Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Monday, March 22, 2021

2 minggu

Assalammualaikum...

Lagi 2 minggu lagi dah kena pergi sekolah. Bayangkan dari bulan 11 tak jumpa langsung anak-anak murid aku ni... buat kelas online, manjang ghaib...lepas kena ceramah, baru kehadiran cantek... tapi aku salute betul murid yang selalu ada masa aku buat kelas online. Bagus sangat...kerja sekolah pun kemas, tulisan cantik. Nak semak jawapan pun hepi je tengok kerja kemas macam tu. 👍💗

Sekolah aku haritu kena PKPD. Sebabnya ada murid asrama yang positif covid..tak dapat dikesan dari mana dia dapat jangkitan tu. Bila sorang dah positif, mula berjangkit la kan sebab duduk dalam asrama. Bila buat swab test, ramai jugak murid yang positif dan dengan semua cikgu-cikgu, staf kantin, staf pembersihan, pak guard, mak guard semua kena buat swab test jugak. Takde la sakit sangat swab test tu...rasa pedih-pedih sikit macam air laut termasuk dalam hidung. Bergenang juge la air mata (otomatik okay, bukan sebab sedih). 

Merasa la pakai gelang pink duduk rumah kena kuarantin..walaupun hakikatnya aku takde ngajar murid-murid yang positif tu...tapi satu sekolah semua kena bergelang pink lepas swab.. redha je. Yang takutnya tunggu result swab test tu...risau jugak dan alhamdulillah result aku negatif. Bila dah potong gelang pink tu bahagianya rasa, rasa bebas macam burung yang berterbangan di langit. Mahal betul nilai kebebasan ni ye lepas dah merasa tak boleh keluar rumah... Hargailah kebebasan yang kita dapat hari ini. Huhuhu.

Dari swab test tu, ada dua cikgu yang positif..tapi alhamdulillah diorang pun dah sihat dan murid pun ramai yg dah sihat..murid-murid asrama tu lagi la banyak kali kena swab test.. Tabahnye korang. Alhamdulillah dah takde yang positif dan diorang boleh sambung ambil SPM lepas tu (dan dah habis dah papernye pun)..cumanya untuk paper yang diorang terlepas sebab tak boleh ambil masa PKPD tu, aku tak pasti bila boleh re-sit semula. 

Aku doakan semoga ahli keluarga aku, sanak saudara aku, dan semua orang yang membaca blog ni dijauhi dari penyakit Covid ni. 

P/s: Minggu depan cuti sekolah! Yezza! (Tapi tak boleh nak ke mana pun...stay home, stay safe ya!)

Bye!


Sunday, January 24, 2021

First day

 Assalammualaikum.

Aku nak cerita pengalaman aku di hari pertama persekolahan minggu lepas iaitu hari Rabu. Yang aku ni pun dari malam tu lagi duk tengok jadual hari Isnin. Tau esoknya tu Rabu tapi tu la mata ni tersilap tengok jadual hari Isnin. Jadi, bila sampai sekolah, aku duduk dekat bilik guru jela. Sebab ikut dalam jadual, Isnin pagi aku takde kelas. Aku baru nak bukak laptop nak buat RPT, sekali junior depan meja aku cakap; "Eh.. kak! Kelas kak ke sekarang?." Aku pun tanya la kenapa? Dia cakap; "Bos tulis dalam group official kelas tu takda cikgu." Bila dia cek jadual kelas tu, nama aku cikgunya! 

Aku pun cakap la; "Eh akak takde kelas la pagi ni. Dia tersilap tengok jadual ka?." Sekali baru aku teringat yang haritu hari Rabu. Menjerit aku dalam bilik guru tu. Hahahaha. Apa lagi bergegas la berjalan laju pergi makmal ambil buku kerja dan terus naik tingkat 3 ke kelas tu. Terserempak dengan bos on the way naik tangga tu. "Maap ye puan, saya tertengok jadual hari Isnin, lupa hari ini hari Rabu." (Aku sempat reply macam ni jugak dalam group official). Nasib baik boss tak marah hahaha. Femes kejap di hari pertama sekolah. Rupanya bukan aku sorang! Ada sorang ustaz ni pagi tu bergegas jalan laju-laju nak pergi kelas sebab dia ingatkan dah lambat. Bila sampai kelas dia, dia pelik tengok ada cikgu lain. Rupanya salah tengok hari dalam jadual daaaaaaaaaa.

Lepas tu, nak selesaikan hal murid pindah sekolah pulak. Murid tu kata Khamis dia nak datang sekolah pulangkan buku teks dan ambil file murid dia dan adik dia. Aku pun alang-alang nak cari file dia, aku cari sekalikan la file adik dia dekat bilik kaunselor. Bila cari, takde! Aku dah cuak ni. File tu kalau hilang, jenuh nak cari balik isi dalam dia. Kena print semula pajsk, segak bagai tu dan kena tandatangan bos! Aku pelik sebab aku sangat yakin tahun lepas aku memang hantar sekali file murid tu dengan file kawan-kawan dia. Yang takde file, aku siap gantikan guna file lama yang aku jumpa. Mustahil file dia hilang begitu je. Yang peliknya sebab file adik dia pun sekali takde!

