Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, December 27, 2021

Duit belanje




Semalam terbaca post ni waktu tengah tengok fb sebelum tidur. 
Teringat zaman sekolah rendah… 
Kalau ikutkan macam sebaya je aku dengan admin SK Press ni. Tahun 1995 aku darjah 1. 
Tapi masa tu nasi lemak sepinggan harga 20 sen je. Air seposen. 
Selalunya arwah abah aku bagi duit belanja 50 sen sorang. 
Aku tak ingat baki duit tu aku beli apa sebab selalunya balik memang duit tu akan habis hahaha. 

Tapi masa aku darjah 4 kalau tak silap, nasi lemak tu naik harga jadi 30 sen. 
Masa tu ramai la orang bising…
Sampaikan aku pernah dengar ada orang complain pasal harga nasi lemak naik ni dalam radio. 
Kalau ikutkan walaupun naik seposen harga nasi lemak tu, duit belanja aku yang 50 sen tu masih mencukupi….tapi biasalah budak-budak, macam-macam makanan teringin dibeli. 
Kadang nak beli kuih lah, sagun kelapa lah… 
Sagun kelapa ni depa jual dalam plastik ais-krim. Sedap sangat! 
Kalau nak makan sagun kelapa ni tak boleh bersembang, sat gi tersedak…naya. 
Tu belum lagi nak membeli dekat koperasi…nak kumpul pemadam wangi lah, pensel picit lah…macam-macam. 

Masa tahun 1999, aku darjah 5. 
Masa ni aku sorang je yang masih tinggal dekat rumah. 
Abang dengan kakak-kakak aku semua dah masuk asrama penuh. 
Jadi, duit belanja dalam bekas yang abah dah letak dekat almari tu memang aku la konker. 
Abah pulak memang duit syiling selalu ada dalam poket. 
Bila mak basuh baju, mak akan kosongkan poket abah tu…dan syiling-syiling tu mak letak dalam satu bekas…dan bekas tu letak dekat almari. 
Jadi, aku bebas ler nak amik berapa posen pun sebab takde orang nak cek. Hahaha. 

Kadang tu amik RM1…kemain la membeli makanan. 
Lepas makan nasi lemak, beli pulak fish cake cucuk. 
Kadang beli ayam goreng. Harganya 50 sen satu. 
Kadang tu tempah nasi lemak dekat kawan, dengan kuih cucur badak mak dia buat sedap giler ever.
Tapi suatu hari tu kawan aku tu kena marah dengan makcik kantin sebab menjual dalam sekolah. 
Kalau diikutkan memang tak boleh…sebab tu kawan aku tu jual makanan tu senyap-senyap. 
Tapi kantoi juge la kan…mungkin ada kawan yang terlepas cakap atau ada orang report.

Sampaikan suatu hari tu, abah tanya aku, aku sebenarnya bawak duit pergi sekolah berapa posen. 
Masa tu aku jujur jela cakap bawak singgit….pastu buat muka comel. 
Terus abah tak jadi marah. 
Lagi satu, mungkin sebab aku sorang je yang masih sekolah rendah masa tu, 
jadi abah biar jela aku bawak duit berapa pun…tapi takde la sampai beringgit-ringgit aku bawa. 

Kalau arwah mak aku masa kecik, memang takde duit belanja langsung. 
Sebab mak kata diorang orang susah… adik-beradik pulak ramai. 
Kalau pergi sekolah memang tak makan apa langsung, pergi sekolah jalan kaki pulak tu. 
Waktu rehat dekat sekolah, arwah mak minum air paip je untuk alas perut… huhuhu. 
Mak kata pernah suatu hari tu, cikgu tanya sorang-sorang sarapan apa. 
Masa tu mak taktau nak jawab apa, sebab memang dia tak makan pun. 
Dan kalau nak cakap tak makan langsung, segan agaknya… 
Jadi mak pun ikut kawan dia cakap nasi goreng, dia pun cakap makan nasi goreng. 

Kalau arwah abah pulak, keluarganya sederhana je…
Takde susah sangat sebab arwah opah aku hari-hari meniaga nasi lemak. 
Jadi, abah aku bawa bekal nasi lemak tu jela. 
Arwah atuk pulak keje askar… abah pernah cakap, atuk aku tu, 
kalau abah mintak nak beli alat tulis atau apa-apa barang berkaitan belajar, 
memang atuk aku akan usahakan sampai dapat…sebab dia nak anak-anaknya senang untuk belajar. 

