Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Random. Show all posts
Showing posts with label Random. Show all posts

Monday, March 2, 2015

Begedil ala-ala lori garam terbabas



Harini ada buat jamuan sikit dekat tempat kerja, sambut birthday cikgu-cikgu bulan lepas dengan bulan ni. Aku masak begedil je, nak masak lauk pauk macam susah je kan kena bangun awal. Lagipun tak terer. Hahahaha. So begedil aku tu terlajak letak garam, masin la sikit..kalau makan dengan nasik okay la kott. Kalau ratah gitu je memang terasa la masinnya. Tapi dapat pujian dari Mr Jonah (ETA dari oversea, mengajar english dekat sekolah aku sampai bulan 9 ni). Hehehehe terus mood baik je sepanjang hari. 


P/s: Kalau ada salah grammar tu maapkan je la. Kite tak pandai english. Ngeh3
Resepi begedil amik kat sini :)


Sunday, March 1, 2015

Banyak keroje


Hehehe bila dah buat keputusan dah tak nak amik upah melukis untuk orang lain lagi, time-time tu lah ramai(takde la ramai, saje poyo je lebih nak taip ramai padahal 4, 5 orang je kehkeh) tanya boleh tak tolong lukis. Tapi mintak maap banyak-banyak, dengan nak siapkan proposal, dengan kerja sekolah nya lagi, tak boleh dah bagi komitmen untuk kerja lain. T_T

Now. I'm wasting my precious time semata-mata untuk post entry ni. Okay bye! 
Sambung stay up.
Sweet tak? Kehkehkeh.


Monday, February 16, 2015

Job vs Hobby



Dulu mase kecik-kecik cita-cita aku nak jadi arkitek kononnyaa... sebab hobi aku melukis, so pekerjaan yang aku tau berkaitan dengan melukis ni, arkitek je la. Nak jadi kartunis tak boleh sebab aku rasa aku tak berapa pandai express lawak dalam kartun. Haha. Now boleh lahh sikit-sikit kot. 
Sekali bila masuk matrikulasi, masa nak apply universiti, mak dengan abah aku suruh jadi cikgu. 

Almaklumlahh dua-dua cikgu so nak jugak ada wakil anak diorang jadi cikgu. Aku masa mula-mula memang tak berapa nak minat la jadi cikgu ni pasal aku takut cakap sorang-sorang kat depan. Kategori darah gemuruh la aku ni kiranya. Tapi aku apply jugak la walaupun dalam hati aku ni tak berapa minat la der cikgu-cikgu nih. Sekali dapat tawaran UPSI untuk kos Sains Fizik...aku layankan ajela sebab masa tu aku sendiri pun taktau dah cita-cita aku ape sebenarnya. 

Tapi now nak masuk tahun ke-3 dah jadi cikgu ni rasa best jugak kan...hehehe.. bila panas hati dengan student mesti akan ada student lain yang bagi sejuk hati, dan sebaliknya. Bila bengang je diorang tak bawak buku, keje tak siap, buku teks taknak balut, ponteng kelas dsb, masa tu rasa malas dah nak amik tau, nak buat derk je dengan diorang lepas ni dalam kelas, siap cakap lagi dekat diorang, "Lepas ni cikgu taknak dah amik tau pasal kamu, sebab kamu ponteng kelas cikgu." Tapi mulut je cakap macam tu, dalam hati sebenarnya tak berniat pon kan. Still jugak amik tau pasal student tu. Takde cikgu saje-saje nak abaikan student dalam kelas. Marah macam mana pun, hati mesti jadi lembut balik lepas tu dengan student. Itu aku la, aku taktau la orang lain cemana. 

Dah terkeluar tajuk sikit citer pasal student. Hehe..sebenarnya nak citer pasal job vs hobby.

Now job aku adelah cikgu, hobi aku adelah melukis.
Betullah apa yang aku print screen dari citer Kdrama ni,
Jadikan perkara yang paling kita suka sebagai hobi dan perkara kedua yang kita suka sebagai pekerjaan.