Aku syak mungkin staff pejabat ambil. Sebab memang nak beri dekat murid tu kan, lepas dah dapat surat confirm pindah sekolah. Aku pun pergi pejabat pulak, jumpa staff tu dan tanya ada dak dia ambil file murid dari bilik kaunselor. Dia kata ada jugak beberapa file dekat dia, aku pun cek nama-nama empunya file tu, takde nama murid aku tu dan adik dia. Aku pergi dekat bilik guru, takut aku yang ter miss placed file tu. Aku kelebet satu-satu barang atas meja aku, rak-rak tepi meja aku tapi tak jumpa! Lepas tu, aku patah balik pergi bilik kaunselor, duduk situ, belek satu-satu file tu takut dia termasuk dalam file kawan-kawan yang lain. Memang takde!

Aku dah redha la kena buat lain file tu. Aku pun print la semula bagai semua tu. Lepas tu, jumpa bos minta autograf. Lepas dah selesai bahagian tu, aku masuk pejabat semula sebab nak cop nama bos dengan logo sekolah punya. Sekali masa nak cop tu, aku ternampak macam file murid dekat rak tepi sekali. Aku belek sekali betul anak murid dan adik dia tu punya! Ya Allah..dia punya lega tuuuuuuuuu. Alhamdulillah sangat. Biarlah aku penat takpa, janji file tu dijumpai. Staff pejabat pun tak sure sape yg letak situ tapi bukan aku la. Tak kisahlah janji jumpa. Memang mengah aku seharian berjalan ke sana ke mari. Duduk rumah tak exercise bagai kan. Memang lembik laaa. 

Okay la, jumpa lagi!

p/s: PKP ni boleh naik basikal keliling taman kan? 


Monday, January 18, 2021

Kelas online

Assalammualaikum...

Aku sebenarnya tengah duk risau ni memikirkan kelas online. Seperti yang kita sedia maklum, bukan semua murid ada smartphone atau laptop kan. Sebelum ni, kalau aku buat kelas online, kehadiran murid dalam separuh sahaja. Nak kata murid takde smartphone, aku dah add semua nombor murid dalam group kelas. Jadi, mungkin nombor yang diberi tu nombor parent, jadi bila parent kerja, murid tak dapat nak join kelas online. Lagi satu, mungkin takde wifi, murid hanya boleh online bila topup dan beli data sahaja dan data dibeli bukan setiap masa. Kalau habis, nak beli data baru mungkin lambat lagi. Kemungkinan yang lain, tidak cukup smartphone di rumah. Di mana murid terpaksa berkongsi dengan adik-beradik lain yang memerlukan juga kelas online. 

Tapi, ada jugak murid yang bangun lambat dan tak join kelas online. Untuk murid begini, kalau sekali mungkin dimaafkan..tapi kalau sekali sahaja kelas yang dia join, lepas daripada tu, takde dah kelas yang dia join dan kuiz yang diberi pun tak dibuat. Ko rase? Dan suatu hari baru dapat tau rupanya memang dia stay up sepanjang malam untuk main game online dan tido pun lewat. Bila tido lewat, bangun pun lewatlah! Tu pun aku dah buat kelas jam 2.30 pm, pun tak boleh jugak bangun sebelum 2.30 pm? Parent tak kejutkan ke? Dan sorang lagi ni, untuk main game sanggup duduk dekat tempat tunggu bas, katanya dekat situ line laju. Tapi, untuk kelas online? Tak sanggup nak duduk dekat situ pulak ye...

Ada beberapa je la murid yang macam ni...tapi kebanyakannya murid yang join kelas online ni selalunya memberikan kerjasama yang sangat baik. Sebab tu, aku rasa kelas online ni tak cukup. Sebab tak semua murid dapat join dan ko tak dapat nak paksa depa join pun. Semua bergantung dengan kesungguhan murid tu sendiri nak join atau tidak. Lainlah kalau tak dapat join dan ada alasan yang munasabah seperti contoh dekat perenggan 1. Jadi, kami memang akan beri soalan dan nota tambahan yang telah difotostat untuk murid ambil dekat sekolah dan nanti murid akan hantar lembaran kerja tu semula, semasa dia nak ambil soalan yang baru. Jawapan boleh dibincang dalam google meet/whatsapp dan sebagainya. 

Tapiiiiiiii..untuk tahun lepas kebetulan masa pkpb tu, silibus dah pun habis. Jadi, kami bincang soalan latih tubi je guna google meet. Untuk tahun ni, memang kena mengajar online macam mengajar dalam kelas tu sebab nak mula silibus baru. Yang aku risaukan ni....sebab kalau buat kelas online. Tak semua dapat join. Kehadiran haritu paling tinggi pun dalam 20/29 macam tu. Tak pernah kehadiran penuh...aku pun faham kadang diorang ada alasan yang munasabah kenapa tak join kelas. Tapi aku takmau la diorang ketinggalan...jadinya aku rasa memang kena buat video aku sendiri mengajar dan upload dekat utube. Supaya murid yang tak join kelas ni tadi, dapat tengok semula apa yang aku ajar, dan murid yang dah join kelas pun dapat ulang-ulang tengok banyak kali cikgu diorang yang cantik ni. Tapi google meet tetap buat jugak walaupun dah ada video mengajar. Lagi satu, boleh ka kita save google meet yang kita tengah ngajar tu? How? Haaaaa...kena google nih camna.

