Sunday, November 27, 2011

Copycats


Hari ini aku nak cerita pasal copycats. Copycats ni tak silap aku adelah orang yang meniru/ambil hasil kerja orang lain. Betul ke tak eh? Sebab aku pun tak pasti, aku bukan cikgu BI. Senang cakap macam MEN-CIPLAK lah. 

Arwah ayah aku dulu pun suka melukis. Mak aku pernah cerita, masa zaman dulu-dulu, (aku pun belum lahir lagi), arwah pernah lukis komik. Arwah beli macam-macam la perkakas nak melukis tu, berus, dakwat, kertas (dulu takde teknologi nak lukis pakai komputer kan?). Dah la barang-barang tu mahal. 

Lepas tu mak aku cakap, arwah pun pos lah hasil kerja komik tu dekat satu majalah ni. Lepas pos, selalunya, kalau majalah tu terima, dia akan bagi duit upah dan jugak komik tu dia siarkan dalam majalah.

Tapi, tunggu punya tunggu, takde pape pun respon/feedback dari pihak majalah tu. So, mak aku cakap arwah ayah aku macam dah tak berharap sangat la sebab lama tunggu, masa tu arwah fikir mesti komik dia tak diterima. 

Tak berapa lama lepas arwah ayah aku dah give up nak tunggu feedback tu, beliau pun macam biasa lah, beli majalah tu setiap keluaran. Bila baca je majalah yang latest tu, terkejut betullah arwah sebab ada pelukis lain yang tiru lukisan/idea komik yang beliau pos dulu tu dan majalah tu pun terbitkan komik tu. 

Mak aku cakap dia dah tak ingat nama kartunis yang menCIPLAK komik ayah aku tu, tapi mak tau yang kartunis tu ala-ala femes la jugak. Mak aku cakap dia kesian tengok ayah aku penat beli-beli perkakas tu semua, pos lagi, alih-alih orang lain curi idea komik dia tu. (alah aku syak orang tu keje dengan majalah tu jugakkkk, kalau tak, TAKKAN la posmen tinggalkan komik tu kat tepi jalan, pastu orang tu kutip? ye dok?)

Menciplak hasil kerja orang lain ni satu jenayah ye kawan-kawan. Orang yang di-ciplak tu boleh saman kamu, kalau dia ada bukti yang hasil kerja tu hasil dia. So, sama-samalah kita jauhi mende ni.


Kalau ada sapa-sapa nak ambil banner ni amik lah.
Tempek kat sidebar masing-masing ;)


Dan tak lupa,
Saya dengan ini nak mengucapkan
SALAM MAAL HIJRAH
:)






18 comments:

Cik TeN10 said...

wehh kesian ayah kau..
bakat ayah kau diwarisi oleh kau.. kau xterasa nak smbung ke, nak penuhi hasrat hati ayah kau ??

salam maal hijrah jugak.. :)

psttt.. dh ade dlm draft mlm ni insyaAllah aku publish ea.. :)

~Ati_Hime~ said...

cakap pasal ciplak hasil karya ni kan..arwah ayah akak pun kene bende yg same..time tu arwah abah akak dah final sem kene hantar art work semualah..pas tu time tu kene tulis name dalam pensel ke atau org yg tukang ciplak tuh suh arwah abah akak tulis name dlm pensel sbb dia yg volunteer nk tolong antarkan..pastu org tu padam name arwah abah akak dan tulis name dia dgn PEN! klau x silap akak penciplak tu jd pelakon kot..tp pun org tu dah x de dah wayyyyyyyyyyyyyyy before arwah abah akak meninggal..so maafkan je la..sekian kisah benar akak..hihi

ShahzCudin said...

tak patut betul la org tu..kesian kat la kat org yg penat cri idea..

salam maal hijrah..

aiEz said...

ciplak hasil karya orang lain,kena fikirkan juga hasil dr benda yg kita ciplak tu...halal ke?jgn fikir apa yg nampak didepan mata tp fikirkan yg diakhirat sana...tp selalu kita lupa bila apa yg ada diddepan mata...itulah kehidupan dunia...

Wanie said...

salam maal hijrah =)

Beckhrooy said...

kesian la kna curi macam tu ke kan..posmen tu tinggalkan suka ati dia kot

Bella Bell said...

pehhhh.. sedih kot. hasil usaha kita orang lain yang ambil dan dapat nama.

Anak Wak Mail said...

salam maal hijrah paani!


kesian kat ayah awak,,dia yang fikir idea macam2,,orang lain senang2 je nak dapat nama..

