*baru perasan entry ni lama gila dalam draft lupa nak publish*
Isnin, 12 November 2012.
Yeay! Lepas dah habis kenduri, ni lah masanya untuk kami berjalan-jalan makan angin pulak. So, we decide to go to Sarawak Cultural Village. Kampung Budaya. Sepanjang perjalanan tu aku tidur je. Tersedar pun masa Poli berentikan kereta nak tanya arah.
Finally, jumpa jugak Kampung Budaya nih :D
This is the main entrance.
RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak.
Lepas masuk je, terus aku pergi cari toilet. Punyalah menahan lama dalam kereta. Hujan renyai-renyai pulak tu. Memang sejukkkkkkk. Kami sewa beberapa payung jugak la sebab nak berjalan dalam tu time hujan, kena la berpayung kan. Baju hujan plastik pun ada jugak kami beli.
My aunt.
Mula-mula jalan nampak jambatan ni! Excited aku! Memang semestinya nak cuba panjat dengan berjalan atas ni! Hehe. Materialnya dari buluh. Aku risau je kalau-kalau jambatan ni tak dapek nak menampung berat badan aku..kehkeh.. tapi okay je jambatan ni, kuat! Naik ramai-ramai pun takde hal.
"Hai Porin, nak pergi sekolah ke? :P"
Pona dengan Mak cumil je pakai baju hujan.
Dah ala-ala jubah Harry Potter pun adaaaaa.
Rumah Bidayuh
Rumah Iban
With Orang Iban.
Yang best dekat rumah Iban ni adalahhhh........ boleh sewa baju untuk bergambar! Kalau tak silap aku RM10 untuk seorang.. Makcik aku sewakan untuk semuaaa sepupu aku yang bawah umur niii. Memang smart habis! Tengok gambar kat bawah ni.
*gambar diambil dari fb sepupu
*gambar diambil dari fb sepupu
Tangga ni nak turun gayat, kalau naik, laju jeee... Hehehe
Rumah Penan.
Boleh cuba menyumpit. RM1 untuk 3 kali cubaan.
Rumah Orang Ulu
Pona with salah satu alat muzik dalam rumah Orang Ulu.
Rumah Melanau
Rumah Melayu
Rumah Cina
Rumah Melayu dengan Rumah Cina ni aku sempat lalu jeeee... hehehee.. Sempat la snap pic dari luar je sebab aku nak kejar masa. Sebab jam 11.30 am, ada persembahan dekat teater dalam Kampung Budaya tu jugak. Persembahan tu ada 11.30 am dengan 4.00 petang. So kalau lambat, takde lah tempat kan, sebab orang ramai. Tapi bila sampai je dalam teater tu, tengok diorang dah copkan tempat~~~ Legaaa~~~ :D
Orang ni buat tarian helicopter...hebattttttt!
Hahaha persembahan ni lah paling kelakar. Orang ni sikit pun tak bercakap, buat lawak guna mimik muka dengan body language je, tapi lawak diaaa memang habis satu teater tu bergelak. Best sangat-sangat!!
Lepas habis persembahan kat Kampung Budaya tu..then kami pun pergi makan. Perut pun dah berkeroncong. Haruslah makan, kannnn. Singgah Serimah Enterprise ni..ada satu kedai makan.
Masa ni, nasik makan tengahari dah selamat dah dalam perut. Pastu pi order lagi Mee Kolok (tak pasti sebab lupa la nama dia). Memang sedap gilerrrrrrrrrrr!!! Rasa macam megi sup gituuu tapi sedap la.
Snap mee ni dekat-dekat sikit.
Dan lepas makan, kami pun balik ke bandar Kuching...sebelum balik rumah sewa tu, kami jejalan dulu beli barang kat India Street tapi takde gambar pulak yang aku snap. Aku borong tshirt kat situlah.
Lepas India Street, baru kami jejalan kat Waterfront. Ambil-ambil angin.
Sekali teringin nak naik boat, maka jommmmmmm lahh naikkkk beramai-ramai.
Lepas balik dari Waterfront, lepak makan dekat Topspot Food Court. Kat sini kita boleh pilih nak lauk mentah ape, pilih ikan, ketam ker, sayur, macam-macamlahhh.. pastu kita bagitau je nak diorang masak macam mane.
Umai-umai (tak tau eja betul ke tak)
Mak aku suka betul makan makanan nii...
Aku duk meratah ketam ni lahhh. Sedappp!!
Okay, bersambung lagi pada minggu hadapannnnnnn ye murid-murid....