Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Movies. Show all posts
Showing posts with label Movies. Show all posts

Sunday, December 2, 2012

The Trylle Series


Haritu pergi tengok wayang dengan kawan aku. Puas hati lah sebab dapat tengok Breaking Dawn part 2. Sebab memang tertunggu-tunggu cerita ni sama macam aku tunggu final Harry Potter dulu. Bila dah dapat tengok tu, satu kepuasan! Hahaha. 

Nak tau cerita kena tengok sendiri lah yerr.
Aku bagi 4.5 bintang :P

And then bila nak balik tu, singgah MPH kejap nak cari buku. Sebenarnya aku taktau sekarang buku apa yang best orang tengah baca? Ada suggestion tak? Aku rasa aku perlukan buku yang bermotivasi. Lately ni macam tak bermotivate je life aku. Produktif pun tak! Adess.

Tapiiii...........................
Tiba-tiba aku terbeli buku kat bawah ni. The Trylle Series by Amanda Hocking.
Aku belek-belek dia punya sinopsis macam best la pulak kan. Jarang aku beli buku-buku cerita macam ni. Sebab aku pemalas sebenarnya nak membaca. Kalau komik, lajulah aku baca. Sehari nak habiskan sepuluh komik pun takda hal. Ni kalau novel or ape2 buku ilmiah ke memang slow sikit la baca. Tapi habis tetap habis. Cuma lambat sikit lah. :D

So buku ni, mula2 sebenarnya aku tertarik dengan cover diaaaa tu...haha.
Yang tajuk Switched tu, merah dia mengancam kawww.
Bila godek-godek rak buku tu, tengok dia bersiri rupanya.. dan ada pulak tu jual sekali tiga-tiga tu.
Memang terus tergoda, maka aku pun beli. Ohhh.. habis uwangggggg. T____T
Tapi takpe, harap-harap buku ni best! :)


Bila nak start baca ni? Haha..

Gud Nite!




Tuesday, January 17, 2012

Sometimes.







Sometimes.


*flop : something that fails miserably


Tuesday, December 6, 2011

Gua excited!



Harini aku excited. Sebab pagi nanti aku nak pergi tengok wayang dengan kawan aku. Aku dah lama tak tengok wayang weh. Last tengok yang Harry Potter 7 Part 2 tu jela dengan abang aku dan jugak kakak ipar aku. Eh yeke? Eh tak tak! Last tengok citer Johnny English yang kelakar nak mampus tu & Final Destination 5 dengan certain somebody. Eceh.





Aku tak tau ape motif aku lukis gambar kartun mulut muncung bajet comel?
Suppose gambar kartun kat bawah ni ha.. 
meleleh air liur excited punye pasal!!



But still tak decide lagi sama ada nak tengok The Twilight Saga: Breaking Dawn or Ombak Rindu. Haha. Nanti time beratur nak beli baru lah kitorang decide. Kalau rasa-rasa agak tamak, tengok je la dua-dua kan? Muahahaha.

Tempat menonton dirahsiakan sebab takut orang serbu. eh? 
(okay aku nak jugak fefeeling retis nih...*err..sila lempang aku sekarang*)

p/s: Hari ni besday kakak aku. Hepi besday Pona! :)





Sunday, July 24, 2011

Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2: It All Ends



Precaution:
Sapa yang belum tengok cerita ni tolong jangan baca. Kang marah aku pulak kan sebab cerita. HAHA.






Source








Okay in my opinion la kan, aku rasa cerita ni memang superb habis. Ye lah tengok dari Harry Potter 1 kan, now dah Harry Potter 7.  Tambah-tambah aku tengok kat wayang, bertambah-tambah-tambah lah superbnyaaa!! HAHA 

Kalau korang perasan kan, setiap horcrux yang Harry Potter and kawan-kawannya ni cari kan, semua kawan-kawan dia dapat take turn hapuskan horcrux tu. Kira semua kawan-kawan dia dapat laa hancuskan mende syaitoonnnn tu. 

