Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Tutorials. Show all posts
Showing posts with label Tutorials. Show all posts

Thursday, February 2, 2012

Tutorial Lukis & Warnakan Doodle Muslimah :)



Hari ni aku nak tunjuk tutorial macam mane nak lukis doodle guna adobe photoshop.
Sangat kacang je! Tapi doodle aku tak la secomel mana. Err..korang layan aje ok?

SEGMEN MELUKIS

1. Klik file>new

2. 1) Tukar name tu kepada apa2 yang korang suka.
2) Ubah contents tu kepada 'transparent' 
*ini penting untuk memudahkan korang nak warnakan nanti.

3. Size brush tu ikot sukati nak guna berapa. Aku guna 9px :)

4. Klik pen tool

5. Klik sekali kat mana-mana surface di layer ini. Kita namakan titik tu A ye.

6. Klik lagi sekali di titik B. Nanti satu garis akan muncul seperti di atas.

7. Klik add anchor point tool (yang ni untuk melengkungkan garis lurus kat atas tadi).

8. Klik kat tengah-tengah garis lurus tadi. Kita namakan dia C.


9. Kemudian, tarik C tu ke bawah (untuk buat bentuk dagu orang).

10. Di titik D dan E tu korang boleh tarik/ubahsuai ikut bentuk muka yang korang suka.

11. Bila dah puas hati, korang right-click > stroke path.

12. Klik ok (pastikan tool tu dah di-setkan kepada 'brush').

13. Tengok bentuk muka yang korang lukis tadi dah jadi garis hitam kan?
Then, right-click > delete path.

14. Now, nak buat part dahi, sama je macam step 5-8 kat atas tadi.
*sila gigih scroll balik ke atas ye :)

15. Tapi untuk step 15 ni kita tarik ke atas pulak. :)

16. Still, dengan add anchor point tool kita boleh lekuk kan bentuk tudung tu.
Lepas dah dapat bentuk cantik, ulang step 11-13.

17. Now nak buat tudungnya :) Klik Ellipse Tool.

18. Buatkan bulatan guna ellipse tool tadi di sekeliling muka. 
Boleh klik free transform path kalau nak ubah besar/kecikkan bulatan tadi.

19. Ubah bagi nampak sejuk mata memandang.

20. Step untuk buat baju same jugak macam step 5-8 tadi. 
Klik je sampai jadi bentuk baju.

21. Seperti biase, guna add anchor point tool untuk melengkungkan baju tu..
Baru nampak comel. Ulang step 11-13.

22. Kemudian, korang lukis la tangan, kaki, mata, mulut, kening dia
dan ulang step 11-13 (untuk warnakan line dia tu utk jadi seperti di atas).

23. Ok klik crop tool..untuk cropkan doodle ni sebab ruang kat tepi dia banyak kan?

24. Selepas di-crop, kecik dah sikit :)


SEGMEN MEWARNA

25. Create a new layer.

26. Nanti layer baru otomatik akan ade atas layer 1 (yang kite lukis tadi).
Now drag layer 2 ke bawah, tarik je. 
*penting supaya warna tak tindih lukisan

27. Pilih warna kulit, and then pilih size brush. Pilih besar sikit senang nak warnakan.

28. Okay sekarang kita nak masukkan corak ke baju kurung tadi.
Mula-mula open corak mana yang korang suka. Then select > all.

29. Lepas select all, klik edit > copy.

30. Klik layer doodle muslimah tadi, dan paste kan di situ.
Edit > paste.


31. Dia jadi macam ni lepas paste. Ada lebih-lebih kan?
Jangan risau yang lebih tu boleh erase guna eraser tool. :)
Bila dah siap, boleh save!


SELAMAT MENCUBA!
*I'm using adobe photoshop 7.0




Friday, October 14, 2011

Tutorial lukis kartun dari gambar original.


Ada orang tanya aku macam mana nak buat kartun yang aku selalu buat tu. So harini first time in my life 'paani buat tutorial??' Sebab aku ni memang pemalas nak buat tutorial segalaa ni. Tapi sebab dah berjanji, kita layankan aje tutorial di bawah.

1.

First sekali korang add new layer. Ni basic je dalam adobe photoshop. Rasanya semorang tau kan.


2. 

1: Korang klik button utk besarkan size gambar, dengan ni senang sikit korang nak lukis, gambar dah besau.
2: Tukarkan name 'layer 1' kepada 'base'. Taknak tukar pun takpe, nanti time nak kaler nanti pakai banyak layer korang jugak yang pening nti layer mana.

 3.

Now, tukarkan size brush kepada 3. Atau berapa lah yang korang suka. Kalau gambar tu gambar size besauu, macam di-snap from dslr ke, brush sesuai size 7,8.

 4.

Klik 'pen tool'. Not 'pen fool'.

 5.

Pastu, klik skali kat pipi tu. Nanti kuar satu titik. Contohnya titik A tu.

 6.

Then, klik sekali lagi kat pipi sebelah (B), nanti secara otomatiknya, 
satu garisan akan terkeluar sendiri macam kat atas ni.

 7.

Again, klik balik pen tool tu tapi ambik 'add anchor point tool'. 
Kegunaannya adelah untuk membuat lengkung2 yang cantik.

 8.

Klik sekali kat tengah2 garisan tu.

