Friday, July 18, 2014

Tumpang geram


Kalau perasan kat entry kawin tu aku tak letak pun amik kat butik mana kan? Malas nak tolong promote pasal tak berapa nak puas hati la jugak dengan servis dia. Ni tadi member call pun cerita menda yang sama macam aku kena. Masa nak kawin tu, dapat je tarikh kawin, terus aku booked dulu butik pengantin ni, dulu dia handle kawin kakak aku, so macam dah kenal and aku ingat as return customer ni mesti dia buat elok-elok la kan. Bayangkan aku booked tarikh tu dalam tak silap 5, 6 bulan sebelum tarikh kawin tu, kira banyak lagi masa kan? Sebelum nak tetapkan warna ni semangat la owner suruh aku survey design, bole je cari kat internet nanti dia boleh suruh dia punya tukang jahit buatkan. Tukang jahit dia ni pulak sorang kat kl, sorang kat taiping. Tu takpelah, hal dia. Yang aku marahkan sangat ni, aku nak warna peach, alih-alih tengok gambar kawin aku jadi warna apa? Pink kan? Untuk aku maybe sesuai la pink tu tapi tolong la kesian kat laki aku kena pakai pink. Naya je. 

Lagi satu, lagi sebulan nak kenduri macam tu (kalau tak silap aku la sebab dah lama kan, so daya ingatan tu dah kurang pasal banyak makan kepala ikan kot), baru dia kata warna peach takde! Jenuh dia pusing-pusing kl, semua takde jual warna yang aku nak tu. Dia kata memang kadang-kadang ada bulan ni, warna turqoise takde, bulan depan warna biru letrik takde. Sampai turn bulan dia nak cari kain aku tu, kaler peach takde. Pandai kan kaler peach ni, time aku nak la dia takde kan. Aku tak tau nak percaya ke tak tapi sebab aku ni bodo taktau selok belok perniagaan butik pengantin ni, so aku percayakan saje. Lagipun aku risau kalau tak tukar kaler, dah tak sempat nak buat baju tu, time tu lagi sebulan kan, nak hantar ke tailor dia lagi, tailor lak menempel kat kl, jauh kan, so aku kata takpe, ada pilihan ape?

Mula masa aku mintak peach tu, aku nak peach+pink tau, kiranya base dia peach, tapi ada kain pink sikit-sikit, dua kaler la. Dia ckp peach tu tak dapat, boleh tak pink tu jadikan base. Aku cam hah? Dah tu laki aku nak kena pakai pink? Pastu tu dan dan dia cakap, ada pengantin ni, pakai pink sweet jeeeee, laki pakai pink ni sweet (dia cakap la). Dalam hati aku, tu laki orang, ni laki aku. Mesti la lain kan, plus laki aku tak suka, so mana boleh paksa-paksa nak suka pink. Tapi nak buat macam mana aku memang terdesak sangat dah masa tu. Dia pun cucuk-cucuk aku kata kalau tak mula jahit ni, takut tak siap. Dah tau lambat siap apesal tak mula dari awal? Lagi sebulan baru nak mula? Belum nak fitting lagi tu. Masa tu aku start dah stress sebab aku awal-awal dah booked tarikh kan, tapi dia baru nak cari kain. Rasa macam teraniaya betul. 

So, okaylah takpe, pink pun pink la, nanti laki aku tu pandai-pandai la aku pujuk dia pakai pink. Pastu dia pun hantar la ke tailor dia yang kat kl tu ikut design yang aku print bagi kat dia. Dia siap cakap design tu tak sesuai untuk aku sebab aku chubby.  Ni aku ke kau yang nak kawen ni? Okay takpe aku terima lagi sebab dia lagi berpengalaman kan, so dia ubah sikit design aku tu. Masa tu aku macam dah malas nak kisah design ape pon lantaklah janji siap. Dah naik fedup dah asik-asik nak kena pegi kedai dia. 

