Friday, November 4, 2011

Gelojoh punya pasal


Masa saye darjah 6, saye ade kawan. Name kawan saye 'W'. Kami pengawas sekolah (motif nak bagitau? HAHA). Walaupun kami pengawas, tapi kalau dengar bunyi loceng rehat je, kami yang lari dulu. Adik-adik sila jangan contohi perangai akak-akak kamu nih ye. Okay, stop ber'saye' ye. Next perenggan guna 'aku'.

Pada suatu hari, seperti hari-hari yang biase, kami berlumba lari untuk ke kantin. Masa tu memang sangat lapar dan aku sangat tak sabar nak beli nasi lemak 30sen sepinggan (tu yang paling murah). Dengan penuh karisma, aku dan W pun berlari dan memang kami berdua dah yang paling hampir dengan kantin tu.




Tapi disebabkan aku nak menjuarai pertandingan berlari ke kantin tu, aku pun jadi cuak bila W mendahului aku. HAHA gelojoh punya pasal, aku pun 'ter'tarik tudung dia (sambil tengah lari tu). Niat aku nak tarik baju dia, so that aku boleh catch up dengan dia. Alih-alih tertarik tudung pulak.




Kemudian, terus tudung sekolah dia tercabut ke belakang dan tergantung kat leher dia seperti dalam gambar di bawah. HEHE. Masa tu memang aku rasa bersalah giler dan aku pun tolong betulkan tudung dia, kebetulan masa tu depan tandas, so kami pun masuk tandas untuk cover sikit la kan, sebab budak laki yang lain pun gelojoh lari nak pegi kantin jugak. Kang diorang nampak pulak.




Lepas dah siap pakaikan tudung dia, dengan W taknak keluar tandas sebab dia malu, so aku pun kena la teman dia kejap dalam tandas tu. Bila dah agak-agak orang dah berkurang kat kantin tu, maka kami pun keluar la pergi makan. Dan kami jadi orang terakhir (antara geng-geng darjah 6 aku) yang beli makanan tu. 

Paling takleh blah, si Ijah yang dapat beli nasi lemak tu dulu dari aku!!! Cisss!!! HAHA


Okay, sekian cerita saye (eh saye pulak?) pade hari ini. Harap semua terhibur. Babai. Salam.







19 comments:

ijah said...

hahahhaha tu la org tamak selalu rugi, jd lah seperti ijah yg tenang dalam setiap keaddan. ha ces poyo la. pang sedas!

anyway tgok live lagi kelaka. nak sambung gelak.hahhahaahhahahahhahahhahhh

Dhiya Fariza said...

Hehe this is funny sis. Kan dah kne mkn lmbt hehe

madammondoq said...

cantik cartoon u.. nice2!!

YOUsoF said...

Kegelojohan boleh mendatangkan keseganan. ;D

W mesti ingat pengalaman tu sampai tua kan..


Pengawas, geng lah kita. Tapi Usop jenis yang tak lari perhimpunan la.. hehe

ShahzCudin said...

peh! kejam!
hahaha
mujur tolong betulkan balik..klo biarkn td msti da tak bertugur da..

faRahAdILa said...

poni ganasnya ko. hahaha. tercabut tudung kawan ko. lawak gle weh. hahahha

Cik TeN10 said...

hahaha.. cian gle kwn ko.. bkn setakat senget tercabut terus ! kih3

pstt.. a`ah itu pic aku.. nape wehh??

Hanis MY said...

Ahaha lawak la.., best kn kenangan ms sekolah...

ejaa said...

tgk emel ko paani, aku de kasik info sal braces,hahha

♥ p a a n i ♥ said...

ijah:
hahaha tgok live tp tetap meneruskan larian ke kantin ye dok??? hahaha

Dhiya Fariza:
itulah Y__Y. haha gelojoh sangattt ayooo.

madammondoq:
thankss madam :)

YOUsoF:
tak lari perhimpunan? cmne tu? haha

ShahzCudin:
hhahaha tu lah pasal, kalau tak minta maaf n tolong betulkan balik kompem xbertegur seminggu!!

faRahAdILa:
kahkah. lagipun member aku tu mmg dia jenis tudung dia longgar, dia tak pinkan bawah tu.lagi la senang tercabut...hahhaha

Cik TeN10:
haha sbb ko jarang letak pic koo..tu yg aku curious nak tau :P

Hanis MY:
haha betul2 masa sekolah lahh pengalaman tu mmg xleyh lupaa :D

ejaa:
checked! hehehe thanks jaja.

