Aku pun tak pasti boleh ke aku share cerita ni. But i really want to share it. Supaya boleh dijadikan pengajaran untuk semua. :)
Ianya berlaku pada Hari Bapa tahun lepas. Semasa arwah abah aku masih hidup lagi. Pagi Hari Bapa itu, aku bangun, disebabkan pukul 12am semalam aku tak wish lagi Hari Bapa dekat abah aku, maka pagi tu aku decide nak wish. Tapi aku ni ade penyakit pelik sikit. Yakni penyakit segan-segan ayam nak wish face-to-face. So aku mundar-mandir la depan abah aku...(punya segan nak wish ni). Kalau bagi sms laju je, tak segan.
Nak dijadikan cerita, tiba-tiba abah aku panggil aku, dan memarahi aku disebabkan suatu kesalahan yang aku buat, yang aku lupa dah ape dia(sebenarnye segan nak tulis). Tapi kesalahan aku tu memang patut dimarahi lah.
Disebabkan aku ni jenis bangsa yang cepat merajuk, maka aku pun merajuk la dengan abah aku sepanjang hari. Termasuk bermogok di dalam bilik tak keluar-keluar(kecuali time makan sebab jarang okkkk aku miss makan).
Merajuk punya merajuk punya merajuk, maka terlepaslah Hari Bapa tanpa aku sedari. Walaupun dalam hati kecil aku semacam menyesal sebab ego sangat taknak wish Hari Bapa dekat abah aku masa tu, tapi aku tenangkan hati aku dengan harapan, tahun depan boleh je wish lagi. So aku tak wish la Hari Bapa untuk tahun itu...
Sekarang pulak, bila dah nak masuk Hari Bapa ahad ni (19 Jun 2011), baru aku teringat kembali kisah aku merajuk setahun yang lepas. Ego aku yang terlampau sampai merugikan diri-sendiri... Macam-macam perasaan dalam jiwa aku ni, ada menyesal, ada terkilan, ada sedih, semualah.
Tapi sesal macam mane pun, aku tetap dah takda peluang nak wish Selamat Hari Bapa untuk abah aku.. sebab abah dah pergi selama-lamanya...Al-fatihah untuk abah. Maafkan ani, abah.
![]() |
| Me and my dad ;) |
Pesanan aku, hargailah orang yang anda sayangi sementara mereka masih ada :) Dan berbaktilah kepada ibu dan bapa selagi anda bernyawa...:)


