Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Mepek. Show all posts
Showing posts with label Mepek. Show all posts

Monday, December 12, 2011

Takde tajuk boleh tak?



Yellow everybody~~~!! 
Lame rase tak updet blog padahey baru 3 hari tak berupdet. Dah kena tegur dengan cik ten10 & cik jingga sebab tak updet... haha..serius tak tau nak updet ape weh.



Biaselah blogger yang mood swing macam aku memang kadang-kadang otak boleh jadi kosong takde idea. Bukak bloggerdotcom lepas tu menung panjang depan screen laptop. Lepas tu tekan 'pangkah'. Hah! Aku rase semorang penah je jadi camtu kan? 

p/s: Akan blogwalking habis-habisan bila mood dah ada. :)
(Gediks betul nak kena ikut mood segala)



Friday, August 27, 2010

10 reasons why i dont like watching tv.




Betul. Aku memang tak suka tengok tv. Bukan maksudnya tak tengok langsung, tapi jaranggggg laaaa.. Kalo aku balik umah, mesti duduk senyap dalam bilik je. Kadang-kadang aku terpikir gak kan kenapa la aku tak suka tengok tv. Pikir punya pikir punya pikir.. aku rase aku dah discover sebab-sebabnya. Check it out!!





  1. Kalau tengok tv tak boleh nak pause. Time tengah tengok citer hantu kt tv, time tu laaa nak pegi toiletttt...kuar je dari toilet, hantu dah takda..almaklumlahhhh kan kuar kejap2 je dlm tv tu...
  2. Tak boleh nak pilih cerita apa yang nak tengok. Kalau cerita tu tak suka nak tengok, terpaksa layankan jugakkkkkk.
  3. Tak boleh nak rewind. Kalau tertido time tengok tv tu.. abes la terlepassss cerita tu nk rewind xbolehhh.. tengok kt laptop boleh la gak nk rewind ke ape ke kan.
  4. Aku lagi suka baca komik rupenye. Aku discover ni dari aku form 2.
  5. Aku lagi suke dengar lagu dari tengok cerita. Ni aku discover mase aku darjah 6. (erkk?)
  6. Tv ade berita. (so?)
  7. Aku suke tengok cd/dvd/cerita sorang2.. tv kena tgok ramai2. eh tak tau la npe suke tngok sorang2. Maybe sebab kalo citer sedeh, leh meraung teruss..xyh nak cover2 tahan nages depan member. (haha)
  8. Waktu kecik aku slalu berebut remote control dengan si poyu. Disebabkan aku bongsu, maka aku selalu tertewassss.. sejak dr saat itu, aku menjadi fobia untuk menyentuh remote control. Aku telah mengalahhh. cisss.
  9. Kat tv tak boleh nak pasang headphone. :D
  10. And the last reason adalah...SEBAB AKU TAK RETI NAK BUKAK TV !!. Memang reason yang giler. Tapi sejak tv kt umah bertukar tahun lepas, aku xsempat lg nk belajar cmne nk bukak tv tu.. sangat maluuuuu. (hikhik)

Dan aku selalu diketawakan sebab tak reti bukak tv. (-_-) ciss sungguh!


p/s: Nak balik Gerik lepas ni.. (mesti tak tengok tv, perap dalam bilik je) :P




Monday, August 16, 2010

Nak beli air tapi tak pandai jawab soalan.




Aku: Pakcik, nak air milo satu.

Pakcik: Okay.. (sambil menuang air milo dalam gelas plastik)



30 saat kemudian...

Pakcik: Awak nak BUNGKUS ke nak MINUM?
(Maksud bungkus tu kiranya dia tak cucuk straw siap2 la, kalo nak minum trus, baru die tolong cucukkan straw tu..)

Aku: Err....nak PEGANG.

Pakcik: Ohh..haha (seperti sangat blurr sambil ketawa kejam kat aku)




Aku sangat tidak menjawab soalan beliau! hak3



p/s: Sejuknye.. tiap-tiap petang hujan.. suke suke.. :)



Thursday, February 4, 2010

Harta Karun aku. Sape nak jd pewaris?

Haha. Aku tak free sekarang. Sibok dengan mid-term test. Tapi nak jugak meng-updet blog semata-mata nak cerita pasal bendalah kat bawah ni. Kotak keSAYANGan kuuuuu.


