Sunday, June 16, 2013

Trip to Korea: Day 1 - Arrivals + Incheon + Itaewon + Namsan Tower


Sabtu, 23 Mac 2013.

Punyalah lama baru nak update entry jejalan kat Korea. Hehehe. Gambar banyak sangat, pastu malas giler nak kecikkan sizenye satu persatu.. tetiba harini terajin la pulak.. so layan~ Masa ni aku pergi dengan Kak Nony, bespren kakak ai si Pona tu. 

Kami bertolak hari tu, flight jam 1.00 am lebih rasanya. Sampai dalam jam 7.00 am (waktu Korea)..kalau kat Malaysia masa tu jam 6.00 am....entah betoi ke idak aku pun lupa sebab dah lama sangat kan peram dalam otak. Habis semua lupa...kahh.

Masa sampai berdebarnya bukan main. Jantung dubdabdubdab macam kena paksa nyanyi atas stage je pulak.. yelah pestaim pergi negara orang kan. Pulak tu negara yang ada running man! Hehe.. sampai je dekat airport Incheon tu, suhu dia -2 darjah celcius.. sejuk nak mamposs! Even masa ni musim bunga, tapi still awal lagi, so tempias musim sejuk tu still adaaaaa.



Bila nak keluar dari airport tu, jiran kak Nony, Lan datang jemput kami.. si Lan ni belajar kat Korea, amik engineering. Power power. Lega la kitorang kan sebab bukan tau jalan sangat.

Dalam train nak keluar dari Incheon Airport. 
Tengok bawah kerusi dia ada pemanas, so kerusi pun suam2 je kat bontot..xde la sejuk.

Hongik University atau nama lain dia Hongdae..
Kalau cari dalam peta memang tak jumpa.

Jangan ditanya kenapa aku pakai baju ilovelangkawi...kehkeh

Finally, sampai Itaewon! Datang sini dulu sebab kami dah book bilik kat sini :)

Kat Seoul ni, tak payah risau sesat sebab kat mana2 ada kaunter ni.
Just go and ask.


Itaewon~~~



Nak beli? 
Hehehe takyah pun takpe boleh pakai freee...tapi tunggu next entry.

Topi, stoking, shawl berlambak gila dia jual tepi jalan.. kat mana2 pun mesti ada jual..






80 000 won = 80 ringgit.. 
Kalau duit kita darab 3..dalam RM 240... ha? mammpuuu?
Takyah la kan...mahal beno :P


Lagi satu kat Korea ni yang aku perasan, banyak benar bukitnya, kejap naik bukit, kejap naik bukit, pastu pulak tangga dekat train jangan katalah.. dah la banyak, tinggi2 lak tu... patut la orang sana kurus mulus tulus je.... kulit pulak marvelous! Susah nak tengok yang ada jerawat. Kalau ada jerawat pun, dia cover dengan plaster. 

Fesyen pulak memang up to date lah kot. Memang bergaya even nak pergi kuliah je pun.. Dalam train sempat je make up. Bila dalam train, memasing maen henpon buat hal sendiri..nak kata ada orang bising2 gelak2 memang jaranglah.

Dalam train dia pulak memang ada tempat duduk khas untuk orang-orang tua/ tak berupaya.. even train tu penuh macam sardin, takkan ada orang duduk kat tempat tu. Berdiri je la lama2 memang takdak sapa langgar peraturan.. bagus betul budaya diorang yang ni.. Okay dah menyimpang pulak kan cerita..now sambung balik proses nak cari bilik yang kami book tu...

Lan tanya direction kat ahjussi ni..

Sambil cari bilik tu lagi, kita snap je apa2 yang patut..




Kak Nony yang hepi~

Aku pon hepi~~ Kehkehkeh



Okay..cari punya cari... jumpa jugak rumah tu..thanks to ahjussi ni sebab tolong carikkan... Kalau ada sapa2 nak travel ke Korea, boleh la book bilik kat sini. INES INN(Malaysian Guest House)Cuma kalau travel bawak orang-orang tua agak tak sesuai nak stay sini sebab bukitnya tinggi, aku yang muda remaja ni pun semputtttttt!

