TAHNIAH JIKA ANDA MENJUMPAI LINK INI 😂😂😂
P/S: BACALAH DENGAN BERLAPANG DADA DAN BERFIKIRAN POSITIF YA. 💖
MY PANDORA JOURNEY
Sebenarnya keinginan aku untuk kumpul charms ni dah lama. Baru sekarang aku bertatih jugak sikit-sikit untuk kumpul. Harapan aku dalam sebulan sekali, dapat beli satu charms sampai penuh rantai tangan Pandora. Charms ni terbahagi kepada dua iaitu bead dan dangle. Bead yang berlubang di tengah-tengah supaya senang nak susun dalam rantai tangan. Dangle pulak jenis tergantung, ada penyambung bulat supaya senang nak masukkan juga ke dalam rantai tangan.
Aku upload di sini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, tetapi hanya sebagai rujukan untuk aku di masa akan datang. Mana tau kalau aku nak jual semula mana-mana charms tu, jadi aku boleh rujuk di sini berapa berat dia dan harganya semasa aku beli tu.
1/12/2020
Pertama sekali, sebelum nak kumpul charms, mestilah kena ada rantai tangan Pandora kan. Aku pernah baca dalam satu post ni (tak ingat dah dekat mana), sebelum beli rantai tangan Pandora ni, kena ukur dulu saiz pergelangan tangan, dan kita kena tambah 2 - 3 cm dengan saiz pergelangan tangan kita tadi, kalau nak kumpul penuh satu gelang untuk letak beads atau charms tu. Jadi, ukuran ketat pergelangan tangan aku adalah 19 cm. Jadi, aku kena beli rantai tangan Pandora ni, size 21 - 22 cm macam tu.
Aku beli gelang tali biasa je dulu, bila dah penuh, baru aku tau berapa size sebenar rantai tangan Pandora yang aku perlu beli dan masa tu, baru aku beli yang emas punya. Lagi tips yang aku dapat dari group Pandora dekat FB, kalau nak kumpul charms penuh, berat rantai tangan tu kena lebih dari 10 gram. Rantai tangan Pandora ni, hanya boleh tahan 3x ganda berat dia. Jadi, kalau beli yang beratnya 10 gram, dia boleh tahan berat charms dalam 30 gram. Beli yang padu (jenis snake skin) lagi bagus supaya tahan lasak dan susah nak putus. Tapi, awal-awal ni, aku beli leather bracelet je lah dulu dari Shopee. Hehehe.
Size: 21 cm
Harga: RM 40.00
Kotak Pandora ni aku beli dari Shopee juga.
Harga: RM 18.00
28/11/2020
Baru teringat yang aku beli dangle Hello Kitty ni dulu, baru aku beli wire bracelet dengan kotak Pandora tu. Hehehehe. Inilah dangle pertama yang aku beli. Semestinya bertemakan Hello Kitty my favourite!!!
Berat: 1.62g
Harga: RM 506.00 (tak termasuk pos)
11/3/2021
Bead pertama yang aku beli, harus ler Hello Kitty juge. Yang ni aku pilih yang ada enamel. Enamel tu yang warna - warni dekat Hello Kitty tu. Setahu aku, emas yang ada enamel ni, kalau jual semula, harga dia akan turun. Sama macam emas yang ada batu permata. Kalau jual semula, macam tak berapa laku kan. Tapi kalau jual dekat orang lain, rasa laku jer asalkan masih cantik dan berkilat, mesti ada yang berkenan. Tapi sebab Hello Kitty ni comel sangat, ada enamel pun takpelah...sebagai penyeri dekat rantai tangan Pandora nanti kan. Hehehe lagipun sape nak jual balik bead Hello Kitty ni?? Hello? Hello Kitty kot! I won't let you go gittewwww. 😻
Berat: 1.91g
Harga: RM 570.00 (termasuk pos)
16/3/2021
Beli lagi bead dari seller yang sama dengan Hello Kitty di atas. Hehehe. Hello Kitty jugak. Hello Kitty yang ni ada dua muka tau. Satu muka yang ada bunga warna pink, sebelah lagi satu, muka yang ada ribbon warna merah. Cute sangat!!!
Bunga warna pink
Berat: 1.27g
Harga: RM 418.00 (termasuk pos)
Ribbon warna merah
18/3/2021
Yang ni beli dari seller lain. Jumpa seller tu punya channel telegram dekat dalam group Pandora di FB. Puaka group tu....macam-macam depa jual charms comey-comey. Kali ni, aku beli bead Tinkerbell sebabnya aku memang suka citer Peter Pan dan watak yang aku suka semestinya Tinkerbell. Comel sangat. Seller tu bagi diskaun 70 sen tu hehehehehe.