Rupa beliau semasa normal.


Tada!!


Dah tu je nak cerita. haha. macam takde point pulak kan aku letak pic2 tu. Entah aku xtau nak updet pasal ape. Sebab sekarang aku tgh pandang kotak ni, so letak la gambar kotak ni.. wuwu. Kalo cuti panjang, kotak ni tinggal kt umah sewa. T____T. Susah nak usung bawak balik.

p/s: Wish me luck untuk semua mid term test yang bakal mendatang. ohhhhhh. weekend ni sure sangat bz. (-_-")

Monday, December 7, 2009

Budak UPSR pun gelakkan aku tau!

Kenduri kahwin di Kuala Kangsar.
Tengah beratur ambil makanan.
1.00 PM

Chu Da: Jom semua beratur amik makanan. Cepat-cepat.

Semua sepupu-sepapat aku lintang-pukang beratur cepat. Panas. Lapar. Dahaga. Semua ada. Lepas tu, aku nampak ada sorang makcik ni (tak dikenali) potong barisan aku. Terus aku rasa agak bengang. Dah la potong barisan, lepas tu tak senyum pulak. Tapi betul la. Ada ke orang potong barisan orang lain lepas tu senyum kat orang yang dipotong barisan tu. Ada tak? Macam tak masuk akal pulak kan? HAHA. Aku pun berkata-kata;

Aku: Underline! UNDERLINE! (saje nak bagi makcik tu dengar)

Berderai sepupu-sepupu aku gelakkan aku. Aku pun muskil.

Chu Da: Line up la...Ani. Bukan underline.




erkkk???
Cemana leh tersilap..maluuuuuu. wuuuuuuu. tulun tulun.


Thursday, July 16, 2009

Pagi makmal yang ceria!

Salam n hye all.

Today is Thursday. Tu takyah gtau pun sure korang da tau kan. Sok Jumaaaaaatt yeah yeah. Kenapa aku suke sok Jumaat? Sok tade kelassssss. Lab untuk thermodinamic esok, start next week. Gumbirenye ati ni. Tuhan je yang tahu.

Pagi kelas aritu, singgah la satu gerai ni, nak beli nasi lomak. Tapi da abes, sedey gila. Tapi makcik tu macam kesian pulak kan kat aku. Die bagi kueh freee, 5 ketul. Karipap dengan seri ayu.. hihi. time kaseh makcik. Saye doakn makcik slalu murah rezeki. aminnnn.

Karipap

Seri ayu

*****************************************

Kat perumahan aku ni pulak macam nak block2 tenet lagi. Macam sem lepas. Ya Rabbi. Diorang ni kan. Kalo tak nyusahkan orang memang x buleyh ke? Ape kes mau block2 tenet2 lagi ni? Cukup-cukup la buat kitorang kat sini merana tade tenet berbulan2 sem lepas. Duet tenet da bayar sekali dengan yuran pendaftaran tiap-tiap sem! Perkhidmatannye tak dapat pulak? Ape kes? Ape kes? Jawab la kat akhirat nanti. (=.=) Lantak korangggg. Ni pun online gune wireless curi mane tah tibe2 ade detect pulak aku tibai je la. Hish. Stressss aku taw!!


"Okay ya murid-murid, alat radas dan bahan eksperimen pada hari ini adalah bla bla bla....."

Tipu je la. Takdenye lecturer tu nak cakap camtu. Sile gune bahase omputih ye? Aku nak tulis balik pun aku tak tau pun la name2 alat ni. Yang pasti ade TANAH LIAT. Kegemaran aku tuh. Mr Padil tak suka aku main tanah liat. Sebab ape tah, aku lupa. Tapi sebab-sebab pasal kesehatan la. Tak elok main tanah liat ni. Tapi tadi aku tengok tanah liat tu, tak tahan la. Terpakse gak main.

Mula-mula Mr Bebola yang botak kepale~!

Mr Bebola da berubah jadi Mrs Bebola sebab rambut kuning da tumbuh.

Nak bagi Mrs Bebola terbang, tapi takde enjin jet. Ber-api2 pun jadi la.

Mrs Bebola atas men-jajah bekas angkup vernier.

Sampai ati ko pijak lab manual aku wahai Mrs Bebola?

