Tuesday, September 3, 2013

Trip to Korea: Day 2 - Chandeok Palace + Gyeongbokgung Palace + Sejong + Cheongyecheon Stream + Insadong


Ahad, 24 Mac 2013.

Hari ni plan aku dengan kak nony adelah untuk pergi ke Chandeok Palace dengan Gyeongbokgung Palace. Ni semua pengaruh cerita rooftop prince la nih....hehe 

Pagi-pagi tu kami keluar dalam jam 10.00 pagi jugak la dengan Lan untuk gi situ. Suhu pagi tu dalam 0 darjah celcius kalau tak silap aku lahhh. Aku pun lupa jugak..otak berkarat baru nak update blog inilah padahnya.



Dalam perjalanan, sempat lagi beli ni 'sugar-filled traditional flat naan'.
1000 won je satu..singgit je. Sedap jugak. Balik tu beli lagi. 


Kami boleh masuk yang regular tour je laa..
sebab yang palace+secret garden tu kena ade pemandu pelancong gitu... 
kalau datang sendirian berhad, boleh yang 3000 won tu je lah.
Tapi layan kan ajeeeee.




Before masuk Chandeok Palace ni, haruslah bergambar dulu khennnnnn?
Oh aku dari jauh hanyalah sebesar semut..


Ni masa dah masuk ke dalam. 
Pak guard suruh habiskan makanan baru boleh masuk. Kui3





Saranghae~~~

Posing kat tangga...

Snap bahagian dalam...hehe



Kagum dengan binaan istana Chandeok ni..

Dua orang anak dara yang menghayati binaan manusia ni...:D



Kak Nony boleh lah lalu bawah tu laju jee.. 
Aku tersangkut sikit...terbuktilah aku lagi tinggi...kehkehkeh.


Di sebalik tembok yang belakang tu rasanya Secret Garden yang kami tak boleh masuk tu..
Kena ada pemandu pelancong sekali kalau nak masuk.

Snap pic sebalik pokok dulu. Lepas ni kita ke Gyeongbokgung Palace pulak!
Yeayyyy scene-scene Rooftop Prince come to me!!!

Beli air dulu..sejuk pun tapi nak jugak air sejukkk.. Kebas jari.


Mine~~~~ 

Kedai makan sape ni, teka? Hehehe 
Song Seung-heon~~~~ Ala hero autumn in my heart tuuuu...


On time masa kami sampai dekat Gyeongbokgung Palace, ada persembahan!
Apa lagi, cepat-cepat menyelit celah orang ramai nak cari port sesuai nak tengok jelas.









Ketibaan maharaja. Nampak tak? Yang baju merah.
Lakonan je rasanya nih untuk pelancong.


Penari~~~ Nak rakam tapi jauh sangat. Snap pic je la.



Lepas tengok performance tadi tu (still tak habis lagi masa ni), kami pun pergi beli tiket jap..yang persembahan tadi tu kat perkarangan luar istana tu...so boleh tengok even tak beli tiket..now nak masuk dalam pulak.


Sebelum masuk dalam istana tu, sempat lagi tengok tarian yang ni (perempuan ramai-ramai baju kaler maroon tu). Best gilaaaa tarian niiiii!! Serius!!! Punyalah laju dan ramai-ramai menari sama-sama sambil ketuk-ketuk gendang kiri kanan depan belakang. Perghhhh.. memang kena tengok sampai habislah.




Sebijik macam dalam drama-drama lama kan? Hehehe

Ahjussi berhenti berehat kejap....kikiki


Running kids!!!!

Genius cikgu budak-budak ni buat nametag macam running man..
senang nak spot kat mana budak-budak ni berjalan..
kalau hilang pun, senang orang lain nak cari....ehehe

Gary Oppa~~~~~

Mong Ji~~~~

Mong Ji and Lizzy~~~~ kikikiki

Perarakan maharaja masuk balik ke dalam istana...