 9.

Lepas tu, kita tarik ke bawahhhhhh...

 10.

Melengkung tu kita adjust betul2 ikut gambar tu (dagu n pipi).


 11.

Siap je lengkung tu, right-click, and ambil stroke path.

 12.

Set kan kepada brush and then klik ok.

 13.

Pastu right-click lagi and click delete path.

 14.

And ulang la step 5 sampai step 13. And then delete background.


 15.

Lepas delete background, maka jadilah seperti gmbar di atas. 
Same tak dengan gmbar asal? 
Now tinggal nak warnakan aje...huahuahuahua.


16.

Add new layer and rename as 'white'. Kalau nak mula dengan kaler putih. Kalau nk mula kaler hitam, rename la 'hitam'. Then kaler-kan bahagian dalam mata yang warna putih tu. Dan jugak sarung tangan yang dia pakai. Kira mane2 part yang korang nak guna warna putih, biar layer ni je mewakili warna putih tu. (ayat gila tak berilmiah langsungggg, maaflah aku bukan cikgu seni).

 17.

Kemudian kalau nak kaler kan kulit dia pulak, add new layer lagi. Tapi pastikan layer baru ni kedudukan dia di bawah layer 'white' tadi, supaya, bila anda, anda dan anda warnakan kulit muka tu, so takdelah warna putih kat mata tu bertindan dan tak nampak putih langsung. Paham?


 18.

Okay now, anda semua dah siap kaler. Kaler yang biasa. 
Now aku nak ajar macam mane nak masukkan corak2 utk baju dan jugak seluar jeans budak ni. 
*model tu adelah sepupu aku*.


 19.

Mula-mula pilih corak yang mana korang berkenan, then klik 'rectangular marquee tool' kat atas tu, yang segiempat garis putus2. Kalau yang korang jumpa tu bentuk lain, right-click kat situ nanti adalah yang bentuk rectangular tu. Copy corak yang korang pilih tadi.


 20.

Dan paste kan nyerr ni lukisan yang anda kaler2 tadi.



 21.

A: Kalau boleh layer yang korang copy paste ni biar kedudukan dia kat bawah sekali. Mana2 yang korang copy paste je, taruk dia bawah sekali layernya.

B: Klik eraser tool then padam la mane2 corak yang melebihi baju tu.


 22.

Okay. Siap padam sekelilingnya. Kemas tak? Kemudian ulang step 19-22 untuk corak seluar jeans tu pulak. Boleh google image je pattern2 tu semua. :)


 23.

Then, masa untuk shadow ataupun bayang-bayang. Sebenarnye aku pun tak gheti nak shadowkan kartun2 ni. Ada sape2 ade link tak untuk aku belajar? Sebab cara aku ni cara yang tak profesional lah tapi aku ajarkan korang jugak ok. Tapi jangan gelak.

Mula-mula add new layer, and drag layer tu sampai duduk bawah layer 'base' *ni penting*.
Setting 'normal' tu korang tukarkan kepada 'multiply'. Dan jugak untuk brush punya opacity dan flow kat atas tu korang tukar dua-dua jadi 40%. (ikut kesesuaian).


 24.

Now, select the eyedropper dan klik skali dekat tudung purple tu (1). 
Supaya warna yang sama keluar dekat (2). 
Eyedropper ni fungsi dia utk cari warna tu, xdelah susah payah kita nak belek2 kaler kan.


 25.

1: Select brush and then mula la kaler kat bahagian mana korang nak gelap. Refer kat gambar original senang la tau kat mana shadownya.

2: Select blur tool and then tindan kaler yangkorang kalerkan di (1). Supaya color tu jadi blur2 ckit. Dan buat semua step color shadow dan blurkan shadow ni untuk semua bahagian.


 26.

Bila dah siap semua shadow tu, klik file-save.as-tukar file kepada JPEG and then klik ok. 
Settle.



Tadaaa... 
(sorilaa Dilla, Kak Ani amik gambar kamu jadi model)





Labels

Abah (6) AgingBooth (1) Analogi (1) Anniversary (4) Assignments (1) Baby (4) Banner (1) Bff (4) Birthday (12) Bolat (6) Cartoon (6) Ceremony (4) Certain Somebody (2) Cikgu (7) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (4) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (69) Edit Pic (2) Email Grab (4) Emaressem Perndunk (6) Exam (3) Experiences (1) Facebook (1) Family (25) Father's Day (3) Feeling (2) Font (1) Freebies (10) Fwens (10) Gaji (1) Grrr... (9) Gundah (1) Hahaha (11) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (10) Hari Raya Haji (2) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (2) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (1) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Langkawi (1) Life (11) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Matrix (3) Meor Muizzuddin (2) Meorsoleh (6) Mepek (10) Mother's Day (4) Movies (6) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My Youth (3) MyVi (1) New Year (4) Novel (1) On the Road (1) Perihal Belog (1) Posting (1) Pregnancy (1) Ramadhan (1) Random (7) Resepi (4) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (4) Science (2) Sekolah (34) Seram (1) Sketches (2) SPM (1) Spontaneous Thursday (4) Sports Day (1) Spring Trip (7) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (1) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (1) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) UPSI (7) Vacation (13) Vector Images (1) Video (1) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (19) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...