Mrs Bebola dengan pencil case aku bentuk kucenggg. Boipren baru beliau le tu.

Try tengok Mrs Bebola guna hand lens?

Boring sebenornye gi makmal tadi. First time ade 9 je orang student dalam tu. Pelik sungguh. Selalunye around 20 sumthing. Tapi takpe, best jugak. Tak payah nak berebot2 alat radas. Bahagieeeee.

Weh betul ke selame ni aku banyak mulut? Tadi kat kelas agak senyappp. Ada orang tegur, 'nape senyap je?' Ey aku jarang la bercakap kalo ade lecturer kat depan. Hormat. Hormat. Kadang-kadang redahhhh jugakk.. Aku senyap sebab letih ah. Kelas dari pukul 8.00 am sampai kol 7.00 pm. Break pun sekejap je. Untuk semayang sume, makan. Tu je. Hari Khamis memang jadual packkk. Tu yang fuhhhh.

Note: Nantok gilaaaaa!!!

Saturday, May 16, 2009

Yui - My Generation

Salam n hye all.

huh.sudah! aku da tanak dengar pape alasan lagi dah! harapkan pagar, pagar makan padi! harapkan padi, boleh pulak ko masak nasik??! Berani ko pijak pale aku? kalo pijak pale semut xpela.tu pon xbaek.dosa. senang2 ati je nak pijak pale orang? pale ko agak2 boley x aku pijak? da la pale ko berbulu banyak. xnormal agaknye ko ni. sape mak bapak ko? sape? ko pon xkompem sapa mak bapak ko kan? sebab ko pon anak angkat je dalam family aku ni?? tu pon ayah aku yang baek ati serta kacak tu kutip ko kt tepi jalan.waktu ko mengemis dlu. dasar kutu jalanan. haha da skang ni cmne? mane ko aa? aku xsabar dah nk wresling dengan ko. mane ko?? mane ko hilang syaitoooonnn...ko memang. suke jalan2. pastu cari bini. ish. susah btul ade kucen jantan yang miang macam ko ni. oii. balik la umah oiii. ko xnak makan ke??? adoiyaii. tapi kalo ko ade pon, bukan aku layan ko pon. busan.

dan kemarahan di atas adalah rekaan semata2.

mane kucen aku ni oii.. ilang pulakkk. ke kene culik? ade ke orang nk culik beliau. nak cakap beliau kacak, beliau bukan kacak pon. boboy kucen sekampung dengan beliau tu lagi gagah perkasa aku nengoknye. suare beliau da la xmacho. pastu suke bisin2 tiap2 ari. menanahhh tinge edenn ni. haih.

ha. xde kaitan dengan tajuk pon kan sume ni. sape penah tgk citer seito shokun? sape penah tgk, mesti suke lagu YUI-MY GENERATION ni. haha. sangat la sedapp.. citer tu pon best jugakkk.. okkk laaa. tapi gokusen lagi best sbb orang yg berlakon dalam cter tu sume kacak2 n hensem2 belaka. haha. hish hishh. tsk ;)

MooD: nantokkk..zzzzzzz

Tanganku gagah menaip lagi:

SELAMAT HARI GURU untuk sume cikgu2 kat dunie ni especially utk appa n amma ku. diorang la guru pertama dlm idop aku. hehe. (gile annoying aku belagak mcm budakkk baekkkkk buwekk) THANKS.

Kepade zaf n wani, cepat2 la sembuh. cmne la leh eksiden ni rakan?


Tuesday, May 5, 2009

Aku bukanlah seekor PANGOLIN

Salam n hye all.

Ye. aku bengang sekarang. bukan bangang. Tapi sebelum itu ijinkan aku meng-umum-kan ke-merdeka-an aku yang ke berapa pon aku tak pasti jugakk.. yeay!! exam final yang cukup menyanyat ati itu sudey abes. walau ape2 pon boys n girls out there yang mane2 tengah berjuang tu, especially for khal n zaf tu, rase2 nye diorang x abes xm lagi tu. wish u all the best! and yang terketai2 dah abess xm mcm cik khay n cik ain tu bawak2 la membantu ibunda di dapor ya? bantu memasak ye, jangan makan je kje mcam cik bolat n cik nor. haha.

ok.sambung jom?

