Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label UPSI. Show all posts
Showing posts with label UPSI. Show all posts

Tuesday, June 4, 2013

Hari Guru 2013 + Kenduri Kahwin Bespren


Salam semua. Adeh lama tak update blog. Bukan masa tak mengizinkan, tapi tuan blognya yang pemalas. Almaklumlah dah tua-tua ni otak pun berkarat, nak karang sikit pun dah ke laut dah. Lagi satu, dekat dashboard aku tak keluar pulak entry-entry latest blog-blog yang aku follow apesal ha? Dah la tak reti nak godek-godek bagi ada balik.

So now dah masuk bulan Jun kan? Kalau aku cerita pasal hari guru agak-agak dah basi ke belum? Hahaha pedulik hape aku kan, blog aku, sukati aku nak tulis hape. Okay, di sini aku nak wish kepada semua guru-guru dan bekas-bekas guru kat Malaysia ni, Selamat Hari Guru rerakan! Especially to my mum and my dad, sebab diorang lah guru-guru pertama dalam hidup aku. Ala tak payah nak ecece dalam hati sangat lah, korang pun sama.

Habis dah cerita pasal hari guru. Sikit je pun. Just nak wish je. Wajib kan wish thru blog. Hehehe. Biaselah cuti-cuti sekolah ni banyak kali jugak lah belek blog. Minggu lepas kawan aku, Ida, kawen! Aku memang nak sangat tengok dia nih kawen depan mata aku tak kira. So, aku drive sendiri pergi Pasir Mas bertemankan mak aku. Aku bawak slow-slow je pun penakut kan. 5 jam baru sampai. Tu pun sesat kat pekan Pasir Mas, call paksu Ida, paksu dia datang tunjukkan jalan. Seb bek bawak kad kawen tu. Thanks paksu!


Reunion kecil-kecilan dengan geng-geng study group masa kat Upsi dulu :)


Cantek tak? Casing henpon baruuu.

Itu saje untuk kali ini. Babai.

p/s: Selamat hari guru Pn. Hayatinor :)




Tuesday, October 30, 2012

Baru


Entry ni sebenarnya aku nak update dua minggu lepas.
Tapi biasalah, malas.
Dah upload dah gambar-gambar, tunggu nak taip je, tu pun malas.
Hehehehe.

Dua minggu lepas punya cerita ni, aku kena pergi Tanjung Malim,
hantar bebudak sekolah lawan bola jaring kat Proton City.
Eksaited lah aku kan, lama tak jejak Tanjung Malim tuuuuu.
Last masa konvo haritu kot (?)

Lagi-lagi-lagi pulakk junior2 aku duk cakap kampus baru cantekk.
Diorang siap sempat konvo kat kampus baru tu, jeles gila!
Memang tak sabar la nak tengok kan.
Sampai je Tanjung Malim, bila bebudak dah settle masuk rumah sewa rehat2,
aku gi keluar dengan mak n kakak aku.
First sekali haruslahhh meronda-ronda kampus baruuuuu..
Tak banyak pun snap gambar sebab tak berhenti sangat,
tengok dari dalam kereta je.

Now, sila lah layan gambar.

Masjid



Asrama cantikk warna warniii woot woot










Ada pintu gerbang hokayyyyyyyhh.
Ternganga aku.

Dan selepas ituuuu, tibalah masa untuk makan tengahari.
Kakak aku bawak gi satu port ni memang baekkk punya.
Masa aku study kat Upsi dulu, port ni tak bukak lagi.
Sedap dan boleh tahan la harga.
Mak belanje.
Huehue.

Cantik kan? Kedai makan dia serupa pondok.
Ada satu pondok tu dia bina atas pokok.
Kreatif!

Dan esoknyeeeee,
aku pergi Kompleks Sukan Proton City.
Untuk tournament bola jaring tu lah.
Tapi, sedihnya kitorang kalah. Hahaha.
So, dalam tengahari tu dah boleh balik.





On d way balik Gerik, singgah minum2 kat Tasik Raban, Lenggong.
Cantek tak? :)

Okay, itu aje.

Babai.





Saturday, September 8, 2012

Hai kawan-kawan.


Minggu yang sangat busy, sangat packed, dan sangat stress. 
Ade ke keje kat dunia ni yang tak stress? Semua keje ade stressnye ye dok? 
Tapi minggu ni memang errr tak tau nak cakap. 

Aku ni pulak ade tebiat kalau time busy time tu la rasa nak update blog la, 
nak tengok movie la, nak layan running man la, nak buat tu, buat ni. 
Padahal masa waktu lapang tak nak pulak buat semua tu kan? 
Dasarrrrrrrrr..

Esok pulak ada l.a.d.a.p kat sekolah..
ataupun maksud dia latihan dalam perkhidmatan.
Maka, esoknye kena bangun awal! Har har har..
Jangan aku ingat esok sekolah petang sudahhh...
(mentang-mentanglah i cikgu sesi petang)

And sebelum aku habiskan entry ni.. aku harap sape2 yang singgah kat blog ni, 
boleh tak luangkan masa kejap untuk baca link ni? Klik sini.
Blog En. Kadri yang cerita mengenai pensyarah aku masa di Upsi dulu, 
En. Poji yang eksiden sehari sebelum raya puasa.
Aku tau berita ni masa malam raya haritu lah, itupun by twitter :(
Dan siapa-siapa yang bermurah hati boleh la hulurkan sumbangan.
Semua maklumat ada dalam blog En. Kadri. :)


Bergambar dengan En. Poji (pegang blazer) 
lepas habis final exam untuk final sem di Upsi tahun 2010.
*credit to Saila

p/s: Semoga En. Poji tabah, kuat semangat, dan cepat sembuh seperti sediakala. 
Kami anak murid encik sentiasa doakan kesihatan encik. Aminnn..