Tapiiiiiiiiii (berapa banyak tapi daaaaaaa)....aku malu kalau orang lain jumpa video aku ngajar dekat utube. Ada cara tak supaya video tu dapat diakses oleh student aku je? Yang ada link je boleh tengok. Yang orang lain kalau dia search dekat utube tu, tak jumpa video aku? Sape tau caranya camna? Serius nak belajar ni macam mana nak limit kan view video tersebut.... Tadi dah bincang masalah ni dengan Meorsoleh. Harap jumpa la jalan penyelesaiannyaaaa.....hehehe video ngajar aku hanya untuk student aku jer. Bukan kedekut tapi aku aluuuuuuu(gaya Amni cakap maluuuu).


Byebye!

Doakan aku jumpa jalan penyelesaian ya!💕


Sunday, January 12, 2020

Sekolah kami best, jangan jeles hahaha


Alkisahnya haritu aku terharu sangat sebab ada parent whatsapp aku cakap terima kasih sebab ajar anak dia. Anak murid aku tu dapat 9A PT3. Hebat tak dia? 😀

Tak pernah la seumur hidup aku rasa dihargai macam nih. Whatsapp macam tu je boleh buat aku seorang cikgu biasa ni rasa sedih plus gembira sepanjang hari...  😭😂






Anak murid aku tu sahsiah dia sangatlah A okay. Sopan santun. Bukan dengan cikgu je dia hormat, dengan kawan-kawan pun dia hormat. Baik budi pekerti sungguh budaknya. Dah la bijok. Memang layak la dapat 9A...sebab semua cikgu-cikgu suka dia. Baru ni aku dapat tahu dia dah tukar sekolah masuk ke sekolah aku dan Meorsoleh dulu....hahaha... Maresmart 😆
Best sekolah tu...sejuk je cuaca sepanjang hari. Pemandangan pun lawo 👍

Cikgu doakan W*** supaya boleh berdikari duduk di asrama dan semoga sentiasa cemerlang di dunia dan di akhirat. Semoga tercapai segala cita-cita awak...jangan lupa doakan mak ayah dan cikgu -cikgu selalu...💓






Saturday, April 2, 2016

Dua-dua belah pihak


Banyak kes pasal sekolah yang dah jadi viral sekarang. Takut pulak aku baca. Tapi tu lah kalau something terjadi, siasatlah kedua-dua belah pihak.. Tak boleh baca kisah sebelah pihak je terus kita sokong. Sebab diorang takkan cerita kesalahan diorang punya. Mesti akan cerita salah orang lain. So bahaya untuk kita percaya 100% dengan apa yang kita baca tanpa usul periksa, takut membawa kepada fitnah...huhuhuhu

Dulu arwah abah aku pernah cerita, masa dia buat kelas tambahan untuk satu kelas (sekolah rendah)..ada sorang pelajar lelaki ni, kita namakan dia Ali (bukan nama sebenar), tak nak duduk diam. Kerusi yang dia duduk tu dari 4 kaki, dia sengetkan jadi 2 kaki je tampung. Abah aku tegur la dia kata duduk elok-elok jangan sengetkan kerusi tu takut jatuh. Tapi dia buat derkkkk je, last-last betul terjatuh dan ada la tergores sikitttt.. Abah aku terus suruh dia balik, geram sebab tak dengar cakap. Dalam 10 minit macam tu, Ali tu datang dengan bapak dia. Bapak dia terus sound abah aku. Dia kata "Kenapa cikgu pukul anak saya?". Abah aku terkejut lah bila masa pulak dia pukul si Ali nih. Bapak Ali tu tak percaya abah aku dan mati-mati memang dia ingat abah aku yang pukul anak dia sebab Ali yang cakap macam tu. Lepas tu, abah aku suruh bapak Ali tanya dekat satu kelas sebab diorang saksi kejadian kan. Lepas kebenaran dah terbongkar, terbukti abah aku tak bersalah, Ali yang salah sebab tak dengar cakap. Terus je bapak dia blah begitu saje. Tau pun malu. 

Sepanjang 3 tahun lebih aku keje ni..dah bermacam-macam kes aku pernah dengar...tapi tu lah, jangan mudah melatah. Siasat dulu gunakan akal bukannya gunakan emosi. 





Sunday, April 19, 2015

Maskot rumah sukan kuning


Khamis lepas sekolah aku buat sukantara. Aku kalau bab-bab sukan ni tak berapa nak faham. Saringan ke hape ke, bagi cikgu lain yang tolong handle kan. Tapi kalau bab pembarisan ni aku paling suka :D

Alhamdulillah tahun ni dapat juara lagi untuk pembarisan. Seronok la budak-budak rumah sukan kuning dapat la hamper lagi. Acara sukan yang lain banyak kalah. Takde rezeki. Jadiklah dapat menang pembarisan. Yang acara balapan dan padang tu kami dapat no. 1, tapi no. 1 dari belakang la..wakakaka. Tahun depan cuba lagi ye anak-anak.

