Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Wednesday, June 3, 2015

Sepanjang bulan Mei


Seperti yang kita sedia maklum (maklum ke?), bulan Mei adalah bulan favourite aku....tau kan sebab apa....huahuahua....yang pertama sebab bulan ni adalah bulan aku lahir dan yang kedua sebab bulan ni jugak la bulan sambutan hari guru.  


My besday cake! Thanks to certain somebody yang bersemangat simpankan dalam peti ais nak sorok dari aku tapi kantoi sebab mak bocorkan rahsia......kehkehkeh penat aku nak berlakon yang aku taktau dalam peti ais tu ada kek. Gile tak reti okayh nak berlakon, sakit urat pipi aku duk tahan gelak je. Wakaka. Anyways sedap sangat kek tu! Siap ada bunga api, thanks Meorsoleh! Saya doakan awak semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat walafiat. Happy-happy selaluuuu...saya pon boleh tumpang gembira ye dok? Kikiki


Ni mak mertua i lukih... hehehe mak mertua memang berseni orangnya. Tq mama & papa!

Okay cerita pasal hari guru pulak..tapi takda apa cerita yang best sebab sambutan tahun ni hambar je... Serius tak seronok langsung, aku sendiri pun malas nak cerita. Tapi okaylah dapat sambut jugak dari takdak langsung kan?


Aku tolong kawan aku buat penanda buku sempena hari guru. Tolong tulis jeee hahaha

So sekarang, dah mula dah cuti sekolah...minggu pertama cuti ni aku nak habiskan dengan tanda kertas exam je sebab due date sekolah aku 6 Jun, so tinggal beberapa hari je lagi nih nak siapkan. Minggu kedua aku ada kelas tambahan (sehari je), dan hari-hari lain aku nak siapkan mana yang patut aku punya tesis tu..dan lepas settle semua tu baru aku, Meorsoleh dengan mak nak pergi jalan-jalan rumah kakak-kakak aku...hohoho... baru la nak merasa berjalan, orang lain dah puas dah berjalan cuti sekolah ni haa.

Banyak paper lagi tak siap ni weyyyyyy! 


Okay itu saje untuk kali ni.
Assalammualaikum :)



Saturday, July 12, 2014

Besday certain somebody


Actually dah lama dah lepas besday Meorsoleh ni, tapi aku nak tempek jugak video yang aku buat ni sebagai simpanan dalam blog picisan ni...hehehe..enjoy..

Yang ni besday yang lepas-lepas.

Yang ni besday tahun ni punya.

Aku edit dari gambar ni..

Jadi doodle macam ni..

;D





Thursday, May 15, 2014

7 Mei 2014


Alhamdulillah umur dah genap 26 tahun.
Rasa tua pulak..kalau 25 tu still rasa muda...kehkehkeh...poyos..
Biasa-biasa je besday kali ni tapi lain sikit lah sebab dah ado laki kan.
Apa bezanya?
Sebab bila kita mintak hadiah dia cakap cenggini:

Aku: Awak mana hadiah besday saya? Heeeeee

Meorsoleh: Sayeeee lah hadiahnya. Seronok tak? Kikikiki *sambil buat gaya menggedik*

Aku laaa dia ni kannnnnnnn :)

Hihihi..esok pula hari guru..ada sambutan dekat sekolah..so sepanjang hari tak payah masuk kelas. Tu yg heaven tu kan. Pastu pulak ada jamuan makan. Memang melekat la aku kat situ lelama.


So aku nak wish Selamat Hari Guru untuk semua guru di dunia ni terutamanya arwah abah, cikgu pertama dalam hidup aku, mak aku, cikgu yang mengajar segala2nya, cikgu2 aku di Tadika Kemas, SKTSGJ, SMKSISII, MRSM Pendang, MRSM Taiping, Matrikulasi Perak, UPSI, SMK ******** dan tak lupa jugak untuk my makcik pakcik, my kakak, my mother n father-in-law.



