Khamis, 28 Mac 2013.
Ape kata layan je gambo dulu sebab sesungguhnya aku maleh nak menaip banyak-banyak :P
On d way nak naik train..sempat snap lukisan dekat dinding dia...
Laluan untuk roda beskal
Pemandangan dari dalam train
Perjalanan dia jauh jugak...2 jam kot? Lupa pulak. Sampai tertido-tido dalam tu.
Okay dah exit dekat Gapyeong Station..nampak tak teksi banyak yang menanti?
Ape-ape hal, kita gi sini dulu amik map :)
Gapyeong Station
Lepas tu, kami naik teksi untuk ke terminal feri yang nak ke Nami Island.
Okay sampai!
Meh beli tiket dulu :)
Cute~
Ticketnyaaaaa
Beratur untuk naik feri..
Jom ramai-ramai naik!
Malaysia tetap di hati :D
Seronok kitorang tengok ada bendera Malaysia kat atas feri tu
Kejap je perjalanan dia then sampai..kat situ pun ramai orang beratur yang dah nak balik
Saki-baki salji
Pokok-pokok winter sonata!!!!
Okay layan gambo lagi ye pasnih.
Nak buat love tak jadik haha
Kalau pergi time winter mesti lagi best!!! Next trip, winter pulak joms?
Poyoooooooooooooo!!! ^^
Boleh buat cover album....hehe
Dalam toilet ni..nyempat snap kehkehkeh
Siap ada buku kauuuuu. Seb bek aku xfaham...kalau tak, lagi lama laaa
Yang hijau tu botol-botol kaca
Tempat citer winter sonata..:)
Ini bukan salji ye rakan-rakan
Kalau jejalan dengan family elok la naik beskal ni! Mesti best reramai kayuhh
Bangunan baru nak dibina..
Kedai ni dia tampal semua gambar-gambar pelakon winter sonata.
haa tu diaaaaaa
Basikal ni diorang cakap basikal yang digunakan dalam drama winter sonata ittuuuwww
Tupai comel....tengok telinga diaaaa..banyak kot kt sini.
Aku paling suka pokok yang ni~~~!!
Statue hero n heroin winter sonata :)
Cak! orang ketiga muncul! Hikhikhik
Love triangle gituuuuww
Lama gak masa ambil untuk pusing-pusing satu pulau tuuuuu...bila dah penat n lapar...maka kami pun pulangggg...naik feri yang sama dan teksi balik ke gapyeong station :)
Lepas tu pergi Namdaemun!
Namdaemun ni tempat untuk beli kerongsang yang comel-comel plus murah-murah..ada satu kedai tu dia biasa jual beli dengan orang Malaysia..memang murah gila boleh dapat kerongsang dia..
Gerai makanan sepanjang jalan kat situ
Haaaaaaa...silau mataaaaaaaa!!
Pilih-pilih hehehehee kerongsang aku beli 3 set jer..untuk aku, mak dan mak certain somebody.
Kakak-kakak aku belikan cincin, yang lelaki pulak tak payah lah. Haha
Lepas tu, balik Itaewon, kaki lenguh sungguh berjalan sepanjang hari. Singgah kedai makan bibimbap!!
Bibimbap ni kalau korang lambat gaulkan lauk-lauk dan lambat makan nanti nasi dia berkerak..sebabnya periuk hitam dia tu panas bebenorr..lepas tu, aku tuangkan sup tu dalam nasik, sekali kena tegur dengan tuan kedai, katanya salah makan macam tu....hahaha... ko kena suap nasik tu dulu, then baru hirup sup tu guna sudu...selang seli gitu...tak boleh campurkan sup tu dalam nasik tu terus... manalah aku tau...aku kan gelojohhh.
Ni la tuan rumah kami, Mr. Gae.. dia datang nak confirmkan yang kitorang balik esoknya....sebab dia nak hantar pekerja kemas bilik kitorang...
Malam tu lapau lagik..makan megi!!! Hihihi
Okay esoknya kami dah nak balik Malaysia...rasa tak puas pulak jalan-jalan..nak pergi lagi boleh? :)






