Thursday, August 25, 2011

Koleksi gambar berjubah dari kecik sampai besar.... Hehehe



 Tahun 1994: Masa berumur 6 tahun.
Tadika Kemas yang semestinya kemas!
Mata pandang ke kanan tu sebab ade member kacau.. #kwangja


 Tahun 2005: Masa berumur 17 tahun.
Sempena Hari Graduasi Mrsm Taiping.
Ye. Tangan masih memegang kebab yang bakal dimakan.


 Tahun 2007: Masa berumur 19 tahun.
Sempena Hari Konvokesyen USM abang aku daa...


 Tahun 2007: Masa berumur 19 tahun.
Sempena Hari Konvokesyen UIA kakak aku daa...


Tahun 2011: Masa berumur 23 tahun.
Sempena Hari Konvokesyen-ku di UPSI.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Betul kan dari kecik sampai 'besar'? hehehehe

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Nah, gambar bonus pada hari ini!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tada~



Hehe.



Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday #3: My Convocation Day :)

Thursday, 28 July 2011 (morning session)


Bachelor of Education (Science) with Honours... ;)


p/s: Pepandai la teka aku yang mana. HAHAHAHA


Wednesday, December 1, 2010

Gembira


Pertamanyaaaa. Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa final exam untuk semester ke-7 sudah tamat. Maka dengan itu, saya selaku diri saya sendiri muktamad untuk memberi cuti kepada diri sendiri selama 2 bulan sebelum praktikal bermula. HAHA.

Ya. Dua bulan.

Diulangi, dua bulan. HAHA <<<---gumbire..



*****************************

Banyak menda gembira yang terjadi selama beberapa hari ni, iaitu selepas habis exam (gilee skema weiii ayat ni).



Malam tamatnye exam tu, terus ke panggung budaya melayan Jazz
Seronoooook okkk. Sampai nak tertido-tido..:P




Perkara kedua gembira adelah sebab tesis dah siap dijilid!! hihihi
Dan dah dicop supervisor dan dah dihantar... :) 
Timee kaseyyy Encikk.




Dan perkara ketiga yang menggembirakan hati ini adelah sebab 
Alhamdulillah Mami dah pulang dan selamat sampai kelmarin. :)
Tak sabar nak jumpa. 
Hai..Mami.. i miss you.



Wednesday, November 24, 2010

Proton City


Hari ini aku ade exam pukul 9 am. Member aku datang amik pukul 8.30. Lepas isi minyak kereta beliau, kami berlima teruskan perjalanan ke Proton City. Ni kali pertama aku nak jejakkan kaki kat sana sebab sebelum ni kelas aku kat kampus je. Tiba-tiba pulak exam sem ni nak buat kat Proton City, tempat baru kampus nanti. So kami semua layaaaankan ajeeee. Boleh tengok tempat baru kannnn. 

Sekali tengok jam dah pukul 8.45 am, kami pun parking kat luar kawasan tu. Bila kami jalan nak masuk dalam, pak guard macam pandang pelik kat kami. Mula la kami pikir bukan-bukan, adakah salah tempat?

Tiba-tiba nampak satu signboard. 'Kilang Proton'.
Gilerrrrr!!!!! Salah tempat!!
Ade ker nak jawab final exam dekat kilang kereta???
Ni nak jawab exam ke nak tolong brader2 proton buat keretaaa?? HAHA

Kelam kabut okkk. Terus tanya pak gad tu mana Proton City untuk Upsi punyaa. Rupanya kami masuk salah lorong daaa. Kat depan nun baru tempat exam kami. Bangunan kepala bulat-bulat. Bak kate pak gad tu la. 

Sampai je bilik exam, pukul 8.56 am(jam aku). Tapi jam kat dalam bilik tu pukul 8.50 am. SELAMAT~~~~~!!! Semua orang dah masuk, dah siap tulis nama bagai. Gelupur la kami lima orang ni dok cari seat, tulis attendance(xreti eja), isi nama kat kertas jawapan. 

Kesimpulannya di sini, tempat yang pertama kali jejak tu, kena datang awal sikit lah. Btw, aku hepi sangat sebab sesat dengan kawan-kawan yang best! Kalo sesat sorang-sorang, mau aku taknak gerakkkk langsung dah dari kilang tu. Nages sorang-sorang. HAHA


Ni la bangunan bulat-bulat tu : Source

 p/s: Tesis dah setel~~~!! :D

Labels

Abah (6) AgingBooth (1) Analogi (1) Anniversary (4) Assignments (1) Baby (4) Banner (1) Bff (4) Birthday (12) Bolat (6) Cartoon (6) Ceremony (4) Certain Somebody (2) Cikgu (7) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (4) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (69) Edit Pic (2) Email Grab (4) Emaressem Perndunk (6) Exam (3) Experiences (1) Facebook (1) Family (25) Father's Day (3) Feeling (2) Font (1) Freebies (10) Fwens (10) Gaji (1) Grrr... (9) Gundah (1) Hahaha (11) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (10) Hari Raya Haji (2) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (2) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (1) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Langkawi (1) Life (11) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Matrix (3) Meor Muizzuddin (2) Meorsoleh (6) Mepek (10) Mother's Day (4) Movies (6) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My Youth (3) MyVi (1) New Year (4) Novel (1) On the Road (1) Perihal Belog (1) Posting (1) Pregnancy (1) Ramadhan (1) Random (7) Resepi (4) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (4) Science (2) Sekolah (34) Seram (1) Sketches (2) SPM (1) Spontaneous Thursday (4) Sports Day (1) Spring Trip (7) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (1) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (1) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) UPSI (7) Vacation (13) Vector Images (1) Video (1) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (19) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...