Sedih pulak bila baca komen sorang cikgu ni yang pernah kerja dengan arwah abah. My father is a great teacher. Bukan nak bangga tapi tu lah ayat yang kawan-kawan ayah aku cakap dekat aku. Even pengetua dekat sekolah aku ngajar sekarang ni pun admire dengan cara ayah aku kerja.. tapi bila orang cakap camtu aku senyap je la, mampu senyum je sebab aku tak tau camna cara ayah aku kerja, camna komitmen dia, camna dia jaga hubungan dia dengan anak-anak buah dia, camna dia jadi seorang yang sangat bermotivasi dan camna dia tackle hati student. Aku tak sempat nak belajar dengan dia. Belum sempat abah turunkan ilmunya kat aku dia dah dipanggil menghadap ilahi.. Sedih hati ni Allah je tau. Terngiang-ngiang kat telinga aku masa arwah cakap; "Abah nak at least ada lah sorang anak abah jadi cikgu"...tapi abah tak sempat tengok pun..now kakak aku pun dah jadi cikgu..ermmm...kalau abah ada mesti abah bangga kan... :')


AL-FATIHAH

Bila dah jadi cikgu ni, banyak gilaaa menda yang aku nak tanya dia, banyak gilaaa menda aku nak belajar..tapi tak dapat la semua tu kan. Seriously takda kepuasan bekerja tu sebab banyak sangat kekurangan aku ni dan lepas tu aku taktau nak mintak nasihat siapa dalam bidang ni jugak :(

Takpelah..saje luah perasaan...heeee...ape-ape pon selamat menyambut hari guru esok! 16 Mei 2014







Monday, May 13, 2013

Mei



Hari ni hari mak. Setiap hari ahad minggu kedua Mei. Dengar kata tak boleh celebrate, ye ke? Tapi wish je kat mak boleh lah kot kan. So here it is: 


Dan 7 Mei lepas my besdayyy. Tak sangka dah 25 tahun. Alhamdullilah still bernafas kat bumi Allah ni.. Bila dah tua (umur je tua, jiwa remaja lagi wakakka) ni, tak rasa excited pun. Taktau la tak excited ni sebab dah matang or sebab lain. But thanks a lot for all the wishes.. saje hide wall post kat facebook sebab nti ramai2 komen adehh malas nk reply (amboih bajet retis sangat kan). Haha..actually nak tengok sape yg sanggup usaha lebih untuk wish selain fesbukkk tu..eceh. Student kelas tingkatan 2 haritu pun bila aku masuk kelas, terus nyanyikan lagu besday. Malu mak, noks! Rase nak nyorok bawah meja..tapi malu2 pun sukaa.... haih..ape-ape pun, May should be my favorite month but this year tak kot.. 






Saturday, June 9, 2012

This is for youuuuu


*Autopublish post*

Hari ni special sikit sebab birthday certain somebody ;p
Disebabkan baru keje, 
dan gaji pun 3 bulan kemudian baru ado, 
maka tak dapek la nak bagi or pos hadiah ke ape.. 
just mampu buat video kat bawah ni jee! 
So, enjoy~~~ :)


To certain somebody:
Hepi Besday!
Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat selalu serta makin soleh. 
Nama pun dah soleh kan...haha #err..oktaklawak
Dannn..cepat habiskan belajar tuuu. Do your best untuk segala exam.
Mesti tak sabar nak konvo kan? Hehe
I'll always pray for your success :)
Amin.

Tuesday, May 8, 2012

I'm 24!


Taken on 7 May 2012

So yesterday is my birthday. 
Bersyukur masih ada mak. 
Bersyukur masih sihat walafiat. 
Bersyukur masih bernyawa.
Bersyukur masih cukup makan, pakai.
Syukur atas nikmat ni ya Allah.

