Monday, August 27, 2012

Incomplete


Someone asked me, ape perasaan beraya takde ayah?
(Jangan fikir negative pada yang bertanya ni sebab she had lost her father too..)
Masuk tahun ni tahun kedua beraya tanpa abah.
Tak tau nak cakap perasaan ni macam mana.
Off coz la sedih kan? Rasa kosong. Macam ada lubang dalam hati.
Mak selalu cakap dia rasa macam abah still ada,
tapi tengah pergi outstation macam biasa :)

Dan malam raya haritu, dua kali mak dok ulang;
"Kalau abah ada, dia la yang sibuk beli ayam, 
beli daging, tak payah cerita nak berapa kilo, 
abah pandai agak, 
lepas tu bersila kat dapur tolong potong daging."

Walaupun dah hampir 2 tahun abah tak ada,
kadang-kadang rasa kecewa dengan orang sekeliling yang still mengata mak.
Maklumlah masa abah meninggal, mak tengah buat haji kat Mekah,
takda kat sisi abah kata diorang.
Tapi cara diorang mengata tu,
macam la masa abah meninggal, mak tengah melancong ke paris(?)

Padahal mak pergi buat haji tu, abah yang izinkan, abah yang suruh.
Abah suruh doakan kesihatan abah kat sana.
Abah nak ikut mak, tapi kesihatan abah tak mengizinkan.
Kita manusia biasa mana tau umur abah tak panjang nak tunggu mak balik Msia.
Abah pun meninggal sebelum mak balik. Al-fatihah.
Tapi Alhamdullilah, mak dah upahkan haji untuk abah :)

No worries sebab mak cukup tabah, mak selalu cakap;
"Biarlah orang mengata mak, Allah sayang mak, 
Allah tau mak mesti sedih abah meninggal, 
so Allah jemput mak pergi Mekah, 
supaya mak boleh ubat kesedihan mak kat sana."

Mak sy kuat kan? :')

A friend of mine told me this.
"Mulut orang bukan kita boleh tutup betul dak? 
Jadi solutionnye, tutup telinga sendiri."

Maknanya, kita buat tak tau je dengan apa yang orang kata.
Bukan diorang pun yang bagi kita makan dan pakai kan?
Bukan diorang yang sekolahkan kita kan?
So ape barang kena dengar cakap diorang?

Renung-renungkan dan selamat beramal.

p/s: Jika tak keberatan, sedekahkan al-Fatihah untuk arwah abah saya dan untuk semua muslimin muslimat yang telah pergi selamanya..










10 comments:

meorsoleh said...

sabarjela..

btw nak tanye, orang yang mengata ni die kata depan-depan ke?? kalau setakat "dengar dari orang lain", yang tukang sampaikan tu pun satu hal jugak bagi kita rase sakit hati dan buat kita sangka buruk kat orang.

tutup telinga, atau suruh orang sampaikan tu simpan biar kat dia je la. walaupun kita faham tukang sampaikan tu niat baik tp kadang2 diam itu lebih baik untuk menjaga hati. :)

cewah ayat nak #retis je hahaha

Hamizah said...

salam...i'm your silent reader...
my arwah father pun dah 2 tahun lebih dah passed away...sedara2 mak pun duk pakat ngata ke my mak jugak sebab mak dah kawen lain 4 months ago...kata mereka mak terlalu awal kawen dan mak hanya kawen ngan taxi driver...for me kalau ada yang sanggup nak jaga mak why not kahwinkan aje...lagi pun kami adik beradik bukan leh 24 hour ada kat rumah mak dan jaga mak...

btw : happy eid mubarak

alien said...

yelah,
org ni suka mengata..
drg tak pernah letak diri drg kat dlm situasi kita..

Ena's Palace said...

btul tu...mulot org mmg kite takleh nak tutup....wpun kite cuba tutp telinga sendiri tapi kkdg ati tetap rasa sakit kan...takpe la..biar la...penat nnt dorang diam la...berserah aje kepada Allah...harap paani dan mak tabah yer..

