Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label New Year. Show all posts
Showing posts with label New Year. Show all posts

Sunday, January 10, 2021

Happy New Year

Assalammualaikum dan selamat tahun baru!

Alhamdulillah scroll master aku dah selamat sampai di tangan aku. Pihak uni pos je ke rumah. Konvonya? Entah la bila.... Tapi kalau ada pun majlisnya rasa macam takut je nak pegi dengan kes Covid yang makin menaik ni. Nak dijadikan cerita, rupanya anak murid sendiri (kerja dengan pejabat pos) yang hantar scroll ni dekat aku hari tu. Salah seorang anak murid pertama aku la di sini... masa tu tahun 2012 dan dia masa tu baru tingkatan 1. Sekarang dah besar panjang hensem kacak boleh kahwin dah. Tak sangka aku masih ingat lagi nama dia dengan jayanya....hahaha 

Minggu depan dah mula mesyuarat awal tahun. Dalam surat tulis bermula hari Isnin...tapi boss tangguh ke hari Rabu...mungkin boss nak tunggu pengumuman penting esok ni kut.... jeng jeng jeng.

p/s: Dah tahun 2021 tapi kenapa belum kurus? 😝


Sunday, January 3, 2016

Happy New Year 2016


Happy new year everybodyyy. 2016 dah kan. Bertambah umur tapi jiwa masih muda. Wakakaka. Berat badan pun berkadar langsung dengan umur. Cisss... Tolonglah tahun 2016 aku nak kurangkan berat badan menjadi berat ideal gittew dan sihat walafiat di samping keluarga terchenta (motif eja camnih?). Semoga aku istiqomah. 

Cuti-cuti sekolah ni buat apee tuuuu? Alhamdulillah tahun ni aku tak kena jaga Spm..tahun 2016 pun aku taknak jugak jaga plisss...pesal merayu kat sini taktau.

Selain buat kerja aku yang bertimbun tu (cuti-cuti pun kerja banyak okay), seperti biase mestilah pergi kenduri kan..tahniah untuk kawan-kawan aku yg baru berumah tangga. 

Senang citer tulis dalam bentuk point je lah. Bakat mengarang aku dah ke laut dah (berbakat ke sebelum nihhhh??). Kuang3

1) Pergi kenduri Jaja dekat Bagan Serai..aii meriah betul kenduri ko Jaja..ramai sungguh tetamuuu..femes ko nihhh...hahaha


2) Pergi Petrosains. Dulu 2006 pernah gi sekali dah sini dengan bff Matriks Gopeng..pastu cam rindu lak tempat ni..so ajak Meorsoleh bawak gi masuk sini..boleh la jugak amik idea untuk minggu Sains tahun 2016 nihhh kat sekolah.


Rama-rama hinggap dekat bayang-bayang kami..jakun jap akuuuu

3) Pergi mandi-manda dekat Hotspring Felda Sg. Klah, Sungkai.. Perghh memang mengimbau kenangan betul la datang sini pasal dulu zaman study kat Upsi 2x jugak la datang ramai-ramai dengan coursemate. Memang best.



Dulu yang tempat slide kat belakang tu bentuk sotong..sekarang takde dahhh bentuk tu..aku punyelah excited main slide tu sampai tertelan air..cetek kut belah yang slide ni..sakit b*nt*t aku terkena lantai lepas gelongsor tu..dah la aku ni berattt..lagi laaa.. Nak main kat air yang dalam sikit kena gi belah kanan tuh.. Yg tu best la boleh nyelam2 sambil belajar berenang..hehehhh...

4) Kenduri Kak Atul & Mahzam. Dari Sungkai, patah balik gi Ipoh..jauh jugak ye aku ingatkan dalam sejam je camtu..sekali kitorang sampai lambat daaa.. Dalam kol 3 baru sampai.. Maap ler pengantin baru, pengantin lama lambat sampai. Kiihkihh


5) Balik dari kenduri Kak Atul terus aku & Meorsoleh pergi Mood Republik kebetulan time tu deme kat Ipoh..terus rembat shawl & jubah...hahahaa.. Shawl itu aku pakai dekat next picture..best la rasa nak beli lagiiii, tapi tak jumpa lak jual online-nya..aku check insta dia pun mcm takde je dah shawl ni.. Search tag #baheerashawl.. Mane mau cari ni?


6) Kami menumpang kasih di rumah Poyu berhari-hari lamanya sambil tunggu mak aku & Pona's family balik dari UK jumpa family abang aku dekat sana. Terima kasih Poyu & Pozul & Isyraqul. Nanti makcu & pakcu & opah datang lagiiii muahahha


7) Makan dekat kedai Pak Andak Asam Pedas, Bukit Kuda, Klang. Rindu kedai ni sebab dulu masa praktikal selaluuuuuuu makan dekat kedai ni..aku paling suka air selangor & asam pedasnyaaa.. Memang kena ah dengan selera aku.