Terima kasih di atas ucapan dan doa dari kalian :)



Wednesday, January 26, 2011

Email Lama


Sunday, 30 April, 2006 12:53 AM
meorbest wrote:

PERHATIAN KEPADA SEMUA RAKYAT JELATA LIMAKOSONGEMPAT

ARAKIAN TELAH DIMAKLUMKAN PADA TANGGAL ULANG TAHUN KELAHIRAN MAKHLUK PONI IAITU

7 MEI 2006

MERUPAKAN HARI YANG TERAMATLAH MALANG SEKALI DALAM TEMPOH SEPANJANG HIDUP ANDA

JUSTERU, JIKA ANDA MAHU MELINDUNGI DIRI DARIPADA MALANG YANG AKAN MENIMPA PADA HARI ITU, BERIKUT LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN:

  1. Buat-buat lupe hari tu adalah hari birthday paani
  2. Offkan handphone anda untuk elak daripada dihubungi paani
  3. Semasa Online untuk Yahoo messagger, buat stealth setting offline pada id paani
  4. Hilangkan ingatan anda mengenai paani buat sementara (buat2 x kenal)
  5. Dan lain2 langkah yang perlu.


Korang ade??? HAHA


Thursday, January 6, 2011

How i spent my 13th birthday



Masa tu dah malam. Tak ingat pukul berapa. Masa tu aku form 1. Baru je masuk sekolah tu. Peraturan pun macam tak ikut sangat. Dan lampu yang sepatutnya di-light-off kan terlupa nak berbuat demikian dan takde seorang pun daripada ahli-ahli bilik aku yang menyedari lampu belum ditutup dengan malam yang kian lewat. (geli pulak ayat skema.wkaka)

Tiba-tiba seketul batu jatuh datang dari tingkap, dan berguling ke atas lantai. Aku terkejut. Cubemate aku pun terkejut. Lepas tu, datang lagi seketul batu. Kami pun berfikir.. "Adeke hantu yang reti baling batu malam-malam?". Bilik sebelah pun kena jugak.

Dalam tengah berfikir macam mana batu tu boleh masuk kat tingkap, tiba-tiba ketua aras datang bilik aku, dia suruh semua turun sebab paksok (ketua warden yang digeruni tapi dihormati) marah bilik aku n bilik sebelah tak tutup lampu. Dan aku rasa yang baling batu tu pun mungkin beliau la kot. Sebagai amaran.

Kami pun turun.

Aku tengok bukan kami je kena, ada lagi senior-senior yang tercongok dah kat situ..haaa..diorang pun tak tutup lampu jugak kottt.

Bila semua dah berkumpul, perempuan sahaja, kami pun dibebel.

Then Paksok cabar kami, lebih kurang macam ni la ayat dia. Aku ubah2 sikit sebab aku tak ingat;
"Tak dengar cakap, berapa kali saya pesan malam light off pukul 11pm! Hangpa semua nak kena denda ka?? Kang saya suh hangpa lari dari sini ke pondok pakgad one by one hangpa nak ka? Berani ka???"





Agak jauh jugak la dari tempat tu nak pegi pondok pakgad. Macam dalam gambar tu. Sorang-sorang pulak tu. Tak sanggup aku nak berlari pegi pondok pakgad tu one by one. Kang jumpe hantu tengah jalan kang sape nak tolong?

"Saya berani!" Tibe-tibe ade seorang jawab. Erkk...sape pulak menjawab nih????

"Hang berani?? Betoi? Okay sekarang semua bentukkan satu barisan bermula dari dia, yang volunteer tadi. Disebabkan ada sorang yang volunteer, hangpa semua kena lari sorang-sorang ikut turutan ke pondok pakgad.", kata Paksok.

Haaa..sudah... Semua orang cepat2 beratur.

JAHANAM!!!! Camne aku tak perasan aku beratur belakang budak yang volunteer tadi tuh??????????
Kan dah jadi orang kedua yang kena lari. pfffttttt.

Bila budak volunteer tadi tu dah lari, sampai je atas tangga, Paksok panggil budak tu balik. Pastu dia cakap;
"Saya acah jaa. Berani jugak hang ni, mai patah balik, dah, semua duduk.."

LEGA!!!!!!
Dalam otak aku punye la planning nak berlari sambil pejam mata. Punye la takot terserempak dengan hantu. Gelap okkk jalan nak ke pakgad tu.

Lepas tu Paksok tengok jam;
"hmmm dah pukul 12 am, sekarang hangpa semua boleh pegi tidoq lekaih.."

Aku pun tengok jam aku, tepat pukul 12 am.. and then aku wish dalam hati aku sambil berjalan pegi masuk bilik;
Hepi birthday to me..