Yang baju laki aku lak dia hantar kat tailor yang duk taiping tu. Laki aku before tu dah try dah baju pengantin kat kedai dia, so kira memang dia dah tau la size laki aku ni. Tinggal nak jahit je, baju laki takde masalah sebab kejap je boleh siap (dia kata la). Alih-alih nak dijadikan cerita, hari nak kenduri tu (HARI KENDURI OKK), aku photoshoot pagi before kenduri sebab aku taknak photoshoot petang. So awal-awal pagi aku dah tercongok depan kedai dia. Nak tunggu make up semua la, make up lak dah makan masa sejam (takpela standard la kan). Pastu bila laki aku try baju dia, sekali seluar tak muat!!! Masa tu aku rasa macam nak mengamuk je, sebab dia dah amik kan size apesal tak muat?? Pastu apa dia cakap tau; "Eh akak dah bagitau dah tailor tu, rasa macam tak muat je ni, kena besarkan sikit ikut size betul, tapi tailor tu cakap xpe muat ni muat." Pandai lak kau nak rasa-rasa kan? Ape ingat ni makanan? Tailor tu jumpa laki aku pun tak penah, kau pulak percaya je cakap tailor kau tu kan. Aku dah terduduk dah masa tu, kalau laki aku xde kat situ aku rasa dah terbalik dah meja diorang. Bengang tau tapi aku tahan je dalam hati (pasal masa ni make up dah siap kang tak cantik lak aku kang HAHAHA). 

Pastu takpe, dia suruh laki aku pakai seluar baju set lain. Kiranya baju tu baju laki aku, tapi seluar dia pakai tu amik dari set baju pink yang lain. Kaler memang out la, tapi cover dengan sampin so macam tak nampak sangat. Sementara aku gi photoshoot, akak tu repairkan seluar laki aku. Habis photoshoot baru pakai balik seluar tu. Sape tak bengang kan, orang photoshoot la nak perfect sebab gambar tu nak simpan sampai la ke anak cicit nanti, sekali jadi camni kan terpaksa la bergambar dengan seluar lain, kalau perasan memang kaler dia lari sikit. Aku sepanjang photoshoot tu duk risau je pikir sempat ke siap seluar akak tu alter. Bila dah habis photoshoot tu, alhamdulillah la seluar tu sempat siap.

Belum habis lagi, ada lagi ni, dia lupa nak bagi kat aku payung pengantin. Masa kenduri dah mula, bila rombongan dah sampai, kitorang tercari-cari la payung baru perasan yang takde pulak aku ambik payung. Seingat aku la, dia yang lupa nak bagi aku, aku pun lupa nak mintak. Kawan aku call dia cakap payung takde and sila hantar sekarang (masa ni dah geram sangat dahhh). Tapi takdan payung tu sampai, dah bunyi kompang dah (mp3 je), kami pun berpayung kan payung biasa je, masa tu la baru aku nampak dia sampai dengan kawan dia bawak payung. Siap cakap lagi kat aku; "Nape pani lupa nak amikkk?" Wth kan..kau yg lupa nak bagi, salahkan aku. Pastu masa kau balik kedai kau takkan tak perasan payung tu still ada? Kau rabun agaknya... takpe-takpe faham. 

Lepas dah habis kenduri tu, baru aku teringat masa dia handle kakak aku kawen dulu pun sama, tinggal few weeks nak kawen, ada masalah dengan baju tu, aku tak ingat lak ape masalahnya tapi memang butik ni jenis last minute punya kerja. Ada lagi satu kes, kesian kat customer dia sorang ni terpaksa amik baju lain dalam kedai tu (which is tak cantekkk pun) disebabkan baju yang dia order tersangkut kat oversea.

Pakej dia ni aku bayar sekali inai tau, nak buat corak-corak punya. Aku pun taktau la pulak nak berinai kena sehari sebelum, takde pulak dia pesan kat aku, call aku ke hape kan. Sekali datang masa nak make up aku time nikah tu, baru dia perasan tak lukis lagi kat tangan aku. Masa ni salah aku jugak la sebab tak tanya, tapi biasalah busy kan, aku sorang je nak handle semua, mana la aku ingat menda remeh temeh ni. Tapi sebab dah bayar nak jugak la kan lukis inai. Sekali dia tertinggal inai kt kedai.. takpe lah seb bek aku ada stok inai dah siap-siap.. dia pun lukis la. Seb bek cantik. Kalau tak mau berapi gak kan.

Baju yang aku pakai sebelah majlis laki aku pun sama ada jugak masalahnya. Ketat kat lengan. Aku dah cakap dahhhh buat lagi last minute macam ni la. Masa tu tinggal lagi seminggu nak kawen. Masa tu aku betul-betul dah macam hopeless and aku cakap; "Buat je la macam mana, nak tampal ke nak koyak ke janji time kenduri tu saya boleh pakai." Memang dia sempat la alter baju tu sekali terbesar pulakkkk..Siott.... kau perli aku ke hape ni? Hari yang nak ke lenggong tu lengan aku dah macam hape tah, pastu dia just alter kan gelebeh-gelebeh tu guna pin peniti je. Duduk dalam kereta pun dah tercabut pin tu..memang masa tu aku rasa dia pun dah malas and nak lepas tangan. Geram memang tak ingat la. Memang tak selesa la baju tu, rasa nak koyak-koyakkan je. Memang bad mood terus aku. Siot punya butik.. 

