Thursday, December 3, 2015

Selfishh



Aku suka kerja aku. Tapi apa yang aku tak suka apabila ada orang yang macam dalam doodle di atas. Jenis yang pentingkan diri dan buat kerja sambil lewa.

Kalaulah kerja dia tak siap, tak mengganggu kerja aku takpelah jugak, dia jugak yang kena bertanggungjawab akhirnya. 

Tapi ini kalau kerja dah la tak nak siapkan, lepas tu, kerja aku pulak yang pending kalau kerja dia tak siap. Last-last aku jugak yang kena lengkapkan kerja dia. Hangin tak?

Sebenarnya tahun sebelum ni aku dah kena buli dengan orang yang sama, cumanya aku tak perasan dan aku anggap takpelah tolong je la mana yang patut. Tapiiiiii, bila tahun ni aku tengok dia freeeeeeeeeeeeeee tapi dia suruh aku yang siapkan kerja dia, masa tu baru macam tersedar. Macam ni rupanya kerja kau kan.

Bila aku cakap taknak buat, tau pulak dia bengang dengan aku. Tapi lepas tu aku buat jugak untuk kelas dia sebab aku malas la nanti kerja aku yang pending disebabkan kelas dia je yang tak lengkap nanti. 

Bila aku nak isikan data untuk kelas dianyaaa alih-alih tengok data pulak tak lengkap. Memang hangin satu badan lah aku. Dia dah la tak nak isi kan dalam sistem, suruh aku, pastu dah nak suruh aku tu, pandai-pandai la bagi data yang lengkap. Ni data pun tak lengkap, abis tu aku nak isi apa dalam sistem? Isi taik hidung?

Memang aku bengang sangat, aku tak boleh lah bekerja dengan orang macam ni. Lepas tu aku pulang kan je file kelas kat dia suruh dia lengkapkan baru aku nak isi. Dia cuba la jugak isi sendiri tapi tak lengkap pun akhirnya aku jugak yang lengkapkan. See?

Nak kata aku berkira? Dah tak terkira dah aku kena macam ni. Memang aku berkira la sebab kerja aku pun banyak, ada diorang nak tolong? Tolong tengok pun tak. 

Disebabkan orang macam ni lah, dari niat kita ikhlas nak tolong terus takde dah ikhlas tu aku rasa. Lepas ni aku akan lebih hati-hati lah dengan orang macam ni. Memang menolong tu baik, tapi ada batasnya, ada limit nya sebab aku pun manusia biasa. 

Lagi satu, cerita kawan sekerja suami aku. Al-kisahnya suami aku kena buat jadual oncall untuk bulan November di tempat kerja dia. Bila jadual tu dah siap, sorang kawan dia ni cakap dia nak berhenti kerja dah, sebab nak sambung belajar. 

Masalahnya sekarang jadual dah dibuat, dia baru nak cakap dia nak berhenti. Notis nak berhenti kerja pun tak bagi. So sapa nak ganti slot oncall dia tu? Disebabkan bulan tu suami aku yang buat jadual, so suami aku terpaksa lah gantikan slot oncall mamat tu sebab tu je cara yang ada. 

Bila suami aku cakap kat mamat tu kenapa tak bagitau awal-awal sebelum jadual keluar, boleh pulak mamat tu cakap, "Kalau nak ikutkan, aku boleh je terus taknak datang kerja." Jilake kan jawapan?

Disebabkan mamat ni lah suami aku stress sepanjang bulan lepas. Tak lalu makan dan sebagainya. Aku taip ni pun tak dapat menggambarkan apa yang suami aku alami, tapi aku sendiri tengok tau la memang dia jadi stress giler sampai gastrik (tapi isteri dia ni makin gemoks chubby) sebab kena oncall banyak kali.

Memang aku takkan maafkan mamat ni. Kau menyusahkan orang lain, kau ingat hidup kau akan senang ke? Yelah masa sekarang kau menyusahkan orang, lepas ni orang lain pulak akan susahkan kau. Kau ingat tu. Aku rase nak tumbuk-tumbuk je kau! Dan jangan munculkan diri kau depan aku!!


No comments:

Labels

Abah (8) AgingBooth (1) AJL (1) Analogi (1) Anniversary (4) Article (1) Assignments (2) Baby (7) Baling (1) Banner (1) Bff (5) Birthday (13) Bolat (10) Car (1) Cartoon (9) Ceremony (7) Certain Somebody (2) Challenges (1) Cikgu (9) CNY (1) Contest (1) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (6) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (71) Edit Pic (3) Email Grab (8) Emaressem Perndunk (6) Emaressem Tepeng (1) Exam (7) Experiences (1) Facebook (2) Family (27) Father's Day (3) Feeling (10) Font (1) Formspring (1) Freebies (10) Fwens (17) Gaji (1) Grrr... (21) Gundah (5) hafiz af7 (1) Hahaha (18) Hani Mofa (2) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (13) Hari Raya Haji (2) Having Fun (8) Hello (1) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (5) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (2) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Kucing (1) Langkawi (1) Layout (2) Life (16) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Master (2) Matrix (4) Meor Muizzuddin (1) Meorsoleh (7) Mepek (41) Mimpi (2) Mother's Day (5) Movies (8) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My great day (1) My Youth (7) MyVi (1) Nenong (15) New Year (6) Novel (1) On the Road (1) Orders (1) Perihal Belog (3) Petua (1) PMR (1) Posting (1) Pregnancy (1) Print Screen (1) Ramadhan (4) Random (16) Resepi (2) Rumah (1) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (7) School (1) Science (3) Segmen (1) Sekolah (49) Seram (4) Sketches (2) SMKA Slim River (3) SPM (1) Spontaneous Thursday (5) Sports Day (1) Spring Trip (7) Stars (1) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (16) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (2) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) Umah Terbuka (1) Undi (1) UPSI (10) UPSR (1) Vacation (13) Vector Images (1) Video (4) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (20) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...