Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Sunday, January 3, 2016

Happy New Year 2016


Happy new year everybodyyy. 2016 dah kan. Bertambah umur tapi jiwa masih muda. Wakakaka. Berat badan pun berkadar langsung dengan umur. Cisss... Tolonglah tahun 2016 aku nak kurangkan berat badan menjadi berat ideal gittew dan sihat walafiat di samping keluarga terchenta (motif eja camnih?). Semoga aku istiqomah. 

Cuti-cuti sekolah ni buat apee tuuuu? Alhamdulillah tahun ni aku tak kena jaga Spm..tahun 2016 pun aku taknak jugak jaga plisss...pesal merayu kat sini taktau.

Selain buat kerja aku yang bertimbun tu (cuti-cuti pun kerja banyak okay), seperti biase mestilah pergi kenduri kan..tahniah untuk kawan-kawan aku yg baru berumah tangga. 

Senang citer tulis dalam bentuk point je lah. Bakat mengarang aku dah ke laut dah (berbakat ke sebelum nihhhh??). Kuang3

1) Pergi kenduri Jaja dekat Bagan Serai..aii meriah betul kenduri ko Jaja..ramai sungguh tetamuuu..femes ko nihhh...hahaha


2) Pergi Petrosains. Dulu 2006 pernah gi sekali dah sini dengan bff Matriks Gopeng..pastu cam rindu lak tempat ni..so ajak Meorsoleh bawak gi masuk sini..boleh la jugak amik idea untuk minggu Sains tahun 2016 nihhh kat sekolah.


Rama-rama hinggap dekat bayang-bayang kami..jakun jap akuuuu

3) Pergi mandi-manda dekat Hotspring Felda Sg. Klah, Sungkai.. Perghh memang mengimbau kenangan betul la datang sini pasal dulu zaman study kat Upsi 2x jugak la datang ramai-ramai dengan coursemate. Memang best.



Dulu yang tempat slide kat belakang tu bentuk sotong..sekarang takde dahhh bentuk tu..aku punyelah excited main slide tu sampai tertelan air..cetek kut belah yang slide ni..sakit b*nt*t aku terkena lantai lepas gelongsor tu..dah la aku ni berattt..lagi laaa.. Nak main kat air yang dalam sikit kena gi belah kanan tuh.. Yg tu best la boleh nyelam2 sambil belajar berenang..hehehhh...

4) Kenduri Kak Atul & Mahzam. Dari Sungkai, patah balik gi Ipoh..jauh jugak ye aku ingatkan dalam sejam je camtu..sekali kitorang sampai lambat daaa.. Dalam kol 3 baru sampai.. Maap ler pengantin baru, pengantin lama lambat sampai. Kiihkihh


5) Balik dari kenduri Kak Atul terus aku & Meorsoleh pergi Mood Republik kebetulan time tu deme kat Ipoh..terus rembat shawl & jubah...hahahaa.. Shawl itu aku pakai dekat next picture..best la rasa nak beli lagiiii, tapi tak jumpa lak jual online-nya..aku check insta dia pun mcm takde je dah shawl ni.. Search tag #baheerashawl.. Mane mau cari ni?


6) Kami menumpang kasih di rumah Poyu berhari-hari lamanya sambil tunggu mak aku & Pona's family balik dari UK jumpa family abang aku dekat sana. Terima kasih Poyu & Pozul & Isyraqul. Nanti makcu & pakcu & opah datang lagiiii muahahha


7) Makan dekat kedai Pak Andak Asam Pedas, Bukit Kuda, Klang. Rindu kedai ni sebab dulu masa praktikal selaluuuuuuu makan dekat kedai ni..aku paling suka air selangor & asam pedasnyaaa.. Memang kena ah dengan selera aku.



8) Shopping bukuuuu Big Bad Wolf! Buku yang beli dolu-dolu dengan Porin tu pun aku belum habis baca lagi pastu duk syok cari buku baruuu...hahahaha.. Aku suke cari buku doodle..sambung-sambung lukis lukisan yang sedia ada ikut kreativiti sendiri. Tapi buku ni duk dalam plastik tak conteng-conteng pun lagi.


Belanje Isyraqul lembu susu sekorrrrrrr...hahaha

 Jumpe ni ada orang jual.. Kemain kan guna kartun aku punya! Tapi aku jugak yang gi beli hahahaahhaah loser nye rasa diri ini.

9) Sambut ibu & Pona's familyyy dari airport..tapi red karpet lupa nak bentang daaaaa...ahhahahaa

Lepas amik ibu, terus balik rumah sebabnya mata air aku tuh kerja pulak esoknya. Dia apply cuti seminggu jerr tu pun dah cukup :))



 10) Operasi mencantikkan makmal! Tapi tak siap lagi hihihi


Itu saje aktiviti sepanjang cuti sekolah. Selain dari tesis aku nih..adoy risau aku biler nak siapnya. Pray for me! Thanks!