And now sekarang member aku pulak ada masalah dengan dia ni pasal baju jugak. Memang dia buat hal last minute jugak. Kalau tak reti handle baik takyah bukak butik kak.




1 comment:

ct cucubi said...

masa kite nak kawen pon byk problem.. jumpa butik ni kat pameran MITC Melaka.. ambik sekali pakej bj, pelamin, makan dan fotography.. masa tu msh ada 7-8 bulan awal.. dah cakap nak baju royal blue, die janji nak buat baju baru sebab suami kite special size.. so byr lebih rm200. request bj dress jubah, dlm 2 bulan sebelum kawen pergi butik die, die suh pilih pelami. tup2 die dah jahit 2 helai tapi dua2 bukan warna yg request (biru muda dan biru kusam) dan dua2 baju ikan duyung yg memang sy x minat.. disebabkan dua2 bj baru die buat warna biru.. die x nak buat lagi baju warna royal blue.. jd pilih dress siap.. ukur badan untuk alter.. pilih pelamin.. seminggu sebelum majlis br ckp baju x boleh alter sbb saiz kecik.. so nak x nak kene pakai bj lain.. pergi butik,. die sediakan bj ikan duyung meleret2... baju tu pinggang die bawah sgt ke bontot, minta die alter baju tu.. fhm2 je kalau ikan duyung tu ada shape kat bontot.. dha x psl2 bhgn bontot kembang tu ada dekat2 dgn lutut.. mmg buruk.. k, die kata nak alter.. sehari sebelum majlis, kakak tu dtg nak buat pelamin, tiba2 die kata nak buat lain skit (bukan seprti yang kitaorg request) , special katanya.. tgk2 mmg buruk .. kaler campur aduk mcm pelamin dulu2.. pastu baju pulak die x alter pon bhgn pinggang terpaksa pin sana sini.. die naikkan bhgn pinggan baju ke atas. dah rupa mcm pakai tuck in baju sebab gelembung kat pinggang.. masa tu mmg dah last minit.. so no choice... redho jela.. tp mmg rasa tertipu.. =( sori paani, comment panjang giler..

Labels

Abah (8) AgingBooth (1) AJL (1) Analogi (1) Anniversary (4) Article (1) Assignments (2) Baby (7) Baling (1) Banner (1) Bff (5) Birthday (13) Bolat (10) Car (1) Cartoon (9) Ceremony (7) Certain Somebody (2) Challenges (1) Cikgu (9) CNY (1) Contest (1) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (6) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (71) Edit Pic (3) Email Grab (8) Emaressem Perndunk (6) Emaressem Tepeng (1) Exam (7) Experiences (1) Facebook (2) Family (27) Father's Day (3) Feeling (10) Font (1) Formspring (1) Freebies (10) Fwens (17) Gaji (1) Grrr... (21) Gundah (5) hafiz af7 (1) Hahaha (18) Hani Mofa (2) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (13) Hari Raya Haji (2) Having Fun (8) Hello (1) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (5) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (2) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Kucing (1) Langkawi (1) Layout (2) Life (16) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Master (2) Matrix (4) Meor Muizzuddin (1) Meorsoleh (7) Mepek (41) Mimpi (2) Mother's Day (5) Movies (8) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My great day (1) My Youth (7) MyVi (1) Nenong (15) New Year (6) Novel (1) On the Road (1) Orders (1) Perihal Belog (3) Petua (1) PMR (1) Posting (1) Pregnancy (1) Print Screen (1) Ramadhan (4) Random (16) Resepi (2) Rumah (1) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (7) School (1) Science (3) Segmen (1) Sekolah (49) Seram (4) Sketches (2) SMKA Slim River (3) SPM (1) Spontaneous Thursday (5) Sports Day (1) Spring Trip (7) Stars (1) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (16) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (2) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) Umah Terbuka (1) Undi (1) UPSI (10) UPSR (1) Vacation (13) Vector Images (1) Video (4) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (20) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...