Dulu aku penah amik upah nak lukis doodle kan? 
Serius sepanjang aku amik upah ni, rasa sangat stress dan tension. Melukis dengan hati yang tak best.
Yelah, salah satu sebabnya nak kejar dateline customer kan. Tu stress dah satu sebab aku pun ada kerja lain bukan men-doodle semata-mata. Satu lagi sebab adalah, sikap aku yang tak berapa nak suka melukis disebabkan orang lain suruh atau kata lain 'upah'. Aku lagi suka lukis apa yang terlintas dalam otak aku, lukis sikit-sikit pasal kehidupan aku, or lukis doodle dengan kata-kata semangat (untuk diri aku sendiri sebenarnya, kadang-kadang bila rasa down, cari quote kat google then lukis doodle berdasarkan quote tu, sedih tak? Wakaka).

So bila aku kena lukis apa yang orang suruh (upah), so perasaan nak melukis tu tak berapa ceria/best/happy berbanding masa aku lukis untuk diri aku sendiri. So dari situ aku decide, mulai tahun 2015 ni, aku dah tak ambil lagi upah melukis doodle untuk orang. Aku nak jadikan melukis tu semata-mata sebagai hobi aku dan bukannya sebagai pekerjaan aku. 
Harap sesiapa (yang berniat untuk upah aku) yang baca entry ni tak email aku lagi untuk upah dan sebagainya. I'm so sorry! Sorry sorry. Biarkan aku bahagia melukis tanpa paksaan. Hehehehe. Thanks!


:)









Thursday, October 18, 2012

Beliau Konfius



Soalan: Kenapa siput b*bi suka menyorok dalam cengkerang?
Jawapan: Sebab dia keliru dia siput ke atau dia b*bi.
Okkkkkkkk. Huh!
P/s: Byee..nak bersiap gi sekolah.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, October 13, 2012

Sobs




Bila depressed, rasa nak telan makanan banyak-banyak.
Sekian.




Monday, October 8, 2012

Assalammualaikum



Semalam pergi kedai haiwan.
Abang aku nak beli arnab untuk anak dia.
Maka, wajiblah aku pun ikut sekali. Ngehngeh..

Sampai kat kedai tu, banyaklah haiwan-haiwan yang dia ada,
termasuklah burung, segala jenis ikan, kucing dan lain-lain.
Bila kami lalu depan sangkar-sangkar burung tu,
tiba-tiba ada suara cakap;

"Assalammualaikummm.."

Terkezut aku. Pusing-pusing pandang kiri kanan, rupanya dia nih bagi salammmm...


Burung tiung


Banyak cakap betul burung ni, duk bagi salam je.
Lepas bagi salam, dia sendiri yang jawab "Waalaikummussalam.."
Kehkeh.

Bila aku cakap; "Hai, hai.."
Still respond dia "Assalammualaikummm"...

Lepas tu, bila kakak ipar aku cakap kat dia "Hai.." jugak,
tau burung tu reply apa?
"Bila sampai?"

Berdekah-dekah aku gelak dengar burung tu jawab.





**********




Dan semasa entry ini ditaip,
tshirt running man yang aku order kat sini,
sampai!



Gumbiranyaaaaaa
Lepas ni boleh la fefeeeling jadi Gary,
main-main cabut tag dengan abang and kakak aku. Haha.



Labels

Abah (6) AgingBooth (1) Analogi (1) Anniversary (4) Assignments (1) Baby (4) Banner (1) Bff (4) Birthday (12) Bolat (6) Cartoon (6) Ceremony (4) Certain Somebody (2) Cikgu (7) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (4) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (69) Edit Pic (2) Email Grab (4) Emaressem Perndunk (6) Exam (3) Experiences (1) Facebook (1) Family (25) Father's Day (3) Feeling (2) Font (1) Freebies (10) Fwens (10) Gaji (1) Grrr... (9) Gundah (1) Hahaha (11) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (10) Hari Raya Haji (2) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (2) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (1) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Langkawi (1) Life (11) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Matrix (3) Meor Muizzuddin (2) Meorsoleh (6) Mepek (10) Mother's Day (4) Movies (6) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My Youth (3) MyVi (1) New Year (4) Novel (1) On the Road (1) Perihal Belog (1) Posting (1) Pregnancy (1) Ramadhan (1) Random (7) Resepi (4) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (4) Science (2) Sekolah (34) Seram (1) Sketches (2) SPM (1) Spontaneous Thursday (4) Sports Day (1) Spring Trip (7) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (1) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (1) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) UPSI (7) Vacation (13) Vector Images (1) Video (1) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (19) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...