Aku gembira gile bile paper Introductory Mechanics tadi da abes dijawab sampai pukul 5.00 pm. walaupon berlubang sane sini namun aku menyesal jua sebab tak tengok soalan tutor. 3 soalan yang da penah jawab keluar tadi dan aku yang terketai2 selalu ni, memang xlepas2 jugak nak menjawabnye. Maap ye encik wan zul. Beliau tersenyum tadi bile tengok aku lukis (gambar kartun orang mata pusing-pusing), lukis atas kertas soalan.sangat la beliau memahami aku yang tak dapat jawab soalan2 ittuuww, jadi membuang masa dengan menconteng.

Malam tadi.

Kol 8 ++ pm tadi.

Aku dengan rakan2 yang dh merdeka pon buat2 nak sambung merdeka dengan meng-isi perot yang sememangnye kosong dari petang tadi. aku sanggup tahan nanntokk semata2 nak enjoy dengan kawan2 sume. Sume kegembiraan itu hancusssss sama sekali sebab order makanan sampai lambat. Dari kol 8 lbey tunggu. Kol 10 lbeyy baru dapat makanan!!! DUA JAM WAKTU KEREMAJAAN AKU TERBUANG BEGITU SAJA. korang tau tak cam na perasaan macam ni? haru biru. celaru. Mintakk maaf la kat brader tadi sebab mcam ter-sound dia. Die siap suruh aku masuk dapor diorang just nak buktikan diorang betul2 tengah masak makanan yang kitorang order tuuu.. okk aku pecaya, memang die tengah masak time aku masuk tu.. tapi kann... kannn... kalo ye pon.. TAKKAN MEJA SEBELAH YANG DATANG PUKUL 10 TEPAT TU BOLEH PULAK DAPAT MAKANAN DULU PASTU SIAP LEPAK2 LAGI SEMBANG, TANGKAP2 GAMBAR, MAKAN NASI GORENG SEGALA. YANG KITORANG PULAK TERKULAT2 TENGOK DIORANG MAKAAAAN. YUM YUM ADIL KE ITTTUUUWWWWW???? SUNGGUH KETIDAK-REMAJAAN TOKEY KEDAI ITUUU. ini sudeyy lebeyyy. sungguh la menghancuss-kan segala mood kegembiraan aku malam ni. arghhh.

But at least.

ade jugak sifat mahmudah dalam ati tokey tu. mase nak bayar bil, die potong tiap2 orang RM1. and air kosong dapat FREEEEE. okkkk.. tu pon da puas ati. nak datang makan kat situ tiap2 ari bley x?

JOM JOM

Buat senaman mata nak?

mari la.

STEREOGRAM.

ye. aku pon mula2 tak tau menatang ape itu. tapi pas diperkenal kan oleh rakan ku ini, meorsoleh, baru aku paham pe die stereogram ni. rugi kalo xtau. jom kite same2 tengok. meor? aku copy ko pnye instruction dengan gmbr tu leh x? aku malas nk explain lbey2. ko jangan saman aku pulak pasni. kang sawan aku kang. naya je.

<<<<>>>>>

So, mari mulakan.

1. Lihat gambar di bawah.


2. Cube kamu tengok, ader 2 titik putihkan?

3. Memula, tengok kt tengah-tengah area between 2 titik tue…

4. Then cube korang convergekan mate SAMPAI KORANG NAMPAK KEDUA2 TITIK PUTIH TD BERCANTUM MENJADI SATU….. Aku tak tau istilah converge dalam bahasa Melayu ape die. Yang pasti, korang macam rilekskan mate korang. macam korang sengaja kaburkan penglihatan korang. (ala, macam setelah korang bace buku banyak sangat, ko rilekskan mate anda)

5. Lepas tu, try la macam setkan dalam otak korang, korang nak bagi 2 titik putih tu bercantum. (sebenarnye agak senang juga. Sebab masa imej tu kabur, otak akan automatik mencari titik persamaan antara pandangan kedua-dua bijik mata. Dalam hal ni, yang sama tu titik putih tu la). Memula agak mencabar jugak. Kadang-kadang 2 titik tu jadi atas bawah, kadang2 senget sebelah. So kalo betul cara (iatu setelah try converge mata, nanti titik tu lame-lame bercantum) Nanti ade 3 titik.

