Seharian takde air, sekarang baru ada air kat rumah aku nih.. Aku sebenarnya lagi tensen takde air daripada takde karen (elektrik). Betul tak? Takde air nak bersihkan diri susah, nak masak susah, dan macam-macam lagi. Sila senaraikan sendirik.
Dulu masa aku sekolah kat Mrsm Pendang, selalu sangat la takde air. Kira macam perkara normal la takde air. Pulak tu duduk asrama, memang hazab la. Dekat sekolah aku tu dia ada dua jenis takde air tu. Jenis pertama jenis yang bila ramai-ramai dah guna air, dia akan amik masa setengah jam gitu untuk air naik tangki balik. So sapa-sapa yang bangun lambat tu memang akan jadi lagi lambat sebab nak tunggu air tu naik. Tu yang pertama.
Jenis yang kedua yang bebetul takde air. Sebabnya entahlah aku pun taktau mungkin samada diorang cuci tangki or whatsoever lah. Main pointnye takde air. Bangun nak mandi pagi tu nak gi sekolah, tengok-tengok takde air. Memang berdesup la pergi bawak baldi segala gi mandi dekat tandas blok akademik. Scary okayy, jalan la 2, 3 orang dengan member gi cari tandas yang ada air (air tangki). Kena cepat-cepat sebabnya ramai lagi member tak bangun. Kalau lambat kang air habis. Hahahaha.
Yang tak bestnya, aku ni ingat dah antara golongan terawal la pegi mandi kat blok akademik ni. Sekali dah full pulak tandasnya. Terpaksa mandi kat tandas, semua orang yang duduk asrama aku rasa mesti pernah jugak kan? Jangan nak tipuuuuuu.
Tunggu turn mandi pun hazab jugak. Ingatkan kejap je la member sebelum tu mandi, sekali ada la dalam setengah jam la jugakk. Entah apa dia buat dalam tu, cuci pusat ker??? Aku kat luar yang tunggu punya lama ni naik hangin lah kan. Sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan.
Lepas tu pulak dengar dialog budak tu dengan kawan dia yang tengah mandi kat tandas sebelah;
"Wei.. Ko dah siap ker?"
Dia jawab; "Belum... aku tengah syampoo rambut ni sat".
Hangin tak?
Dah tau ramai orang beratur kat luar ni, air pulak takde, pakai air tangki, lagi kau nak syampoo??? Adeh lah. Memang berbulu je aku tunggu kat luar.
Pernah jugak lori tangki air datang hantar air. Semorang beratur bawak baldi memasing. Dia bagi air tapi tak penuh pun. Tensi. Memang jimat gila la guna air dalam baldi tu. Sapa yang batch sekali dengan aku, rasa mesti ingat masa pergi rompak air kat tangki asrama lelaki (dekat-dekat dengan kebun getah tu). Nak buat camne kan, nak hidup, kena lah berusaha. Hahaha. Ramai jugak pergi amik kat situ, sekali datang abang-abang senior jerkah sambil bawak baldi diorang, lintang-pukang lari semorang.
Tau takut. Hehehe

1 comment:
Macam tau je siape tu
Post a Comment