Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Bolat. Show all posts
Showing posts with label Bolat. Show all posts

Saturday, May 31, 2014

Ijah's Wedding


24 Mei hari tu, my bespren Ijah a.k.a Bolat selamat dah jadi isteri orang. Tahniah Ijah! Masa tu belum cuti sekolah lagi, tapi Mrsm dah mula cuti dah. Ijah ni cikgu Mrsm Langkawi, sekali dengan suami dia. Senang la korangggg keje setempat :P

Malam before kenduri tu, aku dengan Meorsoleh pun jejalan gi umah Ijah ni, nak tengok gak ape beliau tengah buat kan. Berinai ka, iron tudung ka, tengah makan ka.. alih-alih ngendap dalam bilik dia tengok duk tengah bersembang. Dasarrrrrr..ko nak kawen ke tak ni?? Hahaha. Tapi mase tu goodies-goodies dia semua setel dah.

Then, Ijah ajak kami dengan sepupu-sepupu dia pergi dewan, nak tengok persiapan tempat tu macam mana.. sekali bunga manggar belum dicucuk lagi, so Meorsoleh la menjadi mangsanyaaa... har har har...aku tolong tunjuk jeeerrr :D

Tu dia..fokus sangat heh. Beliau siap ada nisbah-nisbah apetah bagai before nak cucuk bunga manggar tu.

Lepas tu, teman Ijah pegi pasang bunting kecik untuk petunjuk arah ni kat simpang-simpang jalan.

Ooopsss...sebelum tu lupa nak cerita..aku lukiskan sticker doodle Ijah ni..untuk ditempek kat goodies :)
Dan semestinya aku send design ni dan order sticker dengan pelekatku.blogspot.com


*************************************************************************


 Di pagi kenduri...........dot dot dot..selfie dulu sekeping dua...kikiki

Semangatnya orang belakang tu..haha


Kitorang sampai awal sebenarnya nak tengok Ijah nikah, sekali terlepas sob sob sob..sampai masjid tengok dah takde orang...tu yang melepak dalam kereta sambil tunggu jam kol 12 pm. Maap ler Ijah.

Pengantin pun tiba. Gojes sangat Ijah pakai baju kaler niiii.. tengok la bunga manggar laki i buat. Haha



Kacau pengantin makan sattttt...ala korang mesti makan sikit jeeeee kannn...pasni second round..hahaha. Rasa tak percaya lak kawan aku dari darjah 1 yang rahsiakan nama dia (mula-mula masuk sekolah tu), dah kahwin. Hehehe...tahniah lagi sekali Ijah..pasni nak tunggu Ijah Junior pulak :P


Jumpa la ex-Mrsm Pendang semua!! Tengok tu tangan tak boleh dok diam. Member aku ni siap cakap, even aku pakai baju apa pon, still nampak muka cam cikgu. Haha. Nak buek camnoo, natural begini dahhhh. Seb bek tak terpakai name tag.

Tak pasal-pasal tahun ni dua kali korang kena datang Gerik...hehehehe

Dari kiri, Khal, Zaf, Wani, Khay, Ain, Aku dan Tirah

Tunggu turn nak bergambar dengan pengantin depan pelamin.

Temanya ala-ala Jepun sikit...hehehe bunga sakura pon ado.

Ni amik kat page abang Lan. Photographer Ijah. Monopod timeeeee.

Ni pulak cilok dari Zaf! Ni lah hasilnyaaaaaa selfie guna monopod tadi :P

Lagiiiiii :D

 And then, disebabkan photographer kahwin aku dengan Ijah ni sama, so beliau bawak la album kawen aku yang dah siap tu. Hepi berganda lah kannnn.

Peaceeeeeeeeeeeeeeeeeee ^^


Hepi dah siap dah albumnyaaaaaa! :)

Nanti update lagi. 
See ya!








Tuesday, December 6, 2011

Gua excited!



Harini aku excited. Sebab pagi nanti aku nak pergi tengok wayang dengan kawan aku. Aku dah lama tak tengok wayang weh. Last tengok yang Harry Potter 7 Part 2 tu jela dengan abang aku dan jugak kakak ipar aku. Eh yeke? Eh tak tak! Last tengok citer Johnny English yang kelakar nak mampus tu & Final Destination 5 dengan certain somebody. Eceh.





Aku tak tau ape motif aku lukis gambar kartun mulut muncung bajet comel?
Suppose gambar kartun kat bawah ni ha.. 
meleleh air liur excited punye pasal!!



But still tak decide lagi sama ada nak tengok The Twilight Saga: Breaking Dawn or Ombak Rindu. Haha. Nanti time beratur nak beli baru lah kitorang decide. Kalau rasa-rasa agak tamak, tengok je la dua-dua kan? Muahahaha.

Tempat menonton dirahsiakan sebab takut orang serbu. eh? 
(okay aku nak jugak fefeeling retis nih...*err..sila lempang aku sekarang*)

p/s: Hari ni besday kakak aku. Hepi besday Pona! :)





Friday, November 4, 2011

Gelojoh punya pasal


Masa saye darjah 6, saye ade kawan. Name kawan saye 'W'. Kami pengawas sekolah (motif nak bagitau? HAHA). Walaupun kami pengawas, tapi kalau dengar bunyi loceng rehat je, kami yang lari dulu. Adik-adik sila jangan contohi perangai akak-akak kamu nih ye. Okay, stop ber'saye' ye. Next perenggan guna 'aku'.

Pada suatu hari, seperti hari-hari yang biase, kami berlumba lari untuk ke kantin. Masa tu memang sangat lapar dan aku sangat tak sabar nak beli nasi lemak 30sen sepinggan (tu yang paling murah). Dengan penuh karisma, aku dan W pun berlari dan memang kami berdua dah yang paling hampir dengan kantin tu.