Maskot tahun ni bertemakan burung. Mula-mula nak buat maskot harimau, cancel harimau buat pulak burung nuri..kekonon nak bertemakan nama rumah sukan la... sebab sekolah ni rumah kuning, nama dia rumah nuri... nak buat burung nuri terjadik burung lain pulak...tapi takpelah asalkan nampak la rupe burungnya. 

Meorsoleh la yang tolong buatkan dasar, tolong jahit tepi, tolong ukur panjang bulu-bulu tu satu persatu. Thank youuu! Kami guna kain jenis 'felt'...dekat kedai jahit pun ada jual, tapi yang ni aku beli kat Daiso Aeon Taiping. Beli banyak-banyak dan macam-macam kaler.

Pembantu makmal sekolah aku pun sokong rumah kuning tau, siap tolong jahitkan. Lepas kitorang dah penat, suruh budak-budak ni tolong sambung jahit..mekasih korang!:)

Jadilah maskot burung yang ber-rambut warna-warni. Hehehe

Pandangan belakang. Budak-budak ni duk tanya, "Cikgu, kepak ni nampak macam pelapik kaki tu kan?"....Cisssssss.....

Princess-princess yang pegang bunga manggar dan sepanduk

Pemegang bendera rumah kuning

Cikgu-cikgi nak bergambo dengan maskot jugak ye dok? Yang baju kelabu tu pemegang bendera rumah sukan juge.

Rumah rajawali (hijau) bertemakan flora. Maskot dia special sikit ada basikal.

Rumah helang (merah) bertemakan naga. Kreatif jugak sebab cikgu rumah sukan merah ni cikgu seni.

Ni rumah sukan nuri (kuning), saye punye rumah sukan lah. Hikhikhik. Maskotnye tak nampok pulak.

Rumah sukan enggang (biru) bertemakan Captain America! Lawa jugak hasil diorang ni sebab semua diorang buat sendiri..dah boleh diharap dah nih.

Yang tengah tu Mr. Jonah.. ETA untuk sekolah kami.. beliau ni lah yang cakap begedil aku buat tu sedap (sila rujuk entry yang lepas-lepas).. ngehngehngeh

Smart lah rumah nuri...tahniah untuk semua.

Maskot dalam cubaan nak terbang tapi tak boleh-boleh jugak terbangnya. Wakakaka.

Okay, bye!




Friday, February 21, 2014

Cikgu Ella


Alkisahnya ada sekumpulan student tingkatan 1 duk panggil aku cikgu Ella. Aku tak ngajar pun kelas diorang, entah mane dapat tau nama aku cikgu Ella entahhhh. Pastu bila ada program matematik tingkatan 1, masa aku tolong jaga sekali, baru diorang perasan nama aku bukan Ella.

"Eh nama cikgu bukan Ella la kenapa eh?"

Pulak dah mana aku tau mane korang dapat nama Ella tuuuuuu. Hahaha.
Tapi sekarang even dah tau nama sebenar aku, still depa duk panggil cikgu Ella.
Cikgu Ella pun cikgu Ella laa janji korang bahagia sudahhhhhhhhh.


Tuesday, February 26, 2013

Salah takpe, yang penting confident.


Alkisah tadi aku bersembang-sembang dengan student pasal filem.. sekali tersebut nama Arnold.. aku pun cakap la aku minat dia dalam cerita robot-robot tu..tapi aku lupa tajuk dia. Then sorang student ni dengan confident level tahap maksima punya tinggi kata;

"Saya tau! Saya tau! Cerita tuuu..robot dari masa depan tuuuu.. tajuk dia termometer kan?"

Kahhkahkahkahakahakahhhkakaakkaahhhkahhakhahkhkakahhhhhh

Satu kelas gelakkan beliau.
Terminator hokayyy...terminator.

Apa-apa je lah dik oiiii..janji kau bahagia.
Termometer pun termometer lahhhh.




Saturday, February 2, 2013

Mencurii


Student kelas aku haritu mengadu.. diorang kata banyak buku teks dengan alat tulis hilang.. al-kisahnya bila diorang kena pegi makmal/kantin/pjk, beg semua kena tinggal dalam kelas.. bila tinggal dalam kelas, ada la hantu-hantu kelas lain (or kelas tu jugak tak tau la kan), mengorek-ngorek beg kawan-kawan ni haaa... amik buku teks, kotak pensil habis kena selongkar memang kosonggg.. takde alat tulis langsung. Ada yang hilang terus kotak pensil tuu.. hamboiiii... kemain kau mencuri kan..

Haritu ade jugak aku buat sportcheck untuk kelas aku tu.. aku suruh diorang letak semua buku teks atas meja, pastu aku check tiap2 orang punya no. kat buku tu sama tak dalam borangg... sekali semua betul2 buku diorang.. jadi sekarang, taktau la sape yang amik... kelas lain la kot? (pepandai tuduh kelas lain).

