Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 27, 2021

Duit belanje




Semalam terbaca post ni waktu tengah tengok fb sebelum tidur. 
Teringat zaman sekolah rendah… 
Kalau ikutkan macam sebaya je aku dengan admin SK Press ni. Tahun 1995 aku darjah 1. 
Tapi masa tu nasi lemak sepinggan harga 20 sen je. Air seposen. 
Selalunya arwah abah aku bagi duit belanja 50 sen sorang. 
Aku tak ingat baki duit tu aku beli apa sebab selalunya balik memang duit tu akan habis hahaha. 

Tapi masa aku darjah 4 kalau tak silap, nasi lemak tu naik harga jadi 30 sen. 
Masa tu ramai la orang bising…
Sampaikan aku pernah dengar ada orang complain pasal harga nasi lemak naik ni dalam radio. 
Kalau ikutkan walaupun naik seposen harga nasi lemak tu, duit belanja aku yang 50 sen tu masih mencukupi….tapi biasalah budak-budak, macam-macam makanan teringin dibeli. 
Kadang nak beli kuih lah, sagun kelapa lah… 
Sagun kelapa ni depa jual dalam plastik ais-krim. Sedap sangat! 
Kalau nak makan sagun kelapa ni tak boleh bersembang, sat gi tersedak…naya. 
Tu belum lagi nak membeli dekat koperasi…nak kumpul pemadam wangi lah, pensel picit lah…macam-macam. 

Masa tahun 1999, aku darjah 5. 
Masa ni aku sorang je yang masih tinggal dekat rumah. 
Abang dengan kakak-kakak aku semua dah masuk asrama penuh. 
Jadi, duit belanja dalam bekas yang abah dah letak dekat almari tu memang aku la konker. 
Abah pulak memang duit syiling selalu ada dalam poket. 
Bila mak basuh baju, mak akan kosongkan poket abah tu…dan syiling-syiling tu mak letak dalam satu bekas…dan bekas tu letak dekat almari. 
Jadi, aku bebas ler nak amik berapa posen pun sebab takde orang nak cek. Hahaha. 

Kadang tu amik RM1…kemain la membeli makanan. 
Lepas makan nasi lemak, beli pulak fish cake cucuk. 
Kadang beli ayam goreng. Harganya 50 sen satu. 
Kadang tu tempah nasi lemak dekat kawan, dengan kuih cucur badak mak dia buat sedap giler ever.
Tapi suatu hari tu kawan aku tu kena marah dengan makcik kantin sebab menjual dalam sekolah. 
Kalau diikutkan memang tak boleh…sebab tu kawan aku tu jual makanan tu senyap-senyap. 
Tapi kantoi juge la kan…mungkin ada kawan yang terlepas cakap atau ada orang report.

Sampaikan suatu hari tu, abah tanya aku, aku sebenarnya bawak duit pergi sekolah berapa posen. 
Masa tu aku jujur jela cakap bawak singgit….pastu buat muka comel. 
Terus abah tak jadi marah. 
Lagi satu, mungkin sebab aku sorang je yang masih sekolah rendah masa tu, 
jadi abah biar jela aku bawak duit berapa pun…tapi takde la sampai beringgit-ringgit aku bawa. 

Kalau arwah mak aku masa kecik, memang takde duit belanja langsung. 
Sebab mak kata diorang orang susah… adik-beradik pulak ramai. 
Kalau pergi sekolah memang tak makan apa langsung, pergi sekolah jalan kaki pulak tu. 
Waktu rehat dekat sekolah, arwah mak minum air paip je untuk alas perut… huhuhu. 
Mak kata pernah suatu hari tu, cikgu tanya sorang-sorang sarapan apa. 
Masa tu mak taktau nak jawab apa, sebab memang dia tak makan pun. 
Dan kalau nak cakap tak makan langsung, segan agaknya… 
Jadi mak pun ikut kawan dia cakap nasi goreng, dia pun cakap makan nasi goreng. 

Kalau arwah abah pulak, keluarganya sederhana je…
Takde susah sangat sebab arwah opah aku hari-hari meniaga nasi lemak. 
Jadi, abah aku bawa bekal nasi lemak tu jela. 
Arwah atuk pulak keje askar… abah pernah cakap, atuk aku tu, 
kalau abah mintak nak beli alat tulis atau apa-apa barang berkaitan belajar, 
memang atuk aku akan usahakan sampai dapat…sebab dia nak anak-anaknya senang untuk belajar. 

Sama macam arwah abah aku…
Kalau mintak benda yang berfaedah dan akan digunakan untuk belajar memang abah akan usahakan jugak untuk beli bagi dekat kami.
Abah sorang je keje..mak masa tu surirumah sepenuh masa. 
Aku selalu ingatkan abah aku banyak duit, tapi abah kata dia tak banyak duit pun…
Kereta pun abah pakai kereta biasa je sampai la ke akhir hayatnya.
Kereta tu la yang bawa kami ke macam-macam tempat… daftar U, ambil dari asrama, 
bawak balik barang asrama dan sebagainya. 

Masa aku masuk U, aku mohon untuk dapat biasiswa tapi malangnye aku gagal sesi temuduganya. 
Tapi, disebabkan abah aku buat surat rayuan untuk dapatkan biasiswa tu, 
abah tulis dalam surat tu sebab abah dah nak pencen dan ada masalah kesihatan.
Alhamdulillah aku dapat pulak biasiswa tu…bersyukur sangat sebab abah kata abah cuba nasib je buat surat tu… takde cable-cable naa. 
Jadinya, aku guna ptptn untuk dua semester sahaja dan selebihnya ditanggung dengan biasiswa.
Dan bulan Oktober haritu, selesai dah hutang aku dengan ptptn… Alhamdulillah. 

Itu saje lah untuk hari ini. 
Selamat menyambut tahun baru ye semua. 
Aku macam biasalah azam tahun ni tak tercapai lagi. 
Kakak aku kata tahun depan jelah Poniiiiiiii…..kuang asam. 

Bye!


Wednesday, September 15, 2021

Asam Pedas Ikan Kembung


Aku suka resepi asam pedas ikan kembung dari link ni. Sedap resepi dia ni. Kena try. Cumanya aku tak letak biji sawi tu…sebab aritu aku tumis biji sawi tu dulu, merecik2 minyak panas tu macam tengah goreng ikan keli. Trauma aku. 😂



Aku buat kesimpulan ye dari video awesome di atas. Ada aku ubah-ubah sikit ikut kesesuaian diri sendiri.

Bahan kisar:
1. Bawang besar - 1
2. Bawang merah - 4
3. Bawang putih - 4
4. Kunyit hidup - 1 inci
5. Belacan - 1 inci
6. Cili kering - 10 tangkai (rebus dulu & tapis bijinya)

Cara masak:
1. Tumis bahan kisar.
2. Masukkan satu sudu besar gula dan separuh daun kesum.
3. Masukkan satu sudu kecil garam dan air asam jawa.
4. Kacau rata dan masukkan ikan.
5. Masukkan baki daun kesum dan bunga kantan.
6. Masukkan bendi dan tomato.
7. Biarkan mendidih dan siap!

😉😉😉




Sunday, August 15, 2021

Bantal busuk


Masa aku masuk asrama penuh waktu tingkatan 1, arwah mak aku ada jahitkan satu bantal peluk untuk aku. Bantal peluk tu dia tak panjang, macam saiz mini la tapi gemuk jugak bantal tu. Arwah mak siap bawak aku pergi kedai kain lagi untuk pilih nak sarung corak apa. Masa tu aku berkenan corak teddy bear yang ada sekali gambar bulan sabit dan bintang. Aku pilih corak tu sebab dia macam menunjukkan waktu malam la kan dan waktu malam adalah waktu untuk berehat dan tidur. Jadi, sesuai lah corak tu untuk bantal peluk aku tu. 