Sama macam arwah abah aku…
Kalau mintak benda yang berfaedah dan akan digunakan untuk belajar memang abah akan usahakan jugak untuk beli bagi dekat kami.
Abah sorang je keje..mak masa tu surirumah sepenuh masa. 
Aku selalu ingatkan abah aku banyak duit, tapi abah kata dia tak banyak duit pun…
Kereta pun abah pakai kereta biasa je sampai la ke akhir hayatnya.
Kereta tu la yang bawa kami ke macam-macam tempat… daftar U, ambil dari asrama, 
bawak balik barang asrama dan sebagainya. 

Masa aku masuk U, aku mohon untuk dapat biasiswa tapi malangnye aku gagal sesi temuduganya. 
Tapi, disebabkan abah aku buat surat rayuan untuk dapatkan biasiswa tu, 
abah tulis dalam surat tu sebab abah dah nak pencen dan ada masalah kesihatan.
Alhamdulillah aku dapat pulak biasiswa tu…bersyukur sangat sebab abah kata abah cuba nasib je buat surat tu… takde cable-cable naa. 
Jadinya, aku guna ptptn untuk dua semester sahaja dan selebihnya ditanggung dengan biasiswa.
Dan bulan Oktober haritu, selesai dah hutang aku dengan ptptn… Alhamdulillah. 

Itu saje lah untuk hari ini. 
Selamat menyambut tahun baru ye semua. 
Aku macam biasalah azam tahun ni tak tercapai lagi. 
Kakak aku kata tahun depan jelah Poniiiiiiii…..kuang asam. 

Bye!


Thursday, November 28, 2019

Selongkar satu rumah


Bila aku dengan Meorsoleh bersembang, rasa macam tahun depan nak melancong ke luar negara, baru aku teringat kat mana eh aku letak passport aku? Last aku guna masa pergi Krabi, Thailand... lepas tu aku ingat lagi aku letak dalam satu beg kertas warna pink belang-belang putih (dalam bilik stor), sekali dengan file kereta aku, masa nak pindah rumah. Bila aku tengok memang takde ape dah dalam beg kertas tu...memory aku macam mengingatkan yang memang aku dah ambil passport tu dan letak tempat lain. 

Jadi bermulalah pencarian passport aku tu...sebab aku google macam mahal je dendanya....tak sure pulak berapa. Ada orang kata dua rat, ada yang kata tujuh rat (nak tulis nombor betul pun malas ya rabbi). So, memang makan belanja banyak la kalau buat hilang passport tu...salah aku jugak la sebab tak ingat letak di mana. Tempat yang mula kami cari adalah dekat almari baju dalam bilik tidur. Kami selongkar habis raga-raga tempat simpan barang tu tapi tak jumpa jugak. Dapat hidu habuk je. 

Hari lain pulak kami cari dekat almari luar bilik tepi meja kerja...pun takde jugak. Aku masa tu dah frust dah, plus mata aku gatal elergik dengan habuk. Cari sampai jam 4 pagi kot. Esoknya nak pergi renew passport dah sepatutnya. Aku cam dah redha je kalau kena bayar denda pun bayar lah...tak larat nak cari dah... so aku pun tidur dengan mata dan hidung yang gatal... Meorsoleh pulak meneruskan perjuangan mengemas balik tempat yang kami dah selongkar tadi.... 

Lepas tu dalam jam 6 pagi macam tu kot..aku tak sure pulak jam berapa...tetiba Meorsoleh kejutkan aku, dia cakap dah jumpa passport aku! Aku macam what??? Alhamdulillah...tanya dia jumpa dekat mana? Dia kata jumpa dalam raga barang-barang aku dan raga tu nun jauh di atas almari dalam bilik stor....kahkahkah....aku je rasa dah ambil passport tu dari bilik tu...rupanya tak. Mujur la Meorsoleh gigih mencari....tengkiu cayang!