Good bye 2015
Welcome 2016



Saturday, May 31, 2014

Ijah's Wedding


24 Mei hari tu, my bespren Ijah a.k.a Bolat selamat dah jadi isteri orang. Tahniah Ijah! Masa tu belum cuti sekolah lagi, tapi Mrsm dah mula cuti dah. Ijah ni cikgu Mrsm Langkawi, sekali dengan suami dia. Senang la korangggg keje setempat :P

Malam before kenduri tu, aku dengan Meorsoleh pun jejalan gi umah Ijah ni, nak tengok gak ape beliau tengah buat kan. Berinai ka, iron tudung ka, tengah makan ka.. alih-alih ngendap dalam bilik dia tengok duk tengah bersembang. Dasarrrrrr..ko nak kawen ke tak ni?? Hahaha. Tapi mase tu goodies-goodies dia semua setel dah.

Then, Ijah ajak kami dengan sepupu-sepupu dia pergi dewan, nak tengok persiapan tempat tu macam mana.. sekali bunga manggar belum dicucuk lagi, so Meorsoleh la menjadi mangsanyaaa... har har har...aku tolong tunjuk jeeerrr :D

Tu dia..fokus sangat heh. Beliau siap ada nisbah-nisbah apetah bagai before nak cucuk bunga manggar tu.

Lepas tu, teman Ijah pegi pasang bunting kecik untuk petunjuk arah ni kat simpang-simpang jalan.

Ooopsss...sebelum tu lupa nak cerita..aku lukiskan sticker doodle Ijah ni..untuk ditempek kat goodies :)
Dan semestinya aku send design ni dan order sticker dengan pelekatku.blogspot.com


*************************************************************************


 Di pagi kenduri...........dot dot dot..selfie dulu sekeping dua...kikiki

Semangatnya orang belakang tu..haha


Kitorang sampai awal sebenarnya nak tengok Ijah nikah, sekali terlepas sob sob sob..sampai masjid tengok dah takde orang...tu yang melepak dalam kereta sambil tunggu jam kol 12 pm. Maap ler Ijah.

Pengantin pun tiba. Gojes sangat Ijah pakai baju kaler niiii.. tengok la bunga manggar laki i buat. Haha



Kacau pengantin makan sattttt...ala korang mesti makan sikit jeeeee kannn...pasni second round..hahaha. Rasa tak percaya lak kawan aku dari darjah 1 yang rahsiakan nama dia (mula-mula masuk sekolah tu), dah kahwin. Hehehe...tahniah lagi sekali Ijah..pasni nak tunggu Ijah Junior pulak :P


Jumpa la ex-Mrsm Pendang semua!! Tengok tu tangan tak boleh dok diam. Member aku ni siap cakap, even aku pakai baju apa pon, still nampak muka cam cikgu. Haha. Nak buek camnoo, natural begini dahhhh. Seb bek tak terpakai name tag.

Tak pasal-pasal tahun ni dua kali korang kena datang Gerik...hehehehe

Dari kiri, Khal, Zaf, Wani, Khay, Ain, Aku dan Tirah

Tunggu turn nak bergambar dengan pengantin depan pelamin.

Temanya ala-ala Jepun sikit...hehehe bunga sakura pon ado.

Ni amik kat page abang Lan. Photographer Ijah. Monopod timeeeee.

Ni pulak cilok dari Zaf! Ni lah hasilnyaaaaaa selfie guna monopod tadi :P

Lagiiiiii :D

 And then, disebabkan photographer kahwin aku dengan Ijah ni sama, so beliau bawak la album kawen aku yang dah siap tu. Hepi berganda lah kannnn.

Peaceeeeeeeeeeeeeeeeeee ^^


Hepi dah siap dah albumnyaaaaaa! :)

Nanti update lagi. 
See ya!








Saturday, May 3, 2014

My wedding's doodle and the preparation



Sepatutnya entry ni sebelum entry gambar kahwin. Tapi takpelah mana-mana dulu pun boleh. Kat sini aku akan letak link-link untuk order sticker dan jugak fridge magnet untuk letak dalam goodies. Link untuk order guestbook yang cantek pon ado! :)

Sebelum tuuu, kita tengok gambar kat bawah ni satu-satu dulu...

Ni kad kawen aku, di-edit oleh Meorsoleh.


Sebulan sebelum majlis dah kena kumpul dah alamat kawan-kawan semua untuk pos kad nih. Tapi even awal pun aku pos, still ada yang tercicir tak dapat kad ni. Sebab aku terlupa nak minta alamat..lagi beberapa hari lagi nak kenduri baru teringat.. so kita msg je la mane kawan2 yang tercicir.. tapi biasalah msg je mesti orang tu taknak datang. haahaha so moral value-nya adalah betul-betul kena listkan tetamu yang nak dijemput..jangan miss..


