Jumaat lepas membasuh baju sebelum balik kampung. Ambil la baju kotor dalam raga masuk terus dalam mesin basuh tak check dah poket-poket semua. Sekali bila dah siap cuci, tinggal nak sidai je, tengok mata air aku (read: Meorsoleh) tuh tercari-cari la henpon dia..call henpon dia guna henpon lain, tak dapat, macam off.. sekali baru dia teringat ada dalam poket seluar keje dia.. memang selamat la dah dicuci. Nak on henpon tu pun tak boleh...kehkehkeh... pastu aku penah baca petua nak bagi henpon ni berfungsi balik kalau dah kena air, letak henpon tu semalaman dalam beras. Letak je la sekali bateri pun kami letak. Pastikan semua bahagian henpon tu tertimbus dalam beras tu. Pastu kami tinggal je henpon tu dalam beras dan terus balik kampung. Ahad baru kami balik rumah balik dan check tengok boleh dah berfungsi henpon tu....hehehe nasib baik...
Note: Yeayyy nak cuti sekolah dah! :D
No comments:
Post a Comment