Gambar yang atas tu lah bantal peluk kesayangan aku tu. Ni gambar tahun 2013 ni…masa ni aku bertukar bilik dengan abang aku. Sebab masa tu, baru nak kahwin, jadi nak jadikan bilik ni bilik pengantin lah kan. Gambar ni diambil masa belum lagi beli katil, almari dan lain-lain..kosong je lagi bilik ni. Mujur ada tilam kekabu yang best tu. Aku guna bantal peluk tu dari tingkatan satu kot tahun 2001. Jadi, dah 20 tahun bantal busuk tu bersama aku…hahaha kome jangan ingat aku tak basuh pulak sarung tu. Aku basuh okayyy…dan bantal peluk tu aku jemur bawah cahaya matahari bagi kuman mati 😂😂😂

Cumanya sarung tu dah lusuh sangat dah sekarang…warna dia pun dah pudar sesangat dah. Jadi, aku mintak Meorsoleh tolong jahitkan sarung bantal baru untuk aku….dannn semestinya pilihan aku adalah corak Hello Kitty. Tak boleh move on dengan Hello Kitty! Gambar seperti di bawah. Alang-alang tu, aku suruh jugak beliau jahit sekali sarung bantal aku yang lain. Aku ni memang tidur beralaskan bantal peluk ni sekarang. Kalau tidur guna bantal empat segi besar biasa tu, mesti aku migrain. Bila tidur guna bantal peluk ni, dia macam support leher aku masa tidur, jadi insyaAllah aku tak migrain bangun pagi esoknya. 

Kalau pergi berjalan dan kena tidur hotel ke, aku akan bawak bantal empat segi kecik yang dekat depan sekali dalam gambar ni. Aku double-kan bantal hotel (yang lembikkkk tu) dengan bantal kecik ni. Kalau aku terlupa bawak bantal kecik tu, aku akan alas bantal lembik tu dengan beg berisi telekung. Nak bawak bantal peluk busuk aku tu beso sangat. Kiranya aku ni kena tidur bantal yang keras (kekabu penuh) dan tinggi barulah tak migrain. Entoh ler dah umur 30 lebih ni, jadi mengada-ngada pulak macam tu 😂


Lawa dak? Hasil jahitan Meorsoleh yang hensem tu. Done jekkk suami sendiri 😆


Beginilah aku kena tidur guna bantal peluk..
Kadang bantal kecik tu aku letak lagi atas bantal peluk ni, bior tinggi.

Mujur ada baki kekabu yang aku beli dekat Kuale harituu. Boleh la aku sumbat-sumbat kekabu tu dalam bantal peluk tu bagi gemok. Bantal lain pun aku sumbat-sumbat jugak sampai kekabu tu habis. Lepas tu, beli kekabu lain dekat shopeee. Tak ingat harga kekabu yang aku selalu beli dekat Kuale tu berapa. Ni aku jumpa dalam shopeee RM14/kg, okay la kot kan. Beli 5kg terus…senang. Kalau bantal dah lembik, kita isi lagi kekabu ni.


Aku suke betul isi kekabu dalam bantal. 
Syaratnye jangan lupa pakai mask le. Kalau tak, bersin la nanti.

Ni haaaa…terbaik penghantaran 👍🏻😍



Okay, jom tido!!! Kroooh kroohhhhh krooooohhhhh ZZZzzzz….



Friday, July 23, 2021

Selamat Hari Raya Aidiladha


Sempena raya kali ni, Meorsoleh keracunan makanan le pulak. Aku syak lemang kut…sebab lemang tu masaknye hari Isnin (tempah), hari Rabu ada lagi satu belum belah buluhnya…lepas dah belah dan potong lemang tu, tak kukus semula dulu, terus makan…haaa terus keracunan makanan laaaa….lagi satu beliau makan rambutan banyak sangat. Hehehe… Malam tu, beliau mengadu sakit perut. Ingatkan biasa je la kan…lepas membuang, okay la tu. Tapi tak berhenti-henti memulasnya tu dan makin sakit sampai beliau muntah banyak kali. Tapi takde cirit-birit…cuma muntah je. Macam-macam warna lah ada katanya. 

Lepas tu, beliau kata nak pergi kecemasan sebab nak cucuk ubat dan ambil ubat…masa tu hampir jam 3.00 pagi…baru nak tidurkan Muiz, mujur la malam tu Muiz pun takmau tidur lagi…jadi kami bertiga pergi la ke kecemasan…aku dropkan Meorsoleh depan kecemasan, dah nampak beliau masuk dan jumpa MA yang on-call tu, terus aku pergi parking ke tempat lain. Nak parking dekat tempat parking dialisis tu macam gelap je, yang terang pun parking tepi van jenazah, tapi takpelah. Aku parking tempat lain jela. Takotttt.

Aku dengan Muiz tunggu dalam kereta je sebab Meorsoleh kata takpe beliau boleh turun sorang. Dokter masukkan air dan suntik ubat untuk kurangkan memulas perut tu. Tunggu dalam 30 minit lebih sikit baru settle…Muiz pun dah tertidur dalam kereta dan lepas tu, kami bertiga pun balik ke rumah. Meorsoleh kata dokter tu macam nak tahan beliau dalam ward, tapi beliau cakap takpe ni, okay dah. Tapi, mane maunyeeee…balik rumah je memulas lagi perut tu…banyak kali keluar masuk toilet sebab muntah…aku sampai tak tido semalaman sebab risau takut beliau pengsan ke aku tak perasan (nauzubillah)…alhamdulillah pagi esoknya dah sembuh, dah boleh buat lawak…thank you, Allah. Lunch beliau makan bubur nasi aje….alololo cian. Suara pun dah jadi suara Awie. Boleh la lanje karok lagu Dipenjara Janji satu kali.

Apa-apa pun, kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua! 😁😁😁



Jumpa lagi! 😍



Wednesday, June 30, 2021

Vaksin



Assalammualaikum.

Alhamdulillah dah lengkap vaksin dua dos. Aku dapat vaksin Sinovac. Masa dos pertama aritu ramai jugak orang dekat pusat vaksin tu. Tunggu giliran dalam 30 minit macam tu lah. Takde la lama sangat kan.. Yang masa nak pergi cucuk dos kedua ni…lagi la tak ramai orang. Sebab aku pergi lewat sikit kut. Aku sampai je, memang terus dapat giliran. Tak payah tunggu langsung. So far, memang okay je la. Takde demam dan sebagainya. Cuma petang tu aku migrain sikit. Aku syak sebab pagi tu aku penat uruskan hal dekat sekolah kut. Sebab tu petang tu migrain. Balik rumah terus kelaparan…mujur ler Meorsoleh tapaukan makanan tengahari. Nak masak, memang tak larat dah…duk fikir nak tido jeeee sebab mengantuk. Muizzuddin pun abahnye tolong amik dekat taska sebabnye mami migrain tak larat dah…terus krooh kroohh kroohhh lepas makan..hehehe..


Thursday, June 17, 2021

Bihun goreng


Assalammualaikum. 
Menu breakfast dengan lunch aku harini bihun goreng je. Bila masak bihun goreng ni, teringat pulak dekat arwah mak aku. Sebab bihun goreng lah makanan favourite mak aku. Arwah mak penah cerita dulu masa beliau kecik, keluarga beliau agak susah dan adik-beradik ramai. Depa ada 10 adik-beradik…tapi makcik aku yang bongsu tu tak merasa susah sangat, sebab masa dia kecik, dah ada abang kakak yang dah kerja. 

