Wednesday, January 30, 2013

Kuching (Part 2): Kampung Budaya + Waterfront


*baru perasan entry ni lama gila dalam draft lupa nak publish*

Isnin, 12 November 2012.

Yeay! Lepas dah habis kenduri, ni lah masanya untuk kami berjalan-jalan makan angin pulak. So, we decide to go to Sarawak Cultural Village. Kampung Budaya. Sepanjang perjalanan tu aku tidur je. Tersedar pun masa Poli berentikan kereta nak tanya arah.

Finally, jumpa jugak Kampung Budaya nih :D


This is the main entrance.
RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak.


Lepas masuk je, terus aku pergi cari toilet. Punyalah menahan lama dalam kereta. Hujan renyai-renyai pulak tu. Memang sejukkkkkkk. Kami sewa beberapa payung jugak la sebab nak berjalan dalam tu time hujan, kena la berpayung kan. Baju hujan plastik pun ada jugak kami beli.


My aunt.

Mula-mula jalan nampak jambatan ni! Excited aku! Memang semestinya nak cuba panjat dengan berjalan atas ni! Hehe. Materialnya dari buluh. Aku risau je kalau-kalau jambatan ni tak dapek nak menampung berat badan aku..kehkeh.. tapi okay je jambatan ni, kuat! Naik ramai-ramai pun takde hal.

"Hai Porin, nak pergi sekolah ke? :P"


Pona dengan Mak cumil je pakai baju hujan. 
Dah ala-ala jubah Harry Potter pun adaaaaa.


Rumah Bidayuh





Rumah Iban





With Orang Iban.








Yang best dekat rumah Iban ni adalahhhh........ boleh sewa baju untuk bergambar! Kalau tak silap aku RM10 untuk seorang.. Makcik aku sewakan untuk semuaaa sepupu aku yang bawah umur niii. Memang smart habis! Tengok gambar kat bawah ni.


*gambar diambil dari fb sepupu


*gambar diambil dari fb sepupu


Tangga ni nak turun gayat, kalau naik, laju jeee... Hehehe





Rumah Penan.
Boleh cuba menyumpit. RM1 untuk 3 kali cubaan.


Rumah Orang Ulu


Pona with salah satu alat muzik dalam rumah Orang Ulu.





Rumah Melanau






Rumah Melayu


Rumah Cina


Rumah Melayu dengan Rumah Cina ni aku sempat lalu jeeee... hehehee.. Sempat la snap pic dari luar je sebab aku nak kejar masa. Sebab jam 11.30 am, ada persembahan dekat teater dalam Kampung Budaya tu jugak. Persembahan tu ada 11.30 am dengan 4.00 petang. So kalau lambat, takde lah tempat kan, sebab orang ramai. Tapi bila sampai je dalam teater tu, tengok diorang dah copkan tempat~~~ Legaaa~~~ :D











Orang ni buat tarian helicopter...hebattttttt!



Hahaha persembahan ni lah paling kelakar. Orang ni sikit pun tak bercakap, buat lawak guna mimik muka dengan body language je, tapi lawak diaaa memang habis satu teater tu bergelak. Best sangat-sangat!!




Lepas habis persembahan kat Kampung Budaya tu..then kami pun pergi makan. Perut pun dah berkeroncong. Haruslah makan, kannnn. Singgah Serimah Enterprise ni..ada satu kedai makan.


Masa ni, nasik makan tengahari dah selamat dah dalam perut. Pastu pi order lagi Mee Kolok (tak pasti sebab lupa la nama dia). Memang sedap gilerrrrrrrrrrr!!! Rasa macam megi sup gituuu tapi sedap la.




Snap mee ni dekat-dekat sikit.

Dan lepas makan, kami pun balik ke bandar Kuching...sebelum balik rumah sewa tu, kami jejalan dulu beli barang kat India Street tapi takde gambar pulak yang aku snap. Aku borong tshirt kat situlah. 

Lepas India Street, baru kami jejalan kat Waterfront. Ambil-ambil angin. 


Sekali teringin nak naik boat, maka jommmmmmm lahh naikkkk beramai-ramai.








Lepas balik dari Waterfront, lepak makan dekat Topspot Food Court. Kat sini kita boleh pilih nak lauk mentah ape, pilih ikan, ketam ker, sayur, macam-macamlahhh.. pastu kita bagitau je nak diorang masak macam mane. 




Umai-umai (tak tau eja betul ke tak)
Mak aku suka betul makan makanan nii...


Aku duk meratah ketam ni lahhh. Sedappp!!









Okay, bersambung lagi pada minggu hadapannnnnnn ye murid-murid....




3 comments:

khairul onggon said...

Tahniah... sebab round-round Kuching.. Klu Satay Haji Samuri famous di Kajang, mi kolok yang paling famous dan sedap di Sarawak pula ialah Mi Kolok Haji Salleh di restoran Sepinang Sari, Satok, Kuching.. Pastu klu nak makan mi kolok, sup jgn bubuh mcm mkn mi sup, memadai untuk memasukkan 2-3 sudu sup sahaja.. :)

farrah nur-ain said...

assalamualaikum..
hehe..teruja tengok gambar2 ni..btw,farra berbangsa melanau :) yup,farra asal sarawak..hehe
yg umai tu,makanan tradisi kteorg..
dtg lh lagi ke sarawak :)

♥ p a a n i ♥ said...

khairul onggon:
hehehe yeke? kami tak tau.. ingatkan makan macam mi sup tu kuahnyee.. lepas ni kena melawat kuching lagi sekali ni :)

farrah nur-ain:
farrah orang srwk keee? haiii!! Hehehe.. best tau srwk nihh..nanti kena pegi lagii.. tak puas berjalan harituuu. :D

Labels

Abah (8) AgingBooth (1) AJL (1) Analogi (1) Anniversary (4) Article (1) Assignments (2) Baby (7) Baling (1) Banner (1) Bff (5) Birthday (13) Bolat (10) Car (1) Cartoon (9) Ceremony (7) Certain Somebody (2) Challenges (1) Cikgu (9) CNY (1) Contest (1) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (6) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (71) Edit Pic (3) Email Grab (8) Emaressem Perndunk (6) Emaressem Tepeng (1) Exam (7) Experiences (1) Facebook (2) Family (27) Father's Day (3) Feeling (10) Font (1) Formspring (1) Freebies (10) Fwens (17) Gaji (1) Grrr... (21) Gundah (5) hafiz af7 (1) Hahaha (18) Hani Mofa (2) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (13) Hari Raya Haji (2) Having Fun (8) Hello (1) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (5) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (2) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Kucing (1) Langkawi (1) Layout (2) Life (16) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Master (2) Matrix (4) Meor Muizzuddin (1) Meorsoleh (7) Mepek (41) Mimpi (2) Mother's Day (5) Movies (8) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My great day (1) My Youth (7) MyVi (1) Nenong (15) New Year (6) Novel (1) On the Road (1) Orders (1) Perihal Belog (3) Petua (1) PMR (1) Posting (1) Pregnancy (1) Print Screen (1) Ramadhan (4) Random (16) Resepi (2) Rumah (1) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (7) School (1) Science (3) Segmen (1) Sekolah (49) Seram (4) Sketches (2) SMKA Slim River (3) SPM (1) Spontaneous Thursday (5) Sports Day (1) Spring Trip (7) Stars (1) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (16) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (2) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) Umah Terbuka (1) Undi (1) UPSI (10) UPSR (1) Vacation (13) Vector Images (1) Video (4) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (20) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...