Seperti yang kita sedia maklum (maklum ke?), bulan Mei adalah bulan favourite aku....tau kan sebab apa....huahuahua....yang pertama sebab bulan ni adalah bulan aku lahir dan yang kedua sebab bulan ni jugak la bulan sambutan hari guru.
My besday cake! Thanks to certain somebody yang bersemangat simpankan dalam peti ais nak sorok dari aku tapi kantoi sebab mak bocorkan rahsia......kehkehkeh penat aku nak berlakon yang aku taktau dalam peti ais tu ada kek. Gile tak reti okayh nak berlakon, sakit urat pipi aku duk tahan gelak je. Wakaka. Anyways sedap sangat kek tu! Siap ada bunga api, thanks Meorsoleh! Saya doakan awak semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat walafiat. Happy-happy selaluuuu...saya pon boleh tumpang gembira ye dok? Kikiki
Ni mak mertua i lukih... hehehe mak mertua memang berseni orangnya. Tq mama & papa!
Okay cerita pasal hari guru pulak..tapi takda apa cerita yang best sebab sambutan tahun ni hambar je... Serius tak seronok langsung, aku sendiri pun malas nak cerita. Tapi okaylah dapat sambut jugak dari takdak langsung kan?
Aku tolong kawan aku buat penanda buku sempena hari guru. Tolong tulis jeee hahaha
So sekarang, dah mula dah cuti sekolah...minggu pertama cuti ni aku nak habiskan dengan tanda kertas exam je sebab due date sekolah aku 6 Jun, so tinggal beberapa hari je lagi nih nak siapkan. Minggu kedua aku ada kelas tambahan (sehari je), dan hari-hari lain aku nak siapkan mana yang patut aku punya tesis tu..dan lepas settle semua tu baru aku, Meorsoleh dengan mak nak pergi jalan-jalan rumah kakak-kakak aku...hohoho... baru la nak merasa berjalan, orang lain dah puas dah berjalan cuti sekolah ni haa.
Banyak paper lagi tak siap ni weyyyyyy!
Okay itu saje untuk kali ni.
Assalammualaikum :)







