Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 29, 2011

Jangkitan kuman



Aku rase ramai yang tak tau aku pernah kena jangkitan kuman dekat urat saraf muka masa umur aku 19 tahun. Nak baca, klik sini.. Face palsy (tak silap aku la). Separuh dari muka aku tak boleh bergerak.  Bayangkan lah korang bangun pagi, tiba-tiba sebelah dari muka korang jadi 'numb', kaku. Sebelah je boleh bergerak.

Sakitnya pulak tak terkata. Tuhan je tahu apa aku tanggung. 3 hari tak boleh tido. Nak baring pun kena mengiring. Belakang kepala memang sakit gila. Yang numb tu muka sebelah kiri aku. Mata pun tak boleh tutup. Nak mandi, mesti air masuk mata. Nak minum pakai straw, mesti air meleleh tumpah dari mulut. Nak bercakap, tak boleh nak sebut ayat yang ada huruf 'b' dan 'p'. Bayangkan aku nak bercakap dengan rumate aku pun, aku tulis atas kertas. Y_Y

Sedih pulak teringat pasal tu. But now dah sihat, alhamdulillah. 

Ok, now straight to the point.

Hari tu mak aku cakap dia tengok program kat tv, pasal kesihatan. Orang tu cakap; haiwan-haiwan berbahaya ni (contoh: ular), ada kuman. Kuman tu pulak kalau kena kat manusia, dia akan 'bertapak' dalam badan. Bukan sehari dua bertapak tu, dalam berbulan-bulan atau lebih dari setahun. Lepas dah bertapak lama dalam badan, baru lah dia 'serang' mana-mana saraf dalam badan kita. 

Then mak aku pun teringat pasal aku. Sama pulak macam yang aku kena.

Bila mak aku cerita, baru aku terfikir balik. Kalau lah kuman tu bertapak dalam badan aku, setahun lebih, maknenye masa tu umur aku 18 tahun. Dan kalau aku 18 tahun, maksudnyee mase tu aku tengah belajar kat matrikulasi. Dan masa matrik tu, dua kali aku pernah jumpa/pegang ular. Mungkin teori tu betul.



First! 
Masa aku pergi rombongan matrik ke Penang. Ada orang buat pertunjukan ular sawa. Boleh tangkap gambar sambil ular tu ada atas leher kita. So aku pun try la..hehe.



Second!
Masa aku tengah bersembang dengan kawan aku kat longkang. Ada ular tedung (yang dah kembang tengkuk okkkk) berdiri betul-betul tepi kaki aku. Motif dia kembang tengkuk? Sebab aku letak kaki dalam longkang. Ganggu laluan dia. Menjerit okk jumpa ular tedung tu... nasib baik sempat lari..kalau tak... hmm pepaham jelah.

Mungkin antara dua situasi ni la, kuman tu berpindah ke badan aku... lagipun dokter cakap antibodi badan aku lemah (jenis yang cepat kena selesema), so that's why badan aku cepat kena jangkitan kuman.

Aku pun tak pasti betul ke tidak ular ni punca penyakit face palsy tu, tapi aku harap sapa-sapa yang rasa tak nak kena penyakit ni, so korang tak payah la nak pegang-pegang ular ni. Nak letak kat leher ke (konon gagah), TAK PAYAH!! Kesihatan lagi penting.





Sunday, November 27, 2011

Copycats


Hari ini aku nak cerita pasal copycats. Copycats ni tak silap aku adelah orang yang meniru/ambil hasil kerja orang lain. Betul ke tak eh? Sebab aku pun tak pasti, aku bukan cikgu BI. Senang cakap macam MEN-CIPLAK lah. 

Arwah ayah aku dulu pun suka melukis. Mak aku pernah cerita, masa zaman dulu-dulu, (aku pun belum lahir lagi), arwah pernah lukis komik. Arwah beli macam-macam la perkakas nak melukis tu, berus, dakwat, kertas (dulu takde teknologi nak lukis pakai komputer kan?). Dah la barang-barang tu mahal. 

Lepas tu mak aku cakap, arwah pun pos lah hasil kerja komik tu dekat satu majalah ni. Lepas pos, selalunya, kalau majalah tu terima, dia akan bagi duit upah dan jugak komik tu dia siarkan dalam majalah.