Senarai 7 Horcrux:

  1. Tom Riddle's Diary : Harry Potter hapuskan guna taring Basilisk
  2. Marvolo Gaunt's Ring :  Prof. Dumbledore hapuskan guna pedang Gryffindor
  3. Salazar Slytherin's Locket : Ron Weasley hapuskan guna pedang Gryffindor
  4. Helga Hufflepuff's Cup : Hermione hapuskan guna taring Basilisk
  5. Rowena Ravenclaw's diadem : Vincent Crabbe 'ter'hapuskannya guna fiendfyre
  6. Nagini : Neville hapuskan guna pedang Gryffindor     
    7. Harry Potter : Ni Voldemort sendiri avada kedavra kan tapi don't worry dia tak mati pun






SEE? Kira semua merasa laaa nak hapuskan Horcrux tu. HAHA
*geram betul aku nak edit no 7 tu bagi sama rata.tapi entah la tak boleh pulak.ah lantak lah




Yeah off course dalam novel jalan ceritanya lagi panjang and takkan la semua ko nak sumbat dalam movie kan? Okay now, aku nak cerita sikit apa yang lain movie ni dengan novel original nya


  1. Dalam movie part 2 ni dia tak cerita sangat pasal sejarah Dumbledore. Kenapa adik Dumbledore benci dia, and kenapa adik perempuan dia mati. *eh ke dalam part 1 dia dah cerita??*
  2. Ada satu scene dalam novel tu, time Harry Potter dah nak kembali ke Hogwarts sebab nak cari horcrux mahkota ravenclaw tu, patutnya Harry Potter pergi masuk bilik umum ravenclaw kan? Kalau tak silap aku lah. Tapi takdok pulak dalam movie nih.
  3. Ada scene tambahan dalam movie ni, Prof Snape buat assembly and die tanya sapa2 ada sorok Harry Potter angkat tangan! and then Prof Snape sempat berlawan kejap dengan Prof Mcgonagall. *takde kan scene ni dalam novel?*
  4. Lepas tu dalam novel sepatutnya Neville bunuh Nagini tu depan2 Voldemort. Masa dia datang bawak Harry Potter time dia ingat budak tu dah mati. Tapi dalam movie ni, lambat sikit dia bunuh Nagini tu. Siap Nagini sempat lagi NAK bunuh Ron and Hermione tapi Neville sempat datang bunuh Nagini guna pedang Gryffindor.
  5. Dalam novel ada tak Neville cakap yang dia suka Luna? haha rasa macam takde pun kan? Dalam movie ni siap dia cakap die kena luahkan dia suka Luna sebelum dia mati ke ape. Comel gila.
  6. Scene Harry Potter and Voldemort lawan last2 tu aku macam tak puas hati sangat lah. Dalam novel dia cakap diorang lawan depan2 kawan2 lain kan, masa tu tongkat elder siap terpelanting pegi kat Harry kan kan? Tapi dalam movie tak pulak. Diorang lawan kat luar dua orang and takde sape tengok pun adoyyyy.
  7. Dalam movie tak tunjuk Harry Potter pulihkan tongkat sakti dia guna tongkat elder tu. Sebab kalau korang ingat dalam part 1 punya kan tongkat Harry Potter patah masa dia pegi umah sorang nenek tua yang ular nagini menyamar tu.
  8. Dalam movie masa Harry Potter masuk kawasan Hogsmeade, bunyi alarm. Then kalau seingat aku la dalam novel dia tulis masa tu Dementor pun datang lepas bunyi alarm tu, then Harry Potter pun halau guna patronous. Lepas tu bila Death Eater datang, adik Dumdledore, Aberforth sorok kan Harry Potter and the geng and tipu yang tadi tu patronous dia. Lepas tu Death Eater suruh dia try buat balik, tapi patronous dia bentuk kambing and diorang cakap Aberforth tipu sebab tadi diorang nampak patronous rusa jantan. Tapi last-last diorang pecaya juge iakkk. Ye scene ni tiada dalam movie. Dalam movie dia tunjuk lepas alarm tu terus je Aberforth sorokkan Harry and the geng. Takda patronous2 segala.

Okay tu jelah perbezaannya yang dapat aku kesan la. Kalau salah ampunnn. Tapi apa yang diorang ubah dalam movie tu okay je sebab lagi nampak cool and jalan ceritanya lagi menarikkk. Ingat sonang keee nak moviekan novel???? Susah tauuu nak bagi pembaca nampak ape yang die nk sampaikan. *eh emo pulak aku*



Kalau ikut hati aku la kan. Aku rasa Prof Snape ni la hero sebenarnye. Kan kan. Sanggup dia berkorban macam-macam untuk Harry Potter sebab dia penah sayangkan emaknye. Time dia mati kena bunuh dengan Nagini tu memang sedih gila la. Mula-mula aku konfius jugak kan kenapa Voldemort tak bunuh je Snape guna spell Avada Kedavra tu? And kenapa dia nak guna Nagini yang bunuh pulak? Sebab kalau bunuh guna spell tu, kejap je terus mati kan? Yang Nagini bunuh ni lambat la sikit nak mati sebab dia patuk2 banyak kali. 

