Monday, February 16, 2015

Job vs Hobby



Dulu mase kecik-kecik cita-cita aku nak jadi arkitek kononnyaa... sebab hobi aku melukis, so pekerjaan yang aku tau berkaitan dengan melukis ni, arkitek je la. Nak jadi kartunis tak boleh sebab aku rasa aku tak berapa pandai express lawak dalam kartun. Haha. Now boleh lahh sikit-sikit kot. 
Sekali bila masuk matrikulasi, masa nak apply universiti, mak dengan abah aku suruh jadi cikgu. 

Almaklumlahh dua-dua cikgu so nak jugak ada wakil anak diorang jadi cikgu. Aku masa mula-mula memang tak berapa nak minat la jadi cikgu ni pasal aku takut cakap sorang-sorang kat depan. Kategori darah gemuruh la aku ni kiranya. Tapi aku apply jugak la walaupun dalam hati aku ni tak berapa minat la der cikgu-cikgu nih. Sekali dapat tawaran UPSI untuk kos Sains Fizik...aku layankan ajela sebab masa tu aku sendiri pun taktau dah cita-cita aku ape sebenarnya. 

Tapi now nak masuk tahun ke-3 dah jadi cikgu ni rasa best jugak kan...hehehe.. bila panas hati dengan student mesti akan ada student lain yang bagi sejuk hati, dan sebaliknya. Bila bengang je diorang tak bawak buku, keje tak siap, buku teks taknak balut, ponteng kelas dsb, masa tu rasa malas dah nak amik tau, nak buat derk je dengan diorang lepas ni dalam kelas, siap cakap lagi dekat diorang, "Lepas ni cikgu taknak dah amik tau pasal kamu, sebab kamu ponteng kelas cikgu." Tapi mulut je cakap macam tu, dalam hati sebenarnya tak berniat pon kan. Still jugak amik tau pasal student tu. Takde cikgu saje-saje nak abaikan student dalam kelas. Marah macam mana pun, hati mesti jadi lembut balik lepas tu dengan student. Itu aku la, aku taktau la orang lain cemana. 

Dah terkeluar tajuk sikit citer pasal student. Hehe..sebenarnya nak citer pasal job vs hobby.

Now job aku adelah cikgu, hobi aku adelah melukis.
Betullah apa yang aku print screen dari citer Kdrama ni,
Jadikan perkara yang paling kita suka sebagai hobi dan perkara kedua yang kita suka sebagai pekerjaan.

Dulu aku penah amik upah nak lukis doodle kan? 
Serius sepanjang aku amik upah ni, rasa sangat stress dan tension. Melukis dengan hati yang tak best.
Yelah, salah satu sebabnya nak kejar dateline customer kan. Tu stress dah satu sebab aku pun ada kerja lain bukan men-doodle semata-mata. Satu lagi sebab adalah, sikap aku yang tak berapa nak suka melukis disebabkan orang lain suruh atau kata lain 'upah'. Aku lagi suka lukis apa yang terlintas dalam otak aku, lukis sikit-sikit pasal kehidupan aku, or lukis doodle dengan kata-kata semangat (untuk diri aku sendiri sebenarnya, kadang-kadang bila rasa down, cari quote kat google then lukis doodle berdasarkan quote tu, sedih tak? Wakaka).

So bila aku kena lukis apa yang orang suruh (upah), so perasaan nak melukis tu tak berapa ceria/best/happy berbanding masa aku lukis untuk diri aku sendiri. So dari situ aku decide, mulai tahun 2015 ni, aku dah tak ambil lagi upah melukis doodle untuk orang. Aku nak jadikan melukis tu semata-mata sebagai hobi aku dan bukannya sebagai pekerjaan aku. 
Harap sesiapa (yang berniat untuk upah aku) yang baca entry ni tak email aku lagi untuk upah dan sebagainya. I'm so sorry! Sorry sorry. Biarkan aku bahagia melukis tanpa paksaan. Hehehehe. Thanks!


:)









2 comments:

timm bill said...

suka tgk doodle akak..omeyh :)

pali at blog said...

hai poni. Saya dah nak aktif balik blog. jenguk le. hehehe

Labels

Abah (8) AgingBooth (1) AJL (1) Analogi (1) Anniversary (4) Article (1) Assignments (2) Baby (7) Baling (1) Banner (1) Bff (5) Birthday (13) Bolat (10) Car (1) Cartoon (9) Ceremony (7) Certain Somebody (2) Challenges (1) Cikgu (9) CNY (1) Contest (1) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (6) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (71) Edit Pic (3) Email Grab (8) Emaressem Perndunk (6) Emaressem Tepeng (1) Exam (7) Experiences (1) Facebook (2) Family (27) Father's Day (3) Feeling (10) Font (1) Formspring (1) Freebies (10) Fwens (17) Gaji (1) Grrr... (21) Gundah (5) hafiz af7 (1) Hahaha (18) Hani Mofa (2) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (13) Hari Raya Haji (2) Having Fun (8) Hello (1) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (5) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (2) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Kucing (1) Langkawi (1) Layout (2) Life (16) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Master (2) Matrix (4) Meor Muizzuddin (1) Meorsoleh (7) Mepek (41) Mimpi (2) Mother's Day (5) Movies (8) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My great day (1) My Youth (7) MyVi (1) Nenong (15) New Year (6) Novel (1) On the Road (1) Orders (1) Perihal Belog (3) Petua (1) PMR (1) Posting (1) Pregnancy (1) Print Screen (1) Ramadhan (4) Random (16) Resepi (2) Rumah (1) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (7) School (1) Science (3) Segmen (1) Sekolah (49) Seram (4) Sketches (2) SMKA Slim River (3) SPM (1) Spontaneous Thursday (5) Sports Day (1) Spring Trip (7) Stars (1) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (16) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (2) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) Umah Terbuka (1) Undi (1) UPSI (10) UPSR (1) Vacation (13) Vector Images (1) Video (4) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (20) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...