Tapi, tunggu punya tunggu, takde pape pun respon/feedback dari pihak majalah tu. So, mak aku cakap arwah ayah aku macam dah tak berharap sangat la sebab lama tunggu, masa tu arwah fikir mesti komik dia tak diterima. 

Tak berapa lama lepas arwah ayah aku dah give up nak tunggu feedback tu, beliau pun macam biasa lah, beli majalah tu setiap keluaran. Bila baca je majalah yang latest tu, terkejut betullah arwah sebab ada pelukis lain yang tiru lukisan/idea komik yang beliau pos dulu tu dan majalah tu pun terbitkan komik tu. 

Mak aku cakap dia dah tak ingat nama kartunis yang menCIPLAK komik ayah aku tu, tapi mak tau yang kartunis tu ala-ala femes la jugak. Mak aku cakap dia kesian tengok ayah aku penat beli-beli perkakas tu semua, pos lagi, alih-alih orang lain curi idea komik dia tu. (alah aku syak orang tu keje dengan majalah tu jugakkkk, kalau tak, TAKKAN la posmen tinggalkan komik tu kat tepi jalan, pastu orang tu kutip? ye dok?)

Menciplak hasil kerja orang lain ni satu jenayah ye kawan-kawan. Orang yang di-ciplak tu boleh saman kamu, kalau dia ada bukti yang hasil kerja tu hasil dia. So, sama-samalah kita jauhi mende ni.


Kalau ada sapa-sapa nak ambil banner ni amik lah.
Tempek kat sidebar masing-masing ;)


Dan tak lupa,
Saya dengan ini nak mengucapkan
SALAM MAAL HIJRAH
:)






Wednesday, November 23, 2011

Tuesday, November 15, 2011

Muslimah Cartoon


FREEBIES FOR U!

























*nak save, just right-click dekat gambar tu*



Thursday, November 10, 2011

Spontaneous Thursday #1: Sendiri pilih





"Kalau tak suka baca, JANGAN baca. 
Kalau tak suka tengok, JANGAN tengok. 
Atau orang lain terpaksa tadah telinga dengar bebelan kamu."






Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wednesday #6: SPM 2011





p/s: Teringat pulak zaman amik SPM tahun 2005 dulu :)



Saturday, November 5, 2011

Braces



Gigi aku memang tak cantik. Seriously. Ada satu tu degil terkeluar. Geram aku. Rasa macam nak cabut satu gigi lain sebelah dia, then sumbat yang terkeluar tu masuk dalam. Haaa..macam la aku power sangatkan. Kadang-kadang jeleshhhh tengok gigi orang lain cantek je tersusun, yang aku ni nak tangkap gambar pun kena cover2 gigi tu jangan bagi nampak sangat.

So, semalam after blogwalking, terbaca kat blog kawan aku yang dia dah start pakai braces! Yeah, i really want to, tapi dengan sekarang aku still tak bekerja, so no money, no braces lah kan. Maka, aku pun tanya details2 pasal braces ni dari dia and here she replied; 

Pasal ko tanya braces tu, aku buat kat kajang,,
tu paling murah rm3k.
 
skang kebayakkan klinik 4.5k yg pakar la..
aku pakai setahun setengah kot..
bape lama pakai tu sbnrnye ikot gigi kite gak.. huhuuu..
 
 
braces banyak jenis.. yang metal mcm aku yang banyak2 kaler. ade jenis damon, tak de kaler. tp leh cpt kan process n kurang jumpe doktor...tapi sbnrnye metal ni pn bagus jugak,cpt gak process die. cuma tiap bulan kene jumpe doktor la..
 
skang paling murah adalah metal, damon mahal lagi lagi. pastu de jenis lingual (yang pasang belakang), invisalign (invisible), ceramic ( ni yang macam metal tapi mmg jenis x nampak besi tu sbb kaler jernih).
 
ko nak buat gak ke?
kalo ko nk, akuleh rekemen kn la area kl/ selangor yang ok. hehhee


Hehe. tapi seperti biasa, aku just tanya je, belum ada duit lagi nak pakai braces nihhh. Tapi anyone who reading this, kalau ada pengalaman pasal braces, or tau harga untuk the invisalign, ceramic braces tu boleh tak  share kat aku? Seriously aku nak tau. And thank u in advance! ;)



BRACEFACE!! :D 
I like!