Last2 baru aku tau kenapa. Kalau Voldemort bunuh dia guna Avada Kedavra, so macam mana Snape nak bagi 'ingatan' dia kat Harry? Betul tak? Kalau dia terus mati kena spell tu, sampai ke sudah la Harry tak tau yang dia tu baik sebenarnya. Sob sob. Memang dia yang bunuh Dumbledore tapi Dumbledore yang suruh. Lagipun nyawa Dumbledore memang dah pendek kan sebab terkena racun cincin tu.



Prof Mcgonagall ada buat lawak masa ni. Satu panggung gelak. Nak tau? Tengok sendiri.





Dan akhir sekali Harry Potter kahwin dengan Ginny Weasley and siap ada anak lagi tu. Ron pulak kahwin dengan Hermione. Ada anak jugakk. And memasing tengah nak hantar anak naik keretapi ke Hogwarts. Time ni memang terpegun la tengok sebab pandai betul diorang make-up semua ni bagi nampak dewasa and matang(macam ibubapa la). Serius nampak berumur sikit. Draco Malfloy dewasa lagi kelakoooooorrrr. Memang nampak tua. HAHA.

p/s: Amboi buat entry macam buat assignment. Siap rujuk google segala.


Saturday, December 4, 2010

Harry Potter and Rapunzel


Kawan-kawan yang tak tengok cerita ni lagi tolong la pegi ke pawagam berhampiran. Memang rugi la sape-sape yang tak pergi tengok. HAHA. 

Part romantik dalam Rapunzel. huahua. Source
Ekceli citer Rapunzel ni die ubah ckit kan story dia. Kira okay la. Ada jugak kelainan kan. Aku rasa yang berbeza nyaa bila setiap kali buzzday princess tu mesti King n Queen bebaskan tanglung. Sampai Rapunzel yang atas tower tu pun boleh tengok and teringin nak tinggalkan tower tu. Dah la aku tengok 3D punyoooo. Sepanjang masa tangan aku terangkat2. Kekunun nak tangkap laaaa kartun-kartun tu sbb nampak real and dekat gilerrr. Geram gerammmm sampai nak peganggggg. Tapi ilusi aje. Cis.


Source
Yang ni kalo tak tengok, memang kecewa la aku sepanjang tahunnnn. Rm7 je sebab aku pegi hari rabu. Tu pasal bantai tengok Rapunzel sekaligus. Nak tengok yang 3D tapi takdokk plop. Two thumbs up okkkk untuk harry potter. Memang best lah! Tambah2 part Nagini(ular sawa tu) menyerang tibe2 dari dalam lubang rumah. Terkejottttt okkkkkk. 

Tapi agak menyampah sebab seat aku depan budak2 sekolah. Disebabkan cerita ni lama sangat nak habisss, boleh boleh diorang jerit. "Woiii bile nak habisss ni woiii????" Terkejot aku lahabau. Bajet macam panggung tuuuu atokkk diorang yang punyeeee. Bile dah abis cerita tu, diorang jerit lagi; "Yeayyy habissss jugakkkkkkkkk!!" Aku tau la dah habis so diamlah bedebasssssssssss.

p/s: Ada sorang wanita foreigner(tp free hair) tegur aku and dia cakap "I love your hijab..". hehe kembang sekejap. 


Wednesday, October 13, 2010

Tiga orang yang BODOH.



Warning: Entry ini bukan entry emosi.

Sebelum tu, nak tanya sape dah penah tengok cerita 3 idiots??? Aku baru je abes tengok haritu. Memang sedap la cerita ni. Dari 10 bintang aku bagi 10 bintang. Kalau dari 5 bintang aku bagi 5 bintang. Kalau dari 100 bintang pulak aku bagi 100 bintang jugak. Nampak tak betapa aku nak tekankan di sini bahawa cerita ni memang best. Sape tak tengok memang rugi la wa cakap lu.





Hero cerita ni tak lain tak bukan adelah Aamir Khan yang kacak. Sangat pandai berlakon and nampak muda je dalam cerita ni. Lagi-lagi bila heroinnya tak lain tak bukan adalah Kareena Kapoor. Sape tak kenal wei? Jangan angkat tangan. Aku nak cerita la sikit sinopsis cerita ni. Better aku cerita daripada dengar Pona cerita langsung tak paham and tak menarik langsung dia cerita. Tapi sangat gigih nak paksa aku tengok cerita ni mula-mula. HAHA.