Walaupun arwah tok aku ni ada kedai runcit tapi mak aku kata barang tak banyak dan sesetengah kawan tok aku ni suka berhutang. Ambil dulu, bayar kendian, lama-lama idok ler bayonyer jugeeee. Mak penah cerita kadang-kadang opah aku (opah aku masih ada, umur sekarang 84 tahun), ambil beberapa bungkus megi dari kedai runcit tok aku tu untuk masak dekat rumah…first time mak aku rasa megi kari tu…memang sedap giler lah mak kata. Tapi dia pelik kenapa opah aku cakap megi tu tak sedap. Bila opah makan megi tu, opah duk ulang ayat macam ni; “Eeyy tak sedapnyee…tak sedap la megi ni.” Bila dah besar, baru mak aku faham…opah cakap macam tu, supaya anak-anaknya tak minta untuk makan megi lagi..sebab keluarga mak aku ni orang susah, duit tak banyak. Tak dapat la nak makan megi selalu. Arwah tok aku dengan opah aku dulu kerja menoreh getah je, sampai arwah tok aku dah meninggal, opah aku masih kerja sebagai penoreh getah dengan ditemani pakcik aku… bila opah aku kena stroke masa tengah menoreh, baru opah aku stop dah menoreh getah…sekarang opah aku upah orang je. Hehehe.

Arwah mak aku dulu, beliau cakap kalau pergi sekolah memang tak dapat duit belanja sebab opah dengan tok takde duit…jadi mak memang tak makan pun di sekolah, cuma minum air paip sahaja hari-hari dekat sekolah. Hari-hari pergi sekolah jalan kaki dalam 3km, balik sekolah pun jalan kaki, lepas tu baru dapat makan. Aku naik basikal dari rumah ke sekolah rakyat (sekolah agama petang) pun dah semput. Lepas tu, idok ler naik basikal dah. Tunggu mak aku hantar dan ambil je bawak balik naik motor. Dasarrrrrr…

Berbalik ke cerita bihun goreng tadi, arwah mak aku penah cerita. Cikgu mak pernah cakap, dekat syurga nanti boleh mintak untuk makan apa saja. Mak aku cakap masa tu memang mak rasa nak makan bihun je hari-hari dekat syurga sebab mak suka sangat bihun goreng. Sampai aku besar, arwah mak mesti akan cerita kisah tu dekat aku kalau kami tengah makan bihun goreng masakan mak. Jadi dekat sini aku nak share resepi bihun goreng kesukaan mak, sebab memang sekarang aku akan masak cara mak masak.

Resepinya simple dan senang sungguh ;)

Kisar bawang besar sebiji, cili kering yang dh direbus dalam segenggam, bawang putih 2 ulas (taknak letak pun takpe) dan ikan bilis segenggam lebih sikit. Bihun pulak, rendam dalam air biasa.

Lepas tu, tumis semua bahan kisar tu. Bila agak-agak dah pecah minyak, boleh masukkan ayam cincang ke, atau pecahkan telur ke…dan tunggu sampai masak. Tambahkan kicap (family aku memang penggemar kicap…menurun ke Muiz, suka kicap).

Tapis bihun yang direndam tadi, dan masukkan dalam kuali. Kacau-kacau sampai sebati, boleh tambahkan sayur sawi atau hirisan lobak merah dan perasakan dengan garam. Kalau bihun tu lambat lembut, boleh tambah sikit air, tapi jangan banyak sangat. Haba dari api tu dah cukup untuk lembutkan bihun tu….aacenggituwww. Dah siap!


Bihun style masakan mak aku :)
Selamat mencuba.


Monday, March 22, 2021

2 minggu

Assalammualaikum...

Lagi 2 minggu lagi dah kena pergi sekolah. Bayangkan dari bulan 11 tak jumpa langsung anak-anak murid aku ni... buat kelas online, manjang ghaib...lepas kena ceramah, baru kehadiran cantek... tapi aku salute betul murid yang selalu ada masa aku buat kelas online. Bagus sangat...kerja sekolah pun kemas, tulisan cantik. Nak semak jawapan pun hepi je tengok kerja kemas macam tu. 👍💗

Sekolah aku haritu kena PKPD. Sebabnya ada murid asrama yang positif covid..tak dapat dikesan dari mana dia dapat jangkitan tu. Bila sorang dah positif, mula berjangkit la kan sebab duduk dalam asrama. Bila buat swab test, ramai jugak murid yang positif dan dengan semua cikgu-cikgu, staf kantin, staf pembersihan, pak guard, mak guard semua kena buat swab test jugak. Takde la sakit sangat swab test tu...rasa pedih-pedih sikit macam air laut termasuk dalam hidung. Bergenang juge la air mata (otomatik okay, bukan sebab sedih). 

Merasa la pakai gelang pink duduk rumah kena kuarantin..walaupun hakikatnya aku takde ngajar murid-murid yang positif tu...tapi satu sekolah semua kena bergelang pink lepas swab.. redha je. Yang takutnya tunggu result swab test tu...risau jugak dan alhamdulillah result aku negatif. Bila dah potong gelang pink tu bahagianya rasa, rasa bebas macam burung yang berterbangan di langit. Mahal betul nilai kebebasan ni ye lepas dah merasa tak boleh keluar rumah... Hargailah kebebasan yang kita dapat hari ini. Huhuhu.

Dari swab test tu, ada dua cikgu yang positif..tapi alhamdulillah diorang pun dah sihat dan murid pun ramai yg dah sihat..murid-murid asrama tu lagi la banyak kali kena swab test.. Tabahnye korang. Alhamdulillah dah takde yang positif dan diorang boleh sambung ambil SPM lepas tu (dan dah habis dah papernye pun)..cumanya untuk paper yang diorang terlepas sebab tak boleh ambil masa PKPD tu, aku tak pasti bila boleh re-sit semula. 

Aku doakan semoga ahli keluarga aku, sanak saudara aku, dan semua orang yang membaca blog ni dijauhi dari penyakit Covid ni. 

P/s: Minggu depan cuti sekolah! Yezza! (Tapi tak boleh nak ke mana pun...stay home, stay safe ya!)

Bye!


Sunday, January 24, 2021

First day

 Assalammualaikum.

Aku nak cerita pengalaman aku di hari pertama persekolahan minggu lepas iaitu hari Rabu. Yang aku ni pun dari malam tu lagi duk tengok jadual hari Isnin. Tau esoknya tu Rabu tapi tu la mata ni tersilap tengok jadual hari Isnin. Jadi, bila sampai sekolah, aku duduk dekat bilik guru jela. Sebab ikut dalam jadual, Isnin pagi aku takde kelas. Aku baru nak bukak laptop nak buat RPT, sekali junior depan meja aku cakap; "Eh.. kak! Kelas kak ke sekarang?." Aku pun tanya la kenapa? Dia cakap; "Bos tulis dalam group official kelas tu takda cikgu." Bila dia cek jadual kelas tu, nama aku cikgunya! 

Aku pun cakap la; "Eh akak takde kelas la pagi ni. Dia tersilap tengok jadual ka?." Sekali baru aku teringat yang haritu hari Rabu. Menjerit aku dalam bilik guru tu. Hahahaha. Apa lagi bergegas la berjalan laju pergi makmal ambil buku kerja dan terus naik tingkat 3 ke kelas tu. Terserempak dengan bos on the way naik tangga tu. "Maap ye puan, saya tertengok jadual hari Isnin, lupa hari ini hari Rabu." (Aku sempat reply macam ni jugak dalam group official). Nasib baik boss tak marah hahaha. Femes kejap di hari pertama sekolah. Rupanya bukan aku sorang! Ada sorang ustaz ni pagi tu bergegas jalan laju-laju nak pergi kelas sebab dia ingatkan dah lambat. Bila sampai kelas dia, dia pelik tengok ada cikgu lain. Rupanya salah tengok hari dalam jadual daaaaaaaaaa.

Lepas tu, nak selesaikan hal murid pindah sekolah pulak. Murid tu kata Khamis dia nak datang sekolah pulangkan buku teks dan ambil file murid dia dan adik dia. Aku pun alang-alang nak cari file dia, aku cari sekalikan la file adik dia dekat bilik kaunselor. Bila cari, takde! Aku dah cuak ni. File tu kalau hilang, jenuh nak cari balik isi dalam dia. Kena print semula pajsk, segak bagai tu dan kena tandatangan bos! Aku pelik sebab aku sangat yakin tahun lepas aku memang hantar sekali file murid tu dengan file kawan-kawan dia. Yang takde file, aku siap gantikan guna file lama yang aku jumpa. Mustahil file dia hilang begitu je. Yang peliknya sebab file adik dia pun sekali takde!