Berat: 1.45g
Harga: RM 390.70 (tak termasuk pos)
Hari yang sama, aku beli beads Rainbow ni dari seller lain. Tak tahan nengoknye, comel sesangat!!! Aku pulak memang suka pelangi. Tapi frust jugak lepas beli Rainbow yang ni, terjumpa pulak seller lain yang jual lagi murah, sebab beratnya kurang sikit dari yang ni. Adehhh. Dah terbayar takkan nak mintak balik duit. Tapi, tetap puas hati sebab cantik sesangat!!!💖🌈
Berat: 1.71g
Harga: RM 480.00 (termasuk pos)
22/3/2021
Dangle Hello Kitty ni pulak aku beli sama tarikh dengan yang bead Hello Kitty yang first tu (11/3/2020), tapi sebab dia sampai lambat...baru harini sampai ke tangan aku. Risau jugak la takut kena tipu. Alhamdulillah dapat juga setelah seminggu lebih menunggu. Yang ni aku beli preloved je sebab ada orang dalam group Pandora FB tu nak let go...dia jual balik RM 229/g...aku pun apa lagi, tengok Hello Kitty kan...off coz tergoda. Tapi bila dapat agak kecewa jugak la sebab dia macam kosong di tengah-tengah tu, bunyi jadi kuat la bila berlaga-laga dengan dia punya penyambung bulat tempat masuk rantai tangan tu. But I still love you, Hello Kitty!!!
Berat: 1.78g
Harga: RM 407.00 (tak termasuk pos)
26/3/2021
Kali ni, aku beli bead Buttercup. Bead Buttercup ni bentuknya macam kelopak bunga Rose. Aku suka jugak bunga Rose ni. Hehehe..bunga favourite mak dan mak mertua aku ni. Kiranya semua charms yang aku beli mestilah ada kaitan dengan life aku dan benda-benda yang aku suka. 🌹 Harga termasuk pos sebenarnya RM423.98, tapi seller tu bagi diskaun jadi RM420...alhamdulillah.
Berat: 1.53g
Harga: RM 411.98 (tak termasuk pos)
Hari yang sama jugak aku beli bead Hello Kitty lagi okay. Tapi kali ni, yang full gold punya takde enamel or batu permata. Berat sikit kali ni...hampir 2 gram. Aku kalau boleh takmau bead yang berat-berat sangat takut rantai tangan tu nanti tak tahan. Tapi sebab ni Hello Kitty, terpaksa le beli. Buat koleksi Hello Kitty...hehe. Harga asal termasuk pos adalah RM 537.40..tapi seller bagi kurang sampai RM 535.00.
Berat: 1.94g
Harga: RM 524.40 (tak termasuk pos)
Yang ni pulak antara yang paling berat pernah aku beli. Berat lebih dari 2 gram. Mak aiii.... sebab Hello Kitty kan... mesti kena ada koleksi yang ni. Rare sangat. Yang ni aku beli bead Kitty Bear. Comel sangat! Fengsan mak, nak! Harga termasuk pos asalnya RM799...tapi dapat kurang lagi sampai RM795. Seller bagi diskaun....hehe. Seller tu pun kitty lover gak.
Berat: 2.87g
Harga: RM 791.00 (tak termasuk pos)
28/3/2021
Selain bunga ros, aku jugak suka bunga matahari dengan sakura. Tapi bunga matahari punya bead bagi aku tak berapa nak comey. Belum jumpa lagi la bead matahari yang berkenan di mata aku. Tapi bead Sakura memang ada jumpa. So cute! Seller ni tulis nama bead ni Daisy Pink and White Enamel. Tapi aku nengoknye macam bunga sakura. Takpelah, janji dapat jadikan koleksi! Ringan je yang ni, bawah 1 gram. Harga termasuk pos adalah RM276.18, lepas tu, seller bagi genap RM276 jer. Tapi aku mintak kurang lagi, dapat la kurang lagi singgit. Jadi, RM275 😆
Berat: 0.82g
Harga: RM 263.18 (tak termasuk pos)
Aku jugak beli bead Budget Bag Leboy. Teringin jugak ada satu handbag dalam koleksi ye dok. Dah namapun perempuan, mesti lah suka handbag. Tak dapat beli handbag betul, beli bead dia pun jadi ler....hehehe. Tapi aku rasa macam tak berapa berkenan dengan bead ni...maybe one day nanti aku track-in kut bead ni untuk beli bead pattern yang lain.
