Wednesday, November 25, 2015

MRSM Pendang Tour 2015



Jumpa video ni ada kawan share dekat fb. Memang rindu sangat dengan sekolah ni.. last jejak kaki kat situ masa ambil result PMR tahun 2003....haaa lama tak? 

Bila tengok balik video ni, lawa dah sekolah aku ni...yelah dulu aku first batch..masa tu sekolah ni pokok pun taknak tumbuh...kikiki kering kontang...nak pergi kelas pun takde laluan berbumbung..semuanya berpanas ketiak basah semua. Bila hujan pagi, lepas breakfast redah hujan pergi kelas, bila dah sampai kelas, tengok lepas tu bas hantar kawan-kawan yang lambat keluar asrama, dari dewan selera (read:kantin) terus ke kelas...amboiii...tak aci...asal aku keluar awal...kalau tak, boleh naik bas....haha...sekarang aku tengok siap ada pondok boleh rehat-rehat lagi...amboi seronok la junior kami yeeee. Ishhh ahkak korang ni jeles.

Bila musim luruh pulak (read: musim daun pokok getah gugur), memang best la! Sebijik macam citer mohabbatein....sebabnya keliling sekolah aku ni penuh dengan pokok-pokok getah...so masa daun dia gugur, sekali angin tiup, memang terbang melayang semua daun-daunnya rasa nak menari-nari macam ada Shahrukh Khan....kehkehkeh.

Dulu public phone pun takde tau. Sapa nak call parent suruh mai ambil bawak balik bila cuti sekolah, kena beratur dekat pejabat pakai telefon pejabat....wakakkaa....ingat lagi beratur ramai-ramai tunggu turn depan pejabat...penuh dengan student form 1 je...manje betul... tak lama lepas tu baru ada public phone dekat asrama..

Asrama pulak asalnya sebelah kanan dewan selera tu asrama perempuan(3 tingkat) dan bertentangan dengannya tu asrama lelaki(4 tingkat)... Tetapi lelaki bilangannya lagi sikit dari student perempuan... sampaikan student perempuan yang daftar lewat sikit kena duduk di rumah staf (best jugak kan). Tahun depannya, cikgu arahkan asrama student lelaki dengan perempuan bertukar...bayangkan la asrama lelaki ni wei...sorry to say la...dengan dinding penuh tapak kaki, katil bengkok dan macam-macam lagi lahhh...sabo je lah....wakakaka....nasib baik aku dapat katil yang okay...cuma dinding dia laaaa ermm...

Dalam video tu, perkarangan depan pejabat tu ada roundabout...dekat situ lah aku dengan satu kelas aku (2 Futuristik), kena berlari berapa pusingan aku tak ingat dah, tanpa pakai kasut...bayang kan la...aku dah la berat, bila tak pakai kasut ni, lagi banyak la daya geseran tapak kaki aku dengan jalan tar berbanding orang lain...so lari pun slow sebab menahan kesakitan(padahal kau memang slow kan). Punca kena denda sebab kelas bising masa prep malam...yang study pun kena denda jugak...hahaha tapi aku ngaku la aku pun antara yang bersembang.

Sekolah aku masa tu tiap-tiap hari Jumaat akan ada larian pagi (sekarang taktau la ada lagi atau tak). Pagi hari Jumaat tu sebelum breakfast dah kena berkumpul depan dewan selera pakai baju sukan, bila dengar bunyi siren...aku memang tak berkenan betul la bab-bab kena lari ni...semput weh...hahaha... kawasan larian tu, sekeliling sekolah dan ada masuk dalam kebun getah jugak (tapi cikgu ada pantau). Trek dia memang best cuma aku je xminat berlari....so awal-awal aku dh give up, berlari mula-mula je, lepas tu aku jalan je dengan kawan-kawan...ada sekali tu member aku ajak ponteng larian pagi tu...dia ajak menyorok dalam bilik..aku takut giler la sebab tak penah ponteng kan. Hahaha sekali bila semua student dah keluar asrama untuk berkumpul..kami duk kalut cari tempat nak menyorok. Member aku tu menyorok dalam locker dia, dia boleh la sebab kecik, aku ni takkan nak sumbat dalam locker gak? Sekali masa aku tengah fikir-fikir nak nyorok mana tu, cikgu bukak pintu nak check bilik kosong dah atau tidak..nasib baik masa tu aku duk belakang pintu...cikgu pun tak perasan dan aku pun selamat......wakakakkakakakakaka.

Hai..kalau nak cerita kenangan manis dan pahit dekat sekolah ni, mau berjela-jela aku tulis...kikikiki... tapi memang best la sekolah ni, tenang, aman, nyaman...dan yang paling penting, kenangan kat sekolah ni memang tak dapat kat mana-mana...hanya alumni sekolah ni je paham ape yang aku maksudkan.....wakakkakakaka lagi.

Okay, bye! :D







No comments:

Labels

Abah (8) AgingBooth (1) AJL (1) Analogi (1) Anniversary (4) Article (1) Assignments (2) Baby (7) Baling (1) Banner (1) Bff (5) Birthday (13) Bolat (10) Car (1) Cartoon (9) Ceremony (7) Certain Somebody (2) Challenges (1) Cikgu (9) CNY (1) Contest (1) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (6) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (71) Edit Pic (3) Email Grab (8) Emaressem Perndunk (6) Emaressem Tepeng (1) Exam (7) Experiences (1) Facebook (2) Family (27) Father's Day (3) Feeling (10) Font (1) Formspring (1) Freebies (10) Fwens (17) Gaji (1) Grrr... (21) Gundah (5) hafiz af7 (1) Hahaha (18) Hani Mofa (2) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (13) Hari Raya Haji (2) Having Fun (8) Hello (1) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (5) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (2) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Kucing (1) Langkawi (1) Layout (2) Life (16) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Master (2) Matrix (4) Meor Muizzuddin (1) Meorsoleh (7) Mepek (41) Mimpi (2) Mother's Day (5) Movies (8) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My great day (1) My Youth (7) MyVi (1) Nenong (15) New Year (6) Novel (1) On the Road (1) Orders (1) Perihal Belog (3) Petua (1) PMR (1) Posting (1) Pregnancy (1) Print Screen (1) Ramadhan (4) Random (16) Resepi (2) Rumah (1) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (7) School (1) Science (3) Segmen (1) Sekolah (49) Seram (4) Sketches (2) SMKA Slim River (3) SPM (1) Spontaneous Thursday (5) Sports Day (1) Spring Trip (7) Stars (1) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (16) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (2) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) Umah Terbuka (1) Undi (1) UPSI (10) UPSR (1) Vacation (13) Vector Images (1) Video (4) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (20) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...