Jadi pagi tu dalam jam 10 pagi kami bertolak ke Pengkalan Hulu untuk buat passport. Lega tak terkata lepas dah jumpa passport tu... Kami bertiga pun sampai dekat Pejabat Imigresen tu untuk buat passport, sekali ic kami berdua jenis lama..ramai dah orang tegur suruh tukar tapi aku macam nak tunggu cuti sekolah baru la nak gi JPN tukar ic baru....sekali terlupa daaa....beriya nak renew passport, jadi tak teringat dah yang ic lama tu... jadi pengawai tu suruh kami tukar ic baru dulu (nanti akan dapat ic sementara, yang ni boleh guna untuk renew passport). Jadi kami pun bergeraklah ke JPN pulak untuk buat ic baru....hahaha tu la tak nak tukar awal-awal lagi...

Sekejap je urusan nak buat ic baru tu...orang pun tak ramai..cuti sekolah tapi kami pergi hari Rabu, so orang lain tengah kerja kot...Meorsoleh pulak ambil cuti harini...Dalam 30 minit, siap dah ic sementara untuk aku dan Meorsoleh. Lepas tu gerak balik ke Pejabat Imigresen tadi, sekejap jugak tunggu nak buat passportnye haa sebab orang tak ramai pun...tekan nombor terus dapat turn (sebelum pergi JPN, kami dah ambil nombor giliran untuk passport Muiz, sekali macam lama je (kebetulan orang sebelum kami pun dalam 3, 4 orang tunggu turn nak buat passport), so kami pergi la buat ic baru dulu dekat JPN, bila dah siap dan dah sampai balik dekat sini, tengok ngam-ngam sampai turn nombor giliran Muiz yang kami ambil tadi...tinggal nak amik nombor aku dan Meorsoleh je...tu pun lepas turn Muiz terus turn kami berdua....hehehe

Lepas dah settle semua tu, kena tunggu dalam sejam baru boleh ambil passport kami. So kami pergi makan dulu dekat kepsi.....kihkih...saje nak try kepsi Pengkalan Hulu kut rasa lain ka...sedap jugak macam selalu. Lepas makan terus amik passport baru...nasib baik lawa gambar Muiz sebab abah dia bukak kartun dekat henpon, so dapat la tangkap gambar dia tengah senyum. Tapi mata pandang henpon tak pandang camera 😂. Malam tadi terus mencari tiket katerbang. Alhamdulillah dah dapat yang affordable tapi ada kena transit 3 jam, sebab tiket yang direct mahal bebenor. Yang ni nanti la citer. 

Ni lah dia Muizzuddin kesayangan mami dan abah...

Okay! Pengajaran yang diperolehi...passport jaga elok-elok jangan bagi hilang. Kalau hilang, kena pergi report dengan polis tau. Ic tu tolong lah buat baru, kalau sape-sape yang belum tukar macam kami...hahahaha. Okay, bye!

Tuesday, November 5, 2019

Pemergian bonda tercinta





Wah....lama nampaknya aku tak post apa-apa...dekat 3 tahun jugak na...seusia dah dengan Muizzuddin...biasa la..takde masa nak update blog dah macam zaman-zaman bujang dulu...dulu kemain, setiap hari satu entry. Sekarang hah! Tiga tahun baru nak satu entry...jangan polis entry one two jaga sudah....

Banyak benda aku nak share sebenarnya tapi biarlah aku share cerita yang paling penting je dulu. Buat pengetahuan semua, bonda aku telah pergi meninggalkan kami semua pada 29 Mei 2019. Seminggu sebelum Hari Raya Puasa. Minggu tu betul-betul minggu yang sekolah dah mula cuti. Aku pulak masa tu di KPJ Ipoh..sebab Muizzuddin sakit telinga..kena infection disebabkan dia selalu selesema, doktor tu kata, kuman tu terkena bahagian telinga dia..jadi bila cek, tahi telinga dia tu jadi keras tau, melekat dekat dinding dalam telinga tu menyebabkan dia akan terjaga tengah-tengah malam, menangis-nangis tak tentu pasal. Mula ingatkan sebab kena cekenit tu...sebab penah dia kena 3, 4 ekor cekenit dekat cuping telinga, mata, dengan kepala dia sampai gemok giler cekenit tu eeiii geram aku. Bila cek rupanya sebab lain...kebetulan dia ada insurans jadi kami cek jela dekat KPJ Ipoh tu...sekali kena warded. Sebab doktor tu try nak keluarkan, tapi Muizzuddin menangis beriya-riya tu....takut kut dia sebab bunyi vakum telinga tu bingit... jadi doktor suggest untuk buat minor operation juga (tidurkan dia & keluarkan tahi telinga tu)...merasa la Muizzuddin masuk operation theatre ditemankan oleh mami dia ni... Muizzuddin warded dari hari Isnin sampai la Khamis sepatutnya...tapi...okay kita sambung cerita pasal arwah opahnya pula...


