Assalammualaikum...hi!
Rasanya semua duk boring dekat rumah taktau nak buat ape kan? Hahaha. Samalah macam aku. Tapi arahan perlu dipatuhi.... sampai 14 April kena duduk diam-diam dalam rumah untuk putuskan rantaian wabak Covid19 ni... semoga Allah permudahkan urusan kita semua dan dijauhi dari wabak ini. Aamiin.
Aku dengan Meorsoleh masih tak boleh move on lagi kena cancel trip ke Jepun...sepatutnya cuti seminggu sekolah baru ni, kami ke Jepun. Tapi disebabkan risau dengan penularan wabak Covid19 ni, terus kami cancel trip tersebut... entoh biler la dapat peluang pergi Jepun... Lama lagi la kut...vaksin pun takdak lagi nih. Takpelah..adelah hikmahnye tu....dapat jugak kami jalan-jalan ke tempat lain...tapi dalam Malaysia je lah. Yang tu nanti lah cerita dekat entry yang baru.
Entry kali ni aku nak cerita tahap kebosanan aku di rumah sampai taktau nak masak apa dah. Cemuih bak kata orang Kedah. Ada la beberapa makanan aku dan Meorsoleh masak yang aku tangkap gambar. Ni gambar makanan hari berlainan tau... jangan kome ingat aku makan sebanyak itu dalam masa sehari. Nehi meri betti, nehi (cuba teka apa maksud).
 |
| Ikan keli masak sambal |
 |
| Arwah mak aku panggil ni nasi goreng gebu. Haha. |
 |
| Ikan kedera masin. Memang partner yang lengkap untuk makan dengan nasi goreng gebu di atas. |
 |
| Roti Canai & Kari Kentang Dadu (arwah abah punya kegemaran) |
 |
Hok ni la yang aku paling suka. Roti Puri cicah sardinnnn.
Yihaaaaa. Sardin my favourite. |
 |
Roti puri ni Meorsoleh yang buatkan.
Kembung-kembung rotinya nak perli aku la tu. |
 |
| Sardin my favourite. |
 |
Nasi lemak sambal tak jadi hahahaha.
Tak pedas & tak berminyak. |
 |
| Pizza Roti. Kau tengok cheese tu kemain banyaknye letak. |
Dalam masa duduk rumah ni, aku dengan Meorsoleh sambut anniversary perkahwinan yang ke-6 tahun. Alhamdulillah... semoga jodoh ini berpanjangan hingga ke syurga. Biarlah tak sempurna tapi saling melengkapi antara satu sama lain. Yang penting, I lap you, you lap me. Kahkahkah. Cewah..geli tak?
 |
| Kek cod je...idokler teman ghajin nak membako kek. |
 |
Muiz menangis masa ni nak main lilin. Sabo je lah.
Bagi la mami dengan abah hang ni ber-romantik dulu. Kacau daun je. Hahaha. |
 |
| 💖💖💖 |
 |
Dengan ini, saya menyanyikan satu laguuuu yang bertajukkkkkkkk..............(sila isi tempat kosong)
|
Okay! Itu saje entry pada kali ini. Hahahaha. Bertemu lagi di masa akan datang.
2 comments:
happy anniversary!
Terima kasih! :)
Post a Comment