Monday, December 6, 2010

Anti-Child Abuse Campaign


Please support anti child abuse campaign! Change your Facebook profile picture to a cartoon character from your childhood and invite your friends to do the same. Until Monday (December 6), there should be no human faces on Facebook, but an invasion of memories.

Agak-agak gambar ape aku tukar? Haruslah doremon kannnnnnn. Dah name memang kartun feveret aku. Tapi bukan gambar kat bawah ni, gambar lain. Curik certain sumbody punyer.


Doraemon
Doremon ni memang komik dia boleh dikatakan tiap2 bulan la aku beli. Tapi dah lama pulak tak kuar volume yang baru. Tensen gua. Jenuh lepak kat kedai yang selalu aku beli tu, takdok pulak. Mini comic ade la. Rm3. Lagi jimat. Haha. Tapi kadang-kadang citer die berulang. Tapi tak penah busan. And doremon ni selalunye akan dicilok oleh pona. Takpela die cilok akunyer doremon, aku cilok dienyer novel RAM. Pona bile nak beli rayyan fantasi??? hahahaha.


Detective Conan

Yang conan ni memang kumpul dari volume 2. Volume 1 tak jumpe. Sedih sedih. Sekarang rasenye dah nak masuk volume 70 kan kan? Entah lupe la sebab lame gak tak beli. Bace online je senang.

Son Goku

Son Goku yang hebat!! Dragon ball biase aku bace kat komik, yang kt tv tu tengok jarang2 je. Yang Dragon Ball Z and GT tengok cd, tak bce komik. (eh yeke?) Sangat kuat okay Son Goku ni. Dah la baik hati. Tak suke Bezita garanggg.


Trunks
Ni watak dalam dragon ball. Aku selain Goku, aku suke mamat ni sebab rambut die belah tengah. Motif rambut belah tengah??? sebab watak ni nampak paling kacak.wkakaka.


Majin Buu

Ni watak jahat dalam dragon ball, majin buu. Suke sangat kt beliau sebab die boleh tukarkan mangsa-mangsa die jadi coklat/gula-gula. Kan best kalo aku ade abiliti cam tu?? Boleh aku tukarkan peti ais kat bawah tu jadi coklat. Mau setahun baru abis makan. Tapi watak ni mula-mula je jahat, ending dia jadi baek sebab geng dengan mr Satan.


Shin Chan

Haaaaa.. ni la kartun yang paling dibenci oleh kaum kaum ibu. Tapi aku layan jugak laaa shin chan ni sebab die comel. Tengok la kening ulat die tuuuuuuuuuuu. Geramnyeeee. HAHA Tapi kalo ade budak senakal shinchan ni, lama dah la aku tumbuk patung arnab dalam bilik. Dush dush.


Spongebob

Yang ni abang aku la pengaruh aku suruh tengokkk. Mula-mula aku tak minat laaa. Pebende ni span span kuninggg niii. Jijikkk okkk jijikkk. HAHA. Lamee2 tengokk melekat pulak dahhhh. Petang-petang tu tunggu je depan tv tu. Tapi sekarang jarang la pulak tengok sebab aku selalu lepak bilik je. Tapi spongebob the movie best gile wa cakap lu. Siap hafal lagi lagu im a goofy goober yeah!! Kalo nak, carik la sendiri mp3 tu okk. 


Rapunzel

 Rapunzel ni memang minat dari kecik, suke betul tengok rambut die yang panjang tuu. Siap orang boleh panjat bagai kan? Aku selalu terbayang la kan masa kecik tu, rapunzel ni penah ade kutu tak? HAHA. Kalo la die ade kutu jenuh la weiii nak letak ubat kutuuu. Nak letak ubat tu satu hal, bau tu pun dah satu hal. Boleh pengsan okkkkkk. (erk? cam ade pengalaman jer?) HAHA


Cinderella

Yang ni memang kalo dah name pompuan tu, kompem la minat cinderella ni kan?? Tipu la kalo tak minat. Dulu mase mak aku suruh aku basuh baju ke, sidai baju je, kalo kena marah, mesti aku nages pastu feeling feeling cam kena dera dengan mak tiri. Tunggu ade putera datang selamatkan aku. Ehh??? bodo x? hahaha. 