Arwah mak aku pulak...mula dari hari Sabtu sebelum tu lagi dia dah rasa sengal-sengal badan...jadi kakak ipar aku call tukang urut untuk datang urut (kebetulan kena dengan timing family abang aku dah balik dari Manchester dan nak jaga mak sepanjang bulan Ramadhan). Kami ingatkan biasa la orang berusia ni memang badan selalu lenguh-lenguh... sekali masa dialisis hari Isnin...arwah mak wasap aku (masa tu aku di KPJ Ipoh, teman Muizzuddin warded di situ), mak kata dia tak habis buat dialisis hari tu (sepatutnya 4 jam), tapi lagi sejam nak habis, mak takmau dah...katanya sebab semput dan BP rendah...jadi abang aku pun jemput mak aku balik.. ni dari penceritaan abang aku, tapi aku dah lupa sikit-sikit ceritanya...rasanya malam tu, mak aku dah penat, plus tetiba black out pulak dekat rumah... penat lepas tu plus panas lagi....so mak aku tak selesa la...jadi abang aku amik initiatif untuk start enjin kereta, bukak aircond then, mak aku rehat dalam kereta dulu...sementara tunggu letrik nak ada balik..

So mula dari hari itu lah, keadaan mak aku mula teruk...lepas tu abang aku bawa mak aku ke hospital Gerik, dan hospital Gerik bawa mak aku ke hospital Ipoh... lama juga mak aku menunggu untuk warded ke hospital Ipoh sebab ramai giler orang. dalam 3, 4 jam jugak menunggu kalau tak silap aku, baru dapat masuk ward... ward pulak memang tak selesa (sebab ramai orang), abang aku dengan kakak ipar aku cakap memang mak tak selesa dan lepas dialisis di situ, mak meracau... kemudian doktor ada scan otak mak aku... dia detect dia kata mak aku ada minor stroke dan bukannya sekali. Kemudian, bincang punya bincang, abang aku suggest supaya hantar mak aku ke KPJ Ipoh jugak, salah satu sebab nak bagi mak lebih selesa dan kebetulan aku dengan Meorsoleh pun berkampung dekat situ meneman si Muizzuddin. 

Jadi hari Rabu tu, masa aku tengah tunggu Muizzuddin minor operation tu...mak aku sampai dekat kecemasan KPJ Ipoh tu dan Meorsoleh tolong selesaikan urusan untuk warded mak aku tu. Bila dah warded, memang terus ke ICU..rupanya memang keadaan mak aku teruk dah masa tu. Petang tu, doktor call panggil kami untuk jumpa dia, so aku, abang aku, dengan kakak ipar aku pun jumpa doktor tu dan dia kata mak aku punya jantung dah berhenti 2x tapi diorang berjaya buat CPR (betul ke aku eja ni) dan dapat revive balik. Tapi doktor tu kata bila-bila masa je jantung mak aku tu akan berhenti semula macam tadi dan dia terangkan dekat kami, dia cuba untuk buat dialisis secara slow motion macam tu, makan masa dalam 6 jam rasanya sebab dia kata badan mak aku sekarang memang penuh dengan toksin. 

Masa dia tengah explain ni, tetiba nurse dia panggil kata jantung mak aku berhenti lagi. So salah sorang staff dia try untuk revive kan balik jantung mak aku...sama macam dalam cerita-cerita yang kita selalu tengok tu...tapi kan, kalau korang tengok sendiri mak korang macam tu, memang berderai terus air mata ni...dan memang tak dapat nak revive dah jantung mak aku mase tu... memang meraung terus la kami adik-beradik...masa tu kakak-kakak aku masih dalam perjalanan nak ke KPJ Ipoh. Bila kakak-kakak aku sampai pulak (depa ni taktau lagi mak aku dah takde), apa lagi...meraung juga sekali anak-anak buah aku menangis... memang sayu je masa tu... perginya mak aku masa bulan Ramadhan...dulu mak selalu cakap dekat aku, kalau mak sakit, mak taknak sakit lama-lama, mak nak terus pergi je, mak taknak susahkan anak-anak...memang termakbul doa mak...sebab mak sakit dari Isnin, Rabu terus pergi tinggalkan kami... 

