Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Japanese Drama. Show all posts
Showing posts with label Japanese Drama. Show all posts

Thursday, April 26, 2012

Sad ending


Tadi baru habis tengok cerita Beautiful Life. Tapi sad ending pulokkk. Heroin meninggal. Haih sedih. Takuya Kimura menangis dengan kacaknye mase heroin meninggal. Tapi takpelah, ending dia tunjuk impian diorang nak bukak kedai gunting kat tepi pantai tercapai. Sebijik dengan apa yang diorang lukis. Just takde heroin tu dah :( 

Aku kalau tengok citer sad ending ni, mula lah lepas tu aku dok reka ending lain yang happy like kalau heroin tu meninggal, one day nanti akan datang sorang perempuan kt hero tu yg muka dia sebijik muka heroin. Ataupun kalau hero yang meninggal, one day nanti akan datang pengganti hero yang lagi hensem. Haha. Nak sedapkan hati.

Haritu baru habis tengok citer The Moon that Embraces the sun. Boleh tahan jugak citer ni. Mula-mula best. Tapi nak ending tu macam tak berape sangat la sebab hero tu dok pikir nak dapatkan heroin tu ajee. Citer la ckit kebajikan hero tu kat rakyat. Tapi tak kisahlah... sebab banyak scene sweet dalam citer niii. Tersenyum sorang2 akuu... and, yang penting happy ending.

Monday, August 8, 2011

I love Takuya Kimura.

Hellooo...
Harini aku nak cerita pasal pelakon yang aku minat gilaa dari sekolah menengah!!
TAKUYA KIMURA
dan cerita2 dia yang aku pernah tengok.



HERO (2001)



Dalam cerita Hero ni, Takuya Kimura (TK) berlakon sebagai Kuryu Kohei seorang pendakwaraya lah lebih kurang. Setiap kes yang dia dapat mesti dia pergi siasat. Tak kiralah kes tu kecik ke besar ke. Dengan gaya sempoi dia tu (yang tak pernah pegi pejabat pakai baju formal) memang bestlah!! Tengok gambar yang atas tu macam tu la gaya diaa sepanjang episod. Asyik pakai baju sejuk coklat tebal tuu. Style dia siasat selamber je, even klu ciput sangat pun still dia boleh settlekan kes tu. Kawan-kawan pejabat yang mula2 tak suka kat dia lame2 semua nak jadi macam dia. Hehe.




GOOD LUCK (2003)


Dalam cerita Good Luck ni pulak, TK berlakon sebagai Shinkai Hajime yang merupakan seorang pilot gituuuu... auwww aku sukaa!! Kalau tak silap aku ni lah drama pertama TK yang aku tengok. Sampai terus aku suka semua cerita dia. Cerita ni banyak kat atas kapal terbang. Macam kes-kes kecemasan, kapal terbang rosak lah, pilot sakit jantung lah, time tu TK ni pembantu pilot so mestilah cuak macam mane nak landing bagus kan sebab tiba2 pilot sakit. 

Haishh..payah lah nak cerita kat korang betapa bestnya cerita ni.. korang tengok lah sendirik ye. Dijamin sangat best. Sampai tibe2 rasa nak jadi pilot pulak.hahhaa. Klimaks cerita ni masa TK patah kaki sebab terjatuh dr kapal terbang and kemungkinan dia tak boleh nk jadi pilot dah.. tapi... tapi...............................(sendiri tengok).




PRIDE (2004)


Dalam cerita Pride ni pulak, TK berlakon sebagai Halu Satonaka yang merupakan pemain hoki aiss!!!! And ade la jugak part2 cinta dalam cerita nih. Kalau cerita sebelum ni tak banyak sangat babak cinta. Apa yang bestnye cerita jepun ni sebab setiap episod cerita tu mesti ada pengajaran tersendiri. Kalau perasan lah, memang setiap episod tu lain je ape yang nak disampaikan kat penonton. Macam bila tengok citer good luck ni boleh aku pulak yang jadi semangat dan tanya abang aku, "Ada tak pemain hoki ais perempuan?Nak apply ah" Ko mampu??? ahahha tapi berangan jela aku mampu.




ENGINE (2005)


Haa..dalam citer ni TK jadi Jiro Kanzaki..seorang racer.. Dalam citer ni part race tu tak banyak sangat pun time mula2 and akhir je banyak. Yang banyak dalam citer ni part2 anak2 yatim kat umah bapak TK. Bapak TK ni kira macam bukak rumah kebajikan untuk budak2 yang makbapak takda atau yang makbapak taknak bela. Lepas dia kena pecat dari jadi racer, dia pun balik umah ni balik and macam2 la jadi antara dia dengan budak2 tu. Memang best gila sebab even dia luaran nampak macam tak suka budak2 tu tapi in personal, dia selalu bagi motivasi kat diorang yang nakal2 tu sampai nangis2 tau aku tengokkk cerita ni. Part paling sedih masa bapak dia takda duit dah nak run kan rumah kebajikan tu so terpaksa split kan budak2 tu hantar umah kebajikan lain, kira budak2 tu terpaksa duduk berasingan. Part tu memang sedih ahhh.