6. Pastu fokus kt titik satu tue..titik laen yg muncul abaikan….. akan nampak gambar 3D

7. Berlatih dan terus berlatih… Ingat, usaha tangga kejayaan. Jangan berputus asa. Kalau tak dipecahkan ruyung, manekan dapat sagunya.. (pesanan untuk diri sendiri)

8. TAK NAK COPY YANG NI KALO NAK BACA KLIK SINI

<<<<>>>>>

BANYAK LAGI GAMBAR2 JENIS2 ITU KAT BAWAH NI. JOM TRY. jangan isau, aku gtau jwpn dia. kang korang sawan pulakkkk. parahhh.


*ni mcam yg atas tu.nmpak imej arnab tu yg 3D kat tengah2


* tengkorak besaaar tengah2


* dinosour jenis tengkuk panjang



* semua strawbery tu nampak macam tenggelam



* shark


* pintu, tingkap, cerobong asap tu nmpak timbul = 3D



* ni yang paling aku geram, rasa nak amik2 je kete2 tuu. nmpk 3D.. gerammm.. nk amikk

okei? puas?

xpuas?

GOOGLE la sendirikkk k?

MooD: Tired n HEPPI a bit?

Tangan bau rendang amma gagah jua menaip:
1. Kenyang wooo. lambat2 pon.. jus tembikai die SEDAP GILER!
2. AKU FREEEEEEE!
3. Nak bace MIKHAIL!
4. NUNYTE~






Wednesday, April 22, 2009

Sambungan keNAKAL-an ku.

1
2
3

Go!

Yang sebenarnya, ini bukan band hujan.
Yang sebenarnya, ini bukan komik.
Yang sebenarnya, dragon ball ade 7 biji kesemuanya...

Ubahh ckit kepala entry tu. takkan setiap ari intro nak same je kan? an an an sile setuju. erm. yeah. aku tau aku da xde modal nk citer hape. Exam Pemikiran Strategik dengan Inovatif td memang menyesakkan nafas cintaku. Bape kali Cik W*n da ckp, analitikal tu otak kiri! otak kiri! otak kiri la b*doh! nape susah sgt nk hengat. yg aku tau, leonardo da vinci kidal tp ade ke kene mngena dlm exam td. kalo xde, diam.

Hot hot chicken shit. Tu la semangat aku yg tinggal skg. semangat je nk bace buku. tp last2 usha blog member jugakkk. aku suke sgt bce blog org. da jd mcm satu hobi pulakkk. haha. Sile update blog ye kwn2.nescaya beta akan membacanya. *wink*

Kenal x cikgu dahlan? die ajar aku math mase aku form 3 kt mrsm pendang. kalo xkenal xpela. aku nk cerite. aku suke beliau. aku suke beliau. diulangi. aku suke beliau. mase aku form 3, aku suke beliau sampai aku suke sgt tido dlm kelas. Tengah syok2 aku ketido-an ittuw, (muke tekup kat meja, eleh aku tau korang pon penah seup sampai air lior kuar, tol x?) tibe2 aku rase ade cucukan kt pinggang aku. Hengatkn member2 aku yg saje nk kaco. time tu aku duk sebelah miss bai n miss nadiah. aku wat bodoooo je la sampai-la ke cucukan yg ke-2. Bengang. Aku bangun, agak2 da nk maki unknown person tu, terus xjadi. Orang kesuka-an aku rupenye yg cucuk pinggang aku. Semustinya Mr Dahlan. wahh trus aku tukar pangkat jd mr lak ek. eh korang jgn salah paham pulakkkk. die cocok pinggang aku gune tongkat dia la. bkn JARI. kalo die guna jari da lama aku cucuk balik pinggang dia. Da ilang2 nantok tu, die pon ngajar laa. and die suruh semua orang siapkan latihan dlm satu buku tu. Agak2 nk kene penampar sedas dua, aku tanye;

'Kulit buku pon kene buat jugak ke, cikgu?'

Mr Dahlan tiada respon disitu dalam versi lisan, tapi tongkat diangkat untuk versi bukan lisan.

Kenal Pak Sok x? kompem2 korang kenal. sbb aku tau korang lagi banyak kes dengan beliau tol x? aku xpenah buat kes. sumpah. aku suke bising dalam kelas je.dlm perhimpunan.dlm surau.dlm dewan mkn and especially time roll-call. Aku suke. aku suke. aku suke. (pandai aku tipu.) Aku, bolat n banu berdiri sebaris, kitorang bersembang xhengat dunie. Tibe2 beliau panggil;

'Yang baju biru, barisan ke-5, orang ke-3, datang depan kejap. tu. yg tudung itam pakai spek.'

Sumpah aku takut mase tu. mmg aku. kompem. xde org dah bju biru barisan aku tu. tapi beliau silap satu je. nape die xckp mcm ni;

'Yang baju biru, barisan ke-5, orang ke-3, datang depan kejap. tu. yg tudung itam pakai spek, yg kiut2 tu.'

TOBAT la xberdebar kalo die panggil macam tuuuuuuuuuuuu!

Die tambah;

'Yang belakang die pon ke depan, yg pakai spek jugak tu ( banu )'

ceit ceit ceit. mengapakah bolat beliau xnmpak? adekah bolat terlalu kecil? hehe. padahal bolat berdiri antara aku n banu. rezeki ko la bolat xkene panggil. ermmm. Aku takut aku takut aku takut. aku takut tgk muke pak sok mcam nk makan org. salah ke aku bersembang. da ade mulut. xkn nk makan je 24 jam. Seb bek la beliau just suh ulang balik ape yg beliau cakap td. ingat2 lupa la jugakkkk.

And lagi satu.

Mase kt mrsm tepeng. bangun lambat. sangat lambat. kol 7 am ( xingat mase sebenar, anggap je la real) da kene kosongkan hostel. kol 7.05 am aku dok kelam kabut pakai stoking.sangat la berhemah nk jd pelajar contoh pakai stoking tp bangun lambat sape suruh??!! Puuuuup. GELAP. ade manusia tutop lampu. aku hengat manusia tu dengki kat aku sbb stoking aku lawa dr dia punya, kaler HITAM. bau pon dasat. Aku jerit;

'Woiii sape tutop lampu ni oiii????' smbil berlari ke suis lampu.



Ade wajah Puan Meriam di situ.


..........
..........
..........



larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

tu je. aku mane ade kes kt tepeng dlu. xcaye? *sile rujuk post sebelum ini. Di sini.




Tengok aje da tau di mana ia kan? musti la di ipoh. kat highway.
atas gunung ganang. tepi jalan. besauuu.
BARU. (aku xsure aku baru nmpak ke hape.)


Pemandangan dr tingkap umah sewa aku skrg.
cantekkk x awan tu?



Kalau aku ade mase. aku citer pasal kucen ni.
name die BERS. aku ringkaskan dr BERSIH. sbb dier bersih sgt.

MooD: Serius takut la exam esok. rase nk masuk dlm bakul pastu xnk tarik sendiri. nak org tarikkan pon tak. tapi aku nk selimut trus dlm tu sbb aku da ngantok sgt sekarang. sile dodoi aku tido. zzzzz. salam.

p/s: Korang ade x pengalaman dgn cikgu2 korang? sile la share~ hehe



Labels

Abah (6) AgingBooth (1) Analogi (1) Anniversary (4) Assignments (1) Baby (4) Banner (1) Bff (4) Birthday (12) Bolat (6) Cartoon (6) Ceremony (4) Certain Somebody (2) Cikgu (7) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (4) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (69) Edit Pic (2) Email Grab (4) Emaressem Perndunk (6) Exam (3) Experiences (1) Facebook (1) Family (25) Father's Day (3) Feeling (2) Font (1) Freebies (10) Fwens (10) Gaji (1) Grrr... (9) Gundah (1) Hahaha (11) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (10) Hari Raya Haji (2) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (2) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (1) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Langkawi (1) Life (11) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Matrix (3) Meor Muizzuddin (2) Meorsoleh (6) Mepek (10) Mother's Day (4) Movies (6) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My Youth (3) MyVi (1) New Year (4) Novel (1) On the Road (1) Perihal Belog (1) Posting (1) Pregnancy (1) Ramadhan (1) Random (7) Resepi (4) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (4) Science (2) Sekolah (34) Seram (1) Sketches (2) SPM (1) Spontaneous Thursday (4) Sports Day (1) Spring Trip (7) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (1) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (1) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) UPSI (7) Vacation (13) Vector Images (1) Video (1) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (19) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...