Wednesday, October 19, 2011

Motif taknak bagitau nama? :D


Sekarang kita kembali ke 16 tahun yang dulu. Masa aku masih darjah 1. (Tiba-tiba je nak flashback, ape daa intro entry cenggini). Masa aku darjah 1, tahun 1995. Sekarang sendiri kira umur aku berapa.    Okay, kembali ke tajuk asal, pada suatu hari tu, ada budak baru masuk sekolah aku. Dan dia ditempatkan untuk masuk kelas aku, 1 Maju yang tak berapa nak maju tu. Sekolah aku tu ada dua je kelas, 1 Maju dengan 1 Jaya. Sekolah kampung, biasalah. Sikit je muridnya. 

Lepas cikgu bawak dia masuk kelas aku, semorang excited lah kan tiba-tiba je ada budak baru. Terutamanya aku. Beriya ni aku nak tau nama dia. Aku masa tu susah nak tanye sebab cikgu bagi dia duduk group lain. Bukan satu group dengan aku. 

Maka, aku pun suruh kawan aku yang se-group dengan dia (Jannatul), mintak tanyakan nama budak baru tu. So, Jannatul dan kawan-kawan se-group dia pun selidik la budak baru tu. Aku ingat lagi masa tu, budak tu tutup mulut dia dengan dua-dua belah telapak tangan. Motif kau? Segan kot. HAHA.

Diorang tanya nama tu macam bisik-bisik. So aku tak berapa nak dengar la kan. Even aku duduk betul-betul sebelah je group tu. So lepas aku nampak dah selesai operasi bisik-bisik tu, aku pun tanyalah Jannatul tu;



"Weh ape name budak baru tu, dah tanya?"

"Haa dah tau dah."

"Apa nama dia?"

"Err..dia cakap tak leh bagitau kat orang lain."



Ape motif taknak bagitau ha?? HAHA Sumpah kelakar. Tapi kan, budak tu dah jadi bestfriend aku sampai la sekarang. Dah 16 tahun dah kan persahabatan kite ni. Luar dalam aku semua ko dah paham sangat. Thanks Izzah a.k.a Ijah sebab jadi kawan yang sangat baik untuk aku.. :')

p/s: Ada ole-ole untuk kamu dari Sarawak. Balik Msia nanti aku bagi ye :P, nak pos tapi takde duit lah. Soryyyy ah bo!















*****************************************











Dan tadi aku blogwalking blog kengkawan, dan terkejut betul aku baca entry ni. Tak pernah ada blog yang buat entry khas untuk aku. Terharu seyyy.. :') Thanks JueyHame!! And thanks untuk banner kamu yang comel ni. Hikhik. ;) Sangat rajin si JueyHame buat banner ni. Kawan-kawan sila check it out blog dia okayhh? 


Thanks!





18 comments:

Nurul said...

hi sy lah ijah tu. aaaaaaaaaaaaa malu gilee. hahahahah apekahhh, motif x nak bagi tau name? LOL LOL LOL. nice doodle anyway:P
p/s: ce wat doodle ko tarik tudung idzwani sebab berebut nasi lemak skek :P

♥ p a a n i ♥ said...

Nurul:
hahahhahaha weiiii!!!!! aku dh lupe dh kisah tarik tudung tu.sampai ati ko ingatkan balik...wkakkakaka nti aku buat.

Amni said...

next time mai swk lagi, contact tau!

ShahzCudin said...

hehe..kite sebaya..tp mmg klaka la zmn knk2..dlu nak pinjam rubber member pon xbleh sbb mak die xbg..haha

Juey Ha said...

hehe. lawak kawan akak tuwh. tpi biase la budakbudak lgi.

*mujur akak suke banner tuwh :)

::FAIZ FARISH:: said...

aku penah g miri. best

ILA HonEyBuNNy said...

comeiii ja xnak bgtau nama dekat org lain..hehehhe...budak2 mmg gitu....;-)

Mama Gee said...

ade satu ketika tu suke sgt jawap dgn perkataan rahsia.

nama sapa? rahsia
umur berapa? rahsia
tggl kat mana? rahsia

mesti bengang je org yg bertanya...hahaha

Atie iskandar said...

hehe.. so sweet la,, last2 jadi bestfren..

cik.mila said...

ololo..comelnye..tp blog nih mmg comel..tiut je ilusi katun2 tu ^_^

ctk said...

lor..kamu lebih muda dr ct ke?? igt ke kamu senior ct :D..hani mofa blogger doodle the best..haha

ctk said...

eh cilap..pembetulan..kamu senior ct..matematik fail sebentar td..hahaha

♥ p a a n i ♥ said...

