Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Anniversary. Show all posts
Showing posts with label Anniversary. Show all posts

Tuesday, March 31, 2020

Rindu sekolah

Assalammualaikum...hi!
Rasanya semua duk boring dekat rumah taktau nak buat ape kan? Hahaha. Samalah macam aku. Tapi arahan perlu dipatuhi.... sampai 14 April kena duduk diam-diam dalam rumah untuk putuskan rantaian wabak Covid19 ni... semoga Allah permudahkan urusan kita semua dan dijauhi dari wabak ini. Aamiin.

Aku dengan Meorsoleh masih tak boleh move on lagi kena cancel trip ke Jepun...sepatutnya cuti seminggu sekolah baru ni, kami ke Jepun. Tapi disebabkan risau dengan penularan wabak Covid19 ni, terus kami cancel trip tersebut... entoh biler la dapat peluang pergi Jepun... Lama lagi la kut...vaksin pun takdak lagi nih. Takpelah..adelah hikmahnye tu....dapat jugak kami jalan-jalan ke tempat lain...tapi dalam Malaysia je lah. Yang tu nanti lah cerita dekat entry yang baru.

Entry kali ni aku nak cerita tahap kebosanan aku di rumah sampai taktau nak masak apa dah. Cemuih bak kata orang Kedah. Ada la beberapa makanan aku dan Meorsoleh masak yang aku tangkap gambar. Ni gambar makanan hari berlainan tau... jangan kome ingat aku makan sebanyak itu dalam masa sehari. Nehi meri betti, nehi (cuba teka apa maksud).

Ikan keli masak sambal

Arwah mak aku panggil ni nasi goreng gebu. Haha. 

Ikan kedera masin. Memang partner yang lengkap untuk makan dengan nasi goreng gebu di atas.

Roti Canai & Kari Kentang Dadu (arwah abah punya kegemaran)

Hok ni la yang aku paling suka. Roti Puri cicah sardinnnn.
Yihaaaaa. Sardin my favourite.

Roti puri ni Meorsoleh yang buatkan.
Kembung-kembung rotinya nak perli aku la tu.

Sardin my favourite.

Nasi lemak sambal tak jadi hahahaha.
Tak pedas & tak berminyak.

Pizza Roti. Kau tengok cheese tu kemain banyaknye letak.

Dalam masa duduk rumah ni, aku dengan Meorsoleh sambut anniversary perkahwinan yang ke-6 tahun. Alhamdulillah... semoga jodoh ini berpanjangan hingga ke syurga. Biarlah tak sempurna tapi saling melengkapi antara satu sama lain. Yang penting, I lap you, you lap me. Kahkahkah. Cewah..geli tak?

Kek cod je...idokler teman ghajin nak membako kek.

Muiz menangis masa ni nak main lilin. Sabo je lah.
Bagi la mami dengan abah hang ni ber-romantik dulu. Kacau daun je. Hahaha.

💖💖💖

Dengan ini, saya menyanyikan satu laguuuu yang bertajukkkkkkkk..............(sila isi tempat kosong)


Okay! Itu saje entry pada kali ini. Hahahaha. Bertemu lagi di masa akan datang. 
Sekian, terima kasih.


Friday, March 25, 2016

2 years and still counting :)


Assalammualaikum..alhamdulillah haritu sambut anniversary yang kedua. Tak sangka dah dua tahun jadi isteri orang.. Syukur sangat sebab Allah kurniakan suami yang memahami, penyayang, rajin, suka masak dan lain-lain. Hehe..nak senaraikan banyak-banyak kang orang lain muntah hijau pulak. Semoga Allah panjangkan umur dan jodoh kami hingga ke syurga. Amin. I love u, Meor! 

Kami guna apps MSQRD. Kelako giler muka bertukar tempat....kahkahkah

Semalam aku mc sebab ada rawatan untuk tiub falopio aku. Dokter cakap macam ada something tersumbat dekat 'jalan' ke tiub falopio sebelah kiri.. Harga rawatan RM150 dan aku buat dekat satu klinik specialist untuk sakit puan tapi biarlah nama klinik itu rahsia... Sebelum appointment tu aku tanya staff klinik tu, sakit tak treatment ni. Dia cakap TAK. Lagipun diorang akan bius aku dulu. Aku pun setujulah dah dia kata TAK SAKIT kan...

