Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

Monday, October 3, 2016

Rezeki


Assalammualaikum & good morning! 

Salam maal hijrah. Harini sekolah cuti jadi aku duduk di rumah menung je sebab Meorsoleh kerja. Banyaknya perkara nak cerita tapi malas update blog. Update pun sebab nanti bila dah tua, boleh lah aku baca balik cerita-cerita tak matang yang lepas-lepas. Hehehe. 

Haritu dekat sini aku ada cerita mengenai rawatan kesuburan yang aku buat. Alhamdulillah usaha tu dah membuahkan hasil. Jeng jeng jeng.

Ni gambar lama masa minggu ke berapa aku tak ingat dah.

Nak cerita pasal morning sickness masa bulan puasa haritu, Alhamdulillah aku sikit-sikit je morning sickness macam ngada-ngada gitu je lah. Setakat wek wek tapi takde ape pun keluar sangat. Angin je. Mengidam pun aku mengidam megi je, tapi nasib baik roomate aku tu bagi jugak aku makan megi. Tapi tak selalu laaaaaa. Sikit jeeeeee. Takpe kot kan. :D

Badan pulak dah makin naik ni. Student aku siap cakap "Saye tengok cikgu macam makin besar je, kenape eh?"...cissssss.. 

Sekarang dah 28 minggu. InsyaAllah due date-nya 21/12/2016. Doakan aku dan baby sihat walafiat & lahir cukup bulan ya? Terima kasih! ^_^

p/s: Lama tak update blog, tetiba hilang pulak link blog family & kawan2 yang aku tempek dekat tepi belah kiri ni? Mana pegi?


Saturday, March 3, 2012

Anak buah saya.


Memperkenalkan, 
Alia dan Aiyris :)


p/s: Mengape anak buah aku di dalam buah? -,-


Sunday, October 18, 2009

100th: Alia and Airish?

Salam n hye all.

Fuhhh. Lame sungguh rasenye tak berblog. Maklum lah ke-belakangan ni ai busy bangat. Serius ni. (buwekkkk ayat keji gile tiru blog-blog orang laen yang slalu jarang hupdet). Padahal diri sendiri yang selalu buang masa+takde idea nak updet ape. Kadand-kadang terlampau simpan banyak cerita yang nak cerita kat blog, alih-alih busy tak sempat updet, 2-3 hari lepas tu dah malas nak updet sebab rasa cerita tu dah basi. Nak cerita pasal jamuan raya, sume member sebok lumba-lumba upload kat facebook, so rasa rugi je kalo bazir entry untuk cerita pasal jamuan raya. Dah la ending jamuan tu sangat lahabau+lahanat segala.

Tada~ Ini adelah entry yang ke-100. Best tak best tak? Cakap la best. Pleaseeeee. HAHA. Orang laen dah lame dah sampai 100, aku baru ter-kedek kedek dan ter-kinja kinja. Tapi yang pasti, aku sengaja taruh entry special ni untuk anak-anak buah aku. Memang save tempat entry ni untuk diorang sebab diorang sangat SPECIAL! lalalala.



Ini la Farisya Alia. Anak Pona and Pojat.






Buwekkk.. Jelir kat Mak Cu ekkk.. ;)



Cumil x? cumil x?


My dad dengan Alia.


Ni poyu, mak aku and jugak Si kecik yang baru lahir khamis lepas, Airish Zara. Anak Poli dengan Porin. Actually, aku tak reti nak eja name dia. Maen eja je ni. hihi. Muke sebijik macam pau cina. COmelllllll!!! HAHA. Sama cam Alia masa mula-mula keluar dulu.



New baby yang tengah pura-pura tido. zzz. hehe



My bro; Poli, Porin yang hepi sangat~!


Time time ni la kamu nak tido ek Alia?



Cumil x? si Airish ni. hehe



Cam adik bradik kan kan kan?


P/S: Baru balik dari umah akak n abang. Sangat penat and letih tapi seronok gila!!

Tuesday, September 1, 2009

Aku adelah seorang Mak Su?

Salam n hye all.