KAREI-NARU ICHIZOKU (2007)



Okay..cerita ni pulak TK jadi Manpyo Teppei. Cerita ni berlatar belakang kan tahun 60-an kalau tak silap aku. Cerita ni banyak pasal konflik dalam keluarga. Bapak dia tak suka dia sebab die syak yang Teppei ni bukan anak dia. Dari kecik sampai ke besor memang die benci kt Teppei ni. Anak2 dia yang lain sume die sayang. Pastu apa2 perniagaan yang Teppei run-kan memang bapak dia ni tak tolong langsung. Tolong nak jahanamkan perniagaan anak dia ni adalah. 

Aku tak repeat tengok cerita ni sebab tak best sangat. haha. ada jugak bestnya cuma tak berapa best berbanding cerita dia yang lain2. Ending dia lagi lah.. TK bunuh diri. Sedih okk kalau orang kacak2 ni bunuh diri. Kalau tak kacak takpe lah pegi la bunuh diri...hahaha gurau2. Lepas bunuh diri tu, bapak dia tertengok jenis darah Teppei dalam borang kematian tu terkejutlah dia baru tau tu memang anak dia. Menyesal gila dia lepas tu.




CHANGE (2008)

Cerita ni pulak aku baru je habis tengok tadi!!! hahaha tu semangat je trus post kat blog. Cerita ni TK berlakon jadi Asakura Keita, cikgu sekolah rendah. Dalam cerita ni dia terpaksa bertanding dalam pilihan raya gantikan ayah dia yang mati sebab nahas kapal terbang. Tengok gambar dia masa dia still jadi cikguuu... 



Tada~~ ni after dia menang pilihanraya tu dan jadi wakil state ape tah. 
Aku pun tak paham sangat. Smart tak?? :D




Gambar ni pulak mase dia menang jadi perdana menteri!!!!!!!! Aku suka jugak la cerita ni sebab bila die dah jadi PM, bende kecik pun die pergi siasat. Dia tak main tandatangan je. Dia siasat dulu kalau betul baru dia sign. Kalo tak, dia tolak. Yang kelakarnya, die teringin nak pegi beratur beli donut tapi kan dia dah femes kompem2 lah susah nak keluar okkkk. Dia try larik pun still tak boleh..haha.


MR. BRAIN (2009)


Hah!! The best drama ever..!! Sape rasa nak jadi bijak sikit, cepat2 la tengok cerita Mr. Brain ni... Dalam cerita ni dia berlakon jadi Tsukumo Ryusuke, a neuroscientist!! Best gila sebab dia settlekan crime2 kat jepun tu semua related dengan brain. Kira dalam banyak2 cerita dia, cerita ni lah paling berpendidikan sikit.. hehe


p/s: Sape pernah tengok semua drama2 ni? :D
p/s2: Thanks to my brother, POLI sebab perkenalkan cerita2 TK ni.. hehe

Labels

Abah (6) AgingBooth (1) Analogi (1) Anniversary (4) Assignments (1) Baby (4) Banner (1) Bff (4) Birthday (12) Bolat (6) Cartoon (6) Ceremony (4) Certain Somebody (2) Cikgu (7) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (4) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (69) Edit Pic (2) Email Grab (4) Emaressem Perndunk (6) Exam (3) Experiences (1) Facebook (1) Family (25) Father's Day (3) Feeling (2) Font (1) Freebies (10) Fwens (10) Gaji (1) Grrr... (9) Gundah (1) Hahaha (11) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (10) Hari Raya Haji (2) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (2) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (1) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Langkawi (1) Life (11) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Matrix (3) Meor Muizzuddin (2) Meorsoleh (6) Mepek (10) Mother's Day (4) Movies (6) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My Youth (3) MyVi (1) New Year (4) Novel (1) On the Road (1) Perihal Belog (1) Posting (1) Pregnancy (1) Ramadhan (1) Random (7) Resepi (4) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (4) Science (2) Sekolah (34) Seram (1) Sketches (2) SPM (1) Spontaneous Thursday (4) Sports Day (1) Spring Trip (7) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (1) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (1) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) UPSI (7) Vacation (13) Vector Images (1) Video (1) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (19) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...