Tiba hari kejadian, aku di bawa masuk kat satu bilik ni dan baring atas katil klinik tu..semua staff perempuan termasuklah dokternya. Mula-mula aku macam pelik la kenapa la ramai sangat staff dalam bilik tu. Kata treatment ni sekejap dan tak sakit, so kenapa kena ramai staff masuk?  Adalah dalam 5, 6 orang termasuklah dokter ni. Rupanya staff yang ramai tu diperlukan untuk pegang kaki dan tangan aku in case aku menggelupur kot. Tapi memang aku menggelupur punnnnnn masa masukkan ubat tu sebab SAKIT GILAAAAAAAAAAAA!

Seriously, aku tak pernah rasa lagi sakit daripada sakit ni. Kalau pernah rasa senggugut teruk tu, ni doploh kali ganda sakitnya dari tu. Lepas tu lenguhhh rasa dalam rahim aku...tak tergambar kesakitannya. Aku sampai terjerit aku suruh stop masukkan ubat tu sebab aku dah tak tahan. Tapi diorang pujuk jugak dan tetap masukkan ubat tu sampai habis. Memang menggelapar la aku masa tu. Terus teringat mak yang lahirkan aku. Mesti lagi sakit daripada ni.

Lepas dah siap treatment tu, masa staff tinggalkan aku untuk aku rehat jap, memang terus la aku menangis terkenang betapa sakitnya treatment tadi. Hanya Allah yang tahu kesakitan aku. Berdenyut je rasa dalam rahim tu. Ni aku tengah tulis ni pun bergenang je air mata teringat sakitnya ubat tu. Siap ada darah keluar lagi dah macam period dah tapi sikit je la darah tu dan staff tu bagi aku pad untuk pakai. Ya Allah..ngerinya bila teringat balik. Tu cara-cara dah kena bius pun sakit giler, kalau tak bius aku xtau la, mau aku TER-penerajang je dokter tu....kehkehkeh

Lepas dah selesai, dan sakit tu pun berkurang sikit, aku pun keluar dari bilik tadi dan gi duduk sebelah Meor kat ruangan menunggu..terus aku menangis sebak-sebak cerita kat Meor macam mana sakitnya treatment tadi. Kalau kena buat kali kedua ke treatment tu aku taktau la aku sanggup lagi ke tak. Trauma sungguh. Tapi alhamdulillah dokter tu kata 'jalan' tiub falopio aku dua-dua dah normal dan dah 'bukak'... InsyaAllah kalau ada rezeki, adalah. 






Friday, September 17, 2010

Meaningful Raya!




Salam semua.

Sempena blog aku mencapai usianya yang ke-2 tahun, maka aku meng-umum-kan yang Jumaat lepas adelah raya! raya wei. raya! Lame beno aku tak update blog tapi aku tau takde orang kesah pun. ye tak cik kiah?

Firstly nak tunjuk gambar raya la kan. Kalo tak, pe guna pakai lawa-lawa, tapi gambar taknak amik? raya wei. raya! raya!


Hari Raya Pertama

Dengan abah aku, abang aku and anak buah aku, Aiyris.



Sementara tunggu orang laen bersiap, sape yang dah lawa tu sila snap pic banyak2..haha



Antara watak-watak penting yang bagi duet raya kat aku..hhoho time kasey Poli, Porin, Poyu, Abah n Mak? Name mak ade tanda soal sebab mak cakap nak bagi masa aku balik Upsi. So tak dapat lagi. =P *Kesian Pona takde, musti beliau teringat2..hahaha (eh Pona n Pojat pun bagi duet. time kseyyy).




Hari Raya Kedua

erk..yang ni tak nak la citer. Segan.
Pepandai la teka sendiri or tgok fb. haha Next!