Muizzuddin pulak sepatutnya keluar wad hari Khamis, tapi Meorsoleh pergi jumpa doktor dia, minta untuk keluar wad awal...alhamdulillah nasib baik dapat, cuma proses nak keluar wad tu makan masa sikit dia nak selesaikan resit-resit tu bagai..sampai harini kami tak tuntut lagi deposit warded Muizzuddin tu...boleh amik lagi ke eh? Haritu tak amik lagi sebab kaunter dah tutup...

Malam tu jugak jenazah arwah mak dibawa balik ke Gerik, dikebumikan keesokan paginya... kami adik-beradik sendiri (dengan tunjuk ajar dari orang kampung), yang tolong mandikan jenazah mak, kapankan mak...cium mak buat kali terakhir. Mak dikebumikan di perkuburan yang sama dengan arwah abah... sebulan pertama tu aku macam tak boleh nak biasakan diri lagi...sebab selalunya kalau aku pergi KFC atau kedai makan, mesti nak bungkus dekat mak sekali. Pastu haritu pergi KFC aku macam terfikir, ermm..mak nak set yg mana eh..selalunya snack plate tu kegemaran mak, sekali baru teringat yang mak dah takde... Aku dengan adik-beradik dah jadi yatim piatu dah...takde mak dan abah...sunyi rasanya...minta jasa baik kawan-kawan yang baca post aku ni sedekahkan Al-fatihah untuk arwah mak dan arwah abah...terima kasih semua. 

Ziarah pusara ayahanda di pagi raya

Ziarah pusara bonda juga di pagi raya

Kenangan bersama arwah bonda di Teluk Batik...

Friday, December 23, 2016

Alhamdulillah dah jadi mak orang dah :D


Tanggal 6 Disember yang lepas...aku selamat melahirkan seorang baby boy seberat 4.2kg secara caesarean. Tak boleh nak bersalin secara normal sebab baby besar, emaknya ada GDM....hehehe

Aku bersalin di Columbia Asia Taiping..memang best giler la hospital ni nanti nak cerita. Jam 10.00 pm 5 Disember tu, aku admit ward..kemudian nurse suruh aku puasa lepas jam 4.00 pagi sebabnya jam 10.30 pagi esoknya aku nak dibelahhh. Minum pun tak boleh tau after jam 4.00 pagi tu... kelam kabut la Meorsoleh kena pegi carikan makanan untuk aku sebabnya cafeteria malam-malam dah tutup la pulak... bininya pulak suke makan....yumyum



Mula-mula aku rekues bilik sorang..tapi sebab dah penuh, dapat la bilik 2 orang.. tak best la bilik 2 orang ni sebab suami tak boleh nak teman. So malam tu Meorsoleh kena tido hotel... esok pagi tu baru dia mai balik... tapi kami dah queue la untuk bilik sorang tu...turn pulak yang keempat...redha je lahh kalau tak dapat..sekali dapat jugak after operate dah selesai...malam kedua dapat la Meorsoleh tido sekali untuk jaga aku & baby boy...

6 Disember tu...dalam lebih kurang jam 9.00 pagi macam tu lah..aku pun lupa pukul berapa...aku kena suntik dexa (suntikan untuk matangkan peparu bayi)...aku ingatkan kalau dah cukup bulan macam aku ni tak payah dah suntik dexa ni...tapi tu la Meosoleh cakap kalau operate kena suntik gak dexa even dah cukup bulan..memang scary giler sebab kawan baik aku cakap sakit giler kot...sekali aku pun kena jugak memang sakit jugak la.. cucuk kat bont*t. Ahkak redha je la...

Lepas tu..dalam nak dekat jam 10.00 pagi..diorang dah start suruh aku salin baju dan sorong aku atas katil bawak ke operation room..berdebar memang tak ingat la...risau aku masa nak suntik bius tu kan..aku pilih bius separuh..kiranya aku sedar la masa doktor tengah operate. Before tu ada pakar bius tu datang inform pasal bius tu kat aku... masa nurse bawak aku gi tempat nak check BP & heart beat before operate tu...nampak la ada sorang tunggu aku kat situ siap pakai mask...dengan baju bilik operation tu color biru/hijau, aku pun tak ingat...sekali rupanya suami aku...haha tak cam pulak bila dia dah pakai mask... hensem benau... kahkahkah.