Tapi sebenarnye aku tak faham diorang ni tak takut ke mencuri eh? Even mencuri buku tu memang untuk belajar ke, still tak berkat sebab buku curi kannn.. Buat latihan pulak guna pen/pensil yang dicuri tu pun tak berkat jugak.. takkan diorang tak tau? Aku mase kat sekolah dulu kalau terambil alat tulis kawan, pastu pulak tak dapat dikenalpasti sape punya, memang aku tinggalkan je samada atas meja guru kat depan kelas tu, or letak je dalam library wakafkan...hahahaa.. daripada aku amik, tak berkat, baik aku tinggalkan ye dok.

Dulu masa aku form 1, aku memang minat giler2 dengan group Westlife nih.. memang minat giler la sampai sanggup print gambar diorang kecik2 letak dalam beg duit. Pastu pulak ade kezen aku ni baik hati bagi  pelekat Westlife sekeping kat aku. Memang aku simpan je dalam beg duit tu, tak lekat pun, sayang punya pasal.. sekali ada member aku minat jugak dengan Westlife ni, dia pun mintak nak tengok beg duit aku tu... Lepas tu, aku biar je la dia belek-belek.. aku pun sambung bersembang dengan kawan yang lain.. lepas tu, member aku tu pulangkan beg duit aku tu... aku pun macam tergerak hati nak check gambar Westlife tu, sekali yang pelekat kezen aku bagi tu takde! Aku macam terus la syak member aku tu amik kann... aku serkap jarang je, terus aku cakap kat dia; 


Aku: "Wehh.. hang amik aku punya pelekat ker?"

Dia: "Eh.. mana ada, cakap baik-baik sikit.."

Aku: "Elehh..aku nampak hang amik tadi." (Masa ni aku teka jee..nak test dia cuak ke tak, sekali betul kauuu.. dia kuarkan pelekat tu dari dalam poket dia, dem yu!).

Dia: "Nah..amikk! (dia pulangkan balik) Eii..macam lah aku teringin sangat."


Bodo tak? Tak teringin konon.. dah kau terang-terang curi pelekat tu, tak teringin hapenye?.. bilaa dah kantoiii mencurii, cakap tak teringin pulak nak amik.. nak cover malu la tuuu... Puuiiiii. Sejak dari tu, memang aku hati-hati dengan dia..takut dia curi barang-barang yang lain pulak..Hahaha tapi tu mase form 1, sekarang dia pun dah insaf kotttttt.










Thursday, January 31, 2013

Handal



Aku nak cerita something nii... tadi masa kat sekolah..tiba-tiba cikgu AAA cakap dekat aku;


"Haaaa... Farhani, saye baru tau awak handal main bola jaring."

Aku macam erkkk apekah? Bila masa aku handal bola jaring nihhhhhh.
Bola jaring tu pun lama dah tak pegang. Aku pun tanya balik;

"Ehh.. kak AAA, handal? sape cakap?"

"Adalahh.. akak pun dengar citer orang, nanti tanya kat kak BBB eh."

"Okk.." *masih lagi konfius*



Lepas tu, terjumpa dengan cikgu CCC, dia pun cakap menda yang sama;

"Eh.. Farhani.. awak nanti ganti akak la eh jadi cikgu penasihat bola jaring."

"Eh..nape pulak kak?"

"Takdee, tadi cikgu BBB citer kat akak, ada sorang cikgu ni cakap awak handal dalam bola jaring."



Aku punn haaaa sudahhh.. serius tak faham ape yang sedang berlaku ni?
Aku pun tanya;

"Eh kak CCC, boleh tak citer kat saye ape mende yang handal-handal ni? Tadi kak AAA cakap pun sy tak faham..."

"Takde...semalam kak BBB pergi meeting untuk bola jaring... dia cakap masa meeting tu, dia cakap la kat semua, sekolah kita takde jurulatih untuk bola jaring.."

"Lepas tu?"

"Lepas tu, tiba-tiba ketua bola jaring tu cakap 'ehh...sekolah ni ada orang yang boleh jadi jurulatih.. cikgu baru tu, nama Farhani.. dia anak murid saya dulu'...kalau nak tau citer panjang kamu kena tanya cikgu BBB lah.."

"Ooohhh ni mesti cikgu DDD ni...memang dia dulu ajar saye bola jaring... okay okayy..nanti saye cari dier".



Lepas tu, masa on d way nak pergi kelas relief, aku terserempak dengan cikgu BBB, haaaaa.. memang aku tercari-cari cikgu BBB ni dari tadi..elok lah bertembung.. cikgu BBB pun cerita pasal cikgu aku tu;

"Betul Farhani, dia mention nama kamu...dia cakap kamu wakil sekolah.. pemain terhandal."

Okkk masa ni aku gelak giler aku cakap la mane ade handal.. main sikit2 tu boleh la.. kalau sekarang lagi la semputt..lemak sane sini. Pastu kak BBB tu tanye aku;

"Bila last kamu main bola jaring?"

Dengan tahan gelaknye aku jawab;

"Darjah 6."












Sunday, January 6, 2013

Transferred.


