Tuesday, January 5, 2010

Cikgu Arkeh

Aku masa tu baru darjah 1. Bila Gurubesar bagitau ada cikgu praktikal nak datang mengajar kat sekolah kami, terus aku jadi gembira. Mana taknya, susah tau nak ada cikgu praktikal zaman tu (1995). Sekarang aku rasa berlambak kot cikgu.

Aku ingat lagi wajah cikgu tu. Ada dua orang cikgu lelaki di-tempatkan kat sekolah kami. Tapi salah seorang je yang sempat mengajar aku, tapi aku lupa dia ajar apa. Arkeh. Begitu-lah nama beliau yang memang sampai akhir hayat aku, aku takkan lupa nama cikgu ni. Aku rasa dia mungkin orang Sarawak, takpun orang Sabah kot.

Aku suka gila cikgu Arkeh ni mengajar. Jap aku pikir. Aku rasa dia ajar menyanyi, takpun ajar seni. Sebab dia penah lukis gambar akak aku dan classmate akak aku dalam bentuk kartun. (Kalo tak silap aku la, serius lupa). Akak aku si Poyu tu masa tu baru darjah 3? Eh ye ke. Macam muda lak.

Bila tiba hari Guru, aku mula la kelam-kabut mintak Mr Padil beli-kan aku hadiah sebab nak bagi kat cikgu Arkeh. Tersangaaaaaaaaaat la aku meminati cikgu Arkeh ni. Aku mintak macam-macam, nak bagi mug la, nak bagi pen la, nak bagi baju la. Tapi Mr Padil tak belikan pun.

Esok paginye, pagi tu ada sambutan hari Guru. Aku dok risau la, aku sorang je tak bawak hadiah. Rasa cam takde semangat pulak. Mrs Padil panggil aku pegi dapur masa tu. Aku pelik la. Aku pun pegi dan dia bagi aku barang kat bawah ni:



Tada? ni la telur rebus di dalam pasunya. Terkejot aku bila Mrs Padil bagi aku telur ni. Aku cakap kat beliau,

"Tak Nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!"

Tapi aku bawak jugak sebab aku takda pilihan.




Sampai je kat sekolah, aku nampak je cikgu Arkeh, terus aku bagi hadiah telur rebus tu. Kawan-kawan cikgu Arkeh ada yang gelak-kan aku, sama macam pelajar kat sekolah tu yang nampak pun turut gelak-kan aku. Aku malu. Malu sangat. Kenapa Mr and Mrs Padil tak nak belikan aku hadiah yang lagi mahal?




Sekarang, bila aku pikir balik, kenapa la waktu aku kecik dulu aku malu nak bagi hadiah tu? Kenapa?

Ada ke sebab hadiah tu telur rebus, maksudnya ianya tiada nilai?

Hadiah yang tak dibalut cantik tak layak untuk di-beri kepada seseorang?

Ataupun aku malu nak bagi sebab semua hadiah kawan-kawan besar-besar belaka?



Kalau 14 tahun yang lepas, mungkin aku jawab ya!
Aku malu bagi hadiah telur rebus,
Aku malu hadiah aku takde pembalut lawa,
Aku malu hadiah aku tak besar macam kawan-kawan,
Aku malu hadiah aku murah...

Tapi sekarang, aku hampir menjangkau umur 22 tahun, baru aku sedar semua tu tak penting. Yang penting, ke-IKHLAS-an.. Kesanggupan Mrs Padil merebus telur tu untuk aku, pengorbanan Mr Padil yang tahan rengekan aku dari terus memanjakan aku untuk ajar aku satu nilai. Nilai yang Farhani 14 tahun dulu tak dapat nak faham.


Aku rasa betul cakap Mr Padil, hadiah aku mungkin antara hadiah yang paling cikgu Arkeh akan ingat sampai bila-bila.

Aku tak malu.

Aku tak segan.

Tapi aku bangga, bangga dapat belajar cara menghargai seorang cikgu...

p/s: Aku teringat zaman sekolah dulu, tiba-tiba rasa sedih pulak. T___T

20 comments:

♥♥me ~ cik sara said...

wawaahh...shuwiitt nan amat..~
klaula cikgu Arkeh baca ni..mesti dy terharu..

hik3..sy nk anak murid cam paani nti..leh mkn telur rebus bnyak2 msa hri guru..hehehe

ain_dira said...

dah bg komen kat fb. nak copy paste kat sini lah.

hoh?? FARHANI kah yg buat entri ni?? btl kate fatt. mcm komsas yg adecerite dy bagi ulam pucuk ubi kayu kat cikgu dia,,hehe


Tapi sangat terharu.. telur rebus lambang kesuburan

♥ p a n y ♥ said...

sara:

hahaha. ohh. nak anak murid cm aku ye??
okkk. t aku da ade anak, aku anta anak aku g sekolah ko. tiap2 hari aku suh anak aku bg telur rebus kt ko. ekeke

ala.. lame da xdgr kbr cikgu arkeh..

♥ p a n y ♥ said...

ain:

ahahhaha. copy paste? leh je.

aku la FARHANI!! xcaye ke?? hehe

alaa. sedey kn cter komsas tu? insaf tu.

yeke lmbang kesuburan? ohhh. baru aku tau. padanlah kwn cikgu arkeh gelak. ekeke

meorsoleh said...