So bila dah masuk operation room tu...pakar bius suruh aku duduk dan bengkokkan badan aku macam udang..sebab dia nak suntik tu kat tulang belakang (kalau tak silap la).. memang sakit jugak tapi takdelah sakit giler. Lepas dah masuk bius tu terus memang rasa kaki aku kebasssss. Kalau dalam movie mesti dah kuar ayat camni; "Arghh I can't feel my leg!!". Gitu lah.. pastu diorang baringkan aku dan suruh aku try gerakkan jari kaki..memang tak dapat gerak langsung la kan... masa tu baru diorang panggil suami aku duduk sebelah (tepi kepala)...so boleh la pegang-pegang tangan bagai...ahhahaha....

Lepas tu diorang masukkan tiub kencing untuk aku...memang tak rasa nyilu langsung... tengah sembang-sembang dengan Meorsoleh, masa tu dia cakap doktor dah mula belah dah perut tu. Haaa....memang tak rasa apa langsung. Sakit pun takde...yelah dah bius kan. Aku pilih Dr. Jeyaletchumi...sebab doktor ni perempuan dan doktor ni baik sangat soft spoken. Aku nampak jugak doktor tu dok tekan-tekan perut aku nak bagi baby keluar..dalam 10 minit macam tu alhamdulillah berjaya keluarkan baby boy aku...jam 11.41 pagi... doktor tu tunjuk kat aku suruh cek betul tak baby boy... lepas diorang balut dengan kain, Meorsoleh pun azankan untuk anak dia tu...terharu aku.. sob sob sob... dah jadi mak ayah dah kitorang ni..


Baby aku lepas tu diorang bawak ke nursery untuk dibersihkan dan semualah.. aku pulak still dalam operation room tu untuk doktor settlekan keluarkan uri, jahit dan bersihkan semua... lama gila sampai aku tertido..Meorsoleh cakap aku sampai berdengkur....haahahahha...penat sangat kut. Total bayaran semua RM7200...termasuklah bayaran untuk baby dan ibu...lain-lain tau bayarannya tu.. Dah pasni layan gambar je lah eh. Hehehe tak larat nak taip panjang-panjangggg.

Anak abah..tido pun dengan abah.. :D

Mami...nak susuuuuuuuuuu...


Budak masyam hensem ni diberi nama Meor Muizzuddin...just call him Muiz! :D
Semoga membesar jadi anak yang soleh ya. Aminnn....








Wednesday, September 23, 2015

My family 2015


Aku dah mula cuti sekolah...maka, terhasillah lukisan seperti berikut:


p/s: Semua dah jadi kurus....wakakaka
Kasik can la nak kurus.


Saturday, December 6, 2014

Jalan-jalan ke Kedah


Bila dah cuti sekolah ni, teringat la pulak masa kecik-kecik dulu. Asal cuti je mesti berjalan. Asal cuti je berjalan (bukan la maksudnya jalan kaki). Arwah abah aku dulu cikgu, so bila cuti sekolah, abah pun otomatiknya pun cuti, mak pulak memang after kawen terus berhenti keje (cikguuu jugakkk), memang berjalan sakan lah. Jadi, memang rasa pelik lah kalau cuti sekolah, tak bercuti macam sekarang. Rasa tak best. Haha. 

Kebetulan ada kenduri minggu lepas dekat Gurun satu, dekat Alor Setaq satu. Terus makcik aku ajak tido rumah dia. Seronokk lerrr hakuuuu tapi Meorsoleh takleh ikot la, keroje. Sobs.


Tahniah kak Nonyyyy! Awok lawo sangattt. Tapi takleh lawan yang baju purple beg hitam belah kanan tu lagi lawoo laa..kihkihkih


Lepas kenyang kat rumah kak Nony, serbu rumah Ummi pulak. Pengantin perempuannya kawan aku kat Mrsm Pendang batch 2001-2003, pengantin lelakinya pulak adik abang ipor aku...haaa memang tak lari mane lah. Tapi takdan bergambo dengan pengantin, pengantin gi shooting kat luar kot mase nih. Tapi takpe, aku tempek kan jugak gambar kenduri belah perempuan, Khal.


Yang belakang tu majoritinya ex-Mrsm Pendang. Hohoho. Tahniah Khal & Azfar!