Paris Lipton said...

la xbaik btol curi karya org....yelah btol ckp ten10, awk mewarisi bakat ayah...teruskan berkarya!!!
slm maal hijrah :))

Ezad Skytech said...

tak patut la orang tu ciplak macam tu kan...:(

salam Maal Hijrah (^^,)

bighagenjo said...

lah, yeka.. menyakitkan hati je.. dah takde rezeki kot kan..

lembu punya susu, sapi dapat nama. hoho..

Hanis MY said...

salam maal hijrah... tak suka copycat, tapi sian cat..kenapa cat eh wuwuwu...

Ungu Violet said...

tak bek taw...copy2 cat nih...cian kat cat...huhu

salam maal hijrah..:)

Aien Not Alien said...

kalau copycat yang melibatkan kes tutup periuk nasi orang lain ni memang patut dijauhi...


Salam Maal Hijrah.

cik.mila said...

kesian nye arwah abah..
mmg kejam org tuh! xberkat rezeki dia..emo plak..huhu
mila tak nak copycats tapi mila mntak buat je..hehehe

♥ p a a n i ♥ said...

Cik TeN10:
hehhe ade jugak aku terpk nk sambung tp tngok la dulu. kalau ade rezeki/peluang.hehe

~Ati_Hime~:
ish!! lagi kejam mcmtu.. kesiannye ayah akak!. dh la project final year. aisey..huhuhu

ShahzCudin:
kadang2 org2 mcm ni bukan tau kesusahan org lain yg penat2 buat kerja. kn? huhuhu

aiEz:
tau xpe..kalau dia jual, then dpt duit, tak ke haram sumber duit tu? huhuhu hasil keje org laen..

Wanie:
Salam maal hijrah too :)

Beckhrooy:
itu la pasal..tp aku rse yg amik tu pekerja majalah tu jugakk kott... xkan la posmen tu tertinggal kt mane2.huhu

Bella Bell:
memang sedih weh..kalau la jadi kt aku mcm tu, mesti keciwa giler plus bengang.

Anak Wak Mail:
thanks dear! itu lahhh. kesian ayah aku..seb bek dia redha aje.

Paris Lipton:
hehe tp ayah lagi hebat. boleh lukis potret orang. tak leh nak lawan dia :P

Ezad Skytech:
memang tak patut. huhuhuhu

bighagenjo:
itu lah..dah takde rezeki gamaknye..

Hanis MY:
hahaha aah kan. kenape xgune rimau ke, singe ke..hehe

Ungu Violet:
hehe kesian kt org yg di-copy itulah..

Aien Not Alien:
sokong!!!
salam maal hijrah too.

cik.mila:
hehe kalau mintak takpe..tu bukan copycat.

ctk said...

kciannyer...sukak2 aty jeee....bila kamu lak nk buat komik..hihi

♥ p a a n i ♥ said...

ctk:
akak lukis reti la dikkk..nk mencari idea berkomik tu dah satu hal..kering otak akak...hehehee

Labels

Abah (8) AgingBooth (1) AJL (1) Analogi (1) Anniversary (4) Article (1) Assignments (2) Baby (7) Baling (1) Banner (1) Bff (5) Birthday (13) Bolat (10) Car (1) Cartoon (9) Ceremony (7) Certain Somebody (2) Challenges (1) Cikgu (9) CNY (1) Contest (1) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (6) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (71) Edit Pic (3) Email Grab (8) Emaressem Perndunk (6) Emaressem Tepeng (1) Exam (7) Experiences (1) Facebook (2) Family (27) Father's Day (3) Feeling (10) Font (1) Formspring (1) Freebies (10) Fwens (17) Gaji (1) Grrr... (21) Gundah (5) hafiz af7 (1) Hahaha (18) Hani Mofa (2) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (13) Hari Raya Haji (2) Having Fun (8) Hello (1) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (5) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (2) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Kucing (1) Langkawi (1) Layout (2) Life (16) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Master (2) Matrix (4) Meor Muizzuddin (1) Meorsoleh (7) Mepek (41) Mimpi (2) Mother's Day (5) Movies (8) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My great day (1) My Youth (7) MyVi (1) Nenong (15) New Year (6) Novel (1) On the Road (1) Orders (1) Perihal Belog (3) Petua (1) PMR (1) Posting (1) Pregnancy (1) Print Screen (1) Ramadhan (4) Random (16) Resepi (2) Rumah (1) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (7) School (1) Science (3) Segmen (1) Sekolah (49) Seram (4) Sketches (2) SMKA Slim River (3) SPM (1) Spontaneous Thursday (5) Sports Day (1) Spring Trip (7) Stars (1) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (16) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (2) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) Umah Terbuka (1) Undi (1) UPSI (10) UPSR (1) Vacation (13) Vector Images (1) Video (4) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (20) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...