Sunday, September 21, 2014

Krabi Trip: Day 1 - Dannok + Aonang Phutawan Resort, Krabi


Sebelum aku mulakan entry ni, meh nak cerita dulu pasal satu pakej ni. Namanya Chengalmas Travel & Tours bertempat kat Pokok Sena, Kedah. Ingatkan bagus la kan pakej ni, mula-mula masa dia mintak bayaran dia kata boleh RM600 dulu deposit, lepas tu suruh tambah, takpela tambah. Lepas gaji masuk, beberapa orang dah bayar full, tinggal la lagi balance dalam seribu lebih...memula dia kata takpe dia kutip balance tu masa kat Bukit Kayu Hitam nanti, tapi after few weeks dia msg kakak aku mintak lagi balance tu, masa tu dia kata pekerja yang deal dengan kami before tu dah berhenti keje. So, takpela kami pun bayar la full. Pastu pulak dia janji kata boleh pick up kami Alor Setar, pastu baru bawak kami gi Bukit Kayu Hitam untuk urusan Imigresen. Alih-alih sehari before nak pergi dia kata tak boleh ambik kat Alor Setar. Siot je. Baik tak payah janji.

Kami bayar RM450 sorang tau untuk semua, sekali tempat tinggal, makan, island hopping dan sebagainya. Just bawak duit shopping je. Alih-alih bila dah sampai sana, dengan travel guide pun diorang tak hantar, gi bodo macam tu je, nasib baik uncle driver tu okay, dia la yang guidekan kami kat sana, sepatutnya uncle driver tu dia just tolong drive dan urus hotel je, pakej Chengalmas Travel & Tours ni la buat hal takde travel guide...memang musibat... Dah la malas aku nak cerita pasal Sengalmas ni, kalau nak tau lagi baca boleh baca blog Pona ni, klik sini. Aku tulis review kat facebook diorang pun terus diorang delete facebook tu, tapi taktau la kot diorang block aku ke hape kan sebab now aku search dah tak jumpe. Tapi lantak ah pedulik ah kata review kan. Memang kaw-kaw aku bagi.

Okay, start entry.

Sabtu, 13 September 2014.

Hari Jumaat lepas Isyak baru aku, Meorsoleh dengan mak aku bertolak ke Alor Setar (rumah mertua Pona). Meorsoleh habis keje haritu kul 7 pagi, pastu biar dia relaks, tido dulu, seharian tak tido, semayang Jumaat, then pas asar baru dia bertolak balik Gerik. Sampai Alor Setar pun dalam kul 12 am lebih, sepanjang perjalanan hujan lebat sungguh. Esoknya awal-awal pagi kami dah keluar dan breakfast before pegi Bukit Kayu Hitam. Janji dengan uncle driver tu nak amik kat situ.

Beso van dia, memang luas la. Tengok Amni usha belakang.

Kami orang paling muda (eceh) memang kena campak ke belakang laaa...haha

Beratur nak tunjuk passport, di Dannok.

Amni sedih.

Tukar duit dulu before pergi imigresen, aku bawak RM300 = lebih kurang 3000baht tapi xsampai kot

Lepas tu, uncle berhenti kat satu tempat ni, aku pun tak tau nama dia, nak baca pun tak reti, maap ler. Dia macam RnR la jugak, ada tempat makan, bilik sembahyang, tandas, makanan pun halal, orang muslim yang jual.

Lepas kekenyangan lunch, monopod kejapppp





Lama jugak la dari Dannok ke Krabi ni rupanya, dari kitorang bertolak kul 10 pagi, around 6 petang baru sampai. Memang lenguh la duk tido dalam van, bangun je tak sampai lagi, tido balik, bangun lagi, pun tak sampai lagi, sampai laa uncle berhenti tepi laut untuk posing-posing bergambar sebelum ke hotel. Masa ni dah sampai Krabi dah.

Haruslah khennnn ada gambar berdua. Bukan senang Meorsoleh nak mintak cuti.



Perkataan Krabi yang berasal dari Crab(ketam). Jadilah Krabi. Ni semua ahli rombongan.




Lepas habis posing, uncle bawak kami ke Aonang Phutawan Resort. Best hotel ni, selesa jugak. Sapa nak tengok boleh google, aku lupa pulak nak snap. Hehehe. Kami rehat-rehat dulu, lepas maghrib baru uncle bawak kami pergi makan malam. Kat sana kalau Malaysia jam 8.30 pm, diorang 7.30 pm. Beza sejam.


Makan malam kami adalah di sini! Highly recommended. Sebab murah dan boleh makan banyak mana kau nak. Satu orang 159 baht aje, lebih kurang RM15.90. Dia ala-ala Seoul Garden la jugak tapi ni memang murah berbaloi-baloi. Yang pasti, ianya halal :)

Haaaa jemput makan...hehehehe


Lepas kenyang, balik hotel, tido! Hahahaha. Esoknya baru mula menjelajah Krabi. 
See u next entry.


1 comment:

tiga lalat said...

Salam. Hee seronoknya pergi ke Krabi. Saya pun pernah kesana juga.

Labels

Abah (8) AgingBooth (1) AJL (1) Analogi (1) Anniversary (4) Article (1) Assignments (2) Baby (7) Baling (1) Banner (1) Bff (5) Birthday (13) Bolat (10) Car (1) Cartoon (9) Ceremony (7) Certain Somebody (2) Challenges (1) Cikgu (9) CNY (1) Contest (1) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (6) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (71) Edit Pic (3) Email Grab (8) Emaressem Perndunk (6) Emaressem Tepeng (1) Exam (7) Experiences (1) Facebook (2) Family (27) Father's Day (3) Feeling (10) Font (1) Formspring (1) Freebies (10) Fwens (17) Gaji (1) Grrr... (21) Gundah (5) hafiz af7 (1) Hahaha (18) Hani Mofa (2) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (13) Hari Raya Haji (2) Having Fun (8) Hello (1) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (5) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (2) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Kucing (1) Langkawi (1) Layout (2) Life (16) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Master (2) Matrix (4) Meor Muizzuddin (1) Meorsoleh (7) Mepek (41) Mimpi (2) Mother's Day (5) Movies (8) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My great day (1) My Youth (7) MyVi (1) Nenong (15) New Year (6) Novel (1) On the Road (1) Orders (1) Perihal Belog (3) Petua (1) PMR (1) Posting (1) Pregnancy (1) Print Screen (1) Ramadhan (4) Random (16) Resepi (2) Rumah (1) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (7) School (1) Science (3) Segmen (1) Sekolah (49) Seram (4) Sketches (2) SMKA Slim River (3) SPM (1) Spontaneous Thursday (5) Sports Day (1) Spring Trip (7) Stars (1) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (16) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (2) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) Umah Terbuka (1) Undi (1) UPSI (10) UPSR (1) Vacation (13) Vector Images (1) Video (4) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (20) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...