Belanja polaroid satuuuuu

Lepas habis makan kenduri, mintak pakcik aku bawak pergi muzium, tapi muzium dah tutup, so dia bawak kami pergi rumah Tun Dr. M. First time pergi sini. Tak pernah pergi sebelum ni, teringin jugak nak tengok.

Ni bukan rumahnya, ni auditorium kut..lupa pulak.. rumah Tun boleh pulak aku lupa nak snap. Adehh




Beginilah bentuknya rumah Tun, lawa depa buat. Sepupu aku suruh teka antara model dalam ni, agak-agak yang mana Tun? Aku pun blur mana nak tau yang mana satu kan. Pastu dia kata cuba tengok paling kiri pakai baju sekolah :)

Ye tak ye jugak, bijok korang ni kan.

Dalam rumah tu ada bilik tetamu, bilik pengantin, dapur, meja tetamu, bilik bacaan pun ada! Sampai sepupu aku yg kecik tu pun terpegun cakap; "Bilik bacaan pun ada no, patutlah dia pandai."

Lepas dah puas tengok rumah Tun dan jugak muzium kat situ, kami pergi pulak menara Alor Setar.
Last aku pergi masa tu still sekolah rendah rasanya..kalau dah sekolah menengah pun mesti dalam umur 13, 14 tahun. Gila lama dah tak mai sini. 

Gayat woooo..


Posing dulu sebelah replika menara alor setaq ni tapi tertutup lakk, sipi-sipi je nampak. 

Cik Ta nak teropong sapa tuuu

View dari atas, nun jauh di sana penuh dengan sawah padi :)

Walaupun dah membedal makan di dua kenduri, tetap lapar jugak akhirnya... jadi pakcik aku bawak kami keeee Restoren Haji Ramli Nasi Kandar. Boleh tahan la sedapnya, aku makan burung puyuh goreng...heheh

Kena beratur dulu amik nasi dan lauk, baguihhhh.


********


Pagi esoknya, berjalan pulak ke Lembah Bujang dannn Tanjung Dawai. Awal-awal bangun cepat-cepat bersiap. Ramai kan rakyat yang ikut so baik aku mandi cepat-cepat...haahaaa malas nak berebut dengan budak-budak satgi.


Sawah padi! Aku macam teringin nak duduk tepi sawah padi ni sambil main layang-layang (walaupun tak pandai main, tapi takpe berangan bukan kena bayar pun kan). Kalau takde layang-layang, kipas warna-warni yang boleh pusing-pusing tu pun orait jugak.

Sepupu aku macam pelik tengok aku teruja nampak sawah padi sampai nak amik gambar segala. Depa dah boring tiap-tiap hari tengok sawah katanya...haaaa...yela korang duduk kat kedah..kak ani korang ni duk tengok pokok getah jee tiap-tiap hari. Hehehe


On d way nak mendaki tengok candi kat Lembah Bujang...sepupu aku tanya candi tu apa? Jenuh aku pun taktau maksudnya. Mujur ada teacher Anita.....heehehehe



Ada sungai kat sini, boleh mandi. Kalau nak solat, surau pun ada.


Aku tak paham betoi la depa ni, semangat berlari tau naik tangga ni..aku takdelahhh nak berlari. Korang panggil la macam mana pun.. I is letih okayyyyh. Biorlah kak Ani amik feel jalan slow-slow (padahal tak mampu berlari).



Pemandangan dari atas.



Candi Bukit Batu Pahat

Berjaya jugak aku kejar budak-budak nih. Sampai calar-balar kasut aku.


Lepas dah habis tengok semua candi-candi kat atas bukit tu...kami pun turun balik untuk masuk tengok dalam Galeri tu ada apa pulak...


Dekat sini dia paparkan dengan lagi detail la. Macam mana proses membina semula candi-candi tu, apa yang diorang jumpa dalam candi tu dan macam-macam lagi lah. Memang menarik..sekolah patut buat rombongan datang sini.

Lepas tu pergi lunch dekat Tanjung Dawai. Seberang tu Pantai Merdeka. Aku kalau datang sini teringat la lagu rock kapak yang sedap tu. Cinta Pantai Merdeka gituuuu. Masa pergi rombongan sekolah ke Pantai Merdeka ni, drebar bas tu duk pasang lagu tu laaa duk ulang-ulang, seb bek sedap. Tapi kali ni kami tak singgah lah pantai tu, just pergi Tanjung Dawai je shopping ikan masin.


