Minggu lepas cukuplah 5 hari aku mengajar kat sekolah. Mula-mula masa dapat sesi petang tu rasa macam tak berapa best. Tak biasa gi sekolah petang, dengan panasnya lagi, semualah. Tapi bila dah 5 hari pergi sesi petang ni, rasa macam best la pulak kan even balik sekolah jam 6.35 pm kecuali Jumaat 6.40 pm. Penat tu memang penat, tapi kerja apa yang tak penat kan? Kalau balik tu penat, dalam jam 9.00 pm gitu aku dah tido dah. Sampai la ke pagi besoknya. Pastu bangun pagi, still boleh buat kerja-kerja sikit sebab masuk sekolah jam 12.30 tghari except Jumaat, 2.30 pm. Enjoy jugak kerja petang ni kan, student petang pun tak ramai so cikgu-cikgu petang takdelah busy mana.
*lesson plan*
Untuk sesi petang ni, aku kena ngajar subjek Sains, English dan Geografi dan student aku dalam 80% adalah orang asli. Kat Gerik memang ada asrama-asrama untuk anak-anak asli. Depan sekolah je. Student asli ni memang patuh dan dengar cakap. Senang jugak nak uruskan student asli. And they're cute tooooo. Masa aku ajar Geografi, aku ceritalah, negara kita terletak luar dari lingkaran api pasifik.. maknanya takda gunung berapi dan gempa bumi.. tiba-tiba salah seorang student asli tu sebut; "Alhamdulillah.." Bagus betul didikan ustaz/ustazah diorang :) And now, I'm a bit sad sebab semalam tiba-tiba dapat jadual baru. Kelas yang aku ajar semua kekal kecuali kelas Geografi. Aku dah tak payah ajar Geografi. Sedih jugak la sebab komunikasi dua hala student asli dengan aku, okay. Serius sedih. Even seminggu je sempat ajar diorang tapi dah boleh get along.
*saja je snap pic ni sebab ada Grik*
Dan sekarang aku susah hati ni sebab kena ajar English untuk form 1. Risau gilaaaaaaaaaaaa sebab aku ni speaking tak berapa nak smooth. Sikit-sikit tu boleh lah. Tapi bersyukur sebab kelas form 1 untuk subjek English tu semua orang melayu, so boleh la aku rojak-rojak kan? Ngelat Hehehe.
*semangat balut meja, merah gituuuu*
Lagi satu yang buatkan aku susah hati ni, sebab penyelia petang suruh aku buat satu aktiviti/pengisian untuk student yang non-muslim dalam 15 minit gitu. Tengah risau sebab Selasa depan dah kena buat dah. Pastu aku takdak idea langsung niii aktiviti/pengisian apakah yang sesuaii? Sesiapa ada idea tak? Please give your idea... Plish plish plish. :( Dan jugak nanti aku kena bagi ucapan masa perhimpunan awal bulan 7 nanti. Oh my..pengsan. Tapi tu xpela lambat lagi, risau yang aktiviti untuk minggu depan ni.. kawan-kawan plissss bagi idea..
Okay setakat tu je la untuk kali ni. Jumpa lagi! :)



6 comments:
paani, fresh garduates frm which univ ni? :) tahniah tau dh dapat keje. ^^ btw, sek menengah oorg asli kat mane tu? *stuju kalau kate sesi petang tak sesibuk mane. member2 siap ske gleeee ble pract sesi petang. sume ckgu2 sempoi! hehe
wah...padat giler jadual kamu ni..bnyk benda nk kena buat eh...
cdgn ct,ajar je lah aktiviti2 seni..xpon bersukan...ke dh ader klas tu??hoho
pengisian ape? untuk pendidikan sivik ke? atau saje nak habiskan mase? kalo buat kerje sendiri tak boleh ke? hahaha
Pengisian utk non muslim ?? Emmm sblm ni tiap2 kali g kem motivasi, time muslim solat jemaah mmg ada pengisian utk no muslim tp aku pn xtau plak apa pengisiannya.. Tp aku rsa mesti pengisian rohani kot..
bestnya paani dapat sesi petang....lain sikit suasana dari sesi pagi kan..
pengisian rohani ke? kalau cerita pasal sivik? integrasi? boleh? huhu...
Pengisian teka teki. Kamu kan hebat teka teki teka tekok.
Post a Comment