Wah....lama nampaknya aku tak post apa-apa...dekat 3 tahun jugak na...seusia dah dengan Muizzuddin...biasa la..takde masa nak update blog dah macam zaman-zaman bujang dulu...dulu kemain, setiap hari satu entry. Sekarang hah! Tiga tahun baru nak satu entry...jangan polis entry one two jaga sudah....
Banyak benda aku nak share sebenarnya tapi biarlah aku share cerita yang paling penting je dulu. Buat pengetahuan semua, bonda aku telah pergi meninggalkan kami semua pada 29 Mei 2019. Seminggu sebelum Hari Raya Puasa. Minggu tu betul-betul minggu yang sekolah dah mula cuti. Aku pulak masa tu di KPJ Ipoh..sebab Muizzuddin sakit telinga..kena infection disebabkan dia selalu selesema, doktor tu kata, kuman tu terkena bahagian telinga dia..jadi bila cek, tahi telinga dia tu jadi keras tau, melekat dekat dinding dalam telinga tu menyebabkan dia akan terjaga tengah-tengah malam, menangis-nangis tak tentu pasal. Mula ingatkan sebab kena cekenit tu...sebab penah dia kena 3, 4 ekor cekenit dekat cuping telinga, mata, dengan kepala dia sampai gemok giler cekenit tu eeiii geram aku. Bila cek rupanya sebab lain...kebetulan dia ada insurans jadi kami cek jela dekat KPJ Ipoh tu...sekali kena warded. Sebab doktor tu try nak keluarkan, tapi Muizzuddin menangis beriya-riya tu....takut kut dia sebab bunyi vakum telinga tu bingit... jadi doktor suggest untuk buat minor operation juga (tidurkan dia & keluarkan tahi telinga tu)...merasa la Muizzuddin masuk operation theatre ditemankan oleh mami dia ni... Muizzuddin warded dari hari Isnin sampai la Khamis sepatutnya...tapi...okay kita sambung cerita pasal arwah opahnya pula...
Arwah mak aku pulak...mula dari hari Sabtu sebelum tu lagi dia dah rasa sengal-sengal badan...jadi kakak ipar aku call tukang urut untuk datang urut (kebetulan kena dengan timing family abang aku dah balik dari Manchester dan nak jaga mak sepanjang bulan Ramadhan). Kami ingatkan biasa la orang berusia ni memang badan selalu lenguh-lenguh... sekali masa dialisis hari Isnin...arwah mak wasap aku (masa tu aku di KPJ Ipoh, teman Muizzuddin warded di situ), mak kata dia tak habis buat dialisis hari tu (sepatutnya 4 jam), tapi lagi sejam nak habis, mak takmau dah...katanya sebab semput dan BP rendah...jadi abang aku pun jemput mak aku balik.. ni dari penceritaan abang aku, tapi aku dah lupa sikit-sikit ceritanya...rasanya malam tu, mak aku dah penat, plus tetiba black out pulak dekat rumah... penat lepas tu plus panas lagi....so mak aku tak selesa la...jadi abang aku amik initiatif untuk start enjin kereta, bukak aircond then, mak aku rehat dalam kereta dulu...sementara tunggu letrik nak ada balik..
So mula dari hari itu lah, keadaan mak aku mula teruk...lepas tu abang aku bawa mak aku ke hospital Gerik, dan hospital Gerik bawa mak aku ke hospital Ipoh... lama juga mak aku menunggu untuk warded ke hospital Ipoh sebab ramai giler orang. dalam 3, 4 jam jugak menunggu kalau tak silap aku, baru dapat masuk ward... ward pulak memang tak selesa (sebab ramai orang), abang aku dengan kakak ipar aku cakap memang mak tak selesa dan lepas dialisis di situ, mak meracau... kemudian doktor ada scan otak mak aku... dia detect dia kata mak aku ada minor stroke dan bukannya sekali. Kemudian, bincang punya bincang, abang aku suggest supaya hantar mak aku ke KPJ Ipoh jugak, salah satu sebab nak bagi mak lebih selesa dan kebetulan aku dengan Meorsoleh pun berkampung dekat situ meneman si Muizzuddin.