Disebabkan ramai kawan-kawan yang 'concern' nak tau kenapa aku kena transfer ke sekolah lain meh sini teman nak kabo. For your information, sekolah lama aku tu ada student berbilang bangsa, Melayu, Cina, India dan jugak Asli pun ada. And then, dekat kawasan tempat tinggal pelajar Asli ni, dah dibina sekolah menengah baru.. so for sure lah, diorang mesti la kena pegi sekolah yang dekat dengan rumah kan?

Bila sekolah lama aku ni dah tak amik pelajar Asli tingkatan 1 (sebab diorang attend sekolah yang baru buat tu), maka, jadilah lebihan guru. Pengetua aku pulak cakap, bilangan guru kena seiring dengan bilangan kelas yang dibukak, tak kira la mane2 sekolah pun sama je konsepnya. Bila student tingkatan 1 berkurang, kelas pun off cozlah berkurang, so cikgu kenalah 'dikurangkan'...atau erti kata lain ditukarkan ke sekolah-sekolah lain yang kosong...so aku antara golongan cikgu-cikgu yang bertuah ituuu...kehkehkeh..

Pulak tu bila aku dah masuk sekolah baru ni, memang aku ganti tempat cikgu Sains yang kosong..haaa memang kenalah sebab aku memang ngajor Sains..rezeki akuuu....yang bestnye aku ade jugak kena ajar Seni tingkatan 3! Hahahahhaa..dah lame aku nantikan saat iniiiii!!! Yeeeeeeeeeeeeehaaaaaa.

Itulah sebenarnye kronologi cerita tuu.. aku tak kesah pun kena tukar sebab aku dah mula suka sekolah baru aku nih! Hehehe :D I will do my best! Ganbateeee!!



Byeeeeeeeeeeeee :D




Wednesday, October 31, 2012

Cikgu Farhani comel?


Sapa yang ada follow kat twitter mesti tau siang tadi aku mengamuk kan?
Sebabnya tak dapek cuti untuk sabtu ni.
Sabtu ni kenduri kat rumah, kakak aku kawen.
Lepas tu pulak baru tau sabtu ni ada sekolah ganti ye rakan-rakan.
Malangnya kuota untuk cuti pada hari tersebut dah penuh.
Aku pun xdapat lah cuti.
Maka, merempan dekat twitter.
Geram.

Jaga student exam tadi pun mata aku bergenang je
sebab tahan geram tak dapat apply cuti.
Salah aku jugak kot apply lambat, tapi dah aku baru tau ada sekolah ganti sabtu ni.
Kalau tau dari awal,
aku mula-mula posting bulan 5 dulu baik aku terus apply cuti 3 November ni.
Serius.

Tapi tadi tengah takda mood, plus bengang,
aku pun sembang-sembang dengan kawan sekerja aku.
Dia cerita ada satu student ni tulis karangan mention nama aku.

Kat kelas tu dia ajar BM, aku lak ajar Sains.
Student tu patutnya buat karangan tajuk "Kepentingan kelas tambahan."
Tapi dia tersalah karang sebab dia cerita pasal semua cikgu yang masuk kelas dia haritu termasuk aku.

Tak dapat markah isi lah sebab takda isi pun. Ades.
Tapi aku hepi gilaaaa bila baca karangan tu.
Hilang stress heheheheheheheheheeeeee

Nah aku snap pic untuk tatapan kalian semua. :P


Sila klik untuk tumbesaran.
coma = comel


Student ni lah orang pertama yang cakap aku ada lesung pipit.
Terima kaseyyyy harap-harap jadi kenyataan.
Wakaka.



Tuesday, October 30, 2012

Baru


Entry ni sebenarnya aku nak update dua minggu lepas.
Tapi biasalah, malas.
Dah upload dah gambar-gambar, tunggu nak taip je, tu pun malas.
Hehehehe.

Dua minggu lepas punya cerita ni, aku kena pergi Tanjung Malim,
hantar bebudak sekolah lawan bola jaring kat Proton City.
Eksaited lah aku kan, lama tak jejak Tanjung Malim tuuuuu.
Last masa konvo haritu kot (?)

Lagi-lagi-lagi pulakk junior2 aku duk cakap kampus baru cantekk.
Diorang siap sempat konvo kat kampus baru tu, jeles gila!
Memang tak sabar la nak tengok kan.
Sampai je Tanjung Malim, bila bebudak dah settle masuk rumah sewa rehat2,
aku gi keluar dengan mak n kakak aku.
First sekali haruslahhh meronda-ronda kampus baruuuuu..
Tak banyak pun snap gambar sebab tak berhenti sangat,
tengok dari dalam kereta je.

Now, sila lah layan gambar.

Masjid



Asrama cantikk warna warniii woot woot










Ada pintu gerbang hokayyyyyyyhh.
Ternganga aku.

Dan selepas ituuuu, tibalah masa untuk makan tengahari.
Kakak aku bawak gi satu port ni memang baekkk punya.
Masa aku study kat Upsi dulu, port ni tak bukak lagi.
Sedap dan boleh tahan la harga.
Mak belanje.
Huehue.

Cantik kan? Kedai makan dia serupa pondok.
Ada satu pondok tu dia bina atas pokok.
Kreatif!