Aku syak mungkin staff pejabat ambil. Sebab memang nak beri dekat murid tu kan, lepas dah dapat surat confirm pindah sekolah. Aku pun pergi pejabat pulak, jumpa staff tu dan tanya ada dak dia ambil file murid dari bilik kaunselor. Dia kata ada jugak beberapa file dekat dia, aku pun cek nama-nama empunya file tu, takde nama murid aku tu dan adik dia. Aku pergi dekat bilik guru, takut aku yang ter miss placed file tu. Aku kelebet satu-satu barang atas meja aku, rak-rak tepi meja aku tapi tak jumpa! Lepas tu, aku patah balik pergi bilik kaunselor, duduk situ, belek satu-satu file tu takut dia termasuk dalam file kawan-kawan yang lain. Memang takde!

Aku dah redha la kena buat lain file tu. Aku pun print la semula bagai semua tu. Lepas tu, jumpa bos minta autograf. Lepas dah selesai bahagian tu, aku masuk pejabat semula sebab nak cop nama bos dengan logo sekolah punya. Sekali masa nak cop tu, aku ternampak macam file murid dekat rak tepi sekali. Aku belek sekali betul anak murid dan adik dia tu punya! Ya Allah..dia punya lega tuuuuuuuuu. Alhamdulillah sangat. Biarlah aku penat takpa, janji file tu dijumpai. Staff pejabat pun tak sure sape yg letak situ tapi bukan aku la. Tak kisahlah janji jumpa. Memang mengah aku seharian berjalan ke sana ke mari. Duduk rumah tak exercise bagai kan. Memang lembik laaa. 

Okay la, jumpa lagi!

p/s: PKP ni boleh naik basikal keliling taman kan? 


Monday, January 18, 2021

Kelas online

Assalammualaikum...

Aku sebenarnya tengah duk risau ni memikirkan kelas online. Seperti yang kita sedia maklum, bukan semua murid ada smartphone atau laptop kan. Sebelum ni, kalau aku buat kelas online, kehadiran murid dalam separuh sahaja. Nak kata murid takde smartphone, aku dah add semua nombor murid dalam group kelas. Jadi, mungkin nombor yang diberi tu nombor parent, jadi bila parent kerja, murid tak dapat nak join kelas online. Lagi satu, mungkin takde wifi, murid hanya boleh online bila topup dan beli data sahaja dan data dibeli bukan setiap masa. Kalau habis, nak beli data baru mungkin lambat lagi. Kemungkinan yang lain, tidak cukup smartphone di rumah. Di mana murid terpaksa berkongsi dengan adik-beradik lain yang memerlukan juga kelas online. 

Tapi, ada jugak murid yang bangun lambat dan tak join kelas online. Untuk murid begini, kalau sekali mungkin dimaafkan..tapi kalau sekali sahaja kelas yang dia join, lepas daripada tu, takde dah kelas yang dia join dan kuiz yang diberi pun tak dibuat. Ko rase? Dan suatu hari baru dapat tau rupanya memang dia stay up sepanjang malam untuk main game online dan tido pun lewat. Bila tido lewat, bangun pun lewatlah! Tu pun aku dah buat kelas jam 2.30 pm, pun tak boleh jugak bangun sebelum 2.30 pm? Parent tak kejutkan ke? Dan sorang lagi ni, untuk main game sanggup duduk dekat tempat tunggu bas, katanya dekat situ line laju. Tapi, untuk kelas online? Tak sanggup nak duduk dekat situ pulak ye...

Ada beberapa je la murid yang macam ni...tapi kebanyakannya murid yang join kelas online ni selalunya memberikan kerjasama yang sangat baik. Sebab tu, aku rasa kelas online ni tak cukup. Sebab tak semua murid dapat join dan ko tak dapat nak paksa depa join pun. Semua bergantung dengan kesungguhan murid tu sendiri nak join atau tidak. Lainlah kalau tak dapat join dan ada alasan yang munasabah seperti contoh dekat perenggan 1. Jadi, kami memang akan beri soalan dan nota tambahan yang telah difotostat untuk murid ambil dekat sekolah dan nanti murid akan hantar lembaran kerja tu semula, semasa dia nak ambil soalan yang baru. Jawapan boleh dibincang dalam google meet/whatsapp dan sebagainya. 

Tapiiiiiiii..untuk tahun lepas kebetulan masa pkpb tu, silibus dah pun habis. Jadi, kami bincang soalan latih tubi je guna google meet. Untuk tahun ni, memang kena mengajar online macam mengajar dalam kelas tu sebab nak mula silibus baru. Yang aku risaukan ni....sebab kalau buat kelas online. Tak semua dapat join. Kehadiran haritu paling tinggi pun dalam 20/29 macam tu. Tak pernah kehadiran penuh...aku pun faham kadang diorang ada alasan yang munasabah kenapa tak join kelas. Tapi aku takmau la diorang ketinggalan...jadinya aku rasa memang kena buat video aku sendiri mengajar dan upload dekat utube. Supaya murid yang tak join kelas ni tadi, dapat tengok semula apa yang aku ajar, dan murid yang dah join kelas pun dapat ulang-ulang tengok banyak kali cikgu diorang yang cantik ni. Tapi google meet tetap buat jugak walaupun dah ada video mengajar. Lagi satu, boleh ka kita save google meet yang kita tengah ngajar tu? How? Haaaaa...kena google nih camna.

Tapiiiiiiiiii (berapa banyak tapi daaaaaaa)....aku malu kalau orang lain jumpa video aku ngajar dekat utube. Ada cara tak supaya video tu dapat diakses oleh student aku je? Yang ada link je boleh tengok. Yang orang lain kalau dia search dekat utube tu, tak jumpa video aku? Sape tau caranya camna? Serius nak belajar ni macam mana nak limit kan view video tersebut.... Tadi dah bincang masalah ni dengan Meorsoleh. Harap jumpa la jalan penyelesaiannyaaaa.....hehehe video ngajar aku hanya untuk student aku jer. Bukan kedekut tapi aku aluuuuuuu(gaya Amni cakap maluuuu).


Byebye!

Doakan aku jumpa jalan penyelesaian ya!💕


Sunday, January 10, 2021

Happy New Year

Assalammualaikum dan selamat tahun baru!

Alhamdulillah scroll master aku dah selamat sampai di tangan aku. Pihak uni pos je ke rumah. Konvonya? Entah la bila.... Tapi kalau ada pun majlisnya rasa macam takut je nak pegi dengan kes Covid yang makin menaik ni. Nak dijadikan cerita, rupanya anak murid sendiri (kerja dengan pejabat pos) yang hantar scroll ni dekat aku hari tu. Salah seorang anak murid pertama aku la di sini... masa tu tahun 2012 dan dia masa tu baru tingkatan 1. Sekarang dah besar panjang hensem kacak boleh kahwin dah. Tak sangka aku masih ingat lagi nama dia dengan jayanya....hahaha 

Minggu depan dah mula mesyuarat awal tahun. Dalam surat tulis bermula hari Isnin...tapi boss tangguh ke hari Rabu...mungkin boss nak tunggu pengumuman penting esok ni kut.... jeng jeng jeng.

p/s: Dah tahun 2021 tapi kenapa belum kurus? 😝


Tuesday, December 1, 2020

KFC

Assalammualaikum.

Tadi tengah dinner dengan family, tetiba aku teringat salah satu kenangan manis masa zaman sekolah dulu, waktu aku bersekolah di MRSM Pendang, Kedah. Masa tu aku tingkatan 2. Aku masa tu satu bilik dengan Ijah, Ili dengan Pojah. Entah kenapa satu hari tu, geng-geng kerabat (Aku, Ijah, Khal, Bai & Jaja), teringin nak makan KFC. Aku dulu kalau nak merasa makan KFC, waktu balik asrama je. Tu pun kalau singgah dekat Baling, baru dapat makan. Dekat Gerik dulu mana ada KFC, sekarang je baru ada.