Berat: 1.15g
Harga: RM 333.00 (tak termasuk pos)
29/3/2021
Kali ni aku beli dangle Wife, mom, boss pulak. Sebabnya aku seorang isteri, mak dan jugak boss dalam rumah ni. Hahahahahahaha okay, tak lawak pun. Bagi pencinta charms, aku rasa wajib ada dangle Wife, mom, boss ni sebagai koleksi. Rase tak lengkap kalau takde dangle ni. Gittewwww.
Berat: 1.00 g
Harga: RM 284.00
31/3/2021
Aku beli pulak bead double crown...selalu usha dalam group fb dengan telegram..selalunya harga dia mesti lebih dari RM400...tapi kali ni aku jumpa yang below than that. Dapat RM397 dan dapat less lagi RM10 sebab ada offer haritu. Jadi RM387 lah...ini tak termasuk postage ye. Aku pilih yang dua color...gold mix dengan chrome. Cantek juge hehehe.
Berat: 1.42g
Harga: RM 387.00 (tak termasuk pos)
3/4/2021
Teringin pulak tengok bead castle. Yang ni jenis hardgold tau..hardgold ni selalunya size dia beso sikit dari gold biasa, tapi lebih nipis. Jangan melasak sangat kot kalau nak pakai hardgold ni..dan juga hardgold ni kalau berlaga-laga akan berbunyi bising sikit. Tapi selalunya hardgold ni designnyaa cute bebeno...tu yang tak tahan tengoknya. Suke castle...fefeeeling macam ala-ala princess gituuuu. Hihihihi
Berat: 0.61g
Harga: RM 262.00 (termasuk pos)
Beli lagi hardgold punya pattern...kali ni aku beli bead kereta labu...ataupun pumpkin carriage. Hehehe dulu-dulu masa kecik kan teringin nak jadi macam Cinderella. So, kereta labu ni menggambarkan impian aku masa kecik-kecik dulu ler. Aku beli sebab selalunya harga dia atas RM300 tau...ni dapat RM299..jadi lerrr....ehehehhe janji bawah 3 ratus.
Berat: 0.87g
Harga: RM 299.00 (termasuk pos)
18/4/2021
Kali ni aku beli bead hardgold lagi...pattern clock. Lama dah usha nak beli clock ni...selalunya habis stock dan seller yang aku percaya tu kehabisan stock juge... ade je seller lain jual tapi aku macam takut nak percaya. Lepas tu, tetiba tengok story seller yang trusted tu, masuk stock clock baru...ape lagi memang lock awal-awal ler bead tu. Dapat ler seketui.
Berat: 0.70g
Harga: RM 287.00 (termasuk pos)
Okay, hari ni aku beli pulak bead pattern handbag yang lain. Tengok cute sangat haaa. Aku beli dari seller yang jual bead pumpkin carriage tu. Memang trusted seller ni dan sangat pantas penghantarannya. Harga termasuk pos dah ni.
Berat: 0.65g
Harga: RM 272.00 (termasuk pos)
Sempena besday aku pulak harini, aku hadiahkan diri aku sendiri seketul bead perfume. Hahahaha. Suka sebab design dia cool dan elegant gitu. Beli dari seller yang iklan dalam group pandora fb. Banyak aku beli dari seller dalam tu..tapi pastikan yang trusted jela. Cek dulu akaun dia dan boleh verify dalam group tu. Harga tak termasuk pos.
Berat: 2.07 g
Harga: RM 565.00 (tak termasuk pos)
Dan jugak, aku beli lagi seketul bead Kitty. Hihihi. Bead yang ni ringan je sebab hardgold. Tapi sebab design Kitty kan, kena beli 😘 Harga dah termasuk pos.
Berat: 0.58 g
Harga: RM 259.00 (termasuk pos)
Esoknya, aku beli bead girl boss ni. Duk usha seller selalu up, nampak macam cun je bead ni. Tapi macam mahei. Sekali tengok dalam group pandora fb tu ada orang nak let go bead dia. Harga dia tawarkan dalam RM380 sekali pos. Tapi, aku wasap dia mintak kurang lagi boleh ka...dan dia bagi RM360. Terus lock hihihihi.
