Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Kelas Menjahit. Show all posts
Showing posts with label Kelas Menjahit. Show all posts

Saturday, December 13, 2014

Tiba-tiba je rasa menjahit tu best


Sebenarnya dah lama teringin nak cipta beg kecik buatan sendirik..tapi tak reti plus takda masa nak cari bahan-bahan. Mase kecik dulu pun penah je aku jahit baju guna perca kain, depan corak lain, belakang corak lain, tak kisah janji boleh pakai. Lepas tu pakai tayang kat orang lain macamkan lawa beno la baju tu, padahal jahit jelujur jee....wakakaka... 

Bahan-bahannye boleh dibeli di Daiso...setiap item RM5 sahaja.


Mula-mula jahit beg strawberry ni, sekali Meorsoleh jeles, nak lawan dengan aku sapa jahit lagi cantek, so dia pun gi beli jugak kain corak-corak ni esoknya.


Ni hasil Meorsoleh jahit. Boleh tahann...boleh dah ni bukak kelas menjahit....wakakaka


Ni sling beg aku jahit..muahahaha...seronok betul dah siap. Psstt...jelujur jugakkk....wakaka dah takde mesin jahit kat siniii kan..terpaksa jelujur jelaaa..

Okay, tu je.
Babai





Wednesday, May 16, 2012

Perak, Hari Guru dan Hari Ibu!


Masa mula-mula check nama tu, aku kena posting fasa ke-2. Frust tak payah nak cakap la. Dia punya frust tu macam nak apply masuk AF tapi tak dapat (ini contoh). Tapi dah ditakdirkan fasa ke-2 so terpakse telan je. Jeles tu jeles jugakkk tengok kawan-kawan yang dapat fasa 1 bole lapor diri 23 Mei nii.. Kalau fasa ke-2 ni kena lapor diri bulan 7. Lama gila tunggu nak kerja sampai rasa nak kawen. #eh. 

Mak aku siap suruh pergi daftar kelas menjahit lagi tau. Dah daftar dah pun. Seminggu 3x. Isnin, Selasa ngan Jumaat. Pukul 2.30 pm sampai 5.00 pm. Siap beli barang semua lahhh nak cecah 50 hengget dah barang2 menjahit tu. Tak termasuk kain pasang. Kain pasang pulak dapat 23 hengget 4meter. Aku kebas tigaaa jenis.

Barang-barang nak menjahit.
Thanks Mum!

Sekali Selasa lepas aku check2..dapat penempatan kat Perak and yang bestnye tarikh lapor diri 23 Mei. Rasa nak terbang tinggi-tinggi. HAHA. Abg aku cakap ni la berkat kesabaran selama ni. Padahal dia tak tau adik dia hari-hari duk merempan. Errr... Hehe At last! Dapat jugak penempatan. Alhamdulillah.


Jeng jeng jeng.
Thanks Kpm!

Dan tak lupa jugak nak wish Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru, bakal guru (ehem) dan jugak bekas guru di serata dunia! Tanpa guru siapalah kite kan? Nak menaip pun tak gheti. So di sini saye nak ucapkan terima kasih untuk bekas-bekas cikgu saye di Tadika Kemas (1994), Sekolah Rakyat (1995-2000), SK Tan Sri Ghazali Jawi (1995-2000), SMK Sultan Idris Shah II (beberapa bulan, 2001), Mrsm Pendang (2001-2003), Mrsm Taiping (2004-2005), Kolej Matrikulasi Perak (2006), UPSI (2007-2011) dan jugak Sekolah Memandu MK Mulia Gerik..tanpa anda, saye takde lesen memandu tau! Thanks a lot! :))) Tudiaaa ucapan nak kalahkan retis.

Dan jugak tak lupa untuk arwah ayah saye pun cikgu tau. Mak saye pun cikgu. Tapi lepas kawen dengan ayah saye, mak berenti jadi cikgu. Cikgu BI lagi tu tapi anak dia ni nak speaking pun terketar-ketar. Heee



Selamat Hari Ibu Mak!!
Nanti dah kerja Ani belanje Mak kain pasang, blouse, tudung, 
as many as u wish. 
Amboih. :D

Till we meet again. Bye!


Labels

Abah (6) AgingBooth (1) Analogi (1) Anniversary (4) Assignments (1) Baby (4) Banner (1) Bff (4) Birthday (12) Bolat (6) Cartoon (6) Ceremony (4) Certain Somebody (2) Cikgu (7) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (4) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (69) Edit Pic (2) Email Grab (4) Emaressem Perndunk (6) Exam (3) Experiences (1) Facebook (1) Family (25) Father's Day (3) Feeling (2) Font (1) Freebies (10) Fwens (10) Gaji (1) Grrr... (9) Gundah (1) Hahaha (11) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (10) Hari Raya Haji (2) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (2) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (1) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Langkawi (1) Life (11) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Matrix (3) Meor Muizzuddin (2) Meorsoleh (6) Mepek (10) Mother's Day (4) Movies (6) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My Youth (3) MyVi (1) New Year (4) Novel (1) On the Road (1) Perihal Belog (1) Posting (1) Pregnancy (1) Ramadhan (1) Random (7) Resepi (4) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (4) Science (2) Sekolah (34) Seram (1) Sketches (2) SPM (1) Spontaneous Thursday (4) Sports Day (1) Spring Trip (7) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (1) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (1) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) UPSI (7) Vacation (13) Vector Images (1) Video (1) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (19) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...