Kak Nony tikus! Kehkehkeh

Aku nagaaaa...grrrrrrr

Masuk muzium ni...tapi dalam muzium tu tak boleh snap pic...hukhukhuk

Haaaa??? Nampak belakang tu, nampak tak?
Biasa tengok dalam drama-drama korea kan....hehe

Jambatan ni keeee yang scene dalam Rooftop Prince??
Hehehhehe





Yang ni confirm ada dalam scene Rooftop Prince...hehehe

Okay..lepas balik dari Gyeongbukgong Palace, kami pun berjalan ke Sejong kalau tak silap. 






Taktau pelajar-pelajar ni tengah buat apa, 
tapi diorang pegang gambar tu dan nyanyi lagu...sodap jugak..

Happy~~~~~:D

Seharian berjalan, wajiblah mengisi perut kan...
Perut aku masa ni bukan berkeroncong untuk ana je, ani, ayu semua ada. Wakaka.



Kena order pizza seafood je la..yang lain non-halal...hehe


Licin!!!!! Semuanye selamat masuk dalam perut.

Lepas makan, meronda-ronda dekat Cheongyecheon Stream, 
tengok anak sungai dia yang sejuk itu! Menggigil tangan bila sentuh air ni.

Masa ni bateri kamera dah habis, gambar pun tak dapat la snap banyak-banyak kat sini.


Panjang lagi sungai dia, tapi bateri kamera ni la spoiled betoiiii.

Henpon pun jadi gelong tau..Kak Nony kata maybe sebab suhu sejuk sangat. Kejap-kejap padam tetiba henpon tu. Bila nak touch screen pun jadi 'hang'. Nak charging pun kadang-kadang tak masuk, siap ada tanda seru keluar..

Dah nak malam tu, kami pergi pulak ke Insadong..nak cari souvenir.
Serius murah-murah gila souvenir kat sini!

Berjuta-juta lemon casing henpon...hehe




Teka ni apa?
Ais-krim. Percaya tak?

Masa on the way nak balik ke Itaewon, rumah sewa kami tu, masa turun dari train, ada 2 orang perempuan tegur kami..tengok macam orang melayu sebab pakai tudung kan...hehe.. berkenalan la kejap...namanya Siti dan Ema..orang Jakarta. Diorang nak pergi Seoul Central Mosque.

So, kami pun sama-sama cari, memandangkan aku dengan Kak Nony pun belum pergi cari lagi masjid tu even kitorang memang stay dekat Itaewon. Dekat Itaewon ni ramai orang Islam kalau tak silap..masjid ni pulak satu-satunya masjid dekat Seoul..orang-orang Islam sembahyang Jumaat dekat sinilah.

Mula-mula nak cari tu, sesat jugak lahh kan. Confirm punya..pulak tu malam, sejuk. Last-last bila tengok map plus tanya orang, jumpa la kami dengan masjid tu.. Alhamdullilah sebab kaki aku masa ni dah tak larat dah nak berjalan. Rasa nak duduk-duduk berehat jeee.. Seb bek dah jumpa masjid. 

Seoul Central Mosque night viewwwww~~~~ 


Lepas snap pic masjid ni, kami terus meluru naik tangga tu, dan terus masuk dalam masjid.. Masa tu, dalam masjid tu, ada halaqah, semuanya lelaki.. kami buat biasa je la sebab ingat memang masjid dekat sini tempat solat perempuannya takde langsir hadang.. sekali ada sorang pakcik tu datang dekat kami... dia kata tempat solat perempuan bukan dekat situ..tapi belah belakang masjid tu sikit, then kena naik tangga..

Dia bawak kami pergi cari, sebab tempat tu dah dikuncikan oleh pak guard..bila dah dapat bukak kuncinya..kami pun masuklah..naik tangga sampai berapa tingkat aku tak ingat pulak..adala dalam 3,4 tingkat kot..baru jumpa tempat solat perempuan.. Yang lawaknyaa...dah sampai tingkat atas tu, cari la tempat amik wuduk, takde! 

Bayangkan la semua pintu kami try bukak, memang takde.. terpaksa la turun balik...tanya pak guard tadi...awaitnya tak cakap awai-awai tempat wuduknya kat bawah... dia pun bawak kami g amik wuduk..tempat wuduk perempuan jauh ke belakang... memang siapa-siapa nak solat sini, amik dulu wuduk siap-siap...tempat wuduknya jauh..nak naik turun tangga letih pulak kan.. tapi takpelah..pengalaman...kikiki... 