Berat: 1.48 g
Harga: RM 360.00 (termasuk pos)
Masa ni, aku duk mencari safety chain pulak. Sebab benda wajib yang ada kalau nak berpandora, supaya kalau pandora korang terbuka ke, terputus ke, at least dalam menyelamatkan anak-anak dora tu daripada terjatuh atau tercicir. Anak-anak dora ni dah la kecik-kecik, kalau jatuh, payah nak jumpa. Aritu pernah terbaca post dengan group pandora fb tu, yang ada sorang ni, dia mandi kolam pakai pandora tu, sekali terputus dia tak perasan, ada beberapa ketul anak dora dia yang jatuh dalam kolam tu...dapat jumpa beberapa ketul je, xdapat jumpa semua... jadi aku pun risau bila baca ni. Maka, marilah kita mencari safety chain...mudah-mudahan selamat anak-anak doraku.... Aku jumpa safety chain yang panjang dalam 7.5 cm. Puas hati sangat dengan safety chain ni sebab panjang. Aku kan lengan beso, jadi safety chain tu kena panjang. Kalau dak, payah nak keluarkan dan masukkan gelang pandora tu. Harga ni sekali pos.
Berat: 1.19 g
Harga: RM 368.00 (termasuk pos)
Aku punya pandora hampir penuh dah..ada dua bead yang aku nak let go. Jadi aku boleh beli lagi dua bead yang baru. Kebetulan, marka aku tu bagi hadiah besday RM1000. Jadi boleh ler aku beli dua bead tu.....hehehehe tengkiu @meorsoleh. I lap you. Aku selalu tengok seller up gambar bead baru nama Angel Wing & Mom. Mula-mula tak berkenan tengok pattern tu...lama-lama tengok eh macam lawa pulak. Lock lah satu. Seller bagi diskaun 70 sen tu hehehehe.
Berat: 1.9 g
Harga: RM 523.70 (tak termasuk pos)
27/5/2021
Dan bead last yang aku beli adalah bead starlight. Dekat seller yang trusted aku selalu beli tu ada jual bead ni..tapi mahei ler...sebab berat. Dalam RM800 gak laa....so aku cam errr takpelah dulu. Kebetulan pulak, dekat fb pandora tu ada orang nak jual bead sebijik macam dalam gambar seller tu up dalam group, dan jauh lagi murah...dia letak harga RM640. Aku mesej la dia dekat messenger mintak diskaun....hehehe...sekali dapat RM600...bolehlah..kiter lock. Harga termasuk pos. Bead ni, kalau tengok betul-betul, batu permata dia tu macam color pink je kan? Memang cun lah! Jadi, penuh dah la pandora aku...tinggal nak beli gelang pandora tu jer...akhir tahun nanti kut...insyaAllah.
Berat: 2.37 g
Harga: RM 600.00 (termasuk pos)
Akhirnya setelah setahun lebih, barulah aku dapat beli rantai tangan pandora. Susah nak dapat size tangan aku ni sebab besar kan 21 cm. Jadi, aku tempah dekat kedai emas, aku beli rantai tangan pandora cangkuk lobster sebab senang nak buka dan tutup. Kalau tempah ni, lambat la sikit dapat. Aku order 7/8/22, 22/9/22 baru rantai tangan aku siap. Tapi berbaloi sungguh tunggu sebabnya bila susun bead/charm memang cuns habis. Hehehehe. Dapat berat lebih dari 10 g dan harga bawah 3K memang suka la aku. Alhamdulillah...💕
Berat: 11.33 g
Harga: RM 2889.00
Konon insaf dah taknak cari bead/charm yang baru. Sekali aku terjumpa bead Hello Kitty Crown! Sangat comels. Aku terpaksa la beli sebab cute sesangat. Lepas ni aku berazam nak gantikan bead/charm yang takde spark dah dalam jiwaku ini kepada bead/charm Hello Kitty sahaja. Hehehe syoknyaaaa kalau jadi kenyataan!
Berat: 2.05 g
Harga: RM 631.00 (termasuk pos)
27/5/2021
Inilah dia pandora aku....sebenornye bukan pandora je kan...gdora ada, masdora ada, altin aurum ada dan lain-lain brand yang aku tak berapa pasti namanya. Cukuplah satu gelang je kumpul...seksa okay nak kumpul bagi penuh..sebab selagi tak penuh, selagi tu tak lena tidur... Bead hunting dari akhir tahun lepas sampai la akhir bulan Mei...no more charm hunting lagi dah..lepas ni kita aim nak beli gelang pandora tu...rasa macam berkenan jenis Chomel dari Tomei. Lawa sangat! Kalau ada rezeki lebih, nak beli...tengoklah camne.
1. I love you! 😍😘💖
21/10/2022
2. Susunan bead/charm aku sekarang 😍
Okay, akan bersambung lagi nanti ya! 💗💗💗
No comments:
Post a Comment