Hajime Kindaichi

Yang ni komik dia ada la sikit aku simpan. Suke gak bace. Sume komik2 ni pengaruh si poli. Beliau suke suruh aku bce komik. Sampai aku lak jadi kaki komik. 


Scooby Doo
Scooby dooo bi dooo where are u?? HAHA. Tak ingat dah citer ni camner? Tapi cam ala-ala penyiasatan lak gak kan?? Tapi lepas ade anjing baru kecik(watak tambah) terus aku xminat tengok dah. Sebab cam "ehhh pesal de watak baru??? tak best ah".. begitu laaa monolog dalamanku, lalu aku protes dengan jarang menonton kartun ini lagi. HOHO


Dexter's Laboratory
Yeahhhh. Dexter's laboratory. Masa darjah 6 before nak pegi sekolah, breakfast sambil tengok kartun ni. Tapi tak sempat tengok abis punyerr sebab abah aku panggil nak hantar g sekolah.


Sailormoon
Sailormoon ni layan la gak sikit sikittt. Tapi tak berape laaa. Sebab aku tak minat sangat kartun yang girly girly ni.."dengan kuasa bulan akan menghukummu!!!" Karut betul.wkakkaka. Tapi aku suke watak laki yang selalu lempar bunga ros tu. Tapi sampai sekarang tak paham pe motif die lempar bunge rose tu? Anyone?? Can explain? :D


Tom and Jerry

Haaaaaaa. Yang ni sangat layan. Memang betul la orang tua-tua cakap, orang jahat akan dapat balasannyee. Kirenye Tom tu selalu laaa kena macam2 dalam usaha die nak makan si jerry. Layann jugakkk sampai sekarang.


Popeye the Sailorman

"Cause im popeye the sailormannnnnnn"..tuttt tuuuut. Bunyi paip kena ada weiii. Mane boleh nyanyi gitu jeeee. Style dah 80%. HAHA Aku penah tertipu mase kecik aku ingat betul2 lepas makan bayam tu tangan boleh jadi ketul2. =.= Sampai ati mr popeye tipu gua.


Mickey Mouse and Friends
Mickey mouse!!! Evergreen betul kartun ni. Sampai sekarang ade lagi. (yeke?) Suke time donald duck buat kapal terbang gune bahan makanan, pastu kene ujan cair jadi pie. Sedap giler rasa nak makan makan je mende tu.


Samurai Jack

HAHA. Samurai Jack. watak jahat tu yang kaler itam tu name die "AKU". So bile aku tengok cter ni, mesti aku gelak kaw kaw sebab macam mat saleh tu cakap melayu pulak kan, kne sebut "AKU".

Okay. setakat ni la membebel. Sekarang sape belum tukar profile pic facebook??? Pegi tukar sekarang. HAHA

p/s: Happy bornday Pona!
p/s2: Selasa ni balik Gerikkk.. yehaaaaaaaaaa.


*CREDIT TO GOOGLE


Sunday, May 9, 2010

7 May 2010: Jumaat, penghulu segala hari.

Salam semua.


Ape kabar anak-anak murid cikgu sekalian? Erkk.. berlatih jadi cikgu jap. Almaklumlah, 21 Jun ni aku kena buat ROS kat satu sekolah menengah ni (nama sekolah adalah rahsia). HAHA poyo gila nak rahsiakan nama sekolah.. kalo nak taip name sekolah tu, aku takot kang cikgu-cikgu/students kat sekolah tu nanti, jumpa url blog aku kalau depa search name sekolah depa kt pakcik google. Haaa..kan ke nanti segan? Tak boleh nak kutuk-kutuk dah. Eh (?)


Harini hari apa kawan-kawan? (kawan-kawan pulak, tadi murid-murid. Gila karangan terbabass, kalau cikgu Yusof baca kompem kena panggil gi pejabat.)


Ok. Berbalik ke niat asal entry ni. Aku tanye lagi sekali. Hari ape ni kawan-kawan? (9 May 2010).?