Hari Raya Ketiga

Reunion dengan kawan-kawan sekolah rendah!!! Sangat tak sangka dapat jumpa jugak. Ada yang lama gila tak jumpa, dari lepas UPSR, tak jumpa2 dah. Baru dapat jumpa, tu pun bukan semua. Certain je. Belas2 je. Tapi happening okkkkkkk wa cakap lu. Dua hari berturut-turut baru abes reunion.

Semua budak2 dalam gambar ni dah membesar menjadi matang okkk?


Tada~~ (eh ni gambar time raya keempat)



So conclusionnya, memang raya kali ni bermakna laa..betul tak certain sumbody?? Hoho. Good Luck exam!!



p/s: Tahun depan agak-agak aku dapat tak lagi duet raya?? Mauuuuu..hahaha


Sunday, October 18, 2009

100th: Alia and Airish?

Salam n hye all.

Fuhhh. Lame sungguh rasenye tak berblog. Maklum lah ke-belakangan ni ai busy bangat. Serius ni. (buwekkkk ayat keji gile tiru blog-blog orang laen yang slalu jarang hupdet). Padahal diri sendiri yang selalu buang masa+takde idea nak updet ape. Kadand-kadang terlampau simpan banyak cerita yang nak cerita kat blog, alih-alih busy tak sempat updet, 2-3 hari lepas tu dah malas nak updet sebab rasa cerita tu dah basi. Nak cerita pasal jamuan raya, sume member sebok lumba-lumba upload kat facebook, so rasa rugi je kalo bazir entry untuk cerita pasal jamuan raya. Dah la ending jamuan tu sangat lahabau+lahanat segala.

Tada~ Ini adelah entry yang ke-100. Best tak best tak? Cakap la best. Pleaseeeee. HAHA. Orang laen dah lame dah sampai 100, aku baru ter-kedek kedek dan ter-kinja kinja. Tapi yang pasti, aku sengaja taruh entry special ni untuk anak-anak buah aku. Memang save tempat entry ni untuk diorang sebab diorang sangat SPECIAL! lalalala.



Ini la Farisya Alia. Anak Pona and Pojat.






Buwekkk.. Jelir kat Mak Cu ekkk.. ;)



Cumil x? cumil x?


My dad dengan Alia.


Ni poyu, mak aku and jugak Si kecik yang baru lahir khamis lepas, Airish Zara. Anak Poli dengan Porin. Actually, aku tak reti nak eja name dia. Maen eja je ni. hihi. Muke sebijik macam pau cina. COmelllllll!!! HAHA. Sama cam Alia masa mula-mula keluar dulu.



New baby yang tengah pura-pura tido. zzz. hehe



My bro; Poli, Porin yang hepi sangat~!


Time time ni la kamu nak tido ek Alia?



Cumil x? si Airish ni. hehe



Cam adik bradik kan kan kan?


P/S: Baru balik dari umah akak n abang. Sangat penat and letih tapi seronok gila!!

Labels

Abah (6) AgingBooth (1) Analogi (1) Anniversary (4) Assignments (1) Baby (4) Banner (1) Bff (4) Birthday (12) Bolat (6) Cartoon (6) Ceremony (4) Certain Somebody (2) Cikgu (7) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (4) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (69) Edit Pic (2) Email Grab (4) Emaressem Perndunk (6) Exam (3) Experiences (1) Facebook (1) Family (25) Father's Day (3) Feeling (2) Font (1) Freebies (10) Fwens (10) Gaji (1) Grrr... (9) Gundah (1) Hahaha (11) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (10) Hari Raya Haji (2) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (2) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (1) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Langkawi (1) Life (11) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Matrix (3) Meor Muizzuddin (2) Meorsoleh (6) Mepek (10) Mother's Day (4) Movies (6) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My Youth (3) MyVi (1) New Year (4) Novel (1) On the Road (1) Perihal Belog (1) Posting (1) Pregnancy (1) Ramadhan (1) Random (7) Resepi (4) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (4) Science (2) Sekolah (34) Seram (1) Sketches (2) SPM (1) Spontaneous Thursday (4) Sports Day (1) Spring Trip (7) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (1) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (1) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) UPSI (7) Vacation (13) Vector Images (1) Video (1) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (19) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...