Amni:
hhehehe nk dtang mase amni kawen :P boleh?

ShahzCudin:
lahir tahun 1988 jugak ke? sebaya la kita..haha.mmg nk pinjam ape2 xboleh pulakk kan.mak dia xbg..haha

Juey Ha:
betul betul..darjah 1.memang sangat kebudak-budakan..hehe.

::FAIZ FARISH:::
g miri melancong kah?ada gmbr? nk tgokkk

ILA HonEyBuNNy:
hehe budak2 yang pemaluuu :P

Mama Gee:
haaa..tu mcm style kne ngorat je tu..hahah semua rahsiaa :P

Atie iskandar:
alhamdulillah. she's the BEST friend i ever had :)

cik.mila:
alaa tp xsecomel blog laen la wak..hehe

ctk:
hahaha apelah ct nii.. akak lg tua okkkk :)

Iznie said...

hehe...lawak la... tapi mmg budak2 kecik slalu jer camtu...kan ayah pesan jgn cakap ngan org tak dikenali...so kena berhati2 la ckit...ehehe

comey la doodle...suka2.... :D

Cik TeN10 said...

hahaha.. dah tu ko tanya la dia wehh ape motifnya dia xnk gtau nama dia? aku pun curious gak nak tahu ni. hahaha :D

♥ p a a n i ♥ said...

Iznie:
hahaha kan? makayah pesan jgn ckp sgt dgn org xkenal..tu yg xnk gtau nama tu kot...hahaha

Cik TeN10:
hahha sampai skrang aku gelakkan dia kalau aku ungkit cerita ni..siot je aku..haha. dia ckp time tu dia malu2, satu kelas dok tgok2 dia.maunye x segan..hehe

k h a y said...

oh Bolattttttttttt! apsal xnak bgtau nama ek?

kuang3 adei

♥ p a a n i ♥ said...

k h a y:
bolat pemalu?? hahahhaa

Labels

Abah (8) AgingBooth (1) AJL (1) Analogi (1) Anniversary (4) Article (1) Assignments (2) Baby (7) Baling (1) Banner (1) Bff (5) Birthday (13) Bolat (10) Car (1) Cartoon (9) Ceremony (7) Certain Somebody (2) Challenges (1) Cikgu (9) CNY (1) Contest (1) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (6) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (71) Edit Pic (3) Email Grab (8) Emaressem Perndunk (6) Emaressem Tepeng (1) Exam (7) Experiences (1) Facebook (2) Family (27) Father's Day (3) Feeling (10) Font (1) Formspring (1) Freebies (10) Fwens (17) Gaji (1) Grrr... (21) Gundah (5) hafiz af7 (1) Hahaha (18) Hani Mofa (2) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (13) Hari Raya Haji (2) Having Fun (8) Hello (1) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (5) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (2) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Kucing (1) Langkawi (1) Layout (2) Life (16) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Master (2) Matrix (4) Meor Muizzuddin (1) Meorsoleh (7) Mepek (41) Mimpi (2) Mother's Day (5) Movies (8) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My great day (1) My Youth (7) MyVi (1) Nenong (15) New Year (6) Novel (1) On the Road (1) Orders (1) Perihal Belog (3) Petua (1) PMR (1) Posting (1) Pregnancy (1) Print Screen (1) Ramadhan (4) Random (16) Resepi (2) Rumah (1) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (7) School (1) Science (3) Segmen (1) Sekolah (49) Seram (4) Sketches (2) SMKA Slim River (3) SPM (1) Spontaneous Thursday (5) Sports Day (1) Spring Trip (7) Stars (1) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (16) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (2) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) Umah Terbuka (1) Undi (1) UPSI (10) UPSR (1) Vacation (13) Vector Images (1) Video (4) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (20) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...