Qu azniza ;) said...

semoga Allah memberi hidayah pada org y suka mengata tu.. selamat hari raya

~Ati_Hime~ said...

mulut orang....elok koyakkan je..haha..mintak maaf la ye..akak sgt BENCI(dan bukan meluat/menyampah tapi BENCI) dgn org yg suke ckp ikut sedap kepala hotak dia..pastu x nak mintak maaf..melayu kite pulak tu..oh,ye..selamat hari raya! :D

◕ Kawaii D Y S H A ◕ said...

sabar je.. mulut org memg xbleh nk tutup.. life is karma, apa yg dia ngata pasti kena balik kat dia.. sabar k.. dapt rasa kesedihan paani gak sb sy jugak kehilangan seseorg yg sgt sy syg..

misz_eyza said...

al fatihah untuk arwah abah awak..

betul tue, mak awak seorang yg kuat.. duk tmpt jauh dengar berita mcm nie mesti rasa sedih sangatkan tp bila mak awak ada kat mekah psti berkurang rasa sedih tue.

abaikan jer mulut org sekeliling yg tak berhenti mengata tue.

hayatinor said...

Alfatihah utk almarhum ayah paani...semoga rohnya dicucuri rahmat oleh allah senantiasa...

♥ p a a n i ♥ said...

thanks semua! :))))

Labels

Abah (8) AgingBooth (1) AJL (1) Analogi (1) Anniversary (4) Article (1) Assignments (2) Baby (7) Baling (1) Banner (1) Bff (5) Birthday (13) Bolat (10) Car (1) Cartoon (9) Ceremony (7) Certain Somebody (2) Challenges (1) Cikgu (9) CNY (1) Contest (1) Creative Thinking (2) Cuti2 Malaysia (6) Deco Kelas (1) Derma Darah (1) doctor (1) Doodles (71) Edit Pic (3) Email Grab (8) Emaressem Perndunk (6) Emaressem Tepeng (1) Exam (7) Experiences (1) Facebook (2) Family (27) Father's Day (3) Feeling (10) Font (1) Formspring (1) Freebies (10) Fwens (17) Gaji (1) Grrr... (21) Gundah (5) hafiz af7 (1) Hahaha (18) Hani Mofa (2) Hantu (2) Hari Guru (3) Hari Raya (13) Hari Raya Haji (2) Having Fun (8) Hello (1) Honeymoon (1) Hotel (1) Insaf (5) Interview (5) Ipoh (1) Japanese Drama (2) Kelas Menjahit (2) Kerja (2) Konvo (2) Korean Drama (1) Korean Variety Show (5) Krabi (3) Kuching (3) Kucing (1) Langkawi (1) Layout (2) Life (16) Life Quotes (3) Mak (4) Maskot Rumah Sukan Kuning (1) Master (2) Matrix (4) Meor Muizzuddin (1) Meorsoleh (7) Mepek (41) Mimpi (2) Mother's Day (5) Movies (8) MPH (1) Muslimah Cartoon (4) My Big Day (2) My great day (1) My Youth (7) MyVi (1) Nenong (15) New Year (6) Novel (1) On the Road (1) Orders (1) Perihal Belog (3) Petua (1) PMR (1) Posting (1) Pregnancy (1) Print Screen (1) Ramadhan (4) Random (16) Resepi (2) Rumah (1) Rumah Kuning (2) Rumah Nuri (2) Running Man (9) S Memo (7) Sad (7) School (1) Science (3) Segmen (1) Sekolah (49) Seram (4) Sketches (2) SMKA Slim River (3) SPM (1) Spontaneous Thursday (5) Sports Day (1) Spring Trip (7) Stars (1) Sukantara (2) T-Shirt (3) Tagged (16) Tazkirah (2) Teacher's Day (2) Teka-teki (1) Tenet Tenat (2) Top 5 lagu (1) Trip to Korea (7) Trip to Thailand (2) Tutorials (2) Umah Terbuka (1) Undi (1) UPSI (10) UPSR (1) Vacation (13) Vector Images (1) Video (4) Wedding (8) Wedding Doodles (4) Winter Sonata (1) Wonder Girls (2) Wootmedia (1) Wordless Wednesday (20) Yoo Jae Suk (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...