Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Mother's Day. Show all posts
Showing posts with label Mother's Day. Show all posts

Monday, May 13, 2013

Mei



Hari ni hari mak. Setiap hari ahad minggu kedua Mei. Dengar kata tak boleh celebrate, ye ke? Tapi wish je kat mak boleh lah kot kan. So here it is: 


Dan 7 Mei lepas my besdayyy. Tak sangka dah 25 tahun. Alhamdullilah still bernafas kat bumi Allah ni.. Bila dah tua (umur je tua, jiwa remaja lagi wakakka) ni, tak rasa excited pun. Taktau la tak excited ni sebab dah matang or sebab lain. But thanks a lot for all the wishes.. saje hide wall post kat facebook sebab nti ramai2 komen adehh malas nk reply (amboih bajet retis sangat kan). Haha..actually nak tengok sape yg sanggup usaha lebih untuk wish selain fesbukkk tu..eceh. Student kelas tingkatan 2 haritu pun bila aku masuk kelas, terus nyanyikan lagu besday. Malu mak, noks! Rase nak nyorok bawah meja..tapi malu2 pun sukaa.... haih..ape-ape pun, May should be my favorite month but this year tak kot.. 






Wednesday, May 16, 2012

Perak, Hari Guru dan Hari Ibu!


Masa mula-mula check nama tu, aku kena posting fasa ke-2. Frust tak payah nak cakap la. Dia punya frust tu macam nak apply masuk AF tapi tak dapat (ini contoh). Tapi dah ditakdirkan fasa ke-2 so terpakse telan je. Jeles tu jeles jugakkk tengok kawan-kawan yang dapat fasa 1 bole lapor diri 23 Mei nii.. Kalau fasa ke-2 ni kena lapor diri bulan 7. Lama gila tunggu nak kerja sampai rasa nak kawen. #eh. 

Mak aku siap suruh pergi daftar kelas menjahit lagi tau. Dah daftar dah pun. Seminggu 3x. Isnin, Selasa ngan Jumaat. Pukul 2.30 pm sampai 5.00 pm. Siap beli barang semua lahhh nak cecah 50 hengget dah barang2 menjahit tu. Tak termasuk kain pasang. Kain pasang pulak dapat 23 hengget 4meter. Aku kebas tigaaa jenis.

Barang-barang nak menjahit.
Thanks Mum!

Sekali Selasa lepas aku check2..dapat penempatan kat Perak and yang bestnye tarikh lapor diri 23 Mei. Rasa nak terbang tinggi-tinggi. HAHA. Abg aku cakap ni la berkat kesabaran selama ni. Padahal dia tak tau adik dia hari-hari duk merempan. Errr... Hehe At last! Dapat jugak penempatan. Alhamdulillah.


Jeng jeng jeng.
Thanks Kpm!

Dan tak lupa jugak nak wish Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru, bakal guru (ehem) dan jugak bekas guru di serata dunia! Tanpa guru siapalah kite kan? Nak menaip pun tak gheti. So di sini saye nak ucapkan terima kasih untuk bekas-bekas cikgu saye di Tadika Kemas (1994), Sekolah Rakyat (1995-2000), SK Tan Sri Ghazali Jawi (1995-2000), SMK Sultan Idris Shah II (beberapa bulan, 2001), Mrsm Pendang (2001-2003), Mrsm Taiping (2004-2005), Kolej Matrikulasi Perak (2006), UPSI (2007-2011) dan jugak Sekolah Memandu MK Mulia Gerik..tanpa anda, saye takde lesen memandu tau! Thanks a lot! :))) Tudiaaa ucapan nak kalahkan retis.

Dan jugak tak lupa untuk arwah ayah saye pun cikgu tau. Mak saye pun cikgu. Tapi lepas kawen dengan ayah saye, mak berenti jadi cikgu. Cikgu BI lagi tu tapi anak dia ni nak speaking pun terketar-ketar. Heee



Selamat Hari Ibu Mak!!
Nanti dah kerja Ani belanje Mak kain pasang, blouse, tudung, 
as many as u wish. 
Amboih. :D

Till we meet again. Bye!


Tuesday, May 11, 2010

Mengenang kembali. Banyak kali.


Masa aku umur dalam 1 tahun lebih, masa tu aku tak reti bercakap lagi. Aku masa tu semangat pegi cari mak kat dapur. Nampak je mak tengah masak, aku pun suruh mak tanggalkan suar kecik (masa tu pakai tu je). Lepas je aku dah berb*g*l, mak tak tau aku pegi mana. After masak, mak jenuh cari aku satu kampung tak jumpa-jumpa. Memang mak penat dah cari dekat semua rumah kot kot aku ada maen dengan anak jiran ke kan. Semua cakap tak nampak aku.




Mak dah panik gila. Sekali ada sorang makcik ni cakap, dia nampak aku jalan sorang-sorang pegi sungai. Bila mak sampai je dekat sungai sekali kauuuuuuuuuuuuuuuuuuuu aku tengah syok mandi sorang-sorang. Nampak je mak datang, aku tepuk tepuk air sungai tu sambil wat gaya ajak mak mandi sekali. Punya hepi okkkkkk?? Aku tak tau mak time tu punya risau gilaaa.




Aku ni pulak waktu zaman tadika memang penakut yang amat. Takut hantu. HAHA. bangang je. Padahal sekarang pun sama, nak tido sorang-sorang lampu wajib pasanggggggg okk. Masa tadika tu, asal aku nak pegi tandas malam-malam je mesti nak berteman. Padahal tandas depan bilik je. Punyalah penakut. Tambah tambah abang aku selalu cakap umah kami dulu tu ada hantu paku. Sampai aku darjah 6 baru aku tau die tipuuuuuuuuuuu okay.