Pantai tepi kedai makan. Berangin-angin je sambil lunch. Barulah namanya makan angin.


Lepas habis shopping ikan masin, pergi pulak singgah Pantai Murni..lawo jugak pantai Murni ni..lepak dekat kedai makan abc.

Yum yum

Dari sini nampak Pulau Bunting. Makcik aku bagi teka-teki kenapa orang panggil Pulau Bunting? Sebabbbb....nampak tak? Macam orang bunting yang tengah baring...kan?

Thank you cinca belanje kami dan layan kamii...seronok tul duduk rumah cinca...nanti kami mai lagi...hehehe....next cuti pulak no...:D

Okaylah sampai sini sajeee..
Esok-esok aku sambung lagi kalau ada pergi bercuti lagilahhhh...byebye :)







Saturday, November 1, 2014

Krabi Trip: Day 3 - Chang Puak Camp + Magic Eye Museum, Hatyai



Isnin, 15 September 2014.

Hai, lama tak update. Busy sangat now baru habis PT3, dan alhamdulillah dah habis menanda :)
Sambung entry yang lepas, lama dah dalam draft.

Hari last kami kat sini, lepas sarapan dengan packing barang, terus check-out. On d way nak ke Dannok, kami singgah dulu kat Hatyai untuk pergi kem gajah. Datang sini mestila kena tengok gajah kan, kalau tak rugi la pulak. Selalu tengok gajah pun dalam zoo jeeee.

Sampai Chang Puak Camp, hujan renyai-renyai, takpelah naseb baek tak lebat.

Pintu masuk

Di mana-mana saje boleh selfieee

Cak!



Masa ni aku tengah tunggu turn nak naik gajah tu.. Tapi dia bagi orang belakang aku naik dulu.
"Aaa..you guys must wait for the next elephant, the big one..." Cisss...tau la akuu ni 'kecik'. Hahah


Best jugak la naik gajah ni, serius gayat masa dia nak turun bukit, aku risau ter-menggelusur jatuh jeeee...tali lak satu je ikat kat perut..so memang kena pegang pemegang tu kuat-kuat. Tapi memang best laaaa sebab nampak gajah depan aku berak dalam air masa kitorang cross kolam kecik. Pluup plupp (bunyi tutt jatuh dalam air)..Bukan senang nak tengok gajah berak kan...hahahha

Lepas habis pusingg Chang Puak Camp, kami pergi ke Magic Eye Museum pulak. Museum ni lebih kurang macam Trick-eye Museum (klik sini) yang aku pergi masa kat Korea haritu tapi yang ni macam lagi banyak gambar boleh pose.




Kasut kena bukak tapi dia bagi kita stoking freee. Harga masuk 300 baht (lebih kurang RM30).
Scroll ke bawah laju-laju :)





Haaa..nampak real tak?





Pandai Alia pose..



My angel :D


Adess...macam mana la kaki aku tu salah letak :P



Spiderman dengan anak buah spiderwoman






Ooopss!













Bukan mumia tapi mumeor....hahhhahaha.

Okay, that's all for now..next trip lak? Sape nak belanje? Hehe :P




Labels

Abah (6) AgingBooth (1) Analogi (1) Anniversary (4) Assignments (1) Baby (4) Banner (1) Bff (4) Birthday (12) Bolat (6) Cartoon (6) Ceremony (4) Certain Somebody (2) Cikgu (7) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (4) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (69) Edit Pic (2) Email Grab (4) Emaressem Perndunk (6) Exam (3) Experiences (1) Facebook (1) Family (25) Father's Day (3) Feeling (2) Font (1) Freebies (10) Fwens (10) Gaji (1) Grrr... (9) Gundah (1) Hahaha (11) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (10) Hari Raya Haji (2) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (2) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (1) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Langkawi (1) Life (11) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Matrix (3) Meor Muizzuddin (2) Meorsoleh (6) Mepek (10) Mother's Day (4) Movies (6) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My Youth (3) MyVi (1) New Year (4) Novel (1) On the Road (1) Perihal Belog (1) Posting (1) Pregnancy (1) Ramadhan (1) Random (7) Resepi (4) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (4) Science (2) Sekolah (34) Seram (1) Sketches (2) SPM (1) Spontaneous Thursday (4) Sports Day (1) Spring Trip (7) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (1) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (1) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) UPSI (7) Vacation (13) Vector Images (1) Video (1) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (19) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...