Okkkk betul. Hari Ibu. Sempena hari yang mulia ni, aku nak wish utk semua ibu selamat menyambut hari Ibu terutamanya Ibu aku, Puan Fahziah, a.k.a. Mrs Padil. Kerana tanpa pengorbanan beliau, tiadalah aku kat dunia ni. isk isk. sedih pulak rasanya.



My mummy :) Luv u so much mum.



Kami adik beradik pompuan bersama mrs padil, eh jauhnye mak?



Aku nak cerita pasal birthday aku 7 May haritu sebenarnye, tapi semua idea ilang dah. Ni sumer sebab ade pocong kat TV. Tertengok lak. Dah la sekarang pukul 1.50am. @$#%$^%(@@#@!!!


Semenjak ade fesbuk ni, sikit je kawan yang wish birthday aku by sms. Yang lain semua wish ikot fesbuk. HAHA senang. Dekat fesbuk, mana yang tak kenal pon main bantai wish je. Juling mata aku jap tadi nak mereply semua. (bajet fofular) Seronok seronok. :D


Masuk je pkul 12am, (7May tu) aku terus kunci pintu. Duduk senyap-senyap dalam bilik. Aku takut kena macam sem lepas, kena serangan bedak sampaikan laptop aku pon turut berbedak. So tahun ni, aku amik langkah selamat, aku kuncikan diri dalam bilik (umah sewa). Kol12 lebih aku dengar ade orang ketuk. Haaaa sah! nak kenakan aku la tu. Aku buat-buat tak dengar+tido. Nak dekat pkul 2 am, baru aku keluar.





Aku: Sape yang ketuk pintu aku tadi?

Yati: Che kam rasanya, tadi napok dia naik atas.

Aku: Oii che kam. Awaitnye ketok pintu aku tadi? HAHA

Che Kam: Saja je la aku nak tengok ko wat ape sorang-sorang dalam bilik. Buat apa tak kuar-kuar?

Aku: Eh yeke? Bukan ko ketuk tu sebab nak kenakan aku ke?

Che Kam: Kenakan sebab ape pulak?

Aku: Birthday aku ler. Aku ingat ko ketuk tadi sebab nak baling bedak ke, telur tu, tu sebab aku kunci.

Che Kam: LAA HARI NI BIRTHDAY KO KE??








Sile bersedih di dialog terakhir ye di situ.

p/s: Jangan mara eh Che Kam publish lak name ko. :D



Ni kad yang ili n yati bagi :) thnks korangg.



Untuk ROS: Rncgn Orientasi Sekolah.



p/s2: Aku sekarang masuk sekolah balik. Sekolah memandu (=_=).
p/s3: Thanks to certain sumbody :) Happy.

Saturday, October 24, 2009

Mrs. Padil join da Club

Salam n hye semua.

Tudei is saturdei. Hari ni sangat la malas nak study. Asik tido je. Tak sedar diri final lagi 2 minggu. Kuliah semua dah abes. Yes, tak perlu lagi nak meng-iron baju kurung setiap hari. HOHOHO. Satu kegembiraan. Ye tuan-tuan dan puan-puan, jom kita mula-kan aktiviti senaman mata kita pd hari ini dengan merenung gmbar-gmbar Alia.


Gambar ni si Pona anta beberapa hari yang lepas. Cumil tak? Cumil tak? ;)
p/s: Suke gmbo yang 1st n 3rd tu. cam lalok je anak buah aku ni.

2 hari lepas adelah birthday Mrs Padil, ibuku yang bername betul Fahziah binti Abdul Rahman. 2 hari lepas ade-lah bertarikh 22 Oktober. Tahun kelahiran beliau? Dirahsia-kan. HAHA. Biar ibuku kelihatan lagi muda dan jelita kalau dirahsiakan tahun tu. Macam sebaya. ;)


Mak!! Hepi Birthdei, Ani doakan mak sentiase sehat walafiat,
panjang umur and murah rezeki di samping Abah yang di-cintai. ;)
Kalau mak murah rezeki, boleyh la belanje Ani lagi. HEHE


Time kaseh mak, sebab bela ani
dari kecik seperti gambar atas ni
sehingga la...
sebesar gambo di-bawah ni :P


Terima-lah lagu khas dari anak bongsu mu:

Anak itik tok wi mandi dalam kolam.. eh! tersalah lagu pulak. Tukar-tukar.

Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Ismet Ulam Raja. eh salah lagi.
Allah selamatkan Puan Fahziah.
Allah selamatkan kamu... cepat tiuppp lilinnnn. fuhhhhhhhhhhhhhsssss. Mane kek-nye??


**********************************************


Waktu hari first aku daftar kat TADIKA KEMAS dulu, Mr Padil and Mrs Padil yang hantar aku. Tapi yang stay dengan aku untuk pendaftaran Mrs Padil je, sebab Mr Padil gi keje, beliau time tu gurubesar kat sekolah sebelah. Aku mule-mule macam malu-malu je duduk sebelah kawan baru. auuuuuuu. Cikgu Zalmah, cikgu tadika aku tu, kawan Mrs Padil. Hari first sekolah, cikgu tu benarkan ibu and bape teman time kitorang tengah belajar.

Mase Cikgu Zalmah tu ajar aku, aku cam tak fokus. Aku tak biase duduk atas kerusi. Dengan kawan-kawan. Biasenye duduk atas riba Mrs Padil, maklum-lah, I kan anak bongsu. HOHO. Mrs Padil pulak bersila kat lantai sebelah dengan geng-geng kaum ibu yang laen. Tengah-tengah Cikgu Zalmah syok-syok mengajar, terus aku lari pegi duduk atas riba Mrs Padil. Terus semua kaum-kaum ibu gelak-kan aku. Cis. Biar la aku nak bermanje dengan ibu-ku ape salahnye kan.

Malam tu, Mrs Padil pun cerita la kejadian memalukan itu kat Mr Padil. Esoknye, aku pelik kenape Mrs Padil tak ikut stay kat sekolah lagi sebab time tu aku ingat ibu wajib teman anak kat tadika setiap hari! Aku tnye Mr Padil name mak tak ikot, then beliau cakap, 'Dah kamu tibe-tibe pegi duduk atas riba mak time belajar semalam sape suruh? Arini abah tak bagi mak teman dah, biar kamu belajar sorang-sorang HAHA' Aku kene kelentong dengan Mr Padil T____T memang aku pecaye bulat-bulat mase tuh. Mase tunggu cikgu datang, aku menangis sorang-soranggg uwaaaaa. Tapi last-last aku tengok, xde mak sape-sape pun teman anak diorang, terus aku stop nages, baru aku sedar aku ditipu. cis.

Setakat itu saje lah cerita saya pada hari pertama di alam persekolahan yeay! Thanks to Mr Padil and Mrs Padil~!!!! HEHE.

Labels

Abah (6) AgingBooth (1) Analogi (1) Anniversary (4) Assignments (1) Baby (4) Banner (1) Bff (4) Birthday (12) Bolat (6) Cartoon (6) Ceremony (4) Certain Somebody (2) Cikgu (7) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (4) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (69) Edit Pic (2) Email Grab (4) Emaressem Perndunk (6) Exam (3) Experiences (1) Facebook (1) Family (25) Father's Day (3) Feeling (2) Font (1) Freebies (10) Fwens (10) Gaji (1) Grrr... (9) Gundah (1) Hahaha (11) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (10) Hari Raya Haji (2) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (2) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (1) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Langkawi (1) Life (11) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Matrix (3) Meor Muizzuddin (2) Meorsoleh (6) Mepek (10) Mother's Day (4) Movies (6) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My Youth (3) MyVi (1) New Year (4) Novel (1) On the Road (1) Perihal Belog (1) Posting (1) Pregnancy (1) Ramadhan (1) Random (7) Resepi (4) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (4) Science (2) Sekolah (34) Seram (1) Sketches (2) SPM (1) Spontaneous Thursday (4) Sports Day (1) Spring Trip (7) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (1) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (1) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) UPSI (7) Vacation (13) Vector Images (1) Video (1) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (19) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...