Berbalik kat cerita tadi, bila nak masuk tandas kompem-kompem la aku ajak mak aku kan. So, one day ni, mungkin mak aku dah busan asik teman aku je kan. So bila aku cakap, "Mak, ani nak k*ncing, takottt ade hantu..kalau g sorang.."




Pastu mak aku dengan slambernye menjawab; "Pegi je k*ncing sorang-sorang, beranilah ckit, kalo ade hantu, bagitau mak cepat, mak datang. Nanti mak tendang dia..."




HAHA mak memang sempoi.




Time kaseh mak!! :D



Sunday, May 9, 2010

7 May 2010: Jumaat, penghulu segala hari.

Salam semua.


Ape kabar anak-anak murid cikgu sekalian? Erkk.. berlatih jadi cikgu jap. Almaklumlah, 21 Jun ni aku kena buat ROS kat satu sekolah menengah ni (nama sekolah adalah rahsia). HAHA poyo gila nak rahsiakan nama sekolah.. kalo nak taip name sekolah tu, aku takot kang cikgu-cikgu/students kat sekolah tu nanti, jumpa url blog aku kalau depa search name sekolah depa kt pakcik google. Haaa..kan ke nanti segan? Tak boleh nak kutuk-kutuk dah. Eh (?)


Harini hari apa kawan-kawan? (kawan-kawan pulak, tadi murid-murid. Gila karangan terbabass, kalau cikgu Yusof baca kompem kena panggil gi pejabat.)


Ok. Berbalik ke niat asal entry ni. Aku tanye lagi sekali. Hari ape ni kawan-kawan? (9 May 2010).?


Okkkk betul. Hari Ibu. Sempena hari yang mulia ni, aku nak wish utk semua ibu selamat menyambut hari Ibu terutamanya Ibu aku, Puan Fahziah, a.k.a. Mrs Padil. Kerana tanpa pengorbanan beliau, tiadalah aku kat dunia ni. isk isk. sedih pulak rasanya.



My mummy :) Luv u so much mum.



Kami adik beradik pompuan bersama mrs padil, eh jauhnye mak?



Aku nak cerita pasal birthday aku 7 May haritu sebenarnye, tapi semua idea ilang dah. Ni sumer sebab ade pocong kat TV. Tertengok lak. Dah la sekarang pukul 1.50am. @$#%$^%(@@#@!!!


Semenjak ade fesbuk ni, sikit je kawan yang wish birthday aku by sms. Yang lain semua wish ikot fesbuk. HAHA senang. Dekat fesbuk, mana yang tak kenal pon main bantai wish je. Juling mata aku jap tadi nak mereply semua. (bajet fofular) Seronok seronok. :D


Masuk je pkul 12am, (7May tu) aku terus kunci pintu. Duduk senyap-senyap dalam bilik. Aku takut kena macam sem lepas, kena serangan bedak sampaikan laptop aku pon turut berbedak. So tahun ni, aku amik langkah selamat, aku kuncikan diri dalam bilik (umah sewa). Kol12 lebih aku dengar ade orang ketuk. Haaaa sah! nak kenakan aku la tu. Aku buat-buat tak dengar+tido. Nak dekat pkul 2 am, baru aku keluar.





Aku: Sape yang ketuk pintu aku tadi?

Yati: Che kam rasanya, tadi napok dia naik atas.

Aku: Oii che kam. Awaitnye ketok pintu aku tadi? HAHA

Che Kam: Saja je la aku nak tengok ko wat ape sorang-sorang dalam bilik. Buat apa tak kuar-kuar?

Aku: Eh yeke? Bukan ko ketuk tu sebab nak kenakan aku ke?

Che Kam: Kenakan sebab ape pulak?

Aku: Birthday aku ler. Aku ingat ko ketuk tadi sebab nak baling bedak ke, telur tu, tu sebab aku kunci.

Che Kam: LAA HARI NI BIRTHDAY KO KE??








Sile bersedih di dialog terakhir ye di situ.

p/s: Jangan mara eh Che Kam publish lak name ko. :D



Ni kad yang ili n yati bagi :) thnks korangg.



Untuk ROS: Rncgn Orientasi Sekolah.



p/s2: Aku sekarang masuk sekolah balik. Sekolah memandu (=_=).
p/s3: Thanks to certain sumbody :) Happy.

Labels

Abah (6) AgingBooth (1) Analogi (1) Anniversary (4) Assignments (1) Baby (4) Banner (1) Bff (4) Birthday (12) Bolat (6) Cartoon (6) Ceremony (4) Certain Somebody (2) Cikgu (7) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (4) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (69) Edit Pic (2) Email Grab (4) Emaressem Perndunk (6) Exam (3) Experiences (1) Facebook (1) Family (25) Father's Day (3) Feeling (2) Font (1) Freebies (10) Fwens (10) Gaji (1) Grrr... (9) Gundah (1) Hahaha (11) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (10) Hari Raya Haji (2) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (2) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (1) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Langkawi (1) Life (11) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Matrix (3) Meor Muizzuddin (2) Meorsoleh (6) Mepek (10) Mother's Day (4) Movies (6) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My Youth (3) MyVi (1) New Year (4) Novel (1) On the Road (1) Perihal Belog (1) Posting (1) Pregnancy (1) Ramadhan (1) Random (7) Resepi (4) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (4) Science (2) Sekolah (34) Seram (1) Sketches (2) SPM (1) Spontaneous Thursday (4) Sports Day (1) Spring Trip (7) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (1) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (1) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) UPSI (7) Vacation (13) Vector Images (1) Video (1) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (19) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...