Kisahnya bermula dengan 2 orang lelaki, Raju dan Farhan yang nak cari kawan diorang yang dah hilang 10 tahun, Rancho(Aamir Khan). Diorang dulu satu college dan amik kos engineering. 10 tahun yang dulu, Rancho, Raju, Farhan and Chatur(watak jahat) pernah bet untuk jumpa balik 10 tahun kemudian kat kawasan tangki air college diorang untuk tengok sape yang lagi kaya. Chatur ni memang berlagak nak mampos laa bila dia tunjuk sume gambar-gambar umah dia memang kaya la wa cakap lu. Raju n Farhan pulak takdela kaye sangat tapi boleh la. Diorang excited sangat nak g tempat tu sebab nak jumpe Rancho. Sekali Rancho tak hadir kat tempat tu and diorang semua decide nak pegi cari dia. Sepanjang perjalanan nak cari Rancho tu, semua kenangan diorang kat college tu di-flash back kan..... sangat best.

Rancho ni boleh dikatakan sangat bijak dalam Fizik. Dia pandai apply kan semua yang dier belajar sampai dia boleh kenakan senior yang cuba nak ragging diorang masa first day diorang kat situ. Kat college tu pulak ade sorang lecturer yang sangat benci kat Rancho ni, nama panggilan dia Virus. Macam-macam la Rancho ni kena dengan lecturer tu sampai kawan Rancho, Raju try nak bunuh diri bila si Virus ni suruh pilih antara nak dia dibuang sekolah atau buang Rancho(ade kes la happen time tu). Eh susah la nak cerita, senang citerr tengok ah sendiri. Baru layannnnn.

Ehhh jap. Nak citer part best bile Raju, Farhan n si Chatur tu jumpa rumah Rancho. Yang terkejutnya, anak tuan rumah tu nama sama, tempat belajar sama, tapi muka lain. And dia pun tak kenal si Raju n Farhan ni. Mula-mula Raju n Farhan ingatkan mungkin tersalah umah sebab nama sama, tibe2 diorang terpandang gambar classmate diorang tergantung kat dinding umah tu. And yang amat mengejutkan adalah, Rancho yang diorang kenal takda dalam gambar tu tetapi digantikan dengan gambar Rancho yang diorang tak kenal tu(anak tuan umah tu). Memang sangat terkejut okkk kenapa pulak anak tuan umah tu ada dalam gambar tu sedangkan Rancho takda???Dah la dalam gambar tu dia ganti tempat Rancho. Haaa...scary tak? Nak tau sambungan, tengok sendiri. HAHA



Kahkah gambar kat atas ni aku print screen kan. Babak time Aamir Khan kena cabar dengan si Virus yang garang tu untuk mengajar pasal engineering kat depan kuliah. Aku suke sebab ade name aku!!! -FARHANI- wakakakka

p/s: Kemarau menyebabkan aku demam, seseme, sakit tekak n sembelit?
p/s2: Sape nak movie ni aku ade. HAHA.




Labels

Abah (6) AgingBooth (1) Analogi (1) Anniversary (4) Assignments (1) Baby (4) Banner (1) Bff (4) Birthday (12) Bolat (6) Cartoon (6) Ceremony (4) Certain Somebody (2) Cikgu (7) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (4) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (69) Edit Pic (2) Email Grab (4) Emaressem Perndunk (6) Exam (3) Experiences (1) Facebook (1) Family (25) Father's Day (3) Feeling (2) Font (1) Freebies (10) Fwens (10) Gaji (1) Grrr... (9) Gundah (1) Hahaha (11) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (10) Hari Raya Haji (2) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (2) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (1) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Langkawi (1) Life (11) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Matrix (3) Meor Muizzuddin (2) Meorsoleh (6) Mepek (10) Mother's Day (4) Movies (6) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My Youth (3) MyVi (1) New Year (4) Novel (1) On the Road (1) Perihal Belog (1) Posting (1) Pregnancy (1) Ramadhan (1) Random (7) Resepi (4) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (4) Science (2) Sekolah (34) Seram (1) Sketches (2) SPM (1) Spontaneous Thursday (4) Sports Day (1) Spring Trip (7) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (1) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (1) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) UPSI (7) Vacation (13) Vector Images (1) Video (1) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (19) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...