Now layan gambar dalam rumah pulak~ Sila sila.

Pintu hanya guna password sajee..kunci2 takde deerr.

Dapur untuk masak2..kami tak guna pun.. masak air je buat megi...haha


Lampu ada sensor..


Yang penting, wifi freee! Laju pulak tu. 
Malam first tu kami tak jumpa password nya..rupanya dia letak kat meja ni haa...
Mana nak perasan.

Tv. Tengok citer Korea tapi takde subtitle..layan ajeeeeeee




Ada mesin basuh tapi takdan nak basuh pun...hahahaa tapi sebenarnya malas!





Sila beli travel adapter before datang sini ye.. kami terlupa bawak, so kena beli kat sana.. 
Murah je dalam 5 000 won = 5 ringgit duit Korea.

Lepas kami dah unpacking barang-barang semua, mandi2 and salin baju..kami pun keluar nak gi cari makan.. sebab lepas ni nak gi Namsan Tower! 


Itaewon ni okay untuk orang Islam stay sebab banyak makanan halal kat sini.. Senang nak cari makanan halal, kebab memang selalu la kami beli. Tapi bukan yang ni, ada lagi satu kedai kebab tu sedap gila! Siap owner dia boleh cakap bahasa Melayu. "Nak pedas, taknak pedas?" Hahaha.


Lan dia dah lama kat Korea so dia tau dah mana kedai-kedai yang halal..
Contohnya kedai kat atas ni. Dijamin halal.

Okay, kalau faham sila order! Hahahahahahaha

So kami order guna gambar aje lah...dasarrrr...

Muka laparrrr...

Ni lah Lan!

Kimchi. Rupanya kimchi ni berjenis2 adaaaa... 
Contoh lagi satu kimchi yang selalu ada dalam cerita Korea tu gambarnya bawah gambar ni...

Hehehe. Nampak sedap tak? Tapi tak masuk tekak Melayu ai laaaa...

Dim Sum


Kami order bulgogi! Dia macam sup daging pastu banyak2 sayur dalam tu.

Sedap jugak boleh tahan.. nasi dia pulak macam sticky.. macam pulut. 
Sebab tu cepat kenyang, tapi sebab kat sana sejuk, jap lagi cepat lapar balik.

Kalau terus naik tangga ni, belok kiri, pastu belok kanan, naik bukit, akan jumpa Seoul Mosque.. 
Yang tu dalam entry lain aku cerita hokayh.

Okay, now naik bas dari Itaewon nak pegi Namsan Tower! 
Dah pegi Seoul kan, rugi pulak kalau tak melawat menara dia.

Tadaaaaa~~~ Betul-betul atas bukit. See? Bukit lagi.









Anjing pun sejuk tauu. Kena pakai baju. Hahaha merelip merelip.

Banyak tak manusia? 
Ada gak orang Malaysia yang lain masa ni.. almaklumlah cuti sekolahhhh kann.





Album cover.



Yang ni lah main reason aku nak pergi Namsan Tower ni!! 
Hehehehe.. Love Padlock!!!! 

Nomu nomu nomu chuaaaaaaa!!! Banyak betoi love wishes kat sini..



Yang ni bentuk pokok krismas.

Yang ni bentuk pagar pulak.




Tempat running man shooting episode ke berapa entah. Hehe.

Kami kanak-kanak ribena.

Masa ni dalam Namsan Tower tu, dia punya ground floor.

Teddy Bear Museum! Snap kat luar je, tak masuk pun...hehee

Souvenir..tapi kat sini mahal. 




Saki-baki salji.

Lagi salji. Dapat tengok sikit pun jadikkkklahhhhh.


Bandar Seoul! :)

Okay now nak turun, tak larat nak jalan kaki, maka kita naik kereta cable!




Namsan Tower view dari dalam kereta kabel. Byebye see u again!

Kucing tu kompem tak faham bahasa Melayu.

Unik. Lif/escalator dekat luar :)

Beli makanan ringan! Masa ni dah on d way balik Itaewon semulaa...

Bentuk jagung.

Intinya pun maybe jagung kot. Sedap!!