Ezad Skytech said...

hee...tu la..sape suruh berlumba2 lagi...heee~

ctk said...

hahahaha...cian kamu tu...hihihi

pali at blog said...

kantin tu dulu pernah jual nasi lemak 10 sen, 20 sen. Dia letak dalam mangkuk kecik je. Yang paling best adalah nasi lemak dia kalau diletak kuah laksa..fuhh nikmatnyer time rehat tuu.. kalau lepas sekolah leh tapau nasi lemak dlm plastik kecik. sama gak dibubuh kuah laksa..sedap woo

♥ p a a n i ♥ said...

Ezad Skytech:
dah jadi habit kot...hahha.dgr je loceng terus berlari.

ctk:
sian kan. :( hehehe

pali at blog:
time ai dia naik rege 30sen! masa ai darjah 4,5 kot start naik harga..now xtau la berapa dah.mesti lg mahal..hahahhaa.. penah gk mkn dgn kuah laksa tu..mmg pergghhhhh..lazat tak terkataaaaa.

Dalila Hamid said...

pandai melukis.. cantik

Qu azniza ;) said...

comel la!! kreativ

aimie amalina said...

hahahahahahahaaha
x dpt cek nk bygkan keadaan kepala terdogol ms tu
alololo
comel ingat kenangan lame ye =]

♥ p a a n i ♥ said...

Dalila Hamid:
thanksss :)

Qu azniza ;):
tengkiuu...hehehe

aimie amalina:
hahaha pengalaman yg takleyh lupa smpai bila-bilaaa..haha :P

EZAN IDMA said...

hai awak/ kite pinjam gambar sekeping ye

Labels

Abah (8) AgingBooth (1) AJL (1) Analogi (1) Anniversary (4) Article (1) Assignments (2) Baby (7) Baling (1) Banner (1) Bff (5) Birthday (13) Bolat (10) Car (1) Cartoon (9) Ceremony (7) Certain Somebody (2) Challenges (1) Cikgu (9) CNY (1) Contest (1) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (6) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (71) Edit Pic (3) Email Grab (8) Emaressem Perndunk (6) Emaressem Tepeng (1) Exam (7) Experiences (1) Facebook (2) Family (27) Father's Day (3) Feeling (10) Font (1) Formspring (1) Freebies (10) Fwens (17) Gaji (1) Grrr... (21) Gundah (5) hafiz af7 (1) Hahaha (18) Hani Mofa (2) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (13) Hari Raya Haji (2) Having Fun (8) Hello (1) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (5) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (2) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Kucing (1) Langkawi (1) Layout (2) Life (16) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Master (2) Matrix (4) Meor Muizzuddin (1) Meorsoleh (7) Mepek (41) Mimpi (2) Mother's Day (5) Movies (8) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My great day (1) My Youth (7) MyVi (1) Nenong (15) New Year (6) Novel (1) On the Road (1) Orders (1) Perihal Belog (3) Petua (1) PMR (1) Posting (1) Pregnancy (1) Print Screen (1) Ramadhan (4) Random (16) Resepi (2) Rumah (1) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (7) School (1) Science (3) Segmen (1) Sekolah (49) Seram (4) Sketches (2) SMKA Slim River (3) SPM (1) Spontaneous Thursday (5) Sports Day (1) Spring Trip (7) Stars (1) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (16) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (2) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) Umah Terbuka (1) Undi (1) UPSI (10) UPSR (1) Vacation (13) Vector Images (1) Video (4) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (20) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...