Tapi disebabkan aku nak menjuarai pertandingan berlari ke kantin tu, aku pun jadi cuak bila W mendahului aku. HAHA gelojoh punya pasal, aku pun 'ter'tarik tudung dia (sambil tengah lari tu). Niat aku nak tarik baju dia, so that aku boleh catch up dengan dia. Alih-alih tertarik tudung pulak.




Kemudian, terus tudung sekolah dia tercabut ke belakang dan tergantung kat leher dia seperti dalam gambar di bawah. HEHE. Masa tu memang aku rasa bersalah giler dan aku pun tolong betulkan tudung dia, kebetulan masa tu depan tandas, so kami pun masuk tandas untuk cover sikit la kan, sebab budak laki yang lain pun gelojoh lari nak pegi kantin jugak. Kang diorang nampak pulak.




Lepas dah siap pakaikan tudung dia, dengan W taknak keluar tandas sebab dia malu, so aku pun kena la teman dia kejap dalam tandas tu. Bila dah agak-agak orang dah berkurang kat kantin tu, maka kami pun keluar la pergi makan. Dan kami jadi orang terakhir (antara geng-geng darjah 6 aku) yang beli makanan tu. 

Paling takleh blah, si Ijah yang dapat beli nasi lemak tu dulu dari aku!!! Cisss!!! HAHA


Okay, sekian cerita saye (eh saye pulak?) pade hari ini. Harap semua terhibur. Babai. Salam.







Wednesday, October 19, 2011

Motif taknak bagitau nama? :D


Sekarang kita kembali ke 16 tahun yang dulu. Masa aku masih darjah 1. (Tiba-tiba je nak flashback, ape daa intro entry cenggini). Masa aku darjah 1, tahun 1995. Sekarang sendiri kira umur aku berapa.    Okay, kembali ke tajuk asal, pada suatu hari tu, ada budak baru masuk sekolah aku. Dan dia ditempatkan untuk masuk kelas aku, 1 Maju yang tak berapa nak maju tu. Sekolah aku tu ada dua je kelas, 1 Maju dengan 1 Jaya. Sekolah kampung, biasalah. Sikit je muridnya. 

Lepas cikgu bawak dia masuk kelas aku, semorang excited lah kan tiba-tiba je ada budak baru. Terutamanya aku. Beriya ni aku nak tau nama dia. Aku masa tu susah nak tanye sebab cikgu bagi dia duduk group lain. Bukan satu group dengan aku. 

Maka, aku pun suruh kawan aku yang se-group dengan dia (Jannatul), mintak tanyakan nama budak baru tu. So, Jannatul dan kawan-kawan se-group dia pun selidik la budak baru tu. Aku ingat lagi masa tu, budak tu tutup mulut dia dengan dua-dua belah telapak tangan. Motif kau? Segan kot. HAHA.

Diorang tanya nama tu macam bisik-bisik. So aku tak berapa nak dengar la kan. Even aku duduk betul-betul sebelah je group tu. So lepas aku nampak dah selesai operasi bisik-bisik tu, aku pun tanyalah Jannatul tu;



"Weh ape name budak baru tu, dah tanya?"

"Haa dah tau dah."

"Apa nama dia?"

"Err..dia cakap tak leh bagitau kat orang lain."



Ape motif taknak bagitau ha?? HAHA Sumpah kelakar. Tapi kan, budak tu dah jadi bestfriend aku sampai la sekarang. Dah 16 tahun dah kan persahabatan kite ni. Luar dalam aku semua ko dah paham sangat. Thanks Izzah a.k.a Ijah sebab jadi kawan yang sangat baik untuk aku.. :')

p/s: Ada ole-ole untuk kamu dari Sarawak. Balik Msia nanti aku bagi ye :P, nak pos tapi takde duit lah. Soryyyy ah bo!















*****************************************











Dan tadi aku blogwalking blog kengkawan, dan terkejut betul aku baca entry ni. Tak pernah ada blog yang buat entry khas untuk aku. Terharu seyyy.. :') Thanks JueyHame!! And thanks untuk banner kamu yang comel ni. Hikhik. ;) Sangat rajin si JueyHame buat banner ni. Kawan-kawan sila check it out blog dia okayhh? 


Thanks!





Labels

Abah (6) AgingBooth (1) Analogi (1) Anniversary (4) Assignments (1) Baby (4) Banner (1) Bff (4) Birthday (12) Bolat (6) Cartoon (6) Ceremony (4) Certain Somebody (2) Cikgu (7) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (4) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (69) Edit Pic (2) Email Grab (4) Emaressem Perndunk (6) Exam (3) Experiences (1) Facebook (1) Family (25) Father's Day (3) Feeling (2) Font (1) Freebies (10) Fwens (10) Gaji (1) Grrr... (9) Gundah (1) Hahaha (11) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (10) Hari Raya Haji (2) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (2) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (1) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Langkawi (1) Life (11) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Matrix (3) Meor Muizzuddin (2) Meorsoleh (6) Mepek (10) Mother's Day (4) Movies (6) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My Youth (3) MyVi (1) New Year (4) Novel (1) On the Road (1) Perihal Belog (1) Posting (1) Pregnancy (1) Ramadhan (1) Random (7) Resepi (4) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (4) Science (2) Sekolah (34) Seram (1) Sketches (2) SPM (1) Spontaneous Thursday (4) Sports Day (1) Spring Trip (7) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (1) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (1) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) UPSI (7) Vacation (13) Vector Images (1) Video (1) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (19) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...