Friday, October 3, 2014

Krabi Trip: Day 2 - Island Hopping + Krabi Night Market


Ahad, 14 September 2014.

Awal-awal pagi sebelum Island Hopping, haruslah mengisi perut dulu. Berhenti dekat kedai muslim tepi jalan je, ada tanda halal kat kedai tu. Memang terliur habislah tengok lauk goreng-goreng tu. Belum breakfast lagi memang lapo giler. Yang pakcik duk bungkus dalam polisterin tu, pulut. Memang orang sana suka pulut kut sebab memang banyak ada jual.



Kuih-muih pun ado.


Tamak, amik dua lauk. Hehehe

Lepas dah bungkus semua makanan tu, kami pergi la tepi laut, nak berkelah sambil makan fefeeelinggg ditiup angin laut gituuuuu..masa ni lautnya surut, belum pasang lagi.



Kami yang remaja ni duduk atas pasir jeeeee....muahaha.

Alia nak buat castle katanyaaaaaa...




Lepas breakfast tu, sambil tunggu yang lain siap makan, kami pergi la jalannnn ke hujungggg tuuu...tanpa pakai selipar...sekali kauuu keluar haiwan kecik-kecik ni dari dalam pasir tuuu....si anak ketam. Mencicit berlari patah balik.

Anak ketam.

Terjumpa siput sedut ni masa on the way nak pergi cari boat.

Yang cerita pasal boat ni satu hal dah. Boleh si Cengalmas (baca previous post) ni tak booking untuk kitorang? Lahabau betoi. Nasib baik la kami ni ada sepuluh orang je, so dapat la boat on the spot yang kosong. Ada satu group lain kat tepi laut ni (yang jugak under Cengalmas labahau), tak di booking jugak boatnya...diorang pulak ada 30 orang, memang tak dapat laa boat..  

Masa untuk naik boat! Meorsoleh berposing depan boat dengan kenang-kenangan spek hitamnya yang tenggelam di dasar laut tidak lama selepas itu.....wkakakakkaa.. beli baru jela bangggg.



Chicken Island. Nama diambil sempena bentuk kepala ayam tu.


 Dalam lebih dari setengah jam baru sampai. 
Brother boat buat lawak cakap; "Okay, see u tomorrow". 
Menjerit kitorang takot kena tinggal. "Joking jokinggg". Cissss hehehe

Brother boat tu cakap pulau kat sini ada 3, chicken island, tup island dan jugakk entah aku tak ingat.


Tup Island ni bersambung dengan chicken island (kalau tak silap aku lah nama dia), ada benteng pasir kat tengah-tengah tu, nampak? Masa air surut boleh la jalan kat situ, kalau air pasang nehi nehi nehi, jangan jalan.

Lepas dah habis mandi kat Tup Island, bergerak pulak ke Chicken island lalu kat benteng pasir tu, masa tu hujan renyai-renyai plus air macam berombak sikit, memang adventure giler nak lintas ke pulau lain tu!! Pulak tu terpijak kerang perghhh. Memang lengkap ah.

Paras air macam dah naik.

At last, sampai jugak kat pulau ni...setelah melintas dengan susah payahnya kat tengah-tengah tu, T____T, kat chicken island ni pulak ada tempat makan, so kami lunch kat situ. Lepas tu naik boat, gerak ke Poda Island pulakk.



Aku suka Poda Island ni sebab tempat dia luas, cantek, yang paling penting, air laut dia takde kerang-kerang yang tajam tu! Tu yang paling syiokkk. Memang duk berendam je la dalam air tu, tak bawak henpon so gambar pun takda sangat kat pulau ni. Tapi serius pulau ni cantek.


Lepas dah mandi kat Poda island, gerak ke pulau lain pulak, yang aku taktau namanya. Hahaha..tapi dalam pulau ni ada gua. Gambar aku dengan alia kat tepi gua tu huduh so malas nak upload. Kah3



Habis je pulau yang ni, kami pun balik ke jeti, tunggu uncle driver tu amik kami. Memasing kepala dah pening dan letih, nak salin baju kering pun tak larat dah. Nak balikkk je cecepat ke hotel dan tidoooo...


Sambil-sambil tunggu uncle.

Sampai je bilik, mandi-mandi, sembahyang semua terus terbungkang ketiduran. Malam tu pulak keluar lagi cari makan.

We L.O.V.E Krabi!

Mula-mula pergi pasar malam dulu, beli souvenir dan nak rasa jugak makanan pasar malam diorang kan. Hehehe sampai je nampak persembahan tarian kat bawah ni, berbakattttt adik ni...kalau aku yang buat, kompem orang lain pengsan tengok.


Mini pancake, kulit dia rasa mcm kulit apam balik kecik yang garing tu, isi dia pulak cream yang orang duk letak atas ice blended tu, ape tah nama dia lupa :P

Pulut mangga! Dah lama aku teringin nak makan. Nak cari kat kelateeee tapi rezeki aku kat sini rupanyaaaa....dapat jugak merasa pulut manggga...hehehe


Okay, baru nak dinner.



Bunga tu kejap je dapat sangkut cantik kat situ, budak kecik tu amik nak bagi ikan makan katanyaaaaaa. 



Makan tomyam, ikan siakap, haruslah nak rasa tomyam sini betul tak?

Sambung next entry!
p/s: Selamat hari raya aidiladha.



No comments:

Labels

Abah (8) AgingBooth (1) AJL (1) Analogi (1) Anniversary (4) Article (1) Assignments (2) Baby (7) Baling (1) Banner (1) Bff (5) Birthday (13) Bolat (10) Car (1) Cartoon (9) Ceremony (7) Certain Somebody (2) Challenges (1) Cikgu (9) CNY (1) Contest (1) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (6) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (71) Edit Pic (3) Email Grab (8) Emaressem Perndunk (6) Emaressem Tepeng (1) Exam (7) Experiences (1) Facebook (2) Family (27) Father's Day (3) Feeling (10) Font (1) Formspring (1) Freebies (10) Fwens (17) Gaji (1) Grrr... (21) Gundah (5) hafiz af7 (1) Hahaha (18) Hani Mofa (2) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (13) Hari Raya Haji (2) Having Fun (8) Hello (1) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (5) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (2) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Kucing (1) Langkawi (1) Layout (2) Life (16) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Master (2) Matrix (4) Meor Muizzuddin (1) Meorsoleh (7) Mepek (41) Mimpi (2) Mother's Day (5) Movies (8) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My great day (1) My Youth (7) MyVi (1) Nenong (15) New Year (6) Novel (1) On the Road (1) Orders (1) Perihal Belog (3) Petua (1) PMR (1) Posting (1) Pregnancy (1) Print Screen (1) Ramadhan (4) Random (16) Resepi (2) Rumah (1) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (7) School (1) Science (3) Segmen (1) Sekolah (49) Seram (4) Sketches (2) SMKA Slim River (3) SPM (1) Spontaneous Thursday (5) Sports Day (1) Spring Trip (7) Stars (1) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (16) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (2) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) Umah Terbuka (1) Undi (1) UPSI (10) UPSR (1) Vacation (13) Vector Images (1) Video (4) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (20) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...