Jadi hari Rabu tu, masa aku tengah tunggu Muizzuddin minor operation tu...mak aku sampai dekat kecemasan KPJ Ipoh tu dan Meorsoleh tolong selesaikan urusan untuk warded mak aku tu. Bila dah warded, memang terus ke ICU..rupanya memang keadaan mak aku teruk dah masa tu. Petang tu, doktor call panggil kami untuk jumpa dia, so aku, abang aku, dengan kakak ipar aku pun jumpa doktor tu dan dia kata mak aku punya jantung dah berhenti 2x tapi diorang berjaya buat CPR (betul ke aku eja ni) dan dapat revive balik. Tapi doktor tu kata bila-bila masa je jantung mak aku tu akan berhenti semula macam tadi dan dia terangkan dekat kami, dia cuba untuk buat dialisis secara slow motion macam tu, makan masa dalam 6 jam rasanya sebab dia kata badan mak aku sekarang memang penuh dengan toksin.
Masa dia tengah explain ni, tetiba nurse dia panggil kata jantung mak aku berhenti lagi. So salah sorang staff dia try untuk revive kan balik jantung mak aku...sama macam dalam cerita-cerita yang kita selalu tengok tu...tapi kan, kalau korang tengok sendiri mak korang macam tu, memang berderai terus air mata ni...dan memang tak dapat nak revive dah jantung mak aku mase tu... memang meraung terus la kami adik-beradik...masa tu kakak-kakak aku masih dalam perjalanan nak ke KPJ Ipoh. Bila kakak-kakak aku sampai pulak (depa ni taktau lagi mak aku dah takde), apa lagi...meraung juga sekali anak-anak buah aku menangis... memang sayu je masa tu... perginya mak aku masa bulan Ramadhan...dulu mak selalu cakap dekat aku, kalau mak sakit, mak taknak sakit lama-lama, mak nak terus pergi je, mak taknak susahkan anak-anak...memang termakbul doa mak...sebab mak sakit dari Isnin, Rabu terus pergi tinggalkan kami...
Muizzuddin pulak sepatutnya keluar wad hari Khamis, tapi Meorsoleh pergi jumpa doktor dia, minta untuk keluar wad awal...alhamdulillah nasib baik dapat, cuma proses nak keluar wad tu makan masa sikit dia nak selesaikan resit-resit tu bagai..sampai harini kami tak tuntut lagi deposit warded Muizzuddin tu...boleh amik lagi ke eh? Haritu tak amik lagi sebab kaunter dah tutup...
Malam tu jugak jenazah arwah mak dibawa balik ke Gerik, dikebumikan keesokan paginya... kami adik-beradik sendiri (dengan tunjuk ajar dari orang kampung), yang tolong mandikan jenazah mak, kapankan mak...cium mak buat kali terakhir. Mak dikebumikan di perkuburan yang sama dengan arwah abah... sebulan pertama tu aku macam tak boleh nak biasakan diri lagi...sebab selalunya kalau aku pergi KFC atau kedai makan, mesti nak bungkus dekat mak sekali. Pastu haritu pergi KFC aku macam terfikir, ermm..mak nak set yg mana eh..selalunya snack plate tu kegemaran mak, sekali baru teringat yang mak dah takde... Aku dengan adik-beradik dah jadi yatim piatu dah...takde mak dan abah...sunyi rasanya...minta jasa baik kawan-kawan yang baca post aku ni sedekahkan Al-fatihah untuk arwah mak dan arwah abah...terima kasih semua.
Ziarah pusara ayahanda di pagi raya
Ziarah pusara bonda juga di pagi raya
Kenangan bersama arwah bonda di Teluk Batik...