Ema, Siti, Kak Nony, Aku! :)





Ni lah tempat wuduk perempuan. Bersih je :)

Sebelum balik, sempat posing dulu...kehkehkeh

Lukisan dekat dinding luar masjid.


Sampai je bilik, terus lapar balik. Maka, megi lah penyelamatnya! :) 


Okay, bersambung lagi ye untuk Day 3 pulak nanti! Hihihi
Byeeeeeeeee.






8 comments:

Hanamiko Sakura said...

wahhh, seronoknyaaa.. ni vacation je ea? ingatkan study kat sana.. :D

btw yang part persembahan tu, bagus juga org korea buat pertunjukan macam tu supaya culture diorang tak luput dek zaman. eh! hehe

ct cucubi said...

jeles~ jeles~ jeles~ huhuu

Girls Cakery said...

waaaahh.dh lama x dtg sini. dh dtg tetiba p kek korea terus rasa!!! masa untuk aktifkan diri ;)

Cik TeN10 said...

slmt hari rayaaa !!

aku tak gi jeju pun aritu.just pusing dekat seoul downtown je.mmg aku dh jelajah semua ceruk la kt seoul downtown tu.cuma nak update blog ja malas.hahahaha

dear xila said...

weh weh weh jelesnyaaaaaalahai hee

niedaida said...

kak paaniii dah lame tak singgah kat sini...ptu xajak pulak g ke sane hehehehehe...i am backkk !!!

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

wahhhh seronoknyerrr tgk......

♥ p a a n i ♥ said...

Hanamiko Sakura:
hehehe melawat je...sy tak pandai bole belajar oversea :P

ct cucubi:
hehehe jangan jangan jangan.

Girls Cakery:
hai..selamat datang ke blog ni :D

Cik TeN10:
aku pun xgi jeju...next time pulak la jom? hehehe

dear xila:
jangan la gitu...hehe

niedaida:
hoi niedaaa..nanti akak singgah blog kamu....kuang3

C.M.A @ CikMoonAdnan:
boleh lah :) negara kita lagi lagi lagi best....hihihi

Labels

Abah (8) AgingBooth (1) AJL (1) Analogi (1) Anniversary (4) Article (1) Assignments (2) Baby (7) Baling (1) Banner (1) Bff (5) Birthday (13) Bolat (10) Car (1) Cartoon (9) Ceremony (7) Certain Somebody (2) Challenges (1) Cikgu (9) CNY (1) Contest (1) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (6) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (71) Edit Pic (3) Email Grab (8) Emaressem Perndunk (6) Emaressem Tepeng (1) Exam (7) Experiences (1) Facebook (2) Family (27) Father's Day (3) Feeling (10) Font (1) Formspring (1) Freebies (10) Fwens (17) Gaji (1) Grrr... (21) Gundah (5) hafiz af7 (1) Hahaha (18) Hani Mofa (2) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (13) Hari Raya Haji (2) Having Fun (8) Hello (1) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (5) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (2) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Kucing (1) Langkawi (1) Layout (2) Life (16) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Master (2) Matrix (4) Meor Muizzuddin (1) Meorsoleh (7) Mepek (41) Mimpi (2) Mother's Day (5) Movies (8) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My great day (1) My Youth (7) MyVi (1) Nenong (15) New Year (6) Novel (1) On the Road (1) Orders (1) Perihal Belog (3) Petua (1) PMR (1) Posting (1) Pregnancy (1) Print Screen (1) Ramadhan (4) Random (16) Resepi (2) Rumah (1) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (7) School (1) Science (3) Segmen (1) Sekolah (49) Seram (4) Sketches (2) SMKA Slim River (3) SPM (1) Spontaneous Thursday (5) Sports Day (1) Spring Trip (7) Stars (1) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (16) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (2) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) Umah Terbuka (1) Undi (1) UPSI (10) UPSR (1) Vacation (13) Vector Images (1) Video (4) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (20) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...