduri tu pulak, sampai lah masa untuk bukak hadiah.. Aku ni nervous tul bab ni sebab apa tau, pengantin kena bagi ucapan. Seriously sapa la yang tetapkan peraturan ni? Hahahaha. Aku rasa arwah abah aku kut...sebab dia memang suka bab-bab ucapan ni.....hehee....kalau dia ada, confirm dia yang jadi MC, tapi kali ni, abang aku pulak amik alih tugas dia.
Haaaa...semangat tak bagi ucapan, lepas ucapan, potong kek, and then baru bukak hadiah.
23 Mac 2014, Ahad.
Esoknya pulak, terus kenduri sebelah pihak lelaki.. kami buat berderet terus Sabtu Ahad pasal suami aku ni susah nak mintak cuti, lagi satu sebab rumah kami dekat, Gerik-Lenggong, senang buat satu weekend je..tak yah adik beradik nak kena amik cuti banyak kali....hehe
Yang kenduri belah suami aku ni, tak banyak sangat gambar yang aku ada, tu pun aku rembat dalam fesbuk sepupu aku. Mintak izin pun tak. Wakakaka.
Caks!!! *updated*
Haaa kan aku dah kata, apa-apa hal, selfie duluuuu.
Dengan Mama and Papa
hihihihi ;) *updated*
Ni family aku yang lelaki sahaja..okay mai mai pilih nak yang mana..
Yang laki orang takleh kacau naaaa...haha
Yang ni pulak family aku yang perempuan sahaja..:D
Lebih kurang jam 3.00 petang diorang pun balik Gerik, tapi nyempat lagi tu depa gi Muzium Lenggong tengok Perak Man...so tinggal lah aku sorang-sorang kat Lenggong..ecehh..sorang-sorang konon, padahal ramai je orang..saje je kan...hahaha tapi biasalah mula-mula tu mesti awkward je.. ni tengah slow-slow nak bagi biasa dengan family mertua. Jyeah.
***********************************************************************
Lepas settle dah kenduri ahad tu, Isnin je suami aku cuti, then selasa tu dah start kerja..aku takpelah sebab cuti sekolah khennnn....so aku follow dia ke Ipoh...dia keja kat Ipoh...jadilah surirumah kejap kat Ipoh tu...kehkehkeh... lepas tu dia ada off sehari so kami decide nak pegi Cameron Highland. Cuti aku pun dah nak habis dah kan masa tu.
Copthorne Hotel :P
Sampai je bilik hotel, memasing tak larat dah nak keluar gi makan, so order hantar ke bilik.
Tengok orang tu, tak sabar dah nak makan...hahahaha.. (padahal aku yang lapo giler mase nihhh)
Ni pagi keesokannya..tak nampak dah bangunan..kabus..
Bharat Tea
Kesian takde orang snapkan..so snap sendirik jeee..jadiklah kann dari takde langsung...hehe
Okaylahhh sampai sini saje..nanti sambung lagi kehhh.
Babaii Wassalam.