Jadi, bila keinginan nak makan KFC tu telah meninggi, aku dengan kawan pun mintak tolong dari seorang cikgu ni...aku ingat lagi nama cikgu tu Hafiz, mengajar kami Kemahiran Hidup. Hahaha. Harga aku taktau la masa tu kami tengok dekat mana. Rasa Ijah atau Khal yang tau harga ayam KFC tu. So kami kumpul duit, lepas tu bagi dekat cikgu. Cikgu kata malam nanti ambil dekat rumah cikgu. Rumah cikgu dalam kawasan sekolah jugak, dekat kuarters guru.

Lepas je habis prep malam, aku, Ijah dengan Khal rasanya berlari pergi rumah cikgu, sebab plannya nak makan cepat2 ayam KFC sebelum kena lights off jam 11.00 pm! Prep habis dalam 10.15 pm macam tu. Plan ni melibatkan roommate aku si Ili dengan Pojah sekali sebabnya nanti nak makan dalam bilik aku. Nak kunci dan tutup lampu supaya takde orang lain kacau daun! Hahahaha. Punyalah kedekkkk. Bila kami ambil ayam tu dari cikgu, terus berlari pulak balik asrama. Dah la tak tanya pun dekat cikgu, duit cukup ke tak! Cikgu masa tu, muka terkedu giler masa kami ambil ayam tu dan terus blah. Maap cikgu!!! We love you!

Sampai je dekat bilik aku, tunggu dulu cukup korum semua orang. Terus kunci pintu bilik dan tutup lampu. Kami guna lampu suluh rasanya, boleh la ada cahaya sikit, karang takut tercekik tulang. Kelakornye sebab time makan tu, kena makan cepat2. Nak kejor masa punya pasal. Apa2 pun kena habiskan ayam tu sebelum lights off! Sebabnya time lights off nanti warden selalu ronda. Kantoi la nanti kan. Lepas dah siap makan, kami bungkus elok2 dan buang sampah dekat tong sampah ground floor. Hapuskan bahan bukti! Hahaha.

Lepas tu, on balik lampu macam biasa dan siap2 bersihkan diri untuk tidur. Ada kawan aku yang lain datang bilik nak sembang2, dia pun tanya; "Apesal bau macam ayam KFC eh?". Kami semua pun krik krik krik kan je dia. Wakakakaka. Apa-apapun best giler dapat makan KFC malam tu! Sebab tu sekarang, kalau ada anak murid aku yang duduk asrama kirim makanan, memang aku akan tolong belikan. Kesiannn, tau depa lapar sebab aku dulu pun macam tu. Tapi, aku senyap2 je la tolong belikan..karang warden depa tau pulak. 


p/s: Di mana cikgu Hafiz sekarang ye? Harap cikgu panjang umur, murah rezeki dan sihat selalu 😊

Saturday, November 7, 2020

Resepi roti sardin gulung

Assalammualaikum.

Saje nak share hari ni aku masak roti sardin gulung. Tak pernah buat pun sebelum ni. Selalunya aku buat roti telur atau roti sosej. Teringin nak makan roti sardin, jadi google resepi. Jumpa resepi dari sini. Best jugak sebab tengok mudah je caranya. Tambah pulak hari ni hujan memang best ler makan roti sardin. Kalau padankan dengan air coklat lagi ummpphhh. Tapi takdelah pulak air coklat 3in1 tuh. 

Resepi roti sardin gulung

Bahan-bahan:

  • Sardin tin kecik - 1
  • Bawang besar - separuh
  • Cili merah - 1 
  • Cili siam - 2
  • Lemon (limau kasturi pun boleh)
  • Garam
  • Telur - 2
  • Tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya adalah...maap la terlupa tangkap gambar setiap step. Jadi ada gambar hasil akhir kejadian roti sardin tu je. Kahkahkah.

  1. Buat inti sardin dulu. Hancurkan ikan-ikan sardin tu, lepas tu gaul-gaul dengan hirisan bawang besar, cili merah dan cili siam. Tambah garam sikit dan perah lemon sikit nak bagi kurang hanyir.
  2. Lepas tu lenyekkan roti gardenia tu guna penggelek. Kalau takde penggelek, guna cawan pun boleh. Lenyek sampai nipis sebab tak nak bagi berminyak banyak lepas digoreng. Lepas dah nipis, potong kepada dua bahagian.
  3. Masukkan inti sardin tadi dan gulung kan roti tu. Hujung roti tu, sapu tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air tadi, nak bagi melekat supaya tak terbuka.
  4. Lepas tu, celup dengan telur yang dah dipukul, goreng dalam minyak yang panas. Api bukak kecik je sebab takut hangit. 
  5. Sedia untuk dimakan! Hihihi.
Tadaa~~~

Nak tumis dulu sardin tu pun boleh. Tapi tadi aku malas, jadi takde tumis-tumis terus jadikan inti mentah-mentah. Kalau dalam sandwitch pun makan mentah-mentah je sardin ni kan? Jadi, takde masalah pun. Hehehe.

Okay, jumpa lagi! 💗

#paanisukamakan

Monday, November 2, 2020

Serius, aku kena datang awal?

 Assalammualaikum. 

Lama rasanya tak menulis dekat sini. Tengok anak buah aku si Alia duk aktif berblog masa PKPB ni, tergerak hati pulak aku nak tulis dalam blog ni tapi tak tau nak tulis apa. Kawasan aku tak kena PKPB, jadi kerja macam biasa dan sekolah pun on macam biasa tapi masih kena jaga penjarakan fizikal dan semua SOP. Setiap dua minggu akan keluar jadual baru untuk cikgu-cikgu bertugas, sama ada bertugas jaga pagar, check suhu badan pelajar, pantau pelajar semasa rehat dan makan, pantau pelajar di tandas dan lain-lain. Jadi untuk dua minggu ni, aku dapat tugas kena check suhu pelajar pagi-pagi sebelum pelajar masuk sekolah. 


Yang menggerunkan aku adalah, boleh ke aku datang awal? Selalunya paling awal aku boleh sampai sekolah adalah dalam jam 7.25 pagi (kena sampai sebelum 7.30 pagi). Hahaha kadang-kadang terlewat jugak 2, 3 minit. Tapi kelas mula jam 7.45 pagi, masih sempat untuk prepare ke kelas. Jadi, pagi ni aku kena keluar dari rumah jam 6.30 pagi sebab jam 6.45 pagi kena terpacak depan pagar sekolah dah sebab ada pelajar yang akan datang awal. Disebabkan ni hari pertama aku kena datang awal, jadi memang tergopoh-gapah la aku bersiap. Aku dah la memang sejenis yang lambat bersiap. Loleh-loleh sekali jam 6.40 pagi baru keluar rumah dan jam 6.50 pagi baru aku ada depan pagar. Tu pun memang berpeluh habis satu badan sebab nak kena jalan dari tempat parking ke pagar sekolah. 


Dalam jam 7.00 pagi macam tu, baru teringat yang aku belum thumb print kehadiran sendiri. Kena suruh kawan cover sat kerja dan pergi thumb print. Jalan kaki laju-laju ke blok pejabat dan patah balik ke depan pagar sekolah. Aku tengok heartbeat aku dekat jam tangan sampai jadi 133 per min. Memang penat gilaaa, pagi-pagi dah berpeluh. Tudung pun basah dengan peluh dekat bahagian muka. Tak caya meh tengok gambar di bawah.


Tengok tudung belah atas basah kena peluh...serius tak penah berpeluh pagi-pagi sampai macam ni. Lepas tu menyesal tak bawak air turun sekali masa bertugas, dahaga gilaaaa 😂😅

Harap pagi esok dan hari-hari seterusnya aku boleh konsisten datang awal untuk bertugas. 2 minggu jeeeee lepas tu kembali ke rutin asal. Kihkihkih. 