Sekali imbas baca macam kuih mukasurat kan? Singgah kedai ni beli roti untuk stok makanan..
 Sambil-sambil cari kedai yang ada jual travel adapter.. sekali jumpa dalam supermarket.


Itaewon night view!


Sejuk gila suhu waktu malam.. nampak muka relaks tapi sebenarnya menahan kesejukan.

Okay, sampai sini saja dulu, bersambung next entry ya? Hehehehe :)))





11 comments:

xila xotmy said...

wehhh jeles wehhh nak key padlock tu huhu

♥ p a a n i ♥ said...

alaa xboleh amik la..hehe kite yg kne beli n kuncikan kt situ...

~Ati_Hime~ said...

sedapnye nmpak makanan itu..mcm rupe bahulu..lapar bahulu la plak..hihi..tp kan cantik la tshirt i love langkawi tu..hihihi..

♥ p a a n i ♥ said...

kawan sy kata kat penang ada jual makanan tu...ehehe nti bole g beli kt sana.

Cik TeN10 said...

hahaha.. aku pegi awal seminggu je dr ko weh.. kalau ko g awal sket leh kita jumpa kt korea.. aku punya cerita sume dh ada dalam draft. aku dah siap taip time kt korea g konon2nya balik nt leh la boh gmbar then update blog kan.. tapi harammm.. hahaha dah lama mana dah.. kucing aku boleh mengandung 2 kali aku tak updtae2 lg pon.. kah3

ehh aku suka gila kot mknn kt sana.. yg kau makan tu cm sup daging kan. aku makan yg kuah pedas cm tomyam tu tp seafood la. mmg mantap ! kimchi aku tak suka.

hujanlebat said...

rilek je ko yek pakai cardigan n tshirt. aku yg tgk dah tahu tahap sejuk nyeeeee.

Husna said...

ponyyy..bila nk sambung entry korea nii??

...iSyA Purple* said...

waaahh.. bestnye dpt g korea. nampak sodap je kimchi tu.! hehe

Yousof Ngadi said...

Bahagianyaa kalau dapat makan angin kat tempat orang macam ni.. Setakat ni cuma mampu berangan je ;D

ct cucubi said...

seronok kalau jalan2 ade tourist guide yg kite kenal dan boleh percaya..

Girls Cakery said...

terbaik la paani.. puas tgk gmbaq.. besar dan clear.!! seyes puas. kembara ke korea. best

Labels

Abah (8) AgingBooth (1) AJL (1) Analogi (1) Anniversary (4) Article (1) Assignments (2) Baby (7) Baling (1) Banner (1) Bff (5) Birthday (13) Bolat (10) Car (1) Cartoon (9) Ceremony (7) Certain Somebody (2) Challenges (1) Cikgu (9) CNY (1) Contest (1) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (6) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (71) Edit Pic (3) Email Grab (8) Emaressem Perndunk (6) Emaressem Tepeng (1) Exam (7) Experiences (1) Facebook (2) Family (27) Father's Day (3) Feeling (10) Font (1) Formspring (1) Freebies (10) Fwens (17) Gaji (1) Grrr... (21) Gundah (5) hafiz af7 (1) Hahaha (18) Hani Mofa (2) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (13) Hari Raya Haji (2) Having Fun (8) Hello (1) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (5) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (2) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Kucing (1) Langkawi (1) Layout (2) Life (16) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Master (2) Matrix (4) Meor Muizzuddin (1) Meorsoleh (7) Mepek (41) Mimpi (2) Mother's Day (5) Movies (8) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My great day (1) My Youth (7) MyVi (1) Nenong (15) New Year (6) Novel (1) On the Road (1) Orders (1) Perihal Belog (3) Petua (1) PMR (1) Posting (1) Pregnancy (1) Print Screen (1) Ramadhan (4) Random (16) Resepi (2) Rumah (1) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (7) School (1) Science (3) Segmen (1) Sekolah (49) Seram (4) Sketches (2) SMKA Slim River (3) SPM (1) Spontaneous Thursday (5) Sports Day (1) Spring Trip (7) Stars (1) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (16) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (2) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) Umah Terbuka (1) Undi (1) UPSI (10) UPSR (1) Vacation (13) Vector Images (1) Video (4) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (20) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...