Assalammualaikum..alhamdulillah haritu sambut anniversary yang kedua. Tak sangka dah dua tahun jadi isteri orang.. Syukur sangat sebab Allah kurniakan suami yang memahami, penyayang, rajin, suka masak dan lain-lain. Hehe..nak senaraikan banyak-banyak kang orang lain muntah hijau pulak. Semoga Allah panjangkan umur dan jodoh kami hingga ke syurga. Amin. I love u, Meor!
Kami guna apps MSQRD. Kelako giler muka bertukar tempat....kahkahkah
Semalam aku mc sebab ada rawatan untuk tiub falopio aku. Dokter cakap macam ada something tersumbat dekat 'jalan' ke tiub falopio sebelah kiri.. Harga rawatan RM150 dan aku buat dekat satu klinik specialist untuk sakit puan tapi biarlah nama klinik itu rahsia... Sebelum appointment tu aku tanya staff klinik tu, sakit tak treatment ni. Dia cakap TAK. Lagipun diorang akan bius aku dulu. Aku pun setujulah dah dia kata TAK SAKIT kan...
Tiba hari kejadian, aku di bawa masuk kat satu bilik ni dan baring atas katil klinik tu..semua staff perempuan termasuklah dokternya. Mula-mula aku macam pelik la kenapa la ramai sangat staff dalam bilik tu. Kata treatment ni sekejap dan tak sakit, so kenapa kena ramai staff masuk? Adalah dalam 5, 6 orang termasuklah dokter ni. Rupanya staff yang ramai tu diperlukan untuk pegang kaki dan tangan aku in case aku menggelupur kot. Tapi memang aku menggelupur punnnnnn masa masukkan ubat tu sebab SAKIT GILAAAAAAAAAAAA!
Seriously, aku tak pernah rasa lagi sakit daripada sakit ni. Kalau pernah rasa senggugut teruk tu, ni doploh kali ganda sakitnya dari tu. Lepas tu lenguhhh rasa dalam rahim aku...tak tergambar kesakitannya. Aku sampai terjerit aku suruh stop masukkan ubat tu sebab aku dah tak tahan. Tapi diorang pujuk jugak dan tetap masukkan ubat tu sampai habis. Memang menggelapar la aku masa tu. Terus teringat mak yang lahirkan aku. Mesti lagi sakit daripada ni.
Lepas dah siap treatment tu, masa staff tinggalkan aku untuk aku rehat jap, memang terus la aku menangis terkenang betapa sakitnya treatment tadi. Hanya Allah yang tahu kesakitan aku. Berdenyut je rasa dalam rahim tu. Ni aku tengah tulis ni pun bergenang je air mata teringat sakitnya ubat tu. Siap ada darah keluar lagi dah macam period dah tapi sikit je la darah tu dan staff tu bagi aku pad untuk pakai. Ya Allah..ngerinya bila teringat balik. Tu cara-cara dah kena bius pun sakit giler, kalau tak bius aku xtau la, mau aku TER-penerajang je dokter tu....kehkehkeh
Lepas dah selesai, dan sakit tu pun berkurang sikit, aku pun keluar dari bilik tadi dan gi duduk sebelah Meor kat ruangan menunggu..terus aku menangis sebak-sebak cerita kat Meor macam mana sakitnya treatment tadi. Kalau kena buat kali kedua ke treatment tu aku taktau la aku sanggup lagi ke tak. Trauma sungguh. Tapi alhamdulillah dokter tu kata 'jalan' tiub falopio aku dua-dua dah normal dan dah 'bukak'... InsyaAllah kalau ada rezeki, adalah.

6 comments:
huhu, dgr dari cerita tu pun dh rasa seriau..huk3..
timm bill:
Huhuhu sampai skarang still sakit lagi tau..T_T
OMG...xleh bayang. insyaAllah ninie doakan cepat2 ada rezeki. Cuma nk tahu...skang kena pantang makan mcm org kna bedah x? pastu affect aktiviti seharian x skang? Lucu kan diorg tipu ckp x sakit ari tu. Agaknya kalo dia ckp sakit, takut kita xnk pegi plak kan...kih3
Ninie:
Hehee xde kena pantang dik. Boleh buat aktiviti harian mcm biasa. Just the next day rasa lenguh je tapi sekarang dah okay Alhamdulillah. Betul jugak kan, kalau dia ckp sakit, memang saya tak pergiiiii la klinik tuuuu...takotttt haha
Alhamdulillah smua dh beres. Mujur juga xperlu pantang ape. Tp seriau juga dengarnya!
Post a Comment