Okay, jumpa lagi! Bye. 💕


Wednesday, April 29, 2020

Dulu hobi aku suka tangkap udang


Masa kecik dulu, mak aku selalunya tak bagi kami adik-beradik kawan dengan budak-budak dekat kampung. Bukannya mak tak suka depa, tapi rasanya mak aku takut kami ni seronok pergi main je, sampai lupa nak belajar. Tapi masa aku darjah 5 kut, aku ada kawan dengan sorang budak perempuan ni, sebaya aku jugak, tapi kelas lain. Sekampung la dengan aku. Seronok la kawan dengan dia ni, balik sekolah je pegi mandi sungai. Lepas balik sekolah agama pun pergi lagi jalan-jalan sekampung dengan dia. Kadang kalau mandi sungai tu, sampai mak aku pegi turut dengan motor. Sebab lama sangat main dekat sungai tu... kadang-kadang ada sorang pakcik ni selalu report dekat mak aku, aku ada dekat sungai, duduk main lama dah. 

Aku bukannye mandi je dekat sungai tu, kadang tu aku tangkap udang. Nak tangkap udang ni, kena belek-belek celah batu. Tempat sungai yang cetek tu, kan ada batu banyak-banyak. Cuba tergolekkan batu-batu tu satu-satu. Nanti mesti ada udang. Kalau tak, takkan la ada peribahasa ada udang di sebalik batu. Hahahaha. Selalunya mesti ada...nampak benda lutsinar bergerak-gerak dalam air tu, udang le tu.... kalau udang biasa aku cekup pakai tangan je.. tapi kalau udang yang kepit dia tu besar, tak berani aku...kena letak daun dekat tapak tangan dulu, lepas tu baru cekup udang tu...haaa.. bawak balik rumah, basuh, lumur dengan garam dan kunyit lepas tu goreng. Sedapnye ratah udang goreng...hahaha. Pernah jugak aku tangkap siput sedut dekat sungai tu. Tetiba terjumpa banyak gile (takdelah banyak, ada la dalam segenggam tangan orang dewasa), duk melekat tepi batu...aku pun apa lagi kutip la..lepas tu bawak balik, rendam semalaman. Lepas tu, aku tak ingat mak aku masak ke tak siput tu... Tapi tu la, kalau aku main lama dekat sungai tu, nanti mesti mak aku datang dengan motor, "Aniiiiiiiiiiiiiiiiiii.........balikkkkkkkkkkkkkk!!!!". Mencicit la balik rumah.

Pernah satu hari tu aku balik rumah masa dah maghrib. Memang mak abah aku marah giler la. Siap tak bagi masuk rumah (seingat aku la, macam lupa lak depa tak bagi masuk atau aku yang merajuk lepas kena marah, taknak masuk). Lepas tu menangis la aku sorang-sorang dekat luar rumah mengenangkan nasib diri kena tidur luar malam tu. Tapi lepas tu, mak aku panggil masuk rumah. Memang kena warning la kan. Sape tak marah, balik time senja. Lepas mak aku tengok aku setiap petang akan mintak nak keluar dengan kawan aku tu, mak aku pun buat syarat, kena belajar dulu bahasa Inggeris (mak aku cikgu bahasa Inggeris dulu, tapi lepas kahwin, abah suruh berhenti). Rumah aku ada whiteboard besar macam dekat sekolah tu. Aku setuju jela, sebab aku suka je belajar. Tapi kawan aku tu tak berapa suka belajar (aku rasa la), sebab mak aku paksa dia join sekali belajar bahasa Inggeris tu... tak lama pun belajar, dalam sejam gitu, baru boleh keluar pergi main. Esoknya memang kawan aku tu tak datang dah rumah aku. Hahahaha. So putus sahabat macam tu je la...aku pun jarang keluar rumah dah lepas tu, dan kawan aku tu kebetulan lepas tu dia pindah ke kampung lain dan bertukar sekolah. 

Tak pandai buat kek, nasib baik ada assistant tolong kahkahkah


Saje la nak bagitau. Semalam aku buat kek marble. Kahkah. Aku ni bab buat kek memang tak berapa pandai. Kena ada bantuan dari Meorsoleh barulah menjadi keknya. Guna resepi dekat fb jer. Sekarang kan banyak masa terluang, so boleh la buat kek ni. Kalau tak, memang mim alif lam sin je la. 

Pinggan nak Hello Kitty gak tu....I LOVE HELLO KITTY!!!

Bila bau semerbak kek ni tengah masak dalam oven, teringat masa raya dulu memang mak selalu buat kek ni dan jugak kek sarang semut. Memang menu wajib time raya...selain daripada rendang/ketupat/lemang dan lain-lain. Tahun ni nampak gayanya beraya di rumah masing-masing je la ye... Menu raya nanti aku rasa nak buat rendang ayam, daging dendeng, lepas tu beli lemang 2 batang. Masak nasik. Goreng ayam untuk Muiz. Setel. Kuih raya boleh la order beberapa jenis. Nak buat sendiri macam malas je. Haaaaaa... tudia dah fikir pasal raya, posa pun belum habis. Hahaha. 

Otak aku selalu rewind satu memori ni kalau teringat pasal raya. Memori abah aku akan duduk dekat lantai dapur, tolong mak aku siang ayam dengan daging semua untuk raya. Lepas tu, mesti abah aku panggil aku tolong potong daging, lepas tu ajar aku potong daging camna supaya daging tu lembut. Mak pulak selalunya baking kek dan jugak kuih baulu. Kadang tu kami buat jugak kuih siput tapi kena kutuk dengan abah aku hahahaha. Tapi memang buruk pun aku buat, camne gentel tah tak jadi bentuk siput tu. Bestkan raya ada mak abah? Sekarang aku dah yatim piatu dah...ade tak sape2 nak tolong bela aku ni? Senang je bagi makan. Semua benda makan, tolak kayu dengan batu jer. Kahkah.

Sedekahkan Al-Fatihah ye untuk arwah mak dan abah. Terima kasih....

Monday, April 13, 2020

Mujur dapat balik


26 March.
Hari tu ada beli tudung bawal kosong batu putih dari iklan dekat fesbuk. Aku memang dah lama cari bawal kosong. So, sekali beli memang banyak terus. Sebab tengok mcm trusted je seller ni. Seller tu pun semangat upload gambar tudung tu dekat rak memang banyak giler katanya readystock. Kemain la aku suka. Duk pilih color, seller tu pun layan je la. Lepas dah pilih color terus bayar, katanya nanti dia akan bagi tracking number.

1 April.
Disebabkan aku ni banyak telan semut tu yg aku lupa nak follow up dengan seller ni. Nak seminggu baru aku teringat eh rasa mcm ada beli tudung tapi apesal tak dapat lagi? So aku msg la seller ni haa tanya dah pos ke belum. Dia kata maaf lambat sebab diorang kehabisan stock tapi petang tu lori akan hantar stock dekat diorang. Aku pun takpelah, sabar lagi ni menunggu.

12 April.
So disebabkan semut ni lagi, aku pun lupa lagi nak follow up dengan seller ni. Aku baru teringat semalam. Eh??? Tudung aku!!! So aku pun dah mula la naik hangin. Terus la aku msg beliau ape status ni tudung aku. Pos ke tidak ni? Kalau belum pos aku nak refund je! Sebab malas nak menunggu punya la lama. Dah la dia tak update apa2 dekat buyer. Patutnya kalau takde stock ke ape, bagitau la. Bukannye tak boleh tunggu. Tapi aku menyampah sebab aku yg kena mesej dia! Kalau aku tak mesej dia alamatnya sampai tahun 2030 pun tudung tu belum tentu dapat.