Dan esoknyeeeee,
aku pergi Kompleks Sukan Proton City.
Untuk tournament bola jaring tu lah.
Tapi, sedihnya kitorang kalah. Hahaha.
So, dalam tengahari tu dah boleh balik.





On d way balik Gerik, singgah minum2 kat Tasik Raban, Lenggong.
Cantek tak? :)

Okay, itu aje.

Babai.





Sunday, October 14, 2012

Mrsm Pendang 2001




Mrsm Pendang yang sentiasa dirindui.
Cantik tak pemandangan sekeliling mrsm ni?
Sejuk je mata memandang.

Boleh bayangkan tak, dulu masa sekolah kat sini,
setiap Jumaat pagi je, mesti ada larian pagi.
Mengelilingi mrsm ni la. Memang semput habis.
Aku memang antara golongan yang lari 3 minit terawal je.
Balancenyer aku jalan. Sory lah kalau aku nak lari sampai penamat.
Penamat dia mestilah ke dewan selera.

Yang kawan-kawan aku ni beriya lari dari mula sampai habis keliling ni.
Motifnya nak sarapan awal dari orang lain taknak beratur panjang-panjang.
So untuk orang yang memang liat nak berlari macam aku ni,
memang redho je tengok mereka dan mereka berlari.
Sorang-sorang potong aku, sampai takde orang dah belakang aku.
Kira paling last la. Tapi ade aku kesah?

Peduliklah kalau sampai dewan selera tu dah ramai beratur,
aku balik la bilik masak air, bancuh milo dengan buat megi. Hahaha.

Larian pagi ni pulak, bila dengar je siren pukul 7 am, boleh sakit jantung tau.
Kalau pagi tu memang bangun awal, dalam 6 am or 6.30 am boleh lah get ready pakai baju sukan semua.
Kalau yang betul2 terbangun sebab bunyi siren tu macam mana?
Memang haru sebab aku pun penah. Haha.

Sebab kalau dah bunyi siren still belum berkumpul untuk larian pagi ni,
memang kena la kau lepas tu.
Sama ada kau kena denda atau kau kena denda.
See?
Kompem kena denda. Takde dah pilihan lain.

Tapi penah jugak aku dengan Bolat,
plan nak memonteng larian pagi ni.
Gila bosan setiap Jumaat pagi nak kena lari.
So kitorang plan nak nyorok dalam bilik.
First time nak buat jahat ni memang berdebor habis lah.

Haru aku fikir nak nyorok mana.
Bolat takpelah dia nyorok dalam locker, dia muat.
Locker aku ni penuh, tak muat.
(Alaaa mengaku je la kau tu besar, tak muat)

Warden pulak memang check tiap2 bilik masa student semua berkumpul lepas siren tu.
Tengah aku duk mundar mandir dalam bilik tu fikir nak nyorok kat mana,
Kreeekkkk.. 
Ade warden bukak pintu bilik aku.
Terkejutnya ya rabbiiii tak dapat nak digambarkan.
Dan warden tu pulak boleh tak perasan aku ade belakang pintu.
Memang la dia tak perasan sebab dia bukak je pintu tu,
tak masuk pun dalam.
Maka selamat lah aku dan Bolat.

Tak suke pon larian Jumaat pagi tu, still aku rindu gilaaaaaa kat sekolah ni.
Hope one day, aku dapat melawat mrsm ni dengan kawan-kawan aku :)



Monday, October 1, 2012

Gigi Kapak


Aku rasa aku tak pernah reveal lagi story ni.. Meh sini aku nak story meh.
Let me take you back 18 years ago. Masa tu aku umur 6 tahun.
Dah takpe aku siap kirakan. Pegi simpan balik kalkulator tu.
Ermm #lawakhambar.

Masa tu dekat tadika aku ada satu majlis.
Sumpah aku tak ingat majlis apa.
Yang aku tau, ade sorang penceramah dengan mak bapak kami pun hadir jugak.
Lepas penceramah tu habis ceramah, ada la pulak sesi kuiz.
Sapa dapat jawab, dapat hadiah.

Aku kompem-kompem lah tak dapat jawab.
Nk tulis nombor sepuluh pun tak lepas-lepas. An-an-an.
Lepas tu, budak-budak lain dapat lah hadiah.
Aku yang tak dapat jawab ni duduk nganga je la bawah pentas.

Tapi balance hadiah tu ada banyak lagi, cukup-cukup untuk kitorang yang tertewas ni.
Aku syak cikgu aku dulu memang saje sediakan hadiah cukup-cukup even tak semua boleh jawab pon. Kang balik nanges bawah katil haru kang.

So tiba-tiba penceramah tu cakap;
"Okay..soalan kuiz dah habis, tapi hadiah masih ada lagi.. saya akan panggil sorang-sorang yang belum dapat hadiah naik pentas ok"

Then dia sambung;
"Siapa yang takdak gigi kapak kat depan, naik pentas!"

Aku pon macam errr adekah itu aku?
Sebab memang gigi aku rongak plus dah tak nampak dah kat depan tu. Hahaha.
Aku macam was-was lah kan, kalo pegi naik pentas, kang kalo bukan kau, malu je.
Kalo betul-betul pegi naik pentas tu, kantoi lak satu dewan tau kang gigi kau 'cantik'.