Esok raya kan? Mesti ramai dah balik kampung. My mum plan nak buat cake, daging masak dendeng dengan nasi impit kuah kacang. Daging masak dendeng tu off coz aku yang kena masakkan. Heee. But this raya, it is just the three of us; my mum, my sis and i. Sunyi jugak lah rasanya but nevermind, internet kan ada? :D Hopefully.


And lastly,

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
UNTUK SEMUA!!!





Friday, November 4, 2011

Gelojoh punya pasal


Masa saye darjah 6, saye ade kawan. Name kawan saye 'W'. Kami pengawas sekolah (motif nak bagitau? HAHA). Walaupun kami pengawas, tapi kalau dengar bunyi loceng rehat je, kami yang lari dulu. Adik-adik sila jangan contohi perangai akak-akak kamu nih ye. Okay, stop ber'saye' ye. Next perenggan guna 'aku'.

Pada suatu hari, seperti hari-hari yang biase, kami berlumba lari untuk ke kantin. Masa tu memang sangat lapar dan aku sangat tak sabar nak beli nasi lemak 30sen sepinggan (tu yang paling murah). Dengan penuh karisma, aku dan W pun berlari dan memang kami berdua dah yang paling hampir dengan kantin tu.




Tapi disebabkan aku nak menjuarai pertandingan berlari ke kantin tu, aku pun jadi cuak bila W mendahului aku. HAHA gelojoh punya pasal, aku pun 'ter'tarik tudung dia (sambil tengah lari tu). Niat aku nak tarik baju dia, so that aku boleh catch up dengan dia. Alih-alih tertarik tudung pulak.




Kemudian, terus tudung sekolah dia tercabut ke belakang dan tergantung kat leher dia seperti dalam gambar di bawah. HEHE. Masa tu memang aku rasa bersalah giler dan aku pun tolong betulkan tudung dia, kebetulan masa tu depan tandas, so kami pun masuk tandas untuk cover sikit la kan, sebab budak laki yang lain pun gelojoh lari nak pegi kantin jugak. Kang diorang nampak pulak.




Lepas dah siap pakaikan tudung dia, dengan W taknak keluar tandas sebab dia malu, so aku pun kena la teman dia kejap dalam tandas tu. Bila dah agak-agak orang dah berkurang kat kantin tu, maka kami pun keluar la pergi makan. Dan kami jadi orang terakhir (antara geng-geng darjah 6 aku) yang beli makanan tu. 

Paling takleh blah, si Ijah yang dapat beli nasi lemak tu dulu dari aku!!! Cisss!!! HAHA


Okay, sekian cerita saye (eh saye pulak?) pade hari ini. Harap semua terhibur. Babai. Salam.







Wednesday, November 2, 2011

Wordless Wednesday #5: Bff Collections

















Nota kaki, tangan, kepala semua: 
Patutnye wordless wednessday ni takde words ye dok? haha. Belasah aje. 
Morning semuaaa!!




Labels

Abah (6) AgingBooth (1) Analogi (1) Anniversary (4) Assignments (1) Baby (4) Banner (1) Bff (4) Birthday (12) Bolat (6) Cartoon (6) Ceremony (4) Certain Somebody (2) Cikgu (7) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (4) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (69) Edit Pic (2) Email Grab (4) Emaressem Perndunk (6) Exam (3) Experiences (1) Facebook (1) Family (25) Father's Day (3) Feeling (2) Font (1) Freebies (10) Fwens (10) Gaji (1) Grrr... (9) Gundah (1) Hahaha (11) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (10) Hari Raya Haji (2) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (2) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (1) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Langkawi (1) Life (11) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Matrix (3) Meor Muizzuddin (2) Meorsoleh (6) Mepek (10) Mother's Day (4) Movies (6) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My Youth (3) MyVi (1) New Year (4) Novel (1) On the Road (1) Perihal Belog (1) Posting (1) Pregnancy (1) Ramadhan (1) Random (7) Resepi (4) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (4) Science (2) Sekolah (34) Seram (1) Sketches (2) SPM (1) Spontaneous Thursday (4) Sports Day (1) Spring Trip (7) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (1) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (1) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) UPSI (7) Vacation (13) Vector Images (1) Video (1) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (19) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...