Dan jugak kemain 1 April tu dia kata lori stock sampai kan??? Menipu la tu. Kalau takde stock katalah takde stock. Aku mesej dia jam 1.00 am lebih. Padan muka kena kacau pagi2 sebab aku takut aku terlupa lagi. Dia boleh kata pagi esok jam 8.00 am dia nak cek stock, pastu kemain kata kalau stock tu tak jumpa macam tu, dia sendiri nak turun pergi tengok dekat kilang. Gittew...kalau rajin sangat kenapa 26 March tu tak pergi kilang hang terus dik oi. Dalam jam 2.00 pm camtu aku mesej semula tanya apa status. Dia kata tengah cari lagi stock tudung aku tu? Kemain ni cari dari jam 8.00 am gitu tak jumpa-jumpa jalan kebenaran ye hah. Aku mase ni rase kompem aku dah kena tipu. Lepas ni mesti dia block aku. Tapi nasib baik jangkaan aku salah. 

Dia kata nak refund petang kalau tak jumpa lagi stock tu. Aku pun cakap la kalau time maghrib barang tu still takde, better refund je. Dia pun kata okay, lepas tu, sebelum asar dia mesej aku kata dia baru packing barang aku, dan dia tanya okay ke atau nak refund. Off course la aku nak refund. Tak kebulur dah tudung tu dik. Ahkak boleh cari dekat seller lain yang lebih trusted. Ape adik ingat adik sorang jual tudung? Tu pun jumpa tudung tu lepas dah kena push dengan aku. Kalau aku tak mesej2, agaknya dia relaks2 la kut sampai sekarang buat taktau je dengan order aku tu. Dan lepas tu, nasib baik dia refund balik duit aku tu. Alhamdulillah dapat balik. Memang aku block terus nombor ko ni dik lepas ni. Serik!!!


Takde dah nak beli2 online dengan fesbuk dgn lazado. Aritu dekat lazado ni penah kena jugak order lain dapat color lain, lepas tu kita kena pos semula dkt dia, dia pun pos semula yg baru then tengok color salah lagi! Memang bengang giler. Nasib baik lepas tu dia pos yg betul, dan yg salah tu dia suruh simpan je). Memang aku takkan beli dah dari dua apps ni. Shopee je yang trusted sebab bab2 refund ni memang mudah dapat. Barang rosak memang terus dapat refund (dengan syarat bagi la bukti gambar), dan barang rosak tu seller bagi simpan je takyah pos semula. 

Sekian, bebelan untuk hari ni. Berhati-hatilah semasa membeli.

Tuesday, April 7, 2020

Tesis dah siap!

Alhamdulillah tesis aku dah siap dan dah hantar awal bulan March haritu...sebelum cuti sekolah. Lega aku sebab dah siap. Berapa tahun dey nak siap. Dari aku bujang, kahwin, pastu ade anak sorang baru lah siap... 6 tahun gak lah. Kahkahkah. Lepas ni, jangan ada orang suruh aku sambung amik phd pulak. Memang aku taknak!!! Aku dah cemuih belajar. Memang mengganggu komitmen aku dengan keluarga dan kerja. Sebab mental dan emosi aku ni tak kuat. Hari tu ingat dalam 2 tahun settle kut. Sekali haa kau. Tangguh memanjang. Konvo-nya katanya bulan Oktober tapi tak pasti laaa sebab status PKP ni taktau lagi macam mana kan...patutnya kena elakkan berkumpul ramai2 tahun ni.  Kalau jadi pun bulan Oktober tu macam tak nak pergi la kut. Biarlah. Cuma yang bestnya sambung belajar ni, benefit yang aku dapat adalah kiraan ladap aku sentiasa penuh dan mencukupi. Sekali su ladap masuk data haaa kemain naik point tu. 

Aku macam menyesal tak amik kos yang aku suka. Yelah aku sambung belajar ni sebab kos ni je yang depa tawar untuk cikgu2 area sini yang nak amik master haritu..pastu kelas tumpang dekat Baling. Dekat jela kalau nak pegi situ, Gerik-Baling dalam sejam. Kalau nak amik kos yang kita minat (aku suka kos Sains ler ape lagi), kena pegi kelas dekat induk nuu haaaa dekat 3 jam jugak kalau nak sampai ke situ. Tak sanggup nak drive 3 jam setiap minggu. Sebab tu aku amik jugak kos ni. Ulang-alik ke Baling jer. Lepas tu, buat tesis tajuk yang memang kita tak berapa minat jadi memang malas dan lambat la nak habiskan. Mengarang ilmiah pulak memang bukan kepakaran aku. Tambah pulak dengan 'orang sekeliling' dok perli2 bila nak habis lagi la bernanah telinga ni haaaaaa. Memang rasa nak give up tapi dok fikir kesian mak aku sebab dia nak sangat tengok aku habis belajar ni haa. Terus tak jadi nak give up dan siapkan jugak! Alhamdulillah. 

Cuma pesan aku dekat semua orang, jangan tanya aku pasal Viva!!!!!!!!!! Suatu memori trauma yang aku nak lupakan. Seminggu aku bad mood lepas viva hari tu. 😭😭😭

Jumpa lagi di lain entry! 

Tuesday, March 31, 2020

Rindu sekolah

Assalammualaikum...hi!
Rasanya semua duk boring dekat rumah taktau nak buat ape kan? Hahaha. Samalah macam aku. Tapi arahan perlu dipatuhi.... sampai 14 April kena duduk diam-diam dalam rumah untuk putuskan rantaian wabak Covid19 ni... semoga Allah permudahkan urusan kita semua dan dijauhi dari wabak ini. Aamiin.

Aku dengan Meorsoleh masih tak boleh move on lagi kena cancel trip ke Jepun...sepatutnya cuti seminggu sekolah baru ni, kami ke Jepun. Tapi disebabkan risau dengan penularan wabak Covid19 ni, terus kami cancel trip tersebut... entoh biler la dapat peluang pergi Jepun... Lama lagi la kut...vaksin pun takdak lagi nih. Takpelah..adelah hikmahnye tu....dapat jugak kami jalan-jalan ke tempat lain...tapi dalam Malaysia je lah. Yang tu nanti lah cerita dekat entry yang baru.

Entry kali ni aku nak cerita tahap kebosanan aku di rumah sampai taktau nak masak apa dah. Cemuih bak kata orang Kedah. Ada la beberapa makanan aku dan Meorsoleh masak yang aku tangkap gambar. Ni gambar makanan hari berlainan tau... jangan kome ingat aku makan sebanyak itu dalam masa sehari. Nehi meri betti, nehi (cuba teka apa maksud).

Ikan keli masak sambal

Arwah mak aku panggil ni nasi goreng gebu. Haha. 

Ikan kedera masin. Memang partner yang lengkap untuk makan dengan nasi goreng gebu di atas.

Roti Canai & Kari Kentang Dadu (arwah abah punya kegemaran)

Hok ni la yang aku paling suka. Roti Puri cicah sardinnnn.
Yihaaaaa. Sardin my favourite.

Roti puri ni Meorsoleh yang buatkan.
Kembung-kembung rotinya nak perli aku la tu.

Sardin my favourite.

Nasi lemak sambal tak jadi hahahaha.
Tak pedas & tak berminyak.

Pizza Roti. Kau tengok cheese tu kemain banyaknye letak.

Dalam masa duduk rumah ni, aku dengan Meorsoleh sambut anniversary perkahwinan yang ke-6 tahun. Alhamdulillah... semoga jodoh ini berpanjangan hingga ke syurga. Biarlah tak sempurna tapi saling melengkapi antara satu sama lain. Yang penting, I lap you, you lap me. Kahkahkah. Cewah..geli tak?

Kek cod je...idokler teman ghajin nak membako kek.

Muiz menangis masa ni nak main lilin. Sabo je lah.
Bagi la mami dengan abah hang ni ber-romantik dulu. Kacau daun je. Hahaha.