Oh my.
Tetiba ayah aku cakap; "Pegi jeee lahhh."

Aku pon pegi naik pentas tu, sekali betul aku yang penceramah tu maksudkan.
Cisss!
Tapi takpe.
Dapat buku cerita angkasawan!

Kau ada?







:)))



Saturday, September 8, 2012

Hai kawan-kawan.


Minggu yang sangat busy, sangat packed, dan sangat stress. 
Ade ke keje kat dunia ni yang tak stress? Semua keje ade stressnye ye dok? 
Tapi minggu ni memang errr tak tau nak cakap. 

Aku ni pulak ade tebiat kalau time busy time tu la rasa nak update blog la, 
nak tengok movie la, nak layan running man la, nak buat tu, buat ni. 
Padahal masa waktu lapang tak nak pulak buat semua tu kan? 
Dasarrrrrrrrr..

Esok pulak ada l.a.d.a.p kat sekolah..
ataupun maksud dia latihan dalam perkhidmatan.
Maka, esoknye kena bangun awal! Har har har..
Jangan aku ingat esok sekolah petang sudahhh...
(mentang-mentanglah i cikgu sesi petang)

And sebelum aku habiskan entry ni.. aku harap sape2 yang singgah kat blog ni, 
boleh tak luangkan masa kejap untuk baca link ni? Klik sini.
Blog En. Kadri yang cerita mengenai pensyarah aku masa di Upsi dulu, 
En. Poji yang eksiden sehari sebelum raya puasa.
Aku tau berita ni masa malam raya haritu lah, itupun by twitter :(
Dan siapa-siapa yang bermurah hati boleh la hulurkan sumbangan.
Semua maklumat ada dalam blog En. Kadri. :)


Bergambar dengan En. Poji (pegang blazer) 
lepas habis final exam untuk final sem di Upsi tahun 2010.
*credit to Saila

p/s: Semoga En. Poji tabah, kuat semangat, dan cepat sembuh seperti sediakala. 
Kami anak murid encik sentiasa doakan kesihatan encik. Aminnn..




Tuesday, July 31, 2012

Gaji






Kemungkinan?
T____________________T





Wednesday, July 18, 2012

Luahan Perasaan


Lagi 5 hari je nak genap dua bulan aku mengajar! 
Masa berlalu dengan pantas! 
Nanti lepas ni pejam celik, pejam celik, "eh dah setahun dah ngajar."
Hahahaha.

Seronok jugak rupanya mengajar sesi petang ni.
Aku tak terkejar-kejar. Relaks je. Plus boleh bangun lambat sikit.
Kemain nak bangun lambat ye. Cikgu ape ni? *tumbuk perut sendiri*

Cikgu-cikgu kat sini semuanya baik-baik pulak tu.
Dan kebanyakannya dah tau aku anak sapa.
Mula-mula rasa best sebab abah femes. Eh.
Tapi lately rasa tak best pulak.
Sebabnya mereka, mereka dan mereka mungkin 
akan compare kerja saye dengan kerja arwah abah saye.
(Tiba-tiba guna saye).

Abah dulu memang jenis yang sangat fokus dengan kerja. 
Rajin, berdedikasi, pandai berucap spontan, semualah.
Ini bukan sengaja nak puji abah sendiri, dah kenyataan aku taip je la. Hahahaha
Tapi anak dia ni pulak jenis lurus, buat kerja last minute, main-main, plus pelupa.

Maka, aku risau kalau-kalau sekali aku terbuat silap, 
mereka, mereka dan mereka akan start compare-kan kami.
Plish jangan comparekan saye dengan abah saye.
Abah saye banyak sikap positif berbanding dengan saye.
Sampai bila-bila saye tak boleh setanding dengan abah.
He's the best teacher ever!!!


^_________^



Friday, June 29, 2012

Labels

Abah (6) AgingBooth (1) Analogi (1) Anniversary (4) Assignments (1) Baby (4) Banner (1) Bff (4) Birthday (12) Bolat (6) Cartoon (6) Ceremony (4) Certain Somebody (2) Cikgu (7) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (4) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (69) Edit Pic (2) Email Grab (4) Emaressem Perndunk (6) Exam (3) Experiences (1) Facebook (1) Family (25) Father's Day (3) Feeling (2) Font (1) Freebies (10) Fwens (10) Gaji (1) Grrr... (9) Gundah (1) Hahaha (11) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (10) Hari Raya Haji (2) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (2) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (1) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Langkawi (1) Life (11) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Matrix (3) Meor Muizzuddin (2) Meorsoleh (6) Mepek (10) Mother's Day (4) Movies (6) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My Youth (3) MyVi (1) New Year (4) Novel (1) On the Road (1) Perihal Belog (1) Posting (1) Pregnancy (1) Ramadhan (1) Random (7) Resepi (4) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (4) Science (2) Sekolah (34) Seram (1) Sketches (2) SPM (1) Spontaneous Thursday (4) Sports Day (1) Spring Trip (7) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (1) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (1) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) UPSI (7) Vacation (13) Vector Images (1) Video (1) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (19) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...