*terharu*

aku time kecik2 dulu x salah ak bagi alat tulis je... pen sebatang kot... tp mak aku ikhtiar la utk balut... hehe...

betul gak.. kalo pikir2 balik, bile kite dilatih utk hidup susah, bile dah senang xde la kite mudah luper diri kan (kadang2 tu luper juga... berbelanja x hengat duniaaa~~ hahaha)

ape-ape pun pos ini sangat bermakna... hoho...

ejaa said...

sebak bace(-,-)

miss LoLy iEka said...

aku xpenah bg adiah kt cikgu dlu...
boley gnti bg kt ko kan
telo rebus sudaa :P

@naBest said...

Oi! Ai pun igt cikgu arkeh. Beliau ensem. Hahahaha.. Tp paling ai igt mrs.padil paksa ai bwk petai g sekolah,bg kat cikgu siti. Hoho.. Dh la berat..
*ai pun kena bw telur rebus tu..letak kat atas meja guru,senyum, terus lari. Hehe

♥ p a n y ♥ said...

meor:

hihi aku skg selalu membazir beli benda yg guna sekejap je. T___T benci tul. len kali akn hati2. hahaha

bagus lah. kire berbalut gk adiah tu. ehehe

♥ p a n y ♥ said...

jaja:

T__T ai pun sebak.

♥ p a n y ♥ said...

ieka:

okeh!! hari guru nti aku tuntut telo rebus dr ko ek. hehehe

♥ p a n y ♥ said...

pona:

haaha beliau hensem kan? tu la diminati ramai. wkaka sape cikgu siti? siti aisyah ke. ohh. mak pakse kamu bg petai?? haaahaha. mak memang sempoi la. asal mak xsuh ai bg petai gk? :P

k h a y said...

ni mcm cite amik drpd cite form bpe tah tuh. yg ank murid die bg ulam ape ta kt cikgu die. kannn?? kao ciplak ek? hahahha. jht aku.

ok2.. kesimpulannya. cikgu tu msti da mkn telur rebus kao. org len nye gift die xleh nk mkn ye x. msti dh kene cmpak mane2 je adiah tu. heheh. kao punye je msk dlm prot die. lol

♥ p a n y ♥ said...

khay:

hahaha. time drjah 1 aku xbce lagi kot cter ulam2 sastera tu. so aku bukan copycat ok? ekeke. :P

hahahaha.alaa. org laen ade je bg kueh raya kt cikgu tu. masuk perut jugak. hehe. tp aku rse telur rebus aku paling sedap. yum yum.

Farah Adila said...

sooo sweet! mst cikgu tu igt kt ko smpai ble2.. huhu...

♥ p a n y ♥ said...

farah:

hihihi aku harap cikgu tu tak lupekan telur rebus akuu. wuuu

cKin0 said...

wah.......*lap air mata*

♥ p a n y ♥ said...

ckino:

jgn nagesss. hihi smile smile

ASaDa RyutaRo said...

waaa~~ aku sangat terharu membaca entry ni.. cam citer dlm buku sastera sekolah menengah dulu.. dak tu bagi sayur pucuk paku je ngn cikgu tu.. sob..sob..sob..

♥ p a n y ♥ said...

asada ryutaro:

hehe time kaseh sbb terharu bce pos ni. haa. budak2 kt ats ni sume ckp same cm cerita pucuk paku tu kan. sob sob. cikgu arkeh ni kisah benar ni. T__T

Labels

Abah (8) AgingBooth (1) AJL (1) Analogi (1) Anniversary (4) Article (1) Assignments (2) Baby (7) Baling (1) Banner (1) Bff (5) Birthday (13) Bolat (10) Car (1) Cartoon (9) Ceremony (7) Certain Somebody (2) Challenges (1) Cikgu (9) CNY (1) Contest (1) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (6) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (71) Edit Pic (3) Email Grab (8) Emaressem Perndunk (6) Emaressem Tepeng (1) Exam (7) Experiences (1) Facebook (2) Family (27) Father's Day (3) Feeling (10) Font (1) Formspring (1) Freebies (10) Fwens (17) Gaji (1) Grrr... (21) Gundah (5) hafiz af7 (1) Hahaha (18) Hani Mofa (2) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (13) Hari Raya Haji (2) Having Fun (8) Hello (1) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (5) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (2) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Kucing (1) Langkawi (1) Layout (2) Life (16) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Master (2) Matrix (4) Meor Muizzuddin (1) Meorsoleh (7) Mepek (41) Mimpi (2) Mother's Day (5) Movies (8) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My great day (1) My Youth (7) MyVi (1) Nenong (15) New Year (6) Novel (1) On the Road (1) Orders (1) Perihal Belog (3) Petua (1) PMR (1) Posting (1) Pregnancy (1) Print Screen (1) Ramadhan (4) Random (16) Resepi (2) Rumah (1) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (7) School (1) Science (3) Segmen (1) Sekolah (49) Seram (4) Sketches (2) SMKA Slim River (3) SPM (1) Spontaneous Thursday (5) Sports Day (1) Spring Trip (7) Stars (1) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (16) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (2) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) Umah Terbuka (1) Undi (1) UPSI (10) UPSR (1) Vacation (13) Vector Images (1) Video (4) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (20) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...