Imam al-Ghazali ada mencatatkan lima cara untuk mengikis sikap takbur dalam diri seseorang iaitu dengan cara:
1. Apabila kita bersuara dengan Anak-Anak kecil, maka kita anggaplah yang sebenarnya dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana mereka masih belum mempunyai dosa-dosa berbanding kita yang telah dewasa.
2. Apabila kita bersuara dengan orang Tua pula, maka kita anggaplah yang sebenarnya doanya lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beramal ibadah kepada Allah dari kita.
3. Apabila bersuara dengan orang Alim pula, maka kita anggaplah yang sebenarnya beliau lebih mulia daripada kita kerana insan sebegini memiliki lebih banyak ilmu yang beliau ketahui tetapi kita belum mengetahuinya.
4. Apabila kita bersuara dengan orang Jahil pula, maka kita anggaplah yang sebenarnya dia lebih mulia dari kita kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya, sedangkan kita berdosa akan tetapi memiliki ilmu pula dengan sengaja kita melakukannya walaupun hakikatnya kita tahu yang mana satu perkara buruk dan baik.
5. Apabila kita bersuara dengan orang Kafir pula, katakanlah dalam hati bahawa satu hari nanti mungkin dia akan insaf dan akan memeluk Islam. Maka dosa yang dilakukan sebelum dia masuk Islam akan diampunkan oleh Allah s.w.t sedangkan kita pula sebagai umat Islam sejak lahir terus-menerus melakukan dosa tanpa mengenal balasan Allah yang bakal tiba kelak.
Semoga kita mendapat petunjuk daripada petua yang diberikan oleh Iman al-Ghazali supaya dapat mengikis sikap takbur dalam diri kita.
Sampai-sampaikan dan selamat beramal.
Salam Jumaat :)

12 comments:
hehehe...akan ku ingati pesan mu ustazah hani...ct suka doakan org kafir tu mendapat hidayah...dpt la kita terima sedara baru lg :D
jgn bersifat takbur dgn sape2 pon..merendah diri byk kebaikannya..
fikir yang baik2
ala..akak x leh nk like sbb dah tutup akaun fb..like kat sini jela-LIKE..hihi
thanks 4 sharing..kena sntiasa merendah diri kan baru tak takbur..
suka...nice sharing! nak share...nak share... :)
tak baik takbur... arigatou share..
welcome friends :)
petua yg sgt2 bagus ! thanks for sharing !! :)
welcome cik ten!! :D
Terima kasih. ;)
Jangan pernah rasa yang diri kita dah cukup bagus dan baik, itu yang lebih baik.
Betul :)
Post a Comment