💖💖💖

Dengan ini, saya menyanyikan satu laguuuu yang bertajukkkkkkkk..............(sila isi tempat kosong)


Okay! Itu saje entry pada kali ini. Hahahaha. Bertemu lagi di masa akan datang. 
Sekian, terima kasih.


Sunday, January 12, 2020

Sekolah kami best, jangan jeles hahaha


Alkisahnya haritu aku terharu sangat sebab ada parent whatsapp aku cakap terima kasih sebab ajar anak dia. Anak murid aku tu dapat 9A PT3. Hebat tak dia? 😀

Tak pernah la seumur hidup aku rasa dihargai macam nih. Whatsapp macam tu je boleh buat aku seorang cikgu biasa ni rasa sedih plus gembira sepanjang hari...  😭😂






Anak murid aku tu sahsiah dia sangatlah A okay. Sopan santun. Bukan dengan cikgu je dia hormat, dengan kawan-kawan pun dia hormat. Baik budi pekerti sungguh budaknya. Dah la bijok. Memang layak la dapat 9A...sebab semua cikgu-cikgu suka dia. Baru ni aku dapat tahu dia dah tukar sekolah masuk ke sekolah aku dan Meorsoleh dulu....hahaha... Maresmart 😆
Best sekolah tu...sejuk je cuaca sepanjang hari. Pemandangan pun lawo 👍

Cikgu doakan W*** supaya boleh berdikari duduk di asrama dan semoga sentiasa cemerlang di dunia dan di akhirat. Semoga tercapai segala cita-cita awak...jangan lupa doakan mak ayah dan cikgu -cikgu selalu...💓






Thursday, November 28, 2019

Selongkar satu rumah


Bila aku dengan Meorsoleh bersembang, rasa macam tahun depan nak melancong ke luar negara, baru aku teringat kat mana eh aku letak passport aku? Last aku guna masa pergi Krabi, Thailand... lepas tu aku ingat lagi aku letak dalam satu beg kertas warna pink belang-belang putih (dalam bilik stor), sekali dengan file kereta aku, masa nak pindah rumah. Bila aku tengok memang takde ape dah dalam beg kertas tu...memory aku macam mengingatkan yang memang aku dah ambil passport tu dan letak tempat lain. 

Jadi bermulalah pencarian passport aku tu...sebab aku google macam mahal je dendanya....tak sure pulak berapa. Ada orang kata dua rat, ada yang kata tujuh rat (nak tulis nombor betul pun malas ya rabbi). So, memang makan belanja banyak la kalau buat hilang passport tu...salah aku jugak la sebab tak ingat letak di mana. Tempat yang mula kami cari adalah dekat almari baju dalam bilik tidur. Kami selongkar habis raga-raga tempat simpan barang tu tapi tak jumpa jugak. Dapat hidu habuk je. 

Hari lain pulak kami cari dekat almari luar bilik tepi meja kerja...pun takde jugak. Aku masa tu dah frust dah, plus mata aku gatal elergik dengan habuk. Cari sampai jam 4 pagi kot. Esoknya nak pergi renew passport dah sepatutnya. Aku cam dah redha je kalau kena bayar denda pun bayar lah...tak larat nak cari dah... so aku pun tidur dengan mata dan hidung yang gatal... Meorsoleh pulak meneruskan perjuangan mengemas balik tempat yang kami dah selongkar tadi.... 

Lepas tu dalam jam 6 pagi macam tu kot..aku tak sure pulak jam berapa...tetiba Meorsoleh kejutkan aku, dia cakap dah jumpa passport aku! Aku macam what??? Alhamdulillah...tanya dia jumpa dekat mana? Dia kata jumpa dalam raga barang-barang aku dan raga tu nun jauh di atas almari dalam bilik stor....kahkahkah....aku je rasa dah ambil passport tu dari bilik tu...rupanya tak. Mujur la Meorsoleh gigih mencari....tengkiu cayang!

Jadi pagi tu dalam jam 10 pagi kami bertolak ke Pengkalan Hulu untuk buat passport. Lega tak terkata lepas dah jumpa passport tu... Kami bertiga pun sampai dekat Pejabat Imigresen tu untuk buat passport, sekali ic kami berdua jenis lama..ramai dah orang tegur suruh tukar tapi aku macam nak tunggu cuti sekolah baru la nak gi JPN tukar ic baru....sekali terlupa daaa....beriya nak renew passport, jadi tak teringat dah yang ic lama tu... jadi pengawai tu suruh kami tukar ic baru dulu (nanti akan dapat ic sementara, yang ni boleh guna untuk renew passport). Jadi kami pun bergeraklah ke JPN pulak untuk buat ic baru....hahaha tu la tak nak tukar awal-awal lagi...

Sekejap je urusan nak buat ic baru tu...orang pun tak ramai..cuti sekolah tapi kami pergi hari Rabu, so orang lain tengah kerja kot...Meorsoleh pulak ambil cuti harini...Dalam 30 minit, siap dah ic sementara untuk aku dan Meorsoleh. Lepas tu gerak balik ke Pejabat Imigresen tadi, sekejap jugak tunggu nak buat passportnye haa sebab orang tak ramai pun...tekan nombor terus dapat turn (sebelum pergi JPN, kami dah ambil nombor giliran untuk passport Muiz, sekali macam lama je (kebetulan orang sebelum kami pun dalam 3, 4 orang tunggu turn nak buat passport), so kami pergi la buat ic baru dulu dekat JPN, bila dah siap dan dah sampai balik dekat sini, tengok ngam-ngam sampai turn nombor giliran Muiz yang kami ambil tadi...tinggal nak amik nombor aku dan Meorsoleh je...tu pun lepas turn Muiz terus turn kami berdua....hehehe

Lepas dah settle semua tu, kena tunggu dalam sejam baru boleh ambil passport kami. So kami pergi makan dulu dekat kepsi.....kihkih...saje nak try kepsi Pengkalan Hulu kut rasa lain ka...sedap jugak macam selalu. Lepas makan terus amik passport baru...nasib baik lawa gambar Muiz sebab abah dia bukak kartun dekat henpon, so dapat la tangkap gambar dia tengah senyum. Tapi mata pandang henpon tak pandang camera 😂. Malam tadi terus mencari tiket katerbang. Alhamdulillah dah dapat yang affordable tapi ada kena transit 3 jam, sebab tiket yang direct mahal bebenor. Yang ni nanti la citer. 

Ni lah dia Muizzuddin kesayangan mami dan abah...

Okay! Pengajaran yang diperolehi...passport jaga elok-elok jangan bagi hilang. Kalau hilang, kena pergi report dengan polis tau. Ic tu tolong lah buat baru, kalau sape-sape yang belum tukar macam kami...hahahaha. Okay, bye!

Labels

Abah (6) AgingBooth (1) Analogi (1) Anniversary (4) Assignments (1) Baby (4) Banner (1) Bff (4) Birthday (12) Bolat (6) Cartoon (6) Ceremony (4) Certain Somebody (2) Cikgu (7) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (4) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (69) Edit Pic (2) Email Grab (4) Emaressem Perndunk (6) Exam (3) Experiences (1) Facebook (1) Family (25) Father's Day (3) Feeling (2) Font (1) Freebies (10) Fwens (10) Gaji (1) Grrr... (9) Gundah (1) Hahaha (11) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (10) Hari Raya Haji (2) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (2) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (1) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Langkawi (1) Life (11) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Matrix (3) Meor Muizzuddin (2) Meorsoleh (6) Mepek (10) Mother's Day (4) Movies (6) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My Youth (3) MyVi (1) New Year (4) Novel (1) On the Road (1) Perihal Belog (1) Posting (1) Pregnancy (1) Ramadhan (1) Random (7) Resepi (4) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (4) Science (2) Sekolah (34) Seram (1) Sketches (2) SPM (1) Spontaneous Thursday (4) Sports Day (1) Spring Trip (7) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (1) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (1) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) UPSI (7) Vacation (13) Vector Images (1) Video (1) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (19) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...