Ini pulak adalah makanan-makanan yang nak diletak dalam goodies. Balang kaca (belakang sekali) tu beli kat kedai pakcik kedekut.. jenuh mintak kurang tak dapek.. tapi terpaksa beli jugak lah sebab malas dah nak carik.. taknak promote kedai pakcik tu... yang makanan-makanan tu pulak beli kat Mydin Ipoh jeeee.....hahaha

Balang kaca bersusun dengan beg-beg goodiesnya. My mom sponsor hehehe

3 orang budak comel ni, Aiyris, Dikdi, dengan Anis tolong isi kuih bakar dalam balang kaca

Kerepek ni Pona belanjeee.. untuk diisi dalam goodies tu jugak


Lepas balang kaca tu dah diisi, masukkan dalam beg polkadot ni, sekali dengan kerepek

Mekasih Poli, Porin, my sepupu n makcik semua tolong isi dan susun menda ni cantek-cantek :')

Balang kaca tu pulak, aku tempekkan dengan sticker..design sticker tersebut adalah begini....


Tadaaaa....aku terpaksa letak watermark camtu.. kang ada orang tak bertanggungjawab save, copy dan jual. Nak buat pattern atas doodle ni xpandai :(

Korang yang nak sticker macam ni boleh order dekat page Yusof. Klik sini
Memang puas hati lah dengan stickernya siap ada lebih lagi dari yang diorder.. thanks Yusof!

Alia pun nak tolong lekat kan sticker tu atas balang kaca


Macam ni :)

Design yang sama tapi aku edit sikit untuk buat signboard camtu.. konon after kenduri aku nak simpan la kertas ni siap aku limined lagi, untuk wat kenangan.. sekali ada orang curi batang kayu tu, sekali sign ni pon depa amik....ciss




Ni pulak design untuk fridge magnet. 
Doodle tu je doodle aku, yang bunga-bunga tepi-tepi tu *credit to Google.

Ni Poli and Porin la sponsor fridge magnet ni...hehehe makasihhhh.


Cakkkkk!!! Sapa nak? Ada lagi kat aku beberapa keping...meh datang amik...hehehe 


Okay sapa nak order fridge magnet macam ni boleh kontek blog ni.. klik sini.

Doodle tu pun aku guna untuk buat bunting. Buat untuk majlis belah Meorsoleh sekali, just tukar tarikh dengan pantun je...ahaks!

Majlis belah aku.
Bunga-bunga tu je *credit to google

Majlis belah Meorsoleh.
Bunga-bunga tu je *credit to google

Tengok kat belakang tu, bunting-nya! Cun gilaa aku order dekat RG One, Gerik :P

Now untuk guestbook corner lak. Ni semua mastermind-nya adalah Pona! Beliau kan suka menda-menda cute macam ni.

Untuk backdrop

Alas meja

Segala bentuk mulut hihihihi

Misai 

Pona jadi model

Semua ni kawan Pona yang buatkan. Sapa nak, tanya Pona la ye.

Ini pulak guestbook-nya..aku order dekat BubbleDilly's. Kreatif kan kan kan ? Owner-nya kawan aku masa kat Mrsm Pendang. Ni link facebooknya. Klik sini.

Tadaaaa lagi......! Photobooth and Guestbook Corner!

Okay masuk cerita bab baju pulak. Ni baju yang family aku guna sepanjang majlis. Bertemakan pink!

Ni baju nikah Meorsoleh.

Ni baju nikah aku. Beli yang dh siap je. Manik-manik tu aku tambah sendiri. Hehehe

Ni baju majlis belah perempuan.

Ni baju majlis belah lelaki.

:)

Ni lah baju tersebut. :P

Okay habis dah entry ni, taktau nak taip apa lagi. 
Harap bergunalah link-link blog/fb tu untuk kawan-kawan yang bakal kahwin jugak....hehehe
Jumpa lagi!













Labels

Abah (6) AgingBooth (1) Analogi (1) Anniversary (4) Assignments (1) Baby (4) Banner (1) Bff (4) Birthday (12) Bolat (6) Cartoon (6) Ceremony (4) Certain Somebody (2) Cikgu (7) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (4) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (69) Edit Pic (2) Email Grab (4) Emaressem Perndunk (6) Exam (3) Experiences (1) Facebook (1) Family (25) Father's Day (3) Feeling (2) Font (1) Freebies (10) Fwens (10) Gaji (1) Grrr... (9) Gundah (1) Hahaha (11) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (10) Hari Raya Haji (2) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (2) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (1) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Langkawi (1) Life (11) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Matrix (3) Meor Muizzuddin (2) Meorsoleh (6) Mepek (10) Mother's Day (4) Movies (6) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My Youth (3) MyVi (1) New Year (4) Novel (1) On the Road (1) Perihal Belog (1) Posting (1) Pregnancy (1) Ramadhan (1) Random (7) Resepi (4) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (4) Science (2) Sekolah (34) Seram (1) Sketches (2) SPM (1) Spontaneous Thursday (4) Sports Day (1) Spring Trip (7) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (1) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (1) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) UPSI (7) Vacation (13) Vector Images (1) Video (1) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (19) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...