8) Shopping bukuuuu Big Bad Wolf! Buku yang beli dolu-dolu dengan Porin tu pun aku belum habis baca lagi pastu duk syok cari buku baruuu...hahahaha.. Aku suke cari buku doodle..sambung-sambung lukis lukisan yang sedia ada ikut kreativiti sendiri. Tapi buku ni duk dalam plastik tak conteng-conteng pun lagi.


Belanje Isyraqul lembu susu sekorrrrrrr...hahaha

 Jumpe ni ada orang jual.. Kemain kan guna kartun aku punya! Tapi aku jugak yang gi beli hahahaahhaah loser nye rasa diri ini.

9) Sambut ibu & Pona's familyyy dari airport..tapi red karpet lupa nak bentang daaaaa...ahhahahaa

Lepas amik ibu, terus balik rumah sebabnya mata air aku tuh kerja pulak esoknya. Dia apply cuti seminggu jerr tu pun dah cukup :))



 10) Operasi mencantikkan makmal! Tapi tak siap lagi hihihi


Itu saje aktiviti sepanjang cuti sekolah. Selain dari tesis aku nih..adoy risau aku biler nak siapnya. Pray for me! Thanks!

Good bye 2015
Welcome 2016



Monday, January 2, 2012

Update 2012




Selamat tahun baru everybooodyyyyyyyy.

Err..tadi punyalah banyak menda nak ditulis. Now dah lupa. Adakah sebab aku terlampau lama duduk kat umah sampai boleh hilang ingatan? (tak mungkin kan?) 

By the way, aku tak berapa nak happy pun new year arakian sebabnya banyak azam aku tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya tak tercapai. Aku malas nak share azam aku dekat sini sebab kalau aku bagitau orang, lagi la aku tak buat punya tahun ni. Kompem. Maka, kita simpan dalam hati ajelah. Biar tuhan yang tahu.

Untuk tahun 2011, banyak jugak suka dan duka. Yang sukanya, aku dapat praktikal kat Klang. Mula-mula rasa takut sangat masuk sekolah tu, yelah dah dengar macam2 rumors sebelum tu. Tapi alhamdullilah aku dapat  gred yang sangat okay :) Sangat berterima kasih dengan pensyarah aku yang sangat sporting. Cikgu pembimbing pun sporting jugak banyak tunjuk ajar. Even mula-mula aku pressure gila sebab aku tak biasa nak handle makmal. Sampai pernah aku rasa nak menangis. Karenah budak yang macam-macam. 

Setiap hari dok pikir, bila lah nak habis praktikal ni, bila lah nak habiss. Update twitter "Okay lagi sebulan nak habis praktikal", then "Okay lagi 2 minggu nak habis". Takkan everytime nak kira macam tu kan? Kalau dah kerja jadi cikgu nanti, kalau tension, takkan nak update twitter "Yeayy lagi 30 tahun nak habis ngajar.." 
Tak ke haru?

Tapi alhamdulillah stage praktikal dah tamat. Dan akhirnya boleh jugak bertahan selama 3 bulan 2 minggu. Banyak yang aku dapat belajar.. Tapi seriously aku rindu betul dengan budak2 kelas aku. Aku pun tak pasti diorang ingat kat aku ke tak. Tapi still ada student yang selalu call/sms kira okay la kan? :)

Yang dukanya ada dua.. satu sebab anak saudara aku meninggal, satu lagi sebab aku lambat posting (?). Okay yang duka aku takmau la explain panjang2 nanti aku sedih. Sekian. Babai.

p/s: Al-fatihah untuk mereka yang telah pergi..

Tuesday, January 4, 2011

Walkman



Semalam aku jumpe walkman sony lama aku bawah katil. Walkman tu abah aku beli mase aku form2. Aku guna sampai aku form5. Time zaman matrix, walkman tu dah rosak. Tak sempat nak guna. Tapi time zaman matrix jarang dah orang pakai walkman kan?? Semua dok usung mp3 (tak termasuk aku okkk)..:D

Sebenarnyee abah aku memang tak bagi aku bawak walkman pegi asrama. Sebab beliau takut aku tak focus belajar, asik nak dengar kaset je nanti. So dari form1 memang aku takde walkman. Masa aku form 2, Pona bagi aku walkman lama dia, walkman yang bole dengar radio je tu, cam gambar kat bawah ni. Dia bagi kat aku sebab kesian kot aku bosan sangat kt asrama. Kalau aku dok layan walkman, takde la dosa aku bertambah dok ngumpat dengan kawan2 kt asrama tol tak? (eleh ade walkman pun aku ngumpat jugak dalam kelas).


Rumet aku mase tu berkawan la dengan sorang dak pompuan ni name die P. (bahaya reveal name sebenar sebab ramai member aku ex-pendang tau kang name budak tuuu.kantoi. HAHA) P ni aku selalu la dengar citer sal die yang suke mencuri. Aku penah dengar cerita rumet si P ni selalu la hilang duit, hilang kek lapis pandan. (kek lapis ni sedap weii, memang jadi sebab la kene curi).

Then one day, si P ni datang melawat rumet aku kat bilik kitorang la. Then die nampak la walkman aku tu, yang akak aku bagi tu. Si P tu cakap "eh comelnyeee..comelnyeee.warna biru pulak tuu..nk dengar nk dengarrr..mesti best.." --ni aku ubah sikit2 sebab aku lupa dialog sebenar

Aku pun bagi je la. Takkan nak kedekut pulak. Padahal aku rasa walkman tu same je dengan semua orang. Mana ada special and pelik pehal minah P ni cam beriya gila nak dengar jugakk. Aku pun bagi la dia cuba kan. Dah ko nakkk sangatttt. Then taktau la kenapa dalam hati aku terdetik, "Haaa..ni kalo aku tak jaga elok2 ni mesti dia curi.."

Biasa la. Aku memang cepat berprasangka dekat orang yang ada background and cerita tak best pasal dia.

Esoknya.

Aku balik dari kelas, makan tengahari and terus naik bilik. Bila aku sampai tu, aku terkejut gila sebab tengok locker aku terbukak. Aku tak sure la masa tu if aku lupa kunci loker or mangga aku rosak. Tapi yang pasti time tu mangga tu terbukak. Menda first yang aku check dalam locker tu adelah beg duit aku sebab aku xpenah bawak beg duit pegi kelas. Aku bawak duit je selit2 dalam beg sekolah.

Then aku check tengok beg duit aku ada. Semua duit tak hilang. Cukup. AKu check semua la ape la hilang. Semua ada. Kecuali satu..


Walkman biru aku. Hilang.


Hah! Dalam fikiran aku memang sorang je suspek yang muncul. Si P.

Aku jumpe warden aku g report aku cakap locker aku kena pecah and walkman aku kena curik. (gile saje nak wat gempakkk padahal duit selamat je tak hilang).

Then warden suruh aku cari betul2 dalam bilik tu, kalo tak jumpe, baru dia arahkan sportcheck untuk semua locker aras aku. Aras aku je la sebab menda yang hilang tak mahal kannn. Menda tak mahal pun aku sayang gila walkman tu. Peneman aku tatkala kebusanan. Huh.

Aku memang tak jumpe walkman tu. Then warden suh wat sportcheck. Aku and ketua aras je boleh selongkar semua locker orang. Si P tu plak memang dok searas dengan aku. Memang locker die aku yang check. Masa aku selongkar locker dia tu, macam2 ada, berjenis2 walkman kecik tu aku jumpa. Takkan la die punyeee semua tu kan??? pelik pulakk. Tapi yang tak bestnyee aku tak jumpe pun walkman aku. Mesti die dah sorok. Entah la kenapa aku yakin gile die yang curii. Tapi aku tak sure la if betul ke tak die yang curik.

Then, sportcheck tu berakhir dengan kekecewaan. Aku tak jumpe walkman tu and aku call abah aku, aku ngadu ade orang curik. Then abah aku dengan baik hatinya belikan walkman baru untuk akuu. Yang aku jumpe bawah katil tadi. Lama dah aku xjumpe walkman tu. Rinduuu pulak. huhu


p/s: Happy new year!!!

Labels

Abah (6) AgingBooth (1) Analogi (1) Anniversary (4) Assignments (1) Baby (4) Banner (1) Bff (4) Birthday (12) Bolat (6) Cartoon (6) Ceremony (4) Certain Somebody (2) Cikgu (7) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (4) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (69) Edit Pic (2) Email Grab (4) Emaressem Perndunk (6) Exam (3) Experiences (1) Facebook (1) Family (25) Father's Day (3) Feeling (2) Font (1) Freebies (10) Fwens (10) Gaji (1) Grrr... (9) Gundah (1) Hahaha (11) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (10) Hari Raya Haji (2) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (2) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (1) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Langkawi (1) Life (11) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Matrix (3) Meor Muizzuddin (2) Meorsoleh (6) Mepek (10) Mother's Day (4) Movies (6) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My Youth (3) MyVi (1) New Year (4) Novel (1) On the Road (1) Perihal Belog (1) Posting (1) Pregnancy (1) Ramadhan (1) Random (7) Resepi (4) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (4) Science (2) Sekolah (34) Seram (1) Sketches (2) SPM (1) Spontaneous Thursday (4) Sports Day (1) Spring Trip (7) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (1) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (1) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) UPSI (7) Vacation (13) Vector Images (1) Video (1) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (19) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...