Mintak tolong kawan-kawan doakan semoga abah aku sembuh sepenuhnya. Ari Sabtu malam, after Isyak, abah tibe2 jatuh depan bilik aku (sebab takde tenaga langsung). Sangat terkejot pade mase tu. Cepat2 panggil saudara semua datang. Lepas abah baring2 rehat2, tibe2 die sesak nafas. Tak tau nak buat ape mase tu. Akak aku, Poyu, terus ajar abah mengucap. Bile tengok situasi tu, aku dah tak leh tahan, terus berderai air mata kuar. Tangan abah mase tu pucat+kuning.

Orang kampung ramai yang datang tengok. Tolong jampi-jampi sikit. And then abah macam okay ckit. Nak antar g spital, tapi abah tak nak. Nak tunggu abang and akak aku balik umah dlu. Masa salam dengan orang kampung, abah menangis, menangis sebab sebak. Memang tak tahan tengok abah macam tu.. Mak mase tu kat umah Pona, nak tunggu die bersalin, mak pun dah nages2 dalam phone nak balik umah. Malam tu jugak semua orang balik Gerik. Mak, Pona, Poli, Pojat n Porin. Semua ada.

Esoknye, bawak abah pegi spital. Kne masukkan air dan darah 1 paket. Doc cakap badan abah xcukup darah. Dari 14, dalam badan abah darah ade 4.9 je. Kawan Poyu cakap kalo 5.0 pun dah leh collapse. Ni kan 4.9. Stock darah A kat Hospital Gerik abes, so bawak g Hospital Ipoh. Doc cakap abah kene anemia. Kurang darah. Maybe sebab after operation apendiks dlu kut darah abah banyak ilang. Then, masukkan lagi 2 bungkus darah. Mula2 darah abah naik 7.5, then dah naek 10 macam tu la mak cakap. Kira abah dah stabil la. Doc masukkan kamera dalam perut abah, takut ade pendarahan dalaman, but didapati abah ade luka gastrik ckit, tu pasal abah buang air besar berdarah. But sekarang, abah okay. Dah boleh makan and tersenyum. =)

Tolong eh. Doakan abah sembuh. Aminnn..




*********************************




12.00 tengah-hari / 1 September 2009

Dengan kuasa dan izin Ilahi, akhirnya baby akakku, Pona selamat di-lahirkan. Alhamdulillah. hoho. Dan secare otomatiknye aku menjadi seorang makcik. MAKCIK??? muskil gile. rase semalam aku baru je darjah 6. Tibe-tibe arini aku da jadi makcik. So, call me MAK SU okk? =)


Eiii geramnye tgk muke dieeee. SEhat. Ckup sifat. Bibir merah. Pipi tembam. Pastu puteh melepak. Memang sebijik la ikut muke abg ipor aku, Pojat. Sikit pun xde muke Pona. HAHA.

Geram kan? kan?? rase nk cubit2 jeeee.. eiiiiiii!!!!

Labels

Abah (6) AgingBooth (1) Analogi (1) Anniversary (4) Assignments (1) Baby (4) Banner (1) Bff (4) Birthday (12) Bolat (6) Cartoon (6) Ceremony (4) Certain Somebody (2) Cikgu (7) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (4) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (69) Edit Pic (2) Email Grab (4) Emaressem Perndunk (6) Exam (3) Experiences (1) Facebook (1) Family (25) Father's Day (3) Feeling (2) Font (1) Freebies (10) Fwens (10) Gaji (1) Grrr... (9) Gundah (1) Hahaha (11) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (10) Hari Raya Haji (2) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (2) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (1) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Langkawi (1) Life (11) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Matrix (3) Meor Muizzuddin (2) Meorsoleh (6) Mepek (10) Mother's Day (4) Movies (6) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My Youth (3) MyVi (1) New Year (4) Novel (1) On the Road (1) Perihal Belog (1) Posting (1) Pregnancy (1) Ramadhan (1) Random (7) Resepi (4) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (4) Science (2) Sekolah (34) Seram (1) Sketches (2) SPM (1) Spontaneous Thursday (4) Sports Day (1) Spring Trip (7) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (1) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (1) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) UPSI (